✂fake promise

"I'm pregnat Jungkook, Your son"

Jeon Jungkook menunjukkan riak wajahnya yang sukar ditafsirkan. Dia tidak percaya apa yang dia dengari saat ini. Mulutnya terkunci rapat tidak mampu mengeluarkan sebarang kata-kata.

"You kidding me right dear?" Jungkook ketawa kecil diakhir percayakannya. Sungguh baginya amat sukar untuk dia percayai apa yang Soyoung barusan bagitahunya. Baginya mungkin gadis itu hanya bergurau memastikan jika Jungkook akan menunaikan semua janji yang pernah dia katakan pada gadis itu dahulu.

"Buat apa saya nak tipu awak? i'm really seriously right now Jeon Jungkook. Lagipun awak dah janji kan yang jika saya mengandung, awak akan bertanggujawab semuanya? Untuk anak kita."

Kim Soyoung memegang tapak tangan Jungkook lalu dinaikkan ke atas tepat mengenai perutnya yang masih belum nampak apa-apa lagi. Baginya dia tidak perlu terlalu risau sangat kerana Jungkook telah berjanji akan bertanggungjawab jika dia hamil cuma yang jadi masalahnya, dia risau akan abangnya.

Dia takut jika abangnya dapat mengetahui yang dia sudah mengandung anak luar nikah. Sudah pasti abangnya akan bunuhnya.

"Awak kena jumpa abang saya Jungkook-ah. Bagitahu semuanya tentang kita."

"Tentang kita? What's do you mean about tentang kita?" Muka Jungkook jelas berubah. Kali ini sudah tiada senyuman manis yang selalu dia pamerkan untuk Soyoung tapi kini berubah menjadi bengis.

Jungkook segera melepaskan pegangannya yang berada pada perut kempis Soyoung. Dia segera bangun daripada bangku tersebut.

"Mianhae, aku dah ubah fikiran aku. Aku taknak jadi bapa dalam perut anak kau. Aku suggest kan, lebih baik kita gugurkan kandungan kau sebelum perut kau semakin membesar."

"JEON JUNGKOOK!"

Aku segera bangun daripada bangku itu. Aku betul-betul tidak percaya apa yang aku dengar saat ini. Jungkook sudah berjanji yang dia akan tanggungjawab segala-galanya jika aku mengandung tetapi kenapa hari ini dia berubah fikirannya? Gugurkan kandungan? Gila! Itu adalah perbuatan gila. Aku takkan sesekali gugurkan anak aku sendiri.

Kenapa Jungkook ubah fikirannya? Dia sudah tidak cintakan aku lagi ke atau selama ini dia hanya permainkan aku sahaja?

"Aku memang cintakan kau Soyoung-ah. Tapi aku masih belum bersedia untuk jadi seorang ayah dalam pada umur aku ketika ini. We're still young dear. Kita masih mampu lahirkan zuriat lagi bila kita dah besar, bila kita sudah berkhawin but not now. Aku masih mahu berseronok tanpa sebarang tanggungjawab lagi. So my anwers is, no. Kita gugurkan anak ni ya sayang?"

Pang!

Satu tamparan hinggap pada pipi Jungkook. Aku sudah tidak mampu menahan sabar lagi. Aku betul-betul tidak percaya yang Jungkook sanggup berkata sebegitu kepadaku, kepada anaknya sendiri.

Aku menyesal. Aku tidak sepatutnya percaya dengan segala janji manis yang keluar daripada mulut Jeon Jungkook. Aku sepatutnya sedar daripada dulu yang dia- sebenarnya playboy. Dia tidak pernah serius dengan hubungan kami. Aku menyesal sangat.

"Awak janji nak tanggungjawab semuanya untuk saya! Untuk anak kita! Tapi mana semua janji awak Jungkook? Saya rela bagi semua yang selama ini saya jaga hanya pada lelaki yang saya cintai dan lelaki itu adalah awak! Awak kejam! Awak tipu saya Jungkook!"

Dada bidang Jungkook aku tumbuk dengan sekuat hatiku. Air mataku deras mengalir membasahi pipiku. Aku sangat kecewa dengan Jungkook. Aku betul-betul kesal akan sikap Jungkook yang hanya ingin melepaskan tangannya sahaja walaupun dalam kes ini dia juga yang bersalah.

"Katalah apa yang kau nak. Panggilah aku kejam, jahat atau penipu sekalipun. Tapi keputusan aku tetap muktamad. Aku takkan terima anak yang ada dalam kandungan kau Soyoung-ah. Jangan pernah dekat dengan aku lagi jika kau masih nak simpan anak tu dalam perut kau. Mulai hari ini, we're over. "

Jungkook yang tadinya memegang erat tanganku mula dilepaskan. Riak wajahnya hanya biasa sahaja seperti tiada apa yang berlaku. Jungkook kemudiannya menghampiri wajahku. Tubuhku dipeluk erat sekejap menganggap pelukan terakhir kami. Bibirnya mula naik ke atas untuk mencium bibirku yang terasa agak kering.

"Aku cintakan kau, tapi aku tak boleh terima anak itu. I'm so sorry my love."

__

"Habistu apa yang kau bagitahu dia?"

"Keputusan aku tetap sama, aku takkan terima anak tu."

Sejurus itu, Namjoon, Seokjin dan Yoongi berpandangan antara satu sama lain, riak wajah mereka seperti biasa sahaja macam bukan masalah besar.

"Dahtu? Apa yang kau nak risaukan sangat? Kau bukannya macam tak biasa dengan benda ni semua. Sebelum perempuan itupun, dah banyakkan kau bersama dengan perempuan lain sehingga mereka mengandung? kau rileks je settle kan problem ini? Just bagi diorang duit, and diorang akan pergi."

Seokjin mengeluarkan suaranya tentang masalah yang dihadapi oleh Jungkook. Baginya, masalah itu langsung tidak besar kerana Jungkook sering melakukan perkara tersebut dan dia mampu selesaikan masalahnya sendirian.

"Aku pun tak tahu apa perasaan aku sekarang ni. Niat aku hanya nak permainkan dia saja, tapi tak sangka pulak dia boleh mengandung."

Jungkook mengeluh. Dia masih tidak percaya akan kata-kata Soyoung yang memberitahunya yang dia sudah mengandung. Baginya ianya terlalu cepat dan dia tak sukakan tanggungjawab yang membebani dirinya.

Sejak daripada kejadian semalam, Jungkook selalu memikirkan tentang Soyoung. Entah kenapa dia berasa serba salah akan kelakuannya kepada gadis itu. Baginya dia hanya ingin mengenakan gadis itu sahaja iaitu membuatkan Soyoung jatuh cinta dengannya. Tidak sangka pula dia telah buatkan Soyoung mengandung.

Atau yang sebenarnya dia sudah mula menyukai Soyoung tanpa dia sedar? Jika sebelum ini, sudah ramai perempuan yang dia tiduri sehingga mereka mengandung tetapi Jungkook tidak pernah berasa kasihan mahupun serba salah. Malah sekelumit perasaan cinta pun tidak pernah hadir.

Mungkin juga sifat mereka amat berbeza dengan Soyoung membuatkan hati kecilnya mula berasa suka akan kehadiran Kim Soyoung di dalam hidupnya. Jujur dia katakan, kehadiran Soyoung di dalam hidupnya berasa amat berbeza. Jungkook berasa di sayangi dengan baik. Soyoung melayaninya sangat baik sehingga dia tidak tega untuk berbuat jahat kepada gadis itu.

'Betul ke aku sukakan Soyoung?'

Satu persoalan yang dia kurang pasti dengan dirinya. Dia menanyakan soalan itu kepada dirinya sendiri. Dia juga tidak pasti jika dia sudah jatuh cinta dengan Kim Soyoung ataupun tidak.

"Jungkook-ah."

Jungkook terus berpaling akan suara yang didengarinya yang barusan memanggilnya. Itu suara Namjoon. Jelas kelihatan riak wajah Namjoon seperti ingin mengatakan sesuatu kepadanya. Jungkook tidak mengerti akan riak wajah Namjoon itu sebaliknya, dia terdengar satu suara.

"Hye baby! Miss me?"

Eun Hayeon mula berjalan masuk ke dalam bilik lepak mereka. Dengan caranya berjalan lenggang lenggok lagak divanya mengahampiri Jeon Jungkook. Tanpa sebarang kata, gadis itu terus menerpa Jungkook lalu duduk di atas riba lelaki itu. Beberapa ciuman mula hinggap pada wajah Jungkook.

"I really miss you, kookie..." Hayeon mula memainkan peranannya dengan menggoda Jungkook. Tanpa tunggu lama dia terus menyambar bibir Jungkook yang sudah lama dia rindui. Segala sentuhan yang Jungkook selalu berikan kepadanya amat dia rindui.

'Lupakan tentang Soyoung. Aku cuma mahukan Hayeon'

Jeon Jungkook, lelaki buaya darat yang mempunyai daya tarikan istimewa untuk menarik semua gadis terpikat dengannya wajah tampannya. Dia juga handal berkata manis selalu menjanjikan sesuatu yang tidak akan pernah dia kotakan.

Kau telah pilih orang yang salah untuk terpikat dengan Jeon Jungkook. Sesungguhnya dia amat bijak memancing para gadis mempercayai lelaki si bermulut manis, fake promise.

__


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top