✂come true
"Tidak!" Ini semua hanya mimpi! Aku tak percaya! Jebal keluarkan aku daripada neraka ini!"
Pang!
Dia membuka mata seluasnya memandang sekeliling. Nafasnya tercungap-cungap keletihan seperti berlari larian meter. Peluh dingin mula mengalir laju dari dahi hinggake kulit lehernya.
Gelap gelita.
Suasana yang dialami pada dirinya sekarang ini. Melihat dia masih lagi terbaring pada bilik katilnya. Perlahan-lahan dia bangun daripada pembaringan.
Rambutnya diraup kasar lalu menghembus nafasnya dengan berat sekali. Keluhan dilepaskan. Matanya digosok beberapa kali memastikan penglihatannya normal setelah tidur yang berpanjangan itu.
Dia mula terfikir sesuatu. Memikirkan mimpi yang dia alami tadi. Sebenarnya sudah banyak kali dia bermimpi buruk.
Mimpi yang dia selalu mati diikat tali gantung. Situasinya juga sama dengan semua mimpi yang dialaminya. Sepertinya mimpi itu bukan mainan tidur sebaliknya ia memberikan petunjuk.
Petunjuk ajalnya semakin dekat.
Dia memejamkan mata seketika memikirkan mimpi yang baru saja dialaminya. Sesekali kedengaran keluhan berat dilepaskan.
"Mimpi itu benar."
__
"Yah! kau buta ke sial?!"
Park Jimin menengking kepada seorang pelajar lelaki menengah rendah kerana pelajar tersebut telah tertumpahkan air pada baju sekolah jimin.
Suara jimin bergema di dalam kantin sekolah itu menengking pelajar tersebut sehingga suasana kantin pada awalnya riuh rendah seperti pasar malam itu tiba-tiba senyap seperti berada di tanah perkuburan. Semua mata memandang ke arah mereka. Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri.
Pelajar lelaki menengah rendah itu berumur 16 tahun. Pelajar itu berada dalam ketakutan. melihat muka Park Jimin yang bengis itu sahaja telah membuatkan lututnya terketar-ketar.
Dia betul-betul tidak nampak yang Park Jimin berada dibelakangnya dan ketika itu dia sedang memegang air bergas berwarna merah lalu tanpa tersengaja dia telah melanggar tubuh jimin membuatkan air bergas yang dipegangnya telah tertumpah pada tubuh belakang Park Jimin.
Habislah dia. Dia kini berdepan dengan salah seorang kumpulan pembuli yang amat terkenal. Bangtan Boys. Bukannya dia tidak kenal dengan kumpulan ini. Lebih lagi Park Jimin.
Park Jimin merupakan seorang yang panas baran. Sekali kau lakukan kesalahan kepadanya, jangan harap kau mampu terlepas dengan mudah.
Semua pelajar disitu tidak menolong pelajar itu malah hanya menjadi cctv tidak berbayar melihat pergaduhan yang bakal dicetus.
Bukannya mereka tak mahu tolong, cumanya mereka takut jika mereka masuk campur, tidak semenanya mereka bakal terima nasib yang sama seperti pelajar lelaki itu. Ataupun mungkin lebih teruk.
"Kau tahu tak baju sekolah aku ni mahal?! Kau takkan mampu gantikannya balik! Fuck!"
Jimin menarik kolar baju pelajar lelaki itu yang ketinggiannya sama paras dengan dadanya sahaja. Dia menarik kuat sehingga badan pelajar itu terangkat.
"Sa-saya min-minta maaf. Saya tak sen-sengaja. Jimin hyung."
Teresak-esak pelajar itu menangis. Percakapannya juga tidak teratur akibat amat takut dengan perbuatan jimin menengkingnya di khayalak ramai serta wajah bengis jimin jelas kelihatan menahan amarah yang menggunung.
"Apa kau panggil aku tadi? Hyung?! Kau tak layak panggil aku hyung bodoh!"
Jimin menghempaskan tubuh budak itu ke lantai dan tidak semenanya kepala pelajar itu telah terkena pada bucu pasu bunga yang terletak berhampiran dengannya. Semua orang amat terkejut dengan perbuatan jimin itu semuanya hanya menjadi penonton kaku menyaksikan aksi-aksi yang dipaparkan.
Ada juga yang kasihan melihat pelajar tersebut tetapi mereka tidak berani untuk menolongnya. Bagi mereka itu adalah menempah maut dengan Bangtan Boys.
Dada jimin berombak kencang. Wajahnya semakin merah menahan marah. Baginya tiada langsung sifat belas kasihan dalam dirinya malah dia berasa amat berpuas hati melihat manusia yang lemah itu tersungkur ke lantai.
Cecair pekat merah mengalir begitu banyak pada dahi pelajar lelaki itu. Dapat dia rasakan dahinya berasa amat sakit seperti ia menyiat kulitnya dengan sesuatu yang tajam. Perlahan-lahan dia menyentuh sendiri dahinya yang terasa amat pedih dan sakit itu.
Basah. Merah
Satu gambaran yang amat sukar untuk dipercayainya. Terketar-ketar dia melihat darahnya sendiri mengalir di permukaan tapak kanannya.
"Yah jimin sshi. "
Namjoon menepuk lembut bahu kawannya. Dia dan ahli bangtan yang lain hanya memerhati dari belakang sahaja perilaku jimin terhadap pelajar itu.
Jimin seorang yang mudah panas baran. Dia paling pantang orang buat salah kepadanya walaupun kesalahan itu kecil. Dia cepat melenting dan untuk hentikan panas barannya bukan mudah. Ia perlu berlembut.
Jimin memandang wajah Namjoon. Namjoon menggelengkan kepalanya supaya untuk berhenti. Bagi namjoon, masalah ini tidak perlu dibesarkan. Hanya tertumpah air sahaja.
Namjoon amat pantang membesarkan masalah dihadapan orang ramai. Baginya cukuplah hanya dirinya, bangtan, dan mangsanya sahaja yang menyelesaikan masalah.
Disebabkan itulah tiada sesiapa yang mengetahui dia telah membunuh orang. Dia melakukan dalam keadaan senyap sahaja.
"Hajima." (berhenti)
Namjoon bersuara lembut agar jimin mampu mendengar nasihatnya. Kawan-kawannya yang lain juga anggukkan kepala mereka setuju dengan kata-kata namjoon. Bagi mereka tiada apa yang perlu dipandang serius.
"Kau dengar sini baik-baik budak! Pastikan muka cacat kau ni tak ada di depan mata aku kalau tak mati kau aku kerjakan! Kali ini aku maafkan kau! Berambus!"
Sekali lagi jimin menengking pelajar itu supaya cepat-cepat beredar. Pelajar itu mengangguk lalu. Begitu payah dia cuba untuk bangun kerana dia merasakan matanya mula berpinar dan kesakitan yang juga mula berdenyut-denyut tetapi digagahkan juga tubuhnya untuk bangun.
Akhirnya dia berjaya berdiri tanpa bantuan sesiapa pun. Dia pandang sekeliling. Kawan-kawannya memandangnya. Ada juga yang berbisik-bisik memandangnya.
Ketika ini dia dirasakan begitu hina dan teruk sekali. Tiada sesiapa yang mahu menolongnya walaupun kawannya sendiri. Semuanya takut untuk berhadapan dengan ketujuh-tujuh pelajar lelaki yang dianggap gangster itu.
Pada hari ini dia dimalukan. Pada hari ini dahinya berdarah teruk akibat dirinya yang cuai membawa diri. Pada hari ini dia mula mengenali dimana sahabatnya. Nampaknya tiada. Pada hari ini juga, dendamnya bakal bermula.
Dipandang wajah Park Jimin untuk kali terakhir. Buku limanya digenggam kemas seperti menahan amarah. Kelihatan matanya berair menahan daripada gugur bawah kelopak mata.
"Park Jimin. Kau bukan manusia. Kau syaitan!"
Kim Namjoon menangkap reaksi wajah pelajar tersebut. Matanya dikecilkan untuk memandang name tag pelajar tersebut.
Eun kiwoo
--
"Pada hari ini kau berasa kau mampu berbuat semuanya sehingga kau jatuhkan maruah aku di depan orang ramai. Kali ini kau menang. Hari ini adalah hari kau. Bergembiralah sepuasnya. :)"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top