✂artikel

"Yah jimin sshi, kau tak patut buat macam tu kepada budak tu. Dia tak sengaja langgar kau kan tadi. Lagipun dia dah minta maaf."

Jung Hoseok menepuk lembut bahu kawannya, Park Jimin menegur tentang perbuatan jimin yang terlalu sangat besarkan masalah walhal ianya hanya masalah kecil sahaja.

Baginya dia sedikit kasihan melihat pelajar lelaki menengah rendah tadi ditengking oleh jimin di khayalak ramai tambahan pula jimin telah menolak pelajar tersebut sehingga terkena bucu pasu yang berhampiran dengan pelajar itu dan akibatnya kepalanya mengeluarkan banyak darah.

"Dia dah basahkan baju aku tadi takkan lah aku nak biarkan budak tu terlepas macam tu aje? Yang kau pun satu, kenapa kau nak backup sangat budak tu? Siapa kawan kau sekarang ni hoseok?"

Jimin mula naik berang apabila kawannya mula menyalahi dirinya sepenuhnya walhal pelajar itu juga yang bersalah kerana telah melanggarnya dan telah buatkan baju sekolahnya basah dan kotor.

"Tapi dia dah minta maaf kan dekat kau."

Kim Taehyung mula mencelah setelah sekian lama dia diamkan diri. Wajahnya yang tampak bersahaja itu membuatkan jarang orang mengenalinya. Dia tidak suka sangat bergaul dengan yang lain tapi itu tak bermakna dia hanya diamkan diri sepanjang masa. Dia juga bersuara apabila perlu sahaja.

"Korang semua nak backup budak hingusan tu ke daripada kawan korang sendiri?! Sepatutnya korang sokong aku bukannya marah aku balik! "

Dia sudah tidak tahan lagi. Kelihatan semua kawan baiknya sendiri menyalahi dirinya seratus peratus. Langsung tidak berpihak kepadanya.

"Yah jimin sshi, kau boleh bertenang tak?! Kitorang bukannya nak salahkan kau! Kitorang tegur kau cara baik kan?!"

Kini Namjoon pula mencelah. Dia menepuk bahu sebelah kanan jimin agak kuat supaya jimin memandangnya. Dia agak tidak suka dengan sikap jimin yang tidak matang dan kuat memberontak sesuka hatinya. Ada kalanya jimin akan menyelerakkan semua barangan yang berada disekelilingnya bagi melepaskan kemarahannya.

"Argh! Sudahlah! Korang semua langsung tak faham aku! Backup sangat budak cacat tu! Bodoh!"

Pang!

Kedengaran pintu bilik dihempas kuat oleh Park Jimin sehingga mereka semua tergamam akan perilaku jimin. Mereka amat tidak menyukai perangai tidak matang jimin itu. Namjoon mengeleng lemah. Di lubuk hatinya agak kesal kerana memarahi jimin tanpa dia sedar. Baginya dia tidak mahu pergaduhan mulut antara kawan-kawannya dibesarkan.

"Korang."

Kim Seokjin memanggil mereka semua setelah beberapa minit mereka mendiamkan diri memikirkan masalah masing-masing.

"Korang pernah dengar tentang Death Calls tak?"

Seokjin memandang satu persatu wajah kawan-kawannya. Terlihat wajah mereka berkerut tidak memahami apa yang cuba disampaikan olehnya.

"Death Calls, atau nama lainnya panggilan kematian. Aku baru je baca artikel ni dimana artikel ni menceritakan sudah ramai yang mati akibat menjawab panggilan yang tidak dikenali itu."

Mereka semua mula tertarik dengan tajuk pokok yang seokjin baca lalu mereka menghampiri seokjin melihat komputer riba yang memaparkan satu artikel. Semua memberikan tumpuan sepenuhnya mendengar bacaan seokjin tentang artikel tersebut.

"Isu ini mula menular pada tahun 1999 iaitu terdapat sekumpulan pelajar universiti yang diberi nama kumpulan the hunted ghost. Kumpulan ini terdiri daripada 5 ahli. Tiga lelaki dan 2 perempuan. Mereka amat gemar mencari dan mengkaji makhluk ghaib atau kata lainya hantu. Walaupun perkara tersebut agak mustahil untuk dikaji, tetapi mereka tetap dengan pendirian mereka iaitu mencari hantu sampai dapat. Maka wujudlah cerita dimana terdapat sebuah hospital lama di gwangshuk yang dikatakan hospital lama itu 'keras dan berhantu'

Kumpulan the hunted ghost mula mengetahui khabar angin itu lalu mereka bersetuju untuk mencari makhluk itu yang dikatakan jika anda masuk, anda tidak akan jumpa jalan pulang. Amat seram bagi orang lain tetapi kumpulan itu tidak. Mereka sudah biasa dan mempunyai pengalaman menangkap makhluk itu.

Tetapi belum sempat mereka ingin memulakan ekspidisi mereka, salah satu ahli kumpulan mereka telah diganggu dengan satu panggilan misteri. Pemanggil tersebut memberi amaran supaya tidak meneruskan ekspidisi itu tetapi mereka menghiraukan amaran itu dan menganggap ianya hanyalah sebagai prank sahaja lalu setelah panggilan tersebut dimatikan, dia terus sahaja mati tanpa sebarang bukti kes pembunuhan.

Lebih teruknya, selepas sahaja ahli mereka meninggal dunia, ada kes lain pula iaitu ketua kumpulan itu sendiri yang membunuh dirinya dimana terlihat pisau berada di pegangan mangsa yang menoreh sendiri setiap anggota tubuh badannya tanpa henti. Mangsa terus melakukan torehan itu sehingga dia sudah tidak bernyawa.

Selepas kes itu, satu persatu kumpulan mereka mula dihantui oleh panggilan mesteri tersebut. Dimana jika mereka mengangkat panggilan tersebut, mereka akan terus mati tanpa belas kasihan daripada pembunuh itu.

Hanya seorang antara kumpulan mereka sahaja yang terselamat daripada kes ini tetapi dia telah mengalami gangguan mental yang amat teruk kerana dia melihat dengan matanya sendiri semua cara-cara kawannya terbunuh dengan kejam sekali. Dia diberikan rawatan di hospital mental selama 3 tahun tetapi ianya tiada hasil. Dia selalu meracau tentang panggilan tersebut adalah sumpahan.

Sampai sekarang pihak polis cuba menyiasat panggilan yang dikatakan sumpahan itu tetapi malangnya semua nombor yang digunakan adalah berbeza-beza dan lagi anehnya nombor tersebut langsung tidak wujud.

Dan sekarang, pada tahun ini, isu tentang panggilan kematian kembali menular di negara Korea Selan. Kira-kira 50-100 orang yang telah mati akibat menjawab panggilan misteri ini. Pihak polis telah berusaha mencari dalang disebalik kekejaman yang berlaku tetapi malangnya pembunuh itu lagi pintar menyembunyikan identitinya. Pihak polis juga menasihati agar semua orang berhati-hati untuk menjawab panggilan yang tidak dikenali tersebut agar isu ini tidak lagi menular dengan bebasnya."

Seokjin berhenti pembacaannya disitu. Hampir naik juling matanya membaca setiap perkataan di dalam komputernya. Baginya artikel ini agak seronok dan luar biasa. Tidak pernah lagi dia membaca artikel misteri dan seram sebegini.

"Korang rasa artikel ni betul ke?" Taehyung membuka biacaranya setelah beberapa minit mereka diam cuba memahami artikel yang barusan dibaca oleh seokjin. Wajah mereka jelas kelihatan agak pening untuk memahami artikel tersebut.

"Dah 20 tahun berlalu dan ianya cerita lisan yang orang tua cerita. Ianya cuma mitos. Mustahil manusia akan mati hanya dengan menjawab panggilan itu."

Akhirnya Min Yoongi mengeluarkan pendapat tersendirinya. Baginya dia langsung tidak percaya tentang artikel yang datangnya daripada internet. Dia sudah sedia maklum bahawa setiap artikel yang datangnya daripada internet itu bukannya benar belaka kerana mereka akan mengedit kembali isu yang dikatakan itu agar menjadi lebih misteri dan seram agar pembaca lebih penasaran tentang artikel yang dibaca.

"Aku pernah dengar tentang cerita panggilan kematian ni. A-aku tak tahu nak percayakan berita ni ataupun tak tapi, kawan aku telah menghilangkan diri setelah menjawab panggilan tersebut."

Jung Hoseok agak keberatan untuk memberitahu berita itu kepada rakan-rakannya yang lain tetapi setelah seokjin yang membuka cerita tentang panggilan kematian ini membuatkan rasa kepercayaanya kepada berita tersebut bertambah.

"Si-siapa kawan kau?" Namjoon menyoal Hoseok. Dia mula terfikir siapakah kawan Hoseok selain daripada mereka berenam kerana dia rasa hoseok selalu bersama mereka tiada pula melihat lelaki itu bersama kawannya yang lain.

"Han Siwoon. Kawan baik aku sebelum aku kenal dengan korang. Dia hilangkan diri tiba-tiba dan kali terakhir aku jumpa dia, semasa dia menjawab satu panggilan yang tak dikenali itu. Wajahnya berubah tetapi dia berusaha untuk tidak tunjukkan raut wajahnya kepada aku. Selepas itu aku tak pernah jumpa dia lagi. Aku syak dia dah mati. Hahaha."

Hoseok mengakhiri bicaranya dengan gelaknya yang sengaja dibuat supaya kawannya tidak terlalu mengambil serius tentang ceritanya tetapi sebaliknya tidak. Mereka semua diam memikirkan sesuatu.

Hoseok menghela nafasnya. Dia mula teringatkan kawan baiknya, Han Siwoon. Sampai sekarang dia masih tidak berjumpa dengan kawannya. Beberapa bulan Siwoon menghilangkan diri. Keluarganya juga sudah lama dia tidak jumpa. Mungkin benarnya firasatnya selama ini.

"Aku harap kau sudah mati Siwoon. Jangan ganggu aku lagi."

--

"Dia sentiasa ada bersama kau. Cuma dia perlukan masa untuk munculkan dirinya sebenar."

--

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top