✂9 hours
Mereka semua masih lagi berada dalam kelas itu.
Kelas yang menempatkan mayat Kim Taehyung mati di depan mata mereka.
Suasana kini sunyi sepi. Tiada sesiapa yang berani bersuara. Wajah mereka semuanya kelihatan muram dan hiba. Pemergian kawan baiknya betul-betul meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka semua.
Ting!
Kedengaran deringan telefon bimbit memecahkan kesunyian mereka. Namjoon yang bersandar pada dinding batu mendengar bunyi itu.
Dia segera mengangkat muka dan melihat Iphone kepunyaan Kim Taehyung tiba-tiba bercahaya. Akibat penasaran, dia terus mengambil iphone itu.
Skrin telefon itu bercahaya dan terlihat seperti seseorang telah membuat panggilan tetapi tidak terus menekan punat merah.
Namjoon melihat nombor si pemanggil yang tidak dikenali. Durasi masa menelefonnya hampir 10 minit. Namjoon mula terfikir sesuatu.
Seseorang telah menelefon Taehyung selama 10 minit yang lepas dan 10 minit yang lepas jugalah masa Taehyung mati.
Apa-- kaitannya?
"Si--siapa?"
Namjoon terus bersuara bercakap dengan si pemanggil. Dia ingin tahu siapa yang telah menelefon Taehyung tadi.
Tit!
Si pemanggil terus mematikan talian setelah mendengar suara Namjoon di talian. Perasaan Namjoon mula berasa curiga dengan si pemanggil itu.
Naluri hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang berlaku sebelum Taehyung mati.
"Siapa tu hyung?" Jimin bertanya apabila dia melihat kerutan di dahi rakannya seperti ada sesuatu yang tak kena.
Namjoon tidak menjawab sebaliknya dia hanya menggeleng menandakan dia juga tidak tahu apa yang berlaku.
Beep!
Semua mata tertumpu ke arah telefon milik Kim Taehyung yang dipegang oleh Namjoon yang tiba-tiba saja telefon itu berdering menandakan satu masej masuk.
Tanpa tunggu lama Namjoon terus membuka masej yang baru diterima.
UNKNOWN NUMBER
Kim Taehyung, OUT. 1 jam berlalu 9 jam bertahan. Have fun!
"Si--siapa kau sebenarnya setan!"
Krak!
Namjoon terus melemparkan telefon itu jatuh terkena lantai. Habis berkecai dan sudah pasti telefon itu tidak boleh digunakan lagi.
Dapat dia agak, si pemanggil yang dia bertanya itu sudah pasti ianya dalang disebalik semua ini, dan Namjoon amat pasti, dialah yang telah membunuh Kim Taehyung!
"Kenapa hyung?"
Park Jimin terkejut dengan tindakan Namjoon yang tiba-tiba melemparkan telefon Taehyung setelah dia membaca masej itu.
"Dia, bunuh Taehyung. Kita ada 9 jam lagi."
"Si--siapa dia?" Seokjin penasaran. Dia juga berasa tidak sedap hati dengan apa yang berlaku sekarang ini.
"Aku tak tahu..."
Namjoon menundukkan kepalanya. Rambutnya diserabaikan buntu memikirkan nasib mereka yang terkurung di sekolah ini.
Krekk!
Mereka terdengar sesuatu. Bunyinya seperti pintu kayu dikuak perlahan. Deria Telinga Seokjin pantas mengesan bunyi tersebut.
Dia pantas menoleh ke kiri mengikut bunyi tersebut dan terlihat sebuah almari kayu yang ditempatkan di bucu dinding itu dan pintunya seperti dibuka sedikit.
Dia mengecilkan matanya apabila bebola matanya menangkap sesuatu yang dia kurang pasti apakah ia.
"Itu..."
Jari telunjuknya dihalakan ke arah pintu almari yang dibuka itu.
Sejurus mendengar suara Seokjin, mereka semua menoleh memandang ke arah almari yang ditunjukkan oleh Seokjin.
"Li--lipas!"
Hayeon yang berada agak dekat dengan almari itu terkejut beruk dengan apa yang dilihatnya kini. Sekumpulan lipas gergasi!
Sekumpulan lipas gergasi itu keluar daripada almari dan terus bergerak pantas menuju ke arah mereka semua. Hayeon terus berlari lintang-pukang menjauhi lipas gergasi itu.
Mereka semua mengundur, Jungkook membalingkan barang yang ada disekelilingnya. Dibaling mengenai lipas gergasi itu.
Sasarannya tepat mengenai beberapa lipas gergasi itu tetapi, semakin banyak dia membunuh lipas itu, semakin banyak jugalah lipas itu membiak!
"Kita kena keluar dari sini! Ppaliwa!"
Namjoon bersuara menyuruh semua kawan-kawannya cepat-cepat beredar dari kelas itu apabila dilihatnya lipas gergasi itu semakin banyak!
Mereka semua mendengar arahan Namjoon terus cepat melarikan diri. Pintu kelas itu dikuak oleh Jimin mengarahkan semua kawan-kawannya bergerak keluar.
Jimin yang terakhir keluar terus menutup pintu itu dan mengambil kerusi kayu ditepinya disandarkan pada pintu itu sebagai pertahanan.
Jimin lantas berlari mengikuti semua kawan-kawannya yang sudah jauh meninggalkannya.
"Kita kena cari jalan keluar secepat mungkin. Aku takut benda lain yang datang pula."
Mereka semua tercungap-cungap keletihan. Jimin yang baru sahaja sampai memegang bahu Hoseok agak kuat.
"Ma--mana Hayeon?"
Jungkook memandang segenap wajah kawanya risau jika tiada bersama dan benarlah tekaannya, Eun Hayeon pula tiada!
"Bukan dia sekali dengan kau ke Jimin?"
Seokjin bertanya kepada Jimin apabila dilihat Jimin datang hanya sendirian.
"Mana ada! Aku jalan sorang je tadi. Aku ingatkan semuanya dah pergi."
"Habis tu kau kurung dia dalam kelas tadi?"
Suara Jungkook kian meninggi apabila dirasakan seperti Jimin tidak ambik kesah tentang Hayeon. Walaupun Hayeon bukan ahli bangtan boys tapi itu tak bermakna mereka tidak perlu ambik kesah tentang gadis itu.
"Heish spoil lah minah tu! Jadi kita kena patah balik lah ni?"
Yoongi mengusutkan rambutnya apabila dirasakan bertambah lagi masalah yang perlu mereka hadapi. Nak taknak mereka perlu patah balik untuk dapatkan Hayeon.
"Apa masalah kau Yoongi? Daripada mula dia ada sampai sekarang, kau langsung tak sukakan dia. Apa yang dia buat sampai kau bencikan dia?"
Jungkook kini sudah hilang sabar. Kalau bukan Yoongi ini lebih tua daripadanya dah lama dia kerjakan mulut busuk lelaki itu. Selalu nak mengata orang je.
"Apa masalah aku? Jadi kau nak pertahankan minah tu? Oh, aku lupa, dia kan cinta pertama kau. Kau mesti pilih minah gila tu daripada aku kan? Go ahead!"
Tahap kesabaran Yoongi sudah menipis. Jungkook kelihatannya lebih mengutamakan kekasih hatinya daripada kawannya sendiri.
Jungkook terus meretap kasar kolar baju sekolah Yoongi. Mereka bertentang mata. Wajah bengis Jungkook terlihat amat menakutkan tetapi itu langsung tidak menakutkan Yoongi.
"Aku tak suka orang buat perbandingan yang perlu aku pilih."
"Dan aku pun tak suka dengan perangai budak hingusan kau. Go ahead lah bodoh kalau kau nak sangat pilih dia aku tak hamak pun sial!"
Yoongi terus meretap kasar lengan Jungkook sehingga membuatkan Jungkook jatuh tersungkur.
"Hey! Sudah lah! Kita takda masa nak bertengkar. Sekarang ni kita kena patah balik ke kelas. Hayeon pasti ada di sana."
Seokjin menghentikan pergaduhan antara Jungkook dan Yoongi. Bukannya dia tak tahu sikap Yoongi yang mulutnya langsung takda insurans. Asyik nak mengata orang je.
"Aku boleh pergi seorang diri selamatkan Hayeon."
Jungkook terus bangun dan matanya asyik memandang tajam ke arah Yoongi. Dia masih lagi tidak berpuas hati dengan lelaki itu.
"Kau tak boleh pergi sorang. Kita--"
"Biarkan dia pergi. Dia dah buat keputusannya sendiri."
Yoongi terus mencelah bicara Hoseok. Sengaja dia ingin berkata begitu ingin melihat sejauh mana Jungkook mampu bertahan.
Jungkook menjeling ke arah Yoongi lalu dia terus berlari menuju ke arah kelas meninggalkan semua rakan-rakannya.
"Yoongi, kau tak patut--"
"Dia akan menyesal."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top