02: mystery letter and necklace
Di Rumah
"weh korang-korang kita ada dapat suratlah dengan hadiah"jerit Myeonrin teruja.
"Kot ya pun tak payahlah jerit sampai jiran hujung sana boleh dengar"tegur Ai Yin.
"Surat apa tu? Dari siapa?"soal Yoora keliru.
"Surat ni tulis untuk kita semua nampak tu dekat situ dah tulis semua nama kita semua"Myeonrin menunjukkan sampul surat yang tertera nama mereka semua.
"Woi manusia dalam rumah ni kalau rasa manusia cepat turun ada benda gempak untuk korang ni"jerit Haraa memanggil rakan-rakannya
"Ni sekor lagi orang dah kata jangan jerit-jerit lagi menjerit, tak malu ke orang dengar anak dara terjerit-jerit"tegur Ai Yin dengan tegas.
"Kau ni Ai Yin serius sangat pun chill dahlah "tegur Yoora.
"Hah ada apa berita gempak sangat tu sampai terkejut aku dengar korang jerit"soal June sambil bercekak pinggang.
"Entah aku nak layan drama pun spoil lah"rungut Mikyong dengan muka masam mencuka.
"Eoh kotak apa tu?"tegur Seorin memandang ke arah kotak di atas meja.
"Hah ada orang bagi so aku ajak korang semua ni nak sama-sama dengar isi surat ni"terang Myeonrin
"Okay semua dah ada silakan baca surat tersebut"arah Mirae
Lalu Myeonrin pun segera membuka sampul surat tersebut.
"Perh wangi betul bau surat dia semerbak bau rose"ujar Jaerin
To all beautiful girl.....
Tujuan surat ini di hantar untuk memberikan anda semua seutas rantai bertuah. Harap anda semua jaga rantai ini baik-baik kerana ini adalah rantai sakti.
"What the fish lawak apakah ini?"kata Yoora.
"Rantai sakti?apa dia ingat ni zaman dunia khayalan dunia impian ke?"ujar Layla sudah ketawa.
"Dahlah jom tengok macam mana rupa rantai tu"kata Mirae mengambil kotak yang diletakkan di meja.
"Wah lawa giler rantai ni"ujar Mikyong membelek rantainya.
"Rantai ori ke rantai tikam 20 sen ke ni?"soal Mirae membelek-belek rantainya.
"Aku rasa rantai ni rantai ori ni sebab aku tengok mewah betul design dia"kata Seorin.
"Tak apa ke kita pakai ni?aku serba salah pulak nak pakai" kata Layla hanya memandang saja rantainya.
"Terpulang nak pakai ke tak?aku tak nak pakai just nak simpan je"kata Ai Yin .
"Korang rasa siapa bagi eh? Beria betul dorang bagi rantai bagai ni?'soal June pelik.
"Yang penting bukan budak lelaki yang kacau kita kat sekolah yang bagi"ujar Jaerin
Skip....
Malam tersebut
Haraa,Jaerin dan Yoora pergi ke pasaraya mini untuk beli beberapa barang keperluan mereka.
"Kau nak tahu baru-baru ni ada dua orang lelaki mati"ujar seorang ahjuma di kaunter pembayaran.
"Mati kena bunuh ke tu?"
"Tak sure pulak tapi kan dorang kata dorang jumpa kesan gigitan dekat leher lelaki kedua-dua mayat tu macam kena gigit dengan vampire"cerita ahjuma tu dengan seram.
"Ish kau Soolee memandai-mandai je kata kena gigit vampire manalah tahu dorang mati sebab bermaksiat ke"
"Tak logiklah gigitan macam tu sebab diorang bermaksiat"
(aku tulis bermaksiat tu korang faham-fahamkan jerlah eh tak sanggup nak tulis perkataan r tu 😌)
Mereka hanya dengar memasang telinga mendengar perbualan ahjuma-ahjuma onion tu. Selesai bayar mereka berjalan balik ke rumah.
"Korang rasa apa yang ahjuma tu cakap betul ke?"soal Haraa.
"Ish kau ni tak logiklah vampire gigit aku rasa mesti anjing ke yang gigit"kata Yoora.
"Kau ni Haraa banyak sangat tengok drama vampire and baca novel vampire berhentilah baca novel tu"tegur Jaerin
"Then kalau bukan vampire boleh jadi jugak pontianak kan"kata Haraa.
"Dahlah tak payah nak bahas benda ni,baik kita berjalan dengan cepat aku rasa seram sejuk ni"kata Yoora bila dia terasa sejuk tiba-tiba.
Beberapa minit dorang berjalan Jaerin terperasan ada bayang-bayang yang mengikuti mereka.
"Weh korang aku rasa macam ada orang ikut kitalah"ujar Jaerin perlahan,Yoora dengan Haraa pun menoleh ke belakang.
Betul apa yang dikatakan Jaerin ada seorang mengikuti mereka dengan langkah yang laju mereka melarikan diri.
Kedebuk!
"Korang ni kenapa berlari?"tegur suatu suara.
Mereka bertiga menoleh ke arah orang yang mereka belanggar.
Ternyata orang yang mereka langgar Felix dan lima lagi geng dorang.
"Weh Felix tadi kitaorang nampak ada orang follow kitaorang dari belakang"ujar Yoora menoleh ke belakang.
"Tak ada pun?perasaan korang je tu"ujar Felix menoleh sekeliling mereka
"Tulah korang pun satu jalan lewat malam sangat kenapa?"bebel Mingyu
"Dahlah jom kitorang teman korang"
Situasi di rumah
June membuka tingkap rumah sambil melihat ke langit.
"Dorang bertiga ni mana? hari macam nak hujan ni tak balik-balik lagi"bebel June.
"Sabarlah June kejap lagi dorang sampailah tu"kata Seorin.
⚡⚡⚡
Bunyi petir menyambar mengejutkan mereka di dalam rumah.
"Hujan nak lebat ni"kata Layla dia segera menutup tingkap biliknya tiba-tiba mata ternampak kelibat hitam di pokok jiran hadapan mereka.
Dia segera menutup tingkap dan langsir di tarik.
"Ai Yin dahlah tu tutup laptop tu kilat kuat kang kau kena sambar dengan kilat padan muka"tegur Layla
"Eoh okay baiklah sahabatku"akur Ai Yin menutup laptopnya.
Pukk!
Satu rumah bergelap kerana blackout.
"Alah blackout pulak aku dahlah sorang dalam bilik ni"rungut Mirae dia bangun dari katil dia berjalan untuk keluar.
Pung!
Pintu tertutup dengan kuat sebabkan angin langsir berterbangan disebabkan tingkap terbukak.
"Aduh lupa pulak nak tutup tingkap"rungut Mirae dia berjalan perlahan.
Tiba-tiba badannya terdorong ke belakang dan ada lembaga hitam yang mencekiknya.
"Arghhh sakit"jeritnya sekuat hati.
"Mirae kenapa tu kau ok ke?"soal Mikyong yang berjalan dengan lampu phonenya.
"Arghhh"
"Yah Mirae"jerit Mikyong baru dia nak pergi ke bilik Mirae kepalanya terhantuk dengan pintu.
"Alamak Kyong,kau okay ke?weh sorry aku tak perasan kau"kata Ai Yin dia segera membantu Mikyong.
Sementara Seorin dan June mereka berjalan ke suis utama untuk tengok hidup suis elektrik yang jatuh akibat kilat kuat.
"Kau suluh biar aku naik suis ni"kata June menyerahkan lampu suluh pada.
"Okay hati-hati jangan salah tekan pulak"kata Seorin.
"Arghhh"
"Uish kenapa dengan dorang kat atas tu jerit bagai?"soal June terkejut.
"Aku rasa better kau naikkan suis tu cepat"
June pun menolak suis utama yang tadi lalu seisi rumah terang kembali.
Mereka berdua berlari naik ke tingkat atas menempatkan bilik-bilik mereka.
"Oh my god apa dah jadi ni Kyong?"soal Seorin sebaik dia nampak Mikyong dahinya dah benjol.
"Terhantuk dengan pintu bilik,korang pergi tengok Mirae tadi dia menjerit je"kata Mikyong dia.
"Kau pergi tengok Mirae aku nak bawak Kyong turun ke bawah nak tuam benjol dia ni"kata June Seorin hanya mengangguk.
Sebaik Seorin sampai bilik Mirae dia melihat Myeorin dah memapah ke katil.
"Mirae kenapa?"
"Katanya dia kena cekik dengan lembaga masa aku masuk bilik dia macam meracau je"cerita Myeonrin.
"Sekarang dia ok ke tu?"
"Dia okay je Seorin dia just nak tidur"kata Myeonrin menyelimutkan Mirae.
"Ooo ok aku nak turun ke bawah kau temankan si Mirae ni sementara si Jaerin dengan Haraa tak balik lagi"ujar Seorin.
Skip
Yoora,Jaerin dan Haraa terkejut mendengar cerita yang baru di ceritakan oleh June.
"Peliklah kenapa hari ni rasa scary eh?"soal Jaerin.
"Tadikan masa angin kuat nak hujan tu aku terperasan lembaga hitam dekat pokok rumah dekat depan seram woo"cerita Layla.
"Kau pun nampak?"soal Haraa terkejut Layla mengganguk kepalanya.
"Kiatorang masa nak balik dari pasaraya pun ada lembaga hitam kejar kitaorang nasib baik ada Felix dengan kawan-kawan dia teman kitaorang balik"ujar Yoora.
"Aku peliklah kenapa pulak tiba-tiba kita dapat gangguan pulak?"soal Myeonrin bingung.
"Aku rasa kawasan rumah kita ada hantulah"ujar Haraa.
"Haish kau ni mengarutlah sebelum ni okay je tak ada apa pun"ujar Ai Yin .
"Dahlah korang aku rasa mungkin imaginasi kita je kot selama 2 tahun kita duduk dekat sini tak ada apa pun"kata June.
"Yalah betul jugak dahlah aku nak tidurlah kepala aku berdenyut sebab kena hentak dengan pintu"ujar Mikyong bangun dari sofa ruang tamu.
"Jomlah tidur hari dah lewat malam jangan fikir sangat kejadian tadi tak ada apa-apa tu"kata Yoora.
Maka mereka semua masuk ke bilik masing masing-masing untuk tidur.
Tbc........
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top