| 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍 |
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Seperti mana yang anda semua tahu, pusingan keempat sudah pun berakhir pada 8 Januari yang lepas. Jadi, admin ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang berjaya menghantar tugasan tersebut. Anda semua memang fantastic! ✨
Pejam celik pejam celik dah nak sampai ke pusingan akhir. Baiklah, tanpa membuang masa, admin akan umumkan nama peserta yang menghantar tugasan keempat.
Senarai peserta yang menghantar tugasan 4 :
1. ShaDhia
2. bunnyaf
3. MixxRose
4. prncssdrkns
5. arryannarose
6. lilyazayrah
7. una_dreamer
8. liaa_nadh29
10. yana_xoxo
11. IlmiMadihah
12. eqalya
◦•●◉✿ °°°°°°°°°° ✿◉●•◦
Tahniah buat semua peserta kerana berjaya menghantar tugasan keempat. Anda semua memang awesome! Hantar tugasan tak bermakna anda berjaya ke pusingan akhir. Adat pertandingan, ada yang kalah dan ada yang menang. Ada yang tersingkir dan ada juga yang terselamat.
Justeru, pihak kami ingin memaklumkan satu berita yang agak sedih tetapi dalam masa yang sama gembira buat semua peserta De Brille Cover Contest ini. Setelah berbincang beramai-ramai, pihak atasan dan pihak juri telah membuat keputusan untuk tidak menyingkirkan mana-mana peserta. Ini bermakna anda semua layak ke pusingan akhir. Tetapi dengan satu syarat, pihak atasan mahu anda semua lakukan yang terbaik dan menghantar tugasan tepat pada waktunya.
Pihak atasan juga berharap anda semua tidak mengecewakan mereka memandangkan mereka semua sudah pun bersetuju untuk memberikan peluang. Bukan pihak atasan sahaja yang berharap anda lakukan yang terbaik, malah ahli-ahli Endeavour Team yang lain juga meletakkan harapan yang tinggi terhadap anda. Harapan yang mereka letak terlalu tinggi, kalah gunung Everest. Jadi, admin berharap anda semua tidak menghampakan mereka. Tahniah kepada semua peserta yang berjaya mara ke pusingan akhir!
◦•●◉✿ °°°°°°°°°° ✿◉●•◦
Seronok tak dengar berita gembira ni? Kalau sebelum ini admin yang beri peluang kedua, tetapi kali ini, pihak atasan ET sendiri yang buat keputusan untuk beri peluang ini. Jaranglah founder dan co-founder baik hati nak bagi peluang kedua bagai sebab selalunya mereka ni garang dan tegas. Admin pun takut. Jadi, jangan lepaskan peluang anda semua untuk bertanding dalam pusingan ini. Ingat! Jangan sia-siakan peluang kedua yang diberikan ini dan jangan hancurkan harapan kami semua! Bukan senang untuk buat keputusan memberi peluang kedua kepada para peserta, ini pun sebab tugasan akhir kali ini sedikit rare. Kalau tidak, jangan harap.
◦•●◉✿ °°°°°°°°°° ✿◉●•◦
Pihak Endeavour Team juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para peserta yang berjaya menghantar tugasan 4 walaupun terlewat. Terima kasih kerana memberikan komitmen yang sangat baik. Anda semua memang terbaik! Kami sangat menghargai hasil kerja anda semua.
◦•●◉✿ °°°°°°°°°° ✿◉●•◦
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, DM saja pihak kami untuk memberitahu tentang perkara tersebut. Insha Allah kami akan pertimbangkannya. Jangan risau, setakat sekarang admin tak makan lagi orang, admin makan nasi sahaja. Jadi, jangan malu untuk beritahu ya.
P/s : Sekiranya username anda tidak tersenarai dalam senarai berikut, anda boleh DM pihak kami untuk memberitahunya. Mungkin kami terlepas pandang.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruangan komen, message board atau DM pihak kami.
"Everyone has their own talents and maybe you too. Let's join us. Show us your hidden talents and be the majestic graphic designers."
With love,
𝐄𝐓.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top