| 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒𝐀𝐍 𝟑 |

Tahniah buat para peserta yang berjaya mara ke pusingan ketiga. Admin berharap anda semua tidak sia-siakan peluang yang  anda dapat ini. Keep fighting! Baiklah, untuk pusingan kali ini, para peserta dikehendaki menghasilkan satu cover dan banner berdasarkan maklumat berikut.

◦•●◉✿ °°°°°°°°°° ✿◉●•◦

Username : Cik_Ikaa
Tajuk : My Sweet Esposa
Quotes : "I love you my beautiful wife."
Genre : Action + Romance Comedy
Tema : Dark
Gambaran : Bebas [Ikut kreativiti anda.]
Maklumat Tambahan : Cover secara melintang.

◦•●◉✿ °°°°°°°°°° ✿◉●•◦

Anda semua dikehendaki menggunakan maklumat berikut untuk melaksanakan tugasan 3. Dalam pusingan yang lepas, para peserta dikehendaki menghasilkan satu cover dan banner menggunakan buku anda sendiri atau berdasarkan maklumat yang diberikan, tetapi majoriti para peserta menggunakan maklumat yang diberikan untuk melaksanakan tugasan kedua.

Dalam pusingan ketiga ini pula, anda semua perlu menggunakan maklumat berikut memandangkan pusingan kali ini sudah ada penyingkiran peserta. Jadi, buatlah sehabis baik agar para juri tertarik dengan hasil kerja anda.

Atas permintaan author Cik_Ikaa sendiri, para peserta dikehendaki menghasilkan cover secara melintang manakala bagi banner pula, saiznya masih sama. Cuma cover sahaja secara melintang. Anda semua boleh melihat cover di bawah sebagai rujukan.

[My Perfect Husband Nathrianz - © Cik_Ikaa]

◦•●◉✿ °°°°°°°°°° ✿◉●•◦

Seorang peserta hanya boleh menghantar maksimum 3 grafik cover dan 3 grafik banner sahaja.

Durasi :

- 2 Januari 2021 - 4 Januari 2021 -

Cara menghantar tugasan :

° Email : [email protected]
° WhatsApp : Boleh DM kami
untuk ambil nombor telefon
° Telegram : thesmurfff
° Buku tugasan : Tag Endeavour_Team
pada buku anda

◦•●◉✿ °°°°°°°°°° ✿◉●•◦

Tajuk buku yang admin berikan itu merupakan random sahaja. Tiada kena mengena dengan admin ya. Maklumat yang diberikan juga merupakan maklumat yang sahih dan mendapat kebenaran daripada penulisnya sendiri untuk digunakan dalam contest ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih buat author  Cik_Ikaa kerana sudi memberi kerjasama dan kebenaran kepada pihak kami untuk menggunakan buku anda sebagai maklumat tugasan 3 dalam pusingan ini.

P/s : Admin nak beritahu yang author buku ini minta jangan copy tajuk atau sebarang maklumat yang diberikan. Hargai keringat orang yang bertungkus lumus mencari idea untuk tajuk buku tersebut. Maklumat itu hanyalah sebagai rujukan untuk para peserta menghasilkan grafik sahaja. Ingat! Jangan cuba-cuba copy maklumat tersebut. Awas ya kalau pihak kami dapat tahu!

Sebelum terlupa, bagi peserta yang lambat menghantar tugasan, tidak mengapa. Pihak kami tak marah kerana kami faham setiap orang ada masalah sendiri. Sekiranya anda terlewat untuk menghantar tugasan, tidak mengapa. Hantar saja walaupun tarikhnya sudah terlepas. Kami sedia menerimanya dan kami juga akan mengadilinya dengan adil.

◦•●◉✿ °°°°°°°°°° ✿◉●•◦

Selamat Tahun Baru buat anda semua dan jangan lupa, buat tugasan ketiga tau!

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruangan komen, message board atau DM pihak kami.

"Everyone has their own talents and maybe you too. Let's join us. Show us your hidden talents and be the majestic graphic designers."

With love,
  𝐄𝐓.     

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top