| 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍 |

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Agak lama admin tak update apa-apa berita mengenai contest  ini bukan? Maaflah semua, bukannya tak nak update, tetapi memandangkan semua sibuk dengan urusan masing-masing termasuklah admin sendiri, jadi terpaksalah admin mendiamkan diri untuk sementara waktu. Sepatutnya hari ini merupakan hari pengumuman para pemenang, tetapi apakan daya, rancangan yang telah dirangka terpaksa diubah.

Baiklah, seperti mana yang anda semua sedia maklum, untuk tugasan 2, semua peserta diberikan peluang kedua untuk melaksanakan tugasan tersebut tanpa ada penyingkiran. Namun, pihak kami mendapati bahawa ada segelintir peserta yang tidak menggunakan peluang yang diberikan tersebut dengan baik, tetapi, terdapat juga peserta yang menggunakan peluang yang diberikan dengan begitu baik sekali. Tahniah kerana anda bijak menghargai peluang yang diberikan! Baiklah, tanpa melengahkan masa, admin akan umumkan nama para peserta yang menghantar tugasan 2.

Senarai peserta yang menghantar tugasan 2 :

1. yana_xoxo

2. lilyazayrah

3. arryannarose

4. MixxRose

5. IlmiMadihah

6. liaa_nadh29

7. una_dreamer

8. thedyss

9. ShaDhia

10. prncssdrkns

11. eqalya

12. bunnyaf

13. Author_Amirul

14. TheZainOfficial

Senarai peserta yang tidak menghantar tugasan 2 :

1. CikDe3

2. themiracle401

3. Ay_Athrh

4. Theerynnesz_


◦•●◉✿ °°°°°°°°°° ✿◉●•◦

Pihak Endeavour Team ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para peserta yang berjaya menghantar tugasan 2 walaupun terlewat. Terima kasih kerana memberikan komitmen yang sangat baik. Anda semua memang terbaik! Kami sangat menghargai hasil kerja anda semua.

Dengan ini, admin dengan gembira dan bangganya ingin mengumumkan bahawa semua peserta yang menghantar tugasan 2  berjaya ke pusingan seterusnya. Tahniah buat anda semua kerana berjaya melaksanakan dan menghantar tugasan kedua. Komitmen yang anda semua berikan sangatlah baik dan admin tak termampu nak membalasnya.

Buat peserta yang tidak menghantar tugasan kedua, maaf tiada lagi peluang ketiga. Anda telah tersingkir dalam pusingan ini. Admin ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberikan komitmen yang sangat baik semasa anda semua menyertai De Brille Cover Contest ini. Jangan berputus asa dan teruskan usaha kerana hanya diri anda sendiri yang tahu kebolehan dan kemampuan anda. Semoga anda semua terus sukses di masa hadapan.

◦•●◉✿ °°°°°°°°°° ✿◉●•◦

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, DM saja pihak kami untuk memberitahu tentang perkara tersebut. Insha Allah kami akan pertimbangkannya. Jangan risau, setakat sekarang admin tak makan lagi orang, admin makan nasi sahaja. Jadi, jangan malu untuk beritahu ya.

P/s : Sekiranya username anda tidak tersenarai dalam kedua-dua senarai berikut, anda boleh DM pihak kami untuk memberitahunya. Mungkin kami terlepas pandang.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruangan komen, message board atau DM pihak kami.

"Everyone has their own talents and maybe you too. Let's join us. Show us your hidden talents and be the majestic graphic designers."

With love,
𝐄𝐓.     

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top