| 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 |
Assalamualaikum and hi everyone!
✨WELCOME TO DE BRILLE COVER CONTEST 2020✨
▪️Pertama sekali, kami ingin mengucapkan selamat datang buat semua ke DE BRILLE COVER CONTEST 2020. Mesti semua tertanya-tanya apa maksud 'Brille' bukan? Brille bermaksud shine. Jadi, tujuan kami mengadakan contest ini adalah untuk mencari bakat-bakat baru yang akan bersinar terang seperti cahaya dalam bidang pengeditan ini. Kami percaya bahawa ada di antara kita semua yang mempunyai bakat terpendam dalam bidang pengeditan ini tapi masih belum dicungkil. Samalah macam admin, minat dalam bidang pengeditan tapi takut untuk mencuba.
◦•●◉✿ °°°°°°°°°° ✿◉●•◦
~🄳🄴 🄱🅁🄸🄻🄻🄴 🄲🄾🅅🄴🅁 🄲🄾🄽🅃🄴🅂🅃~
▪️Seperti sedia maklum, tujuan kami mengadakan contest ini adalah untuk mencari dan mencungkil bakat yang terpendam dalam diri anda semua.
▪️Pertandingan ini juga diadakan untuk memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya. (Tak kisahlah anda mahir atau tidak, kami akan terima penyertaan anda semua.)
▪️Pertandingan ini akan berlangsung selama sebulan. Kiranya sebagai penutup kepada aktiviti kami bagi tahun 2020. (Insha Allah kalau tiada aral yang melintang, pihak kami akan selesaikan contest ini mengikut perancangan yang telah dirancang.)
◦•●◉✿ °°°°°°°°°° ✿◉●•◦
Jadi, tunggu apa lagi? Marilah sertai dan memeriahkan contest ini beramai-ramai. Jangan lupa untuk ajak rakan-rakan wattpaders anda yang lain! Penyertaan anda sangatlah dialu-alukan dan kami menyambut baik penyertaan anda semua dengan tangan yang terbuka.
"Everyone has their own talents and maybe you too. Let's join us. Show us your hidden talents and be the majestic graphic designers."
With love,
𝐄𝐓.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top