Prolog ☆


Malam Bintang di Celine Stadium sangat riuh dengan para pengunjung. Jeritan mereka dapat didengar. Suasana di belakang pentas kelihatan huru-hara dengan manusia berlari ke belakang dan ke depan. Terdapat sekumpulan remaja lelaki sedang bersedia, alat muzik masing-masing dipegang kemas. Pakaian mereka pula serba ungu dan hitam.

"Korang ready tak ready ni?" Aniq menyoal. Dia mengumpulkan semua ahli kumpulannya dan membentuk bulatan.

"Gila tak ready? Kita practice untuk benda ni lama gila kot!" jerit Ziqri. Adrian di sebelahnya sedikit menjeling selepas telinganya mendengar suara yang lantang secara tiba-tiba.

"After all we've been through, here we are together." Dayyan menambah. Matanya bertembung dengan Aniq. Kemudian, ahli-ahli lain Daze.

"Tak payah nak sentimental sangatlah. Nak nangis lepas perform nanti." Adrian menghalang sesi nangis-menangis daripada berlaku.

"Aku rasa nak terberak la geng." Idlan mencelah. Dia membongkok seraya tangannya memegang perut.

"Kau jangan, Ed! Dah banyak kali kau ni asyik nak terberak la terkencing la," marah Aniq. Rasa macam nak suruh si Idlan tu pakai lampin supaya dia tak buat hal dalam masa genting sepertimana sekarang.

Adrian tepuk belakang Idlan sehingga menghasilkan bunyi yang kuat.

"Sakitlah! Aku tahu kau nak tolong aku hilang nervous tapi sakit sangat ni." Idlan gosok belakang badannya. Adrian tunjuk muka tak kisah dia. Sudah menjadi tugas Adrian kalau Idlan tiba-tiba rasa nak terberak dan terkencing.

"Get ready korang. You guys will be up next."

Cik Wawa, manager event Malam Bintang mendatangi mereka. Mereka serentak mengangguk. Ini masa mereka.

"Lima bintang berkumpul menjadi satu. Kita." Aniq mulakan chant mereka.

"D." Dayyan letak tangannya ke tengah.

"A." Adrian pun sama.

"Z." Giliran Ziqri pula.

"E." Dan seterusnya Ed.

"We." Aniq selaku ketua Daze menjadi yang terakhir meletakkan tangannya di atas tangan yang lain.

"SHINE!" Tangan kanan masing-masing diangkat setinggi mampu. Api semangat semakin marak dalam diri mereka semua.

"Let's go!"

Mereka berlima naik ke atas pentas. Serentak itu, jeritan para penonton memenuhi ruang atmosfera. Lampu terang menyinari tengah pentas. Lautan lightstick daripada para penonton menimbulkan satu rasa yang tak dapat ditafsir dalam hati masing-masing.

Daze bersedia dengan instrumen masing-masing. Ziqri dengan drum, Idlan dengan bes, Adrian dengan gitar elektrik, Aniq dengan keyboard dan Dayyan di tengah pentas memegang mikrofon.

Lampu serta-merta terpadam dan lagu mula bermain. Ziqri memukul drumnya dengan penuh semangat. Satu-persatu lampu menerangi Ziqri kemudian Dayyan dan akhirnya Idlan, Adrian dan Aniq.

Melodi lagu yang mereka hasilkan penuh cabaran sekarang menyapa telinga para penonton. Hampir seminggu mereka bersengkang mata menyiapkan lagu. Perubahan demi perubahan mereka lakukan dan akhirnya lagu bertajuk Bintang tercipta.

Dayyan menyanyikan rangkap pertama. Suaranya yang merdu buat mereka terpukau. Instrumen yang dimainkan juga saling melengkapi.

Walau terangnya dunia
Ku menelan bayangannya
Kasih jiwa tak bertaut jua
Apakahku berguna?

Ku cuba
terima
Telah pun
ku cuba.

Namun kupercaya
kuterang bercahaya
yang mampu
menerangi dunia.

Kerna jika terus
berdiri dan tebus
kutemu diriku sebenar.

Tak usahku gapai bintang
Kerna kau di depan mata
Sinaran yang menyilau
Mataku terpukau

Waktu solo Adrian bermula. Jarinya lincah memetik gitar elektrik merah miliknya. Para penonton menjerit histeria. Dan akhirnya, aksi Adrian berakhir dengan pukulan padu drum oleh Ziqri.

Your eyes
feels like there's a
whole galaxy in it.

Lost and found
you were the one
who brings me back.

Then, you're a star
that never fades
bringing wishes
that have no ends.

Aniq menyanyikan lirik seterusnya. Jarinya menekan-nekan keyboard seiring dengan lagu. Matanya tunak memandang peminat yang menghayun lightstick ke kiri dan ke kanan.

Lagu ini untuk mereka. Yang gagah menempuh cabaran dunia walau sebenarnya masih terluka di sana sini. Mereka yang masih keliru dengan diri sendiri. Mereka yang memerlukan hanya secebis ketenangan untuk teruskan hidup.

Muzik habis bermain. Sejurus itu, jeritan para penonton menggegarkan pentas.

"Lagu baru ke?"

"Bapaklah! Apesal tak release lebih awal siot."

"Gila. Nasib baik aku datang festival ni!"

Beberapa dialog daripada para penonton jelas menunjukkan mereka tidak tahu-menahu tentang lagu baru Daze.

"You guys are the stars in our eyes. Keep on being yourself, because you guys are shining!" jerit Dayyan pada mikrofon. Daze kemudian bergerak ke belakang pentas dengan senyum yang melebar.

"You guys are amazing! Gilalah!"

Idlan menjerit. Dia terus menarik tangan Aniq dan yang lain untuk berpeluk. Dengan badan yang berpeluh dan masih dalam keadaan mengah mereka berpelukan. Penat lelah mereka selama ini terbayar akhirnya.

Pelukan hangat kian terlerai. Mereka terdiam seakan tidak percaya tentang apa yang berlaku sebentar tadi.

"Playing an unreleased song? Pastu dapat sambutan hangat nak mampus. Gilalah. Hanya kita je mampu buat." Ziqri meraup rambutnya ke belakang. Dia tak sangka yang Daze boleh sampai ke tahap seperti ini.

Semua pandang Aniq. Aniq pula sibuk meneguk air mineral dengan rakus.

"Kenapa pandang aku?" Dia hampir tersedak.

"Thanks sebab tubuhkan Daze. Thanks jugak sebab tak putus asa dengan kita orang," ucap Dayyan.

"Yaaa, thanks do Aniq." Ziqri ucap perkara yang sama.

"Euw, ni bukan korang. Bila masa je korang cakap terima kasih dengan aku?" Aniq buat muka jijik. Terlalu asing bagi dia untuk mendengar perkataan terima kasih dari rakannya.

Aniq kemudian tersenyum nipis. Dia gurau saja sebenarnya.

"Thanks jugak, for the great performance tonight." Aniq tersenyum seraya memanjangkan tangannya, menunjukkan belakang tapak tangan. Yang lain semua faham. Tangan mereka sekejap saja sudah bertindih.

"For more years to come." Aniq senyum.

"For more years to come." Mereka balas.

"Jom, aku belanja korang makan." Adrian mengajak. Dia dah bersedia nak kosongkan dompet dia pada malam ini.

"Yay!! Aku nak shawarma, nak steak, nak mac and cheese dengan burger. Nak Mcflurry jugak!" Ziqri laju saja meminta. Orang nak beri, jangan ditolak.

"Makan macam bela saka." Mata Adrian memandang Ziqri atas bawah berkali-kali.

"Eh, biarlah. Perut aku bukan perut kau." Bibir Ziqri mencebik.

Mereka berempat segera berkemas. Hanya Aniq masih statik berdiri, dia sibuk memerhati gerak-geri rakan-rakannya. Adrian, Dayyan, Idlan dan Ziqri, dalam hatinya berharap dia dapat sentiasa berada di sisi mereka. Mengharungi pelbagai halangan di masa depan nanti, teroka benda baru dan mengaut lagi satu demi satu kejayaan.

Air matanya bertakung di tubir mata. Cepat dia lap matanya dengan baju. Langkahnya laju mengikuti rakannya yang lain untuk berkemas.

Author's Note
saya janji ni saya tulis sampai habis hihi

25/6/23

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top