Bab 9
"Tengok atas?" Sticky note hijau yang tertampal pada pintu loker Adrian menimbulkan tanda tanya dalam benak fikiran. Dah kenapa dia kena tengok atas?
Siling bercat kelabu dia pandang. Kosong. Sticky note itu dia cabut kemudian pintu loker dia buka. Dia perlukan kalkulator. Sekejap lagi kelas Addmath akan bermula.
Ah, baru dia tau apa maksud sticky note tadi.
Atas yang dimaksudkan adalah atas loker. Terdapat satu tin Nescafe Mocha yang turut ditampal sticky note lagi. Tangan panjangnya mengambil air kopi itu.
— Everyday is your day. Jangan lupa senyum wahai Sultan Adrian.
Adrian tersenyum spontan. Sultan Adrian? Dah kenapa?
Si pemberi Nescafe berjaya lagi hari ini. Tujuan dia cuma satu, membuat idola dia tersenyum.
Adrian kerling jam di tangan. Langkahnya laju menuju ke kelas. Beberapa pelajar yang lain turut bergerak menuju destinasi masing-masing.
Cikgu Afieya baru saja masuk. Ada 5 minit lagi sebelum kelas bermula. Kerusi masih ada lagi yang kosong lagi-lagi di sebelah Adrian.
"Cikgu, Anaqi lambat," adu Qayyum sambil berjalan masuk. Di belakangnya diikuti satu lelaki yang lebih tinggi daripadanya.
Anaqi diam saja. Dia senyum nipis dan tunduk sedikit pada Cikgu Afieya dan mengambil tempat di sebelah Adrian.
"Ad." Anaqi menyebut nama Adrian secara singkat dan mereka bersalam.
Elyssa, crush Idlan turut berada di dalam kelas ini. Memang melepaslah Idlan nak tengok dia hari-hari sebab Idlan tak ambil subjek Addmath.
"Anaqi, aku dengar kau dengan Elyssa ada something." Adrian angkat kening. Cikgu Afieya di depan sedang berikan soalan pembezaan prinsip pertama sebagai latihan pengukuhan. Sekejap saja mereka dah siap sebab level kacang goreng.
"Psssttt, sakit wo, sakit fitnah itu." Anaqi buat sound effect memanggang daging kemudian dia ketawa perlahan.
"Tak adalah. Gosip murahan je tu."
"Gosip gosip pun, mesti dah sampai telinga mak kau kan?" Mata Adrian kalih ke Cikgu Afieya sebelum kembali bercakap dengan Anaqi. Takut-takut mak Anaqi tiba-tiba menegur mereka yang sedang berborak.
"Dengar dah. Hampir kena piat telinga aku semalam. Alhamdulillah selamat." Anaqi tunjuk telinga dia.
"Performance kau mantap bro masa karnival," puji Anaqi. Terkejut juga dia bila Airel ikut sekali perform dengan DAZE. Macam tak sangka, lelaki anti-social itu terima untuk membuat persembahan di depan orang ramai.
"Apesal Dayyan culik Airel?"
"Ed sakit perut. Mintak Airel ganti dia. Dayyan selalu jugak kata nak recruit Airel masuk dalam DAZE. Entah Airel tu, dia tak nak."
"Eh tak boleh! Suka hati kau je ek nak ambik member aku. Tak ada, dia tu SK punya." Anaqi selaku kapten Silver Knight, pasukan bola keranjang sekolah membantah. Adrian cuma angkat bahu.
"By the way, tak nak keluar lagu baru ke? Dah lama tunggu." Anaqi senyum lebar.
"Diam la," balas Adrian sambil menepuk bahu kawannya. Fokusnya kembali ke depan apabila Cikgu Afieya sambung mengajar semula.
"Hai semuaa! Dah makan ke belum? Belum? Pergi makan cepat." Ziqri letak phone dia di atas meja. Dia baru saja mulakan siaran langsung di Instagram melalui official akaun DAZE. Sambil menunggu lebih ramai yang masuk live Ziqri buka lagu.
"Dah start ke?" Adrian baru saja masuk ke dalam Daze's Territory diikuti Idlan di belakang. Waktu belajar untuk hari ini baru saja habis.
"Ha, Ed dah sampai. Jom." Dayyan yang tadi berbaring di sofa terus bangkit. Dia menampakkan dirinya di depan kamera. Dayyan dan Ziqri duduk di kerusi manakala Adrian dan Idlan berdiri saja.
"Hai Daisies semua. Live ni sebenarnya nak terangkan salah faham korang. Actually, terkejut jugaklah bila pagi tadi Ad cakap pasal ni." Dayyan bermukadimah. Masa rehat tadi, Adrian jumpa dia cakap yang Daisies ingat Airel tu member baru DAZE. Mana tak terkejut Dayyan.
"Korang ingat ada member baru join Daze eh? Okay, dia macam ni." Dayyan berhenti berkata seketika. Dia mengambil nafas sebelum kembali menerangkan perkara sebenar.
"Sorry for the confusion. We're truly sorry from our side as we're taking some time to clarify this. Airel tak join Daze. Ed was not there with us yesterday for personal reason. As you guys know, Aniq pun masih hiatus." Ayat hujungnya terasa pahit untuk diungkapkan oleh Dayyan.
"Personal reason tu aku sakit perut. Sorry la geng. Tapi tak baik au, ada yang kata aku digantikan. Korang tak sayang aku ke?" Idlan buat drama. Dia lap air mata palsu dia di hadapan 370 ribu mata yang melihat siaran langsung mereka sekarang.
Menyesal juga Dayyan tak cakap terus terang semasa karnival. Tapi tidak semestinya sebab itu. Mereka yang tiada di karnival pasti akan pelik dengan kehadiran Airel yang memainkan bes.
"Jangan fikir pelik-pelik eh, sayang semua. Duduk diam-diam tau, nanti kitaorang ada surprise." Ziqri pula menyampuk,
"Surprise apa?" Idlan buat muka terkejut. Ini real punya terkejut. Bukan skit, bukan lakonan semata-mata.
Dayyan sudah mula cuak. Adrian kekal tenang walaupun dia sebenarnya ingin mengakhiri siaran langsung agar Ziqri tak buat kerja gila.
"Surprise dia... Ha, mana boleh bagitahu. Tak jadilah surprise." Ziqri senyum kambing. Hatinya bangga berjaya mempermainkan kawannya dan peminatnya sendiri.
"Sini kepala tu, nak jotos sikit." Idlan mengugut. Tangannya mengurut leher Ziqri secara kasar.
"Oi, patah leher aku." Ziqri tepis laju tangan Idlan lalu telefonnya diambil. Dia baca sekejap komen-komen yang menaik setiap saat.
"Nak cakap jugak." Adrian tiba-tiba maju ke depan.
"Apa dia?"
"Surprise yang kita orang nak bagi sebenarnya video Ziqri joget lagu OMG New Jeans pakai kain pelikat." Adrian tergelak di akhir katanya. Video itu dia rakam minggu lepas ketika Idlan dan Dayyan tiada di rumah.
"Nak tengok!" Idlan teruja lebih.
"Woi, aib aku tu!" Ziqri mencerlung tajam Adrian di belakangnya. Ada ke patut dia nak siarkan video tu pada orang awam? Boleh malu tujuh keturunan si Ziqri ni nanti.
"Okay dah habis penerangan kita hari ini. This is DAZE, and we're out." Ziqri letak dua jarinya pada dahi kemudian dia halakan ke depan.
"Bye!!!" Semua menjerit kuat. Jari telunjuk Ziqri menekan butang end live.
"Settle," ucap Adrian sambil membuat high-five dengan Dayyan. Itu memang plan mereka. Buat live untuk terangkan salah faham kecil ini. Asalkan kawan mereka Airel tidak terjejas, mereka cukup bersyukur.
"Aku nampak tadi kat komen live, dorang tak habis habis mintak lagu baru." Selalu saja mereka berempat nampak komen sebegitu. Dari akaun personal ahli DAZE dan akaun rasmi DAZE di Instagram dan Twitter.
"Itu lagi?" Dayyan lelah.
"Nah, kat Twitter lagi teruk. Ada yang cakap DAZE tak reti nak produce songs sendiri pulak. Padahal 2 tahun lepas dah keluar dah." Idlan menyasarkan rambutnya ke belakang. Bukan mudah nak gubah lagu. Dari segi lirik, melodi, soundtrack dan banyak lagi yang perlu diperhatikan.
"No cap, ada yang compare kita dengan Ecstasy. Aku pernah baca," ujar Dayyan sambil berjalan ke arah sofa untuk mengambil begnya.
"Kan bagus kalau Aniq ada."
Semua terdiam dengan ayat Ziqri sebentar tadi. Hanya bunyi jarum jam berputar yang kedengaran. Dayyan berdehem untuk mengurangkan kejanggalan situasi.
"Aku nak balik. Kau nak tumpang aku lagi ke Ziq?"
"Eh mestilah nak. Pergi dengan ayang, balik pun mestilah dengan ayang." Ziqri pantas menyandang begnya dan membontoti Dayyan yang sudah di belakang pintu.
"Ew, gross. Jangan sampai aku campak kau kat tepi jalan nanti." Mulut Ziqri bergerak-gerak tetapi tiada suara yang dikeluarkan.
"Kau Ed?" Mata Dayyan beralih ke Idlan yang sibuk melihat telefon.
"Aku nak lepak."
Dayyan pandang pula Adrian. Dia tak bertanya.
"Aku kena bertugas."
"Aight, kunci pintu," pesan Dayyan dan dia terus mengambil langkah keluar dari Daze Territory.
Bersambung
Author's Note
timeline dia sumpah bercelaru, ni sepatutnya 2020/2021 gitu eh tiba-tiba ada lagu omg - new jeans. HAHAHAHS haih
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top