Bab 7

Tirai dibuka perlahan dengan arahan Muhammad. Muncul saja wajah Dayyan yang berdiri di tengah, para pengunjung berteriak kuat. Setelah menampakkan seluruh ahli Daze dan Airel, Dayyan rembat mikrofon di depannya.

"Hello, Scarletts! Rindu kita orang tak?" Para pengunjung bersorak sekali lagi sebagai balasan daripada pertanyaan Dayyan.

"It would be weird that we don't have any Daisies here. Lovely Daisies put your hands up!" jerit Dayyan seraya mengangkat tinggi tangannya. Daisies mendominasi lautan manusia dia hadapannya.

Dayyan pandang Adrian sekejap sebelum menyambung ayatnya.

"Kenapa korang macam tak bersemangat ni? Ada benda lain yang lebih menarik perhatian ke?" Dayyan perasan beberapa manusia di depannya ada yang distracted, mata mereka lebih tertumpu pada kanan Dayyan. Dia sudah jangka perkara itu akan berlaku.

"Ada bassist handsome!" jawab Ziqri menggunakan mikrofon di sebelahnya.

"Oh patutlah. Semua tertarik dengan kawan sebelah kita ni. This is Airel." Airel cuma angkat tangan. Dayyan ingat Airel nak lalukan jari dia pada tali gitar dengan cara yang paling cool sekali tetapi tidak. Apa aje yang dia boleh harapkan dengan lelaki tak berperasaan itu?

"We have no time to waste. Are you ready?" Serentak Dayyan, Adrian dan Airel melalukan jari mereka pada gitar menghasilkan bunyi yang kuat.

"One two three four!"

Ziqri ketuk piring. Lagu Reminisensi daripada Insomniacks bermain lantang. Jeritan para pengunjung tidak menggangu fokus ahli Daze dan Airel untuk terus mengikut rentak lagu.

Para penonton turut menyanyi bersama-sama sambil tangan turut diangkat dan melambai ke kiri dan kanan secara perlahan. Siang-siang nak galau tak salah kan? Tiada siapa boleh kalahkan Insomniacks punya lagu kalau pasal cinta ni.

"Sudah tiba masanya.
Tuk menggunakan selamat tinggal terakhir kita."

Lebar senyuman Dayyan apabila sudah lama dia tidak membuat persembahan. Begitu juga dengan Ziqri. Dengan kekuatan maksimum dia memukul drum penuh semangat.

Berbeza dengan Adrian. Dia terlihat 'soulless'. Sama seperti dulu, pemandangannya sekarang hitam putih saling tak ubah seperti dia melihat filem P.Ramlee.

Habis saja persembahan pertama, Ghost of You dari 5SoS mula dimainkan. Adrian menyanyikan liriknya. Lagu ini lagu kegemaran dia dengan Aniq.





"Apa yang kau faham pasal lagu ni?" Aniq menyoal.

"A song about his girlfriend left him. They were too young when they fall in love, secara tak sedar dalam hubungan tu they hurt each other. Itu yang aku rasa." Adrian menjawab berdasarkan kefahaman dia.

"Kau interpret ikut lirik kan?" Aniq gelak. Dia inginkan jawapan yang lain daripada itu.

"Cuba luaskan lagi, kalau kau kata girlfriend, aku pula translate lirik tu kepada mengingati orang yang tersayang. Contoh paling dekat, kawan. Not only that, family ke parents ke even pets pun boleh."

"Macam tak kena aje kalau pets." Adrian kerut kening. Tafsiran Aniq ni pelik-pelik dia bukan sikit, banyak. Kalau dia yang gubah lirik lagu, berkerut-kerut dahi ahli Daze nak faham.

"Apa yang aku nak cakap ni bukanlah macam lagu ni yang dia tengah in state of grieving, cuma aku nak cakap satu aje. Let go. Jangan pendam sakit tu lama sangat." Aniq keluarkan pick guitar miliknya dari poket. Dia hulurkan pick itu kepada Adrian.

"It doesn't make any sense?" Adrian terima pick itu tanpa banyak bunyi.

"Sikitlah. Okay, easy example. Cuba kalau aku dah tak ada nanti." Aniq memberi contoh yang berani mati.

"Kau merepek apa ni?" Belum sempat kawannya itu menghabiskan bicaranya, Adrian terlebih dahulu memotong.

"Shut up. Bagi aku habis cakap. It is not impossible. Kalau aku dah tak ada nanti, teruskan menyanyi Adrian. Itu yang aku nak."





Tanpa sedar, dalam keadaan dia tengah sibuk memetik gitar elektriknya untuk bahagian bridge, air matanya mengalir. Dia rindu Aniq. Matanya dia pejam sekejap.

Sudah berapa lama dia tidak rasa segembira ini. Sorakan yang menghangatkan jiwa. Kawan yang tidak pernah putus asa dalam minat yang sama. Peminat yang tak henti menyokong. It heals… a lot.

Banyak kali dia menafikan. Dia bukannya ingin berhenti menceburi muzik. Hanya saja muzik itu sering mengingatkan dia tentang Aniq. Dan itu sangat sakit.

Melihat rakannya yang turut bersemangat mempersembahkan lagu dengan seluruh tenaga, Adrian sedar sesuatu. Dia sebenarnya rindu untuk naik di atas pentas lagi.

Pemandangan Adrian kini bercahaya. Dia seakan berada di tempat baru yang menerimanya. Dunia kelam tadi yang hampir melemaskannya kini tiada lagi. Adrian rasa seperti diberi nafas baharu. Dia menjadi lebih bersemangat dalam menyanyi.

Dayyan merasakan perubahan dalam Adrian. Akhirnya, he can enjoy the performance.

Dayyan toleh pula ke kanan. Airel menjalankan tugasnya tanpa cacat cela. Entah kenapa, Dayyan nampak Airel lebih gembira. Lelaki tiada ekspresi itu banyak senyum hari ini, mungkin sebab persembahan yang mereka lakukan sekarang.

Habis saja lagu Ghost of You, penonton bersorak kuat. Waktu itu juga paper plane terbang menyerbu ke arah pentas dengan jumlah yang banyak. Putih dan kuning. Kedua-dua warna itu melambangkan bunga daisy.

Paper plane yang jatuh tepat pada sebelah kaki Adrian dikutip lalu dibuka lipatannya. Adrian sangkakan itu hanya kertas kosong tetapi dia silap. Perkataan demi perkataan Adrian baca. Mesej pendek itu akhirnya membuatkan Adrian menitiskan air mata tetapi cepat-cepat dia lap.

Did you guys have a good rest? We've been waiting for you. Always.

Kata-kata itu menunjukkan Daisies menunggu kepulangan Daze. Setelah setahun lebih Daze hiatus, ini sahaja yang Adrian mampu berikan. Dia sebenarnya kecewa.

Ucapan akhir diberikan oleh Dayyan. Waktu persembahan mereka sudah habis dan pentas akan diserahkan kepada pengacara. Alat muzik seperti drum dan gitar dibawa ke belakang pentas.

Ahli Daze dan Airel duduk berehat. Empat cawan milk tea tersedia di atas meja. Tadi Ziqri ada upah seorang pelajar lelaki untuk pergi beli di gerai.

"Kau pegang apa tu?" Ziqri menyoal tentang kertas yang dipegang Airel.

"Paper plane tadi."

"Oh ya, what is that? Aku rasa itu first time aku nampak orang buat macam tu. Terharu gila tadi tengok mesej dorang." Dayyan ambil paper plane itu dari tangan Airel.

"Aku pun. Aku nampak Adrian nangis tadi."

"Tak." Mendengar namanya terpacul keluar dari bibir Ziqri, Adrian terus menafikan kenyataan itu.

"Dah nangis tu mengaku ajelah, eleh." Dayyan mengusik, dia pun perasan tadi.

"By the way, thanks do Airel tolong kita orang hari ni. Ed sakit perut sebenarnya, bontot dia melekat kat tandas." Dayyan berterima kasih, begitu juga dengan Ziqri dan Adrian.

"No problem, aku pergi dulu," pamit Airel. Dia terus bangkit berdiri, tak sudi hendak berlama-lama di sini.

"Eh kejaplah. Lepak dulu." Dayyan menahan.

"Malas ah." Airel menolak, dia terus pergi.

"Masa kau tarik dia tadi, muka dia serius tak rela. Tapi tadi aku nampak dia enjoy gila masa depan perform. Macam professional performer dah Airel tadi." ujar Ziqri. Gitar merah Idlan seperti bertukar pemilik.

"Kan… aku dah kata dah, lagi bagus dia masuk Daze." Dayyan menambah.

"Terasa Ed nanti, mentang-mentang dia tak ada." Adrian sedut sikit milk tea.

"Nak keluar tak? Tengok-tengok karnival jom. Tak puas kan pusing pagi tadi." Dayyan menukar topik perbualan.

"Nak!"

"Okay, kemas barang pastu kita lepak."

Bersambung


Author's Note
actually kan, aku pun tak tahu apa yang aku tulis. storyline dia berterabur hahaha. tetap bertahan membaca ya gais.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top