Bab 6
"Ed, tell me you're actually kidding right now." Dayyan sudah menyerabutkan rambutnya. Telefonnya dilekapkan ke telinga. Dari suaranya nampak macam ada masalah besar akan berlaku.
"Kidding apa pulak Yan. Aku sakit perut ni. Dah 10 kali aku keluar masuk tandas. Nak jalan pun tak larat dah kawan kau ni," balas Idlan dengan suara yang perlahan. Dia tak menipu. Mukanya sudah pucat seperti mayat. Tak tahulah apa yang dia makan semalam sampai boleh jadi macam ni.
"Dah tu, kau tak boleh perform?"
"Kalau kau nak aku terberak-berak kat atas pentas boleh aje." Sarkastik Idlan membalas. Dapat Dayyan bayangkan bibir Idlan yang terangkat sebelah.
"Aku tak bolehlah weh. Sorry. Aku tahu tak boleh cancel last minute. Apa kata kau cari Airel, nak sangatkan recruit dia, recruit lah kejap jadi ahli sementara Daze."
"Yalah, kau rehatlah sana." Dayyan mematikan panggilan. Wajahnya berkerut, fikirannya mula berserabut.
"Kenapa dengan Ed?" Adrian yang sedang menala gitarnya menyoal.
"Dia sakit perut."
"Sakit perut? Adoi, masa masa macam ni lah kau nak sakit perut, Ed. Hari lain tak boleh ke?" Ziqri menjerit kalut. Wajahnya diraup berkali-kali.
"Habis tu sekarang macam mana?" tanya Adrian. Jika Idlan tak ada, maka tiada siapa yang main bes.
"Aku cari Airel kejap." Dayyan menyambar laju telefonnya yang tadi dia letakkan di atas meja.
"Dia nak ke?" Ziqri bertanya. Mereka semua tahu Airel tu macam mana. Dayyan ajak banyak kali pun Airel menolak.
"Nak ke tak nak memang aku akan tarik jugak." Dayyan bersuara lantang. Langkahnya laju meninggalkan Adrian dan Ziqri.
Para pengunjung semakin ramai menyesakkan karnival Scarlett High. Dengan cemas, Dayyan menelefon nombor Airel berkali-kali.
Hampa. Airel langsung tak angkat.
"Dah kenapa pulak mamat ni?" Dayyan geram.
Terpaksalah juga dia mencari Airel dalam lautan manusia di depannya sekarang. Ya, dia tahu ini kerja gila tetapi dia tiada pilihan.
Tahu atau tak? Susah gila nak cari Airel. Lelaki itu bukannya ada kawan. Ahli Silver Knight, kumpulan basketball yang disertai Airel sendiri dia tak anggap sebagai kawan apatah lagi ahli Daze.
Dayyan memanjangkan leher. Figura Daniel yang tinggi lampai berbanding pengunjung lain menarik perhatiannya.
"Redah ajelah. Mana tahu dia lepak dengan geng basketball dia." Dayyan menyelit di antara manusia yang lalu-lalang. Akhirnya, dia semakin dekat dengan Daniel, rakan sekelasnya.
"Airel!" panggil Dayyan. Syukur, dia nampak juga lelaki yang dicarinya.
Ahli SK yang lain memandang ke arah Dayyan. Dayyan bertentang mata dengan Anaqi. Sempat lagi dia puji wajah kacak Anaqi dalam hati.
"Airel, kat sini rupanya kau. Kau tak buka telefon kau langsung ke?" Dayyan memegang lutut. Dia tercungap-cungap mencari nafas.
Airel menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan telefon. 10 kali Dayyan telefon.
"Sorry, silent mode. Apa hal?" Airel menjongket kening.
"Kau kena tolong kita orang. Ed dia tak dapat datang. Sekarang tak ada siapa main bass."
"So?" Airel nampaknya masih tidak faham tujuan Dayyan mencari dia.
"Please Airel, tolong kitaorang kali ni."
"Aku main gitar aje. Kau pun tahu."
"Tak, kau tipu. Kau pandai main bass." Dayyan masih berkeras.
"Aku tak ada masa sekarang ni. Nak tak nak kau kena tolong aku jugak." Dayyan menarik tangan Airel secara paksa. Lantaklah Airel setuju atau tak. Kalau nak tunggu dia cakap ya, tahun depan agaknya.
25 minit saja lagi Daze akan mula membuat persembahan. Dayyan tiada masa untuk dibazirkan. Laju dia membawa Airel ke belakang pentas.
"Thank goodness. Dapat juga kau tarik mamat keras kepala ni." Adrian menyasarkan rambutnya ke belakang. Dia menghembus nafas lega. Gitar elektrik miliknya diletakkan sekejap.
"We're counting on you."
Adrian berikan gitar bes berwarna merah kepada Airel. Airel menerima gitar itu dengan masih terpinga-pinga.
"Lagu apa korang perform nanti?
"Rahsia." Ziqri tayang sengih kerang busuk dia.
Tanpa amaran, satu tamparan hinggap di belakang kepala Ziqri.
"Dia nak tolong kita, kau pergi cakap rahsia kenapa pulak?" marah Dayyan sambil keningnya berkerut hebat.
"Reminisensi by Insomniacks dengan Ghost of You by 5SoS," jawab Adrian. 5SoS yang dimaksudkan Adrian ialah kumpulan 5 Seconds of Summer.
"Kau perlukan music sheet ke? Aku ada. Kita kena practice sekarang." Dayyan mengambil begnya. Music sheet yang telah disediakan untuk Idlan, Dayyan berikan kepada Airel.
"Jom, jom, practice! Kita dah tak ada masa ni." Ziqri tepuk tangan. Di belakang pentas, dia sudah bersedia dengan drum kesayangannya. Rugi Idlan tak ada, hari ini Daze akan menjadi spotlight dalam karnival Scarlett.
Gitar merah milik Idlan, Airel menata lagi sekali bunyinya. Dayyan melakukan jarinya sekali pada gitar miliknya pula. Adrian pun melakukan perkara yang sama.
Mereka berempat memainkan lagu Ghost of You terlebih dahulu. Dayyan menyanyi sedikit sahaja. Kemudian, barulah mereka memainkan lagu Reminisensi pula sebelum mereka dipanggil untuk bersedia sebelum naik ke pentas.
"Group Kyra dah nak mula. Korang standby." Muhammad sebagai pengurus persembahan memberi update terkini. Selepas kumpulan Kyra persembahkan tarian lagu Ddu-Ddu Ddu-Ddu milik Blackpink barulah kumpulan Daze naik ke atas pentas. Ada masa 5 minit untuk Daze menyiapkan pentas seperti set-up semua alat muzik. Yang paling susah drum milik Ziqri. Tetapi tidak mengapa mereka sudah cukup pengalaman untuk bergerak pantas.
"Hit you with that Ddu-Ddu Ddu-Ddu."
Empat orang perempuan baru sahaja menghabiskan tarian dan membuat pose ending fairy. Dalam keadaan mereka sedang sibuk meragut oksigen, langsir merah mula bergerak menutup pentas.
"Now! Now!" Muhammad menjerit mengarahkan Daze untuk bergerak. Dengan pantas dan cekap, Adrian, Airel dan Dayyan membawa gitar masing-masing. Muhammad turut membantu Ziqri mengangkat piring emas drum ke atas pentas.
Suasana belakang pentas yang kalut bagi sesiapa yang melihatnya. Daze masih tenang. Biar lambat asalkan selamat. Tiada guna semua benda nak cepat kalau nanti di pertengahan jalan berlaku kemalangan.
"Soundcheck," ujar Dayyan.
Daze masing-masing memeriksa in-ear monitor yang telah dipasang. Alat ini membantu mereka kekal mengikut rentak muzik dalam keadaan para penonton yang bersorak kuat.
"Dah? Semua, okay?" Muhammad menyoal sambil tangannya diangkat. Dia bersedia di tepi pentas untuk mengarahkan penjaga langsir membuka tirai.
Dayyan angkat tangan okay. Dia pusing ke belakang melihat kawan-kawannya. Dia bersyukur Airel sudi membantu. Senyuman ikhlas dia hadiahkan kepada lelaki itu.
Dayyan menoleh ke arah Adrian. Lelaki itu senyap mengamati gitar miliknya seperti hilang dalam fikiran sendiri.
"Adrian," panggil Dayyan. Ibu jarinya diangkat seperti bertanya adakah Adrian baik-baik sahaja. Adrian cuma angkat bahu sebagai balasan.
"Ready?" Dayyan sengaja bertanya kepada semua.
"We're born ready." Ziqri ketuk piring.
"Jom!"
Bersambung
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top