Bab 5
"Airel? Betul ni Airel?" Idlan pandang lelaki di depannya atas bawah. Dia main terjah sahaja tadi kelas 4 Emerald.
Airel angguk sekali. Dia tunjuk enamel pin pada tali lehernya. Airel Ishraq, Idlan baca dalam hati.
"Dayyan suruh jumpa kau kalau nak tukar tali. Tolong eh. Tali baru ada dekat poket depan tu." Poket kecil pada gig bag Idlan tunjuk.
"Okay." Airel sambut cermat beg gitar Idlan. Idlan berhenti sekejap. Berfikir kalau-kalau ada benda lagi yang dia nak cakap pada lelaki di depannya itu.
"Jaga elok-elok tau gitar aku tu. Kalau nak minta bayaran ke apa ke cari Dayyan."
"Okay." Mendengar balasan pendek dari Airel, Idlan angkat tangan paras bahu dan terus melangkah keluar selepas hajatnya selesai.
Langkah Idlan dibawa menuju ke Daze's Territory. Sebaik saja dia melangkah masuk, semerbak harum aroma paprik menusuk hidungnya. Perutnya tiba-tiba berkeroncong seperti tidak makan selama tiga hari. Laju dia menanggalkan kasut dan biarkannya tanpa disusun.
"Ha, lepas makan tu jangan lupa bersihkan. Nanti lipas cicak semua beranak dalam bilik ni," tegur Dayyan. Dia melipat lengan bajunya. Tapak tangannya yang basah dia libas-libaskan sebelum mengambil tempat di sebelah Adrian.
"Baik, bang Dayyan. Berapa kali lah dia nak cakap benda sama." Ziqri menjeling sekejap.
Adrian sudah pun habis membaca doa makan. Terlebih dahulu dia ketepikan bawang putih yang ada dalam paprik yang dituangnya. Satu suapan dia masukkan ke dalam mulut.
"Ed, sini. Makan." Adrian ajak.
"Paprik ke? Yang tak pedas ada?" Mata Idlan melilau melihat bekas makanan di atas meja.
"Kau punya yang tu. Kat tepi mug hijau. Aku dah request special dekat mak cik tadi." Ziqri tunjuk hujung meja di sebelah kiri.
"Baru balik jumpa Airel ke?" Dayyan menyoal.
"Haah. Muka dia garang dok. Seram jugaklah first time tengok dia tadi." Paprik yang masih panas dituang ke dalam bekas. Mulutnya perlahan membaca doa makan.
"Jumpa Airel buat apa?" Ziqri tak tahu-menahu. Adrian juga sama.
"Ed nak tukar tali gitar," jawab Dayyan.
"Aku boleh." Adrian mencelah. Hal itu menyebabkan Idlan dan Dayyan serentak memandang Adrian.
"Tak cakap." Idlan ternganga seketika. Perlahan dia mengunyah makanan di dalam mulut. Selama ini dia lebih suka minta tolong Aniq untuk tukarkan tali gitar.
"Tak tanya. Lagipun, peliklah kan kalau pandai main gitar tapi tak pandai tukar tali?" Adrian selamba menjawab.
"Haha. Perli nampak," ucap Dayyan.
"Boo, tak pandai tukar tali," komen Ziqri. Tangan kirinya menunjukkan ibu jari ke bawah. Dia rendahkan orang saja lebih padahal diri sendiri dua kali lima tak pandai tukar tali gitar.
Selesai makan, Dayyan terus buat mesyuarat tergempar. Ada benda yang perlu dia bincangkan dengan rakan-rakannya. Tentang Adrian.
"Korang sebenarnya nak perform kan?" soal Dayyan menghala ke arah di mana Ziqri dan Idlan duduk.
"Ha la," jawab Idlan seraya mengangguk. Ziqri juga sama.
"Dah lama kot kita tak perform. Last masa penutup Event Runfree kali tu. Itupun Adrian cakap dia black and white lagi. Kau tak nak perform eh, Ad?" tanya Ziqri sambil matanya menatap wajah Adrian.
Mereka bertiga tahu masalah yang dihadapi Adrian. Sejak Aniq tak ada, Adrian tak dapat menjadi dirinya yang seperti dulu. Dia kurang bersemangat sekali gus penglihatannya bertukar putih dan hitam hanya semasa mereka melakukan persembahan.
Tahun lepas, Daze dijemput untuk membuat persembahan di Malam Merdeka sempena Hari Kemerdekaan. Persembahan besar pertama mereka memerlukan persiapan yang teliti. Beberapa minggu mereka berlatih untuk memberikan yang terbaik kepada orang ramai yang datang.
Takdir Allah tiada siapa yang tahu. Malam itu, satu jam sebelum mereka dipanggil ke pentas, Aniq, ketua mereka masih lagi tidak menghadirkan diri.
"Aniq tak cakap ke dia pergi mana dulu?" Dayyan bertanya kepada Adrian. Risau terpapar jelas pada air muka Dayyan.
"Tak, dia tak cakap apa-apa kat aku." Adrian juga buntu. Aniq tak pernah buat hal macam ini. Pagi tadi masa rehearsal elok saja perangai dia. Entah kenapa malam ini dia tiba-tiba menghilang.
Ziqri dan Idlan hanya duduk diam. Nak masuk campur pun tidak boleh sebab mereka berdua sendiri tak tahu nak buat apa.
"Should we just cancel the performance?" Adrian bersuara.
"Are you out of your mind? Kau nak cancel? Bullshit. Kau ingat senang ke kita nak sampai sini?" Dayyan cuba berfikir rasional. Terlalu cepat untuk mereka buat keputusan.
"Apa kata kita tunggu lagi setengah jam? Mungkin sebab jalan jem sekarang." Idlan cuba menenangkan keadaan walaupun hakikatnya dia sendiri tak senang duduk. Ziqri di sebelah cuba menelefon Aniq sekali lagi tetapi hampa, hanya suara operator yang terdengar di speaker.
Masa berlalu pantas dan kelibat Aniq masih lagi tidak terlihat. Backstage manager mendatangi mereka. 10 minit lagi giliran mereka pula untuk naik ke pentas selepas slot 'Borak Santai bersama Amsyar Hadi.' Amsyar baru saja terkenal dia merupakan selebriti sensasi baru-baru ini selepas mengeluarkan single yang bertajuk 'Amsyar Nak Kahwin.'
"Aku tak nak perform kalau Aniq tak ada." Suara Adrian tegas. Terasa seperti tiada siapa yang boleh halang dia daripada berbuat demikian.
Perkara itu merunsingkan lagi fikiran Dayyan. Tiada Aniq bermakna, tiada keyboardist dan juga vokalis. Inikan pula Adrian tiba-tiba tarik diri. Maka, hilanglah lead vocalist dan juga satu-satunya pemain gitar elektrik.
"Relax dulu Ad," pujuk Ziqri. Ziqri nampak Adrian tak tentu arah. Ziqri sendiri rasa Adrian terlalu cepat membuat keputusan.
"Aku discuss sekejap dengan Miss Zin. Korang duduk sini diam-diam. Jangan pergi mana-mana. By hook or by crook, kita tetap kena perform malam ni."
"Okay, sebelum tu. Another important question, tak ada commision ke?" Ziqri menyampuk. Duit paling penting.
"No money no talk mister," ujar Ziqri lagi sambil telapak tangan kirinya ditayang depan muka Dayyan.
"No worries geng, Sir Ray kata satu kepala seribu ringgit." Berita gembira itu akhirnya disampaikan oleh Dayyan.
"WOW!
"Weh seriuslah."
"Betul ke tak kau ni?" Adrian tidak percaya.
"Betul tak betul, kalau kau tak nak perform tak dapat lah duit," provok Dayyan. Dia tak tahulah kalau taktik ni berjaya atau tak nak buatkan Adrian setuju untuk melakukan persembahan.
"Sikitnya," komen Adrian.
"Sikit kau kata? Ya Allah, tamaknya dia ni. Dengan seribu ni aku boleh borong gem dekat Brawl Star tau tak?" Ziqri sendiri terkejut.
"Habis tu kau nak berapa?"
"2k." Laju saja Adrian menyebut harganya.
"Gila. Pergi rompak koperasi sekolah la sana kalau nak 2k," celah Idlan.
"Okay, aku deal dengan kau, 10% of my commission goes to you," ujar Dayyan, berani. Dia tak kisah sangat fasal duit. Asalkan Adrian yang banyak songeh ni perform.
"60."
"Amboi, Adrian. 20."
"50." Dayyan geleng kepala. 50 tu separuh. Masih banyak.
"30 la Ad."
"Nah bro, make it 50."
"Okay, last. 40 percent," ujar Dayyan pasrah.
"Deal." Adrian akhirnya senyum. Dia sebenarnya tak nak ambil terus separuh daripada commission Dayyan. 40% pun dah kira banyak. RM 400, okay la tu.
"Kalau Ad mungkir janji, dia kena naik roller coaster 2 round." Ziqri menambah syarat sekali gus menerima jelingan maut daripada Adrian.
Dua hari lagi sebelum karnival Scarlett berlangsung, Daze berlatih di atas pentas yang separuh siap dekorasinya.
"Test test. One two three. Hari ni Dayyan pakai boxer warna biru." Idlan bercakap di depan mikrofon yang disediakan khas untuk Dayyan.
"Apa sia, Ed." Ziqri gelak terbahak-bahak. Idlan ditarik ke belakang dengan bajunya. Dayyan mengambil alih mikrofon utama.
"Sorry sikit, warna hitam." Dayyan melalukan jarinya pada tali gitar. Adrian di belakang hanya memerhati, sibuk menala gitar miliknya.
Perlahan Airel melangkah menuju ke pintu utama dewan. Sebelah tangannya memegang beg gitar seperti biasa tetapi kali ini bukan gitar miliknya yang dibawa.
"Airel dah sampai." Dayyan mengangkat tangan dan melambai menyuruh Airel datang menghampiri pentas. Idlan tanpa fikir panjang melompat ke bawah. Jalan shortcut daripada turun bawah pakai tangga.
"Dah tukar tali dah?" tanya Idlan. Selama practice ni dia cuma pinjam gitar Adrian. Gitarnya dikeluarkan dari beg. Dia mengangkat body gitar separas mata. Tali gitar yang baru seperti memberikan seretonin boost kepada dirinya. Bahagia dia lain macam.
"Aku dah tune kan sekali," ujar Airel.
Dayyan merehatkan tangannya pada bahu Airel. Airel menjeling. Rimas tetapi dia diamkan sahaja. Mentang-mentanglah dia pendek, selalu jadi arm rest secara free bagi orang yang tinggi seperti Dayyan.
"Nak join kita orang perform untuk karnival nanti?" Dayyan menyoal. Walaupun dah berkali-kali ditolak tawarannya, dia masih mencuba.
Airel pandai main gitar dan juga bes. Dayyan pernah dengar dari Sir Ray bahawa Airel sering tulis lagunya sendiri. A hidden songwriter.
"Joinlah, nanti popular. Mana tahu ada awek yang sangkut." Ziqri menambah. Itu saja yang difikirkannya, perempuan. Perempuan cantik saja, yang biasa-biasa dia pejam mata.
"Tak kuasa aku. Kerja aku dah settle. Bye." Airel menolak, tangannya diangkat sekali sebelum melangkah pergi.
"Lonelynya hidup dia. Sian." Idlan pura-pura buat muka simpati. Belakang badan Airel semakin mengecil daripada pandangan mata mereka.
"Itu crush kau kan?" Ziqri menjongket kening sambil matanya terarah pada Elyssa.
"Eh, haahlah! Tak perasan pun tadi."
"Baru aje sampai dengan lelaki sebelah dia tu," ujar Ziqri. Kepala Dayyan terteleng-teleng ingin melihat perempuan yang Idlan sukakan.
"Nak tegurlah." Belum sempat Idlan melangkah, bajunya ditarik oleh Adrian.
"Tak payah mengadalah Ed. Kita kena practice ni."
2 jam mereka berlatih, dua lagu yang sama berulang kali dimainkan. Bila dah bosan dengan lagu sama, mereka secara spontan tukar lagu yang mereka ingat.
"Aku harap karnival nanti everything runs smoothly," ujar Ziqri. Sekarang mereka semua mengambil take five. Sudah lama mereka tak comeback jadi dia tak nak ada apa-apa masalah yang berlaku.
"Kita tak tahu. Tak boleh yakin sangat, takut nanti bontot Ed melekat kat mangkuk tandas." Dayyan memotong, memusnahkan harapan Ziqri bahawa esok akan baik-baik saja.
Bersambung
HAHAHAHA DAYYAN JANGAN CAKAP GITU
3/7/23
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top