Bab 3

Lagu Disconnected hasil 5 Seconds of Summer bermain lantang pada speaker milik Ziqri. Petang itu, selepas habis sekolah, Daze melepak lagi di Daze Territory untuk membuat keputusan akhir tentang lagu yang akan dimainkan sewaktu karnival nanti.

"Reminisensi eh?"

"Aku okay. Asalkan kita enjoy." Dayyan sibuk menekan kalkulator. Lagi dua soalan dan kerja sekolah Matematik dia akan siap akhirnya.

"Pastu, Ghost of You?" Idlan tanya lagi.

"Ha bolehlah tu." Ziqri tunjuk okay. Ziqri dengar sahaja, matanya sibuk dengan VR yang telah dia pasang pada kepala.

Ketukan di pintu menghentikan perbincangan mereka. Dayyan segera membuka pintu. Mak Cik Misha berdiri di depannya bersama troli yang membawa dua buah kotak besar.

"Delivery! Delivery! Ni korang punya surat untuk minggu ni." Dayyan pandang bawah. Penuh kedua-dua kotak tersebut dengan surat yang berwarna-warni.

"Ed! Tolong aku jap!"

Idlan muncul dari belakang Dayyan. Dia angkat satu kotak tanpa banyak kata. Lagi satu kotak dia tinggalkan untuk Dayyan pula yang angkat.

"Terima kasih, mak cik." Dayyan senyum semanisnya. Hampir terjatuh wanita separuh abad di depan Dayyan kerana lututnya tiba-tiba longgar. Nasib baik Mak Cik Misha minum susu Anlene setiap hari tak adalah lemah sangat tulang dia.

"Kalau mak cik ada anak perempuan kan bagus. Boleh jadikan kamu menantu, Dayyan." Mak Cik Misha menyuarakan hasratnya. Ini kali kelima puluh Dayyan dengar ayat itu dari mulut Makcik Misha. Dia hanya tersenyum sambil tangan melambai Mak Cik Misha yang semakin mengecil.

Pintu ditutup dengan Dayyan menolak kakinya ke belakang sedikit. Dia pergi ke arah meja pantri dan meletakkan kotak tersebut di sebelah kotak yang diletakkan oleh Idlan. Dayyan membahagikan kotak kecil di dalamnya yang berisi surat daripada Daisies kepada ahli Daze.

"Surat korang ni ambik sendiri."

Program 'Send Your Wishes' yang dibuat khas untuk Daisies mendapat sambutan hangat sejak ia mula dilancarkan 4 bulan lepas. Ada 5 tabung besar untuk Daisies menghantar surat mereka kepada ahli-ahli Daze. Program tersebut merupakan satu inisiatif Daze kerana peraturan ketat Scarlett High dalam menjaga privasi pelajar mereka yang berjaya menaikkan nama sekolah.

Dayyan angkat satu kotak dan menyimpannya ke dalam almari berkaca di penjuru kanan bilik. Ada banyak lagi surat yang tak terbaca di situ. Sudah bertimbun surat milik Aniq sehingga memerlukan tiga kotak untuk menyimpannya.

"Dayyan cepat sikit jalan. Aku nak buat TikTok ni." Idlan sudah meletakkan telefonnya di atas meja, dibiarkan telefon itu bersandar kukuh pada gelas kaca yang terisi bunga palsu.

"Ad." Dayyan ketuk meja. Adrian sibuk main League of Legends pada komputer riba miliknya. Headset di telinga Adrian turunkan di sebelah kiri saja. Matanya masih fokus pada skrin.

"Keluar. Aku nak cakap sikit."

Adrian membuntuti langkah Dayyan yang menghala ke mesin gedegang. Kad pelajar dia imbas lalu menekan butang untuk dua jenis air yang berbeza. Satu untuk dia, satu lagi untuk Adrian.

"Kau akan perform kan?" Nescafe dia hulur kepada Adrian.

"Tak." Mata bertentang mata. Dayyan yang rendah dua sentimeter itu Adrian pandang.

"Maybe you will feel different this time? Aku tak janji performance kali ni yang terakhir. Lagipun perform kat sekolah je kan? Berkira kenapa?"

"Bukan sebab tu."

Bukan tentang berkira atau tak, Adrian dah tak rasa apa-apa cuma. Sejak Aniq tak ada, hatinya menjadi kebas apabila berdiri di atas pentas. Semangat dan minatnya terhadap muzik hilang tatkala lelaki itu juga hilang tanpa khabar. Di mana dan mengapa dia pergi, tiada siapa yang tahu.

Aniq dikatakan hiatus di Instagram rasmi milik Daze. Tetapi hakikatnya lelaki itu hilang pada masa mereka hampir mencapai kemuncak populariti mereka. Dia tiba-tiba tidak hadir pada malam persembahan penting tahun lepas dan tidak dapat dihubungi sejak itu.

"Aku tahu kau rindu Aniq tapi kita sendiri tak tahu situasi dia sekarang macam mana. At least, Daisies masih ingat kita." Dayyan tidak berputus asa. Dia perlu keluarkan Adrian daripada kegelapan.

"Entah. Lepas buat announcement yang Aniq hiatus, Daisies banyak tanya, mana Aniq? Apa jadi sebenarnya? Is he leaving?" Adrian sebut kembali apa yang dia baca dua hari lepas di ruangan komen akaun Instagram rasmi Daze.

"Kau yakin kalau kita muncul balik, Daisies takkan tanya pasal Aniq?" soal Adrian.

"Of course, Daisies akan tanya. Dia top 1 dalam hati Daisies. Dah setahun dia tak ada pun, aku still tak dapat nombor satu bila dorang buat voting." Dayyan meneguk 100plus.

"Jangan fikir sangatlah. Kita enjoy the moment. Kita start slow, lepas Aniq tak ada, kita lama tak aktif. Kita cuba aktif balik, mana tahu Aniq akan balik? Kan?" Kening Dayyan diangkat. Adrian pula menghembus nafas berat.

"Perform eh?" Dayyan cuba mendapat kata putus daripada Adrian.

"Tak nak."

"Adu, Ad. Kau janganlah macam ni. Kau nak Daze terkubur macam tu je ke?" Dayyan mula bengang. Penat belajar di siang hari memberi kesan kepada perbincangannya sekarang.

"Kalau terkubur pun kenapa? Kalau kita perform pun, it's pointless kalau Aniq tak ada."

"Aniq, Aniq, Aniq. Kau tak rasa ke yang kau pentingkan diri? Yang lain kau tak fikir? Aku, Ziqri, Idlan, kita orang nak sangat perform tapi kau?"

"Dah tu? Perform jela. Setakat tak ada aku bukan ada hal sangat kan?" Tin Nescafe dalam genggaman tangan dia remukkan kemudian dia baling tepat masuk ke dalam tong sampah. Langkahnya laju masuk ke dalam Daze Territory balik.

"Ad, jom push PUBG! Ajak Dayyan sekali." Ziqri sedikit melaung.

Adrian tak endah. Begnya di tepi sofa terus disambar tanpa memandang Ziqri dan juga Idlan. Langkahnya laju meluru keluar.

"Dia palau aku der." Ziqri meraup wajah. Sedih sedikit. Dia excited tadi nak dapat winner winner chicken dinner.

"Kenapa dengan Ad tu?" tanya Idlan. Dayyan pula baru saja masuk.

"Biarlah dia," jawab Dayyan. Dia pergi mengisi mug dengan air. Air diteguk laju. Serabut. dia tak tahu macam mana nak pujuk Adrian supaya dia setuju untuk melakukan persembahan semasa karnival nanti.

Motor berkuasa tinggi milik Adrian membawanya ke Antessa, bangunan apartement di Tanah Tinggi Kelima. Langkahnya pantas menuju ke pintu 019, tempat tinggal dia dengan ahli Daze yang lain. Buka saja pintu biliknya dia terus mencampak beg ke atas katil.

Badannya dia hempaskan juga pada katil yang empuk. Sebelah tangannya menutup mata sambil keluhan berat dia lepaskan. Dia sesak dengan perangai Dayyan yang tadi itu, memaksa dia untuk kembali melakukan persembahan.

“Dah tak nak tu, tak naklah. Bebal sangat kenapa?” Rambutnya diacak. Adrian duduk di tepi birai katil.

Matanya memandang bingkai gambar di atas meja kopi yang berada di tepi katil kanannya. Lima orang remaja lelaki berumur lima belas tahun tika itu menjadi tatapan Adrian. Senyuman lebar yang ditunjukkan di dalam gambar itu menimbulkan rasa sedih dalam hati.

Semakin lama dia pandang, semakin membara api kemarahan dalam jiwa Adrian. Laju tangannya membuka laci paling bawah dan terus menyumbatkan bingkai gambar itu penuh emosi.

Sekali lagi Adrian terbaring. Sedih, pasrah dan marah bercampur aduk dalam jiwanya.

“Mana kau Aniq?”

Bersambung

Author's Note
actually part ni dah tulis lama, tapi bila edit balik sangatlah bercelaru ya

29/6/23

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top