Bab 2

Satu tamparan keras hinggap ke atas permukaan meja. Pelajar berambut perang bersama highlight pink di hujung rambutnya berdiri di tepi. Tangannya dia genggam kemudian dia jatuhkan ke sisi badan.

Dayyan tahan gelak, bibirnya dikemam sebentar sahaja. Tadi madu dari pancake Adrian tertumpah atas meja. Dan tiada siapa pun yang lap.

"Ad, you kata dengan I semalam you nak pergi library. Kenapa you tak ada? I tunggu tau." Nadanya sedikit kuat. Perhatiannya hanya pada Adrian yang hanya buat tak endah. Waktu itu, Dayyan terbersin membuatkan Adrian memandang ke arahnya.

"Ish, you ni! Dengar tak apa I cakap?" Wajah Maira cemberut, mulutnya memuncung seperti itik.

"Diam boleh tak? Rimaslah." Adrian bangkit. Dia terus membawa pinggannya dengan laju tanpa menoleh ke belakang.

"Hei!" Sekali lagi Maira menjerit.

"Apa yang melekit ni, tak sukalah! Cleaner sekolah ni tak buat kerja ke?"

Idlan dan Ziqri serentak mengangkat bahu. Dayyan pula tak habis-habis bersin. Hidung semakin memerah apabila dia sering menggosoknya. Idlan dan Ziqri menggerakkan tangan mereka seperti menghalau sesuatu. Dayyan pun ikut sama dengan niat mengipas angin berdekatan hidungnya.

"Yang korang ni dah kenapa? Tak habis-habis gerakkan tangan macam tu," soal Maira sambil keningnya berkerut. Marahnya terhadap Adrian masih belum surut.

"Ada lalat. Besar pulaktu," balas Ziqri.

"Itulah. Tadi tak ada pun. Lalat ni biasanya suka dekat benda busuk. Tapi aku wangi kot, aku mandi pakai sabun stroberi Adrian pagi tadi." Idlan makin galak membuat gerakan menghalau.

Mereka bertiga memandang Maira. Tiba-tiba, Idlan menutup hidungnya. Ini mesti Maira yang tak mandi.

"Eh I wangi, okay? Ish, dahlah! Bencilah korang ni!" Maira hentakkan kaki sekuat mungkin kemudian mempercepatkan langkah untuk keluar dari kafeteria. Geram!

"Kau okay tak, Dayyan? Merah sangat hidung kau tu," soal Idlan. Ziqri juga menoleh. Dayyan itu spesies yang alergik sikit dengan perfume perempuan. Kalau bau dia kuat sangat, hidung dia gatal.

"Okay. Sikit je ni." Dayyan menunjuk tangan okay. Dia bersin buat kali terakhir.

"Mana Ad pergi?" Idlan pusingkan badan dia ke belakang. Dia tak harap apa-apa. Adrian pasti sudah pergi jauh.

"Bila lah si Maira tu nak move on? Semak la dia ni." Ziqri menyilangkan tangannya di atas dada. Ex-girlfriend Adrian itu tak habis-habis datang ke arah mereka sekiranya ada peluang.

"Itulah dah dua bulan dah pun Adrian break dengan Maira. Member dah kata itu dare pun masih lagi terhegeh-hegeh," ujar Idlan sambil bebola matanya digulingkan ke atas.

"Salah korang lah! Bagi Ad dare entah apa-apa." Dayyan menyampuk.

"Kau yang bagi, gila!" Serentak Idlan dan Ziqri berkata. Kedua-dua pasang mata mencerlung Dayyan.

Adrian berdiri tegak di bawah pokok yang rendang. Daunnya bergeser antara satu sama lain tatkala bayu menyapa. Di depannya terdapat satu buah gelanggang yang dibahagi dua. Satu gelanggang bola keranjang, satu lagi gelanggang tenis yang ada jaring di tengahnya.

Adrian berjalan perlahan menuju ke Taman Bunga Maze. Situ lebih tenang. Jauh daripada suara para pelajar yang sibuk menikmati waktu rehat.

"Weh, elak!"

Satu objek berbentuk sfera mendarat tepat di belakang kepala Adrian. Bola tampar melantun beberapa kali di atas lantai manakala Adrian jatuh tersungkur. Dunianya serta-merta gelap.

"Again? And you're not even wearing any earphones!"

"Teruk sangat ke bola tu kena kepala dia? Ke dia pura-pura pengsan sebab tak nak masuk kelas bio?" Dayyan menyoal sekali gus membuat spekulasi buruk terhadap Adrian yang terlantar di atas katil infirmary. Bahunya diurut. Adrian pengsan selepas ditembak bola tampar, dia yang angkat Adrian kat belakang sampai sini.

"Mungkin." Idlan angguk, tangannya bermain dengan cincin di jari. Adrian memang kurang sikit dengan biologi, banyak sangat perkataan yang perlu dibaca.

Ziqri pula sibuk tenung ikan emas yang berenang tanpa memikirkan sebarang masalah hidup. Sesekali tangannya dicelup masuk ke dalam akuarium. "Rajin dok nurse kat sini tukar air akuarium. Nampak bersih."

"Jangan main celup je. Tangan kau tu beracun." Idlan menghampiri Ziqri. Dia pun sibuk nak tengok ikan emas.

Perlahan mata Adrian terbuka. Cahaya lampu yang terang-benderang membuatkan dia mengejapkan mata berkali-kali sebelum matanya selesa dengan keadaan sekeliling. Tangannya menggosok belakang kepala. Dia masih rasa sakit.

"Kenapa dengan kau ni?"

"Black out lah. Dah tahu pergi tanya pulak." Adrian memandang Dayyan jengkel.

Adrian bangun daripada baring. Dia berdehem, membasahkan tekaknya dengan air liur. Kasut Converse hitam miliknya dicari.

"Nah air." Ziqri hulur cawan polistirena. Adrian ambil tanpa banyak bunyi lalu meneguk banyak air putih itu.

Tiga saat kemudian, Adrian sembur air di dalam mulut tepat ke arah Ziqri. Macamlah dia tak tahu air yang dia minum tu hasil cedokan air akuarium. Habis basah muka Ziqri dengan air liur bercampur air akuarium. Double shot!

"Setan punya Adrian. Sini kau." Adrian terus berdiri di atas katil tatkala Ziqri mendekat ingin mengelap mukanya dengan baju Adrian.

"Selekeh lah! Kena aku tahu tak?" Sedar tak sedar, tembakan air dari mulut Adrian tempias ke arah Idlan. Siapa suruh berkomplot dengan Ziqri? Kan dah kena sekali.

"Kena samak tu Ed. Najis mughallazah tu." Dayyan menjauh. Dia tak percaya Idlan sekarang. Tak fasal-fasal nanti Idlan pergi lap tangan dia dekat baju Dayyan.

Ziqri masih tak berputus asa. Dia tarik seluar Adrian ke bawah.

"Londeh la gila seluar aku!"

"Kisah apa? Aku nak juga lap dengan baju kau."

"Dah lah. Airnya dah kering dah tu." Adrian laju ambil bantal.

"Allahuakbar."

Dalam kekalutan itu, seorang perempuan tiba-tiba muncul. Dia melihat segalanya. Ziqri tarik seluar Adrian yang sekarang hendak membaling bantal. Dayyan pegang kotak tisu. Idlan pula membersihkan najis yang mendarat di tangannya.

Empat pasang mata memandang ke arahnya. Adrian cepat-cepat turun dari katil sambil menarik seluarnya ke atas. Ziqri tidak lengah. Laju saja dia lap mukanya di bahu Adrian. Adrian menolak Ziqri dengan kasar. Adrian dah malas nak sambung gaduh, dia reda dan tabah apabila bajunya dicemari air muka Ziqri, lebih tepat lagi air liurnya sendiri.

"Kau nak apa kat sini?" Adrian sorok malu. Dia harap gadis di depannya tak terlihat warna seluar dalam dia tadi.

"Bismillahirrahmanirrahim." Perempuan itu menarik nafas dalam. DAZE pelik. Perempuan ni nak baca surah Yassin ke? Tapi Adrian tak mati lagi?

"Ampunkan patik, tuanku. Hamba bersalah. Tapi tuanku yang pekak tadi. Patik dah jerit suruh elak beribu-ribu kali. Jelas dan lantang patik jerit." Aysara menunduk 90 darjah seperti sedang merukuk.

"Hahahaha!"

"Dah kenapa?"

"Macam salah zaman je dia ni."

Ziqri, Dayyan dan Idlan masing-masung bantai gelak. Lagi-lagi Ziqri. Rasa macam nak terkeluar dah anak tekak dia tu. Dia terbatuk-batuk sekejap kemudian dia sambung menghamburkan tawanya.

Aysara berdiri tegak semula. Dia pandang satu-persatu wajah jejaka di depannya. Tatkala yang lain sibuk menggelakkan dia, Adrian masih dengan wajah yang datar. Aysara tak main-main. Apa yang lawaknya?

Adrian tidak fokus. Dia menoleh ke kiri dan kanan mencari kasutnya.

"Tuanku, cari kasut? Kasutnya kat depan katil ni ha. Cari kat bawah situ memang tak jumpa."

"Aku tahulah." Laju Adrian menyarungkan kasut.

"Kerek."

"Apa dia?" Adrian angkat wajah.

"Tak ada apa." Aysara menoleh ke tepi. Tiga orang yang lain itu akhirnya berhenti ketawa. Setitis dua air mata dilap. Over betul.

"Ini ke perempuan yang baling bola tu?" Idlan menyoal.

"Eh bukan! Bukan aku! Kawan aku." Aysara silang tangan dia sebesar alam, menunjukkan huruf X.

"Oh dia kena bola ke? Bola apa?" Ziqri garu kening. Dia ingat tadi Adrian pengsan sebab panas terik kena heat stroke. Lah rupanya terkena bola aje.

"Bola tampar. Kena serve padu," jawab Aysara sambil tangannya menunjuk isyarat bagus. Sekejap saja dia turunkan balik tangannya apabila Aysara rasa dia tersalah cakap.

"Sorry weh. Tahu sakit gila nak mampus tu. Maaf ni ikhlas dari hati." Aysara meminta maaf sekali lagi.

Adrian senyap. Dia kemudian bangun dan bergerak mendekati nurse di belakang meja kaca. Adrian meminta sebungkus plastik berisi ais kemudian dia melangkah pergi.

"Lah diam je." Bahu Aysara menjatuh. Tiba-tiba rasa sakit hati pula bila dia beria meminta maaf tetapi Adrian menganggapnya sebagai angin.

"Ayok, tak tahu. Adrian pendendam orangnya. Esok mesti hidup kau tak tenang." Ziqri menurun dan menaikkan jari telunjuknya.

"Nanti Ad letak lipas dalam loker kau. Lepastu dia conteng-conteng buku teks kau. Tambah lagi dengan hasil seni vandalisme, dia buat graffiti dekat loker kau. Kau tunggu je esok." Idlan membuat eye-to-eye kill. Matanya mencerlung mata Aysara membuatkan gadis itu menelan air liur dengan perit.

Ugutan maut itu Aysara ambil serius. Idlan dan Ziqri pula berjalan keluar mengikuti Adrian dan hanya meninggalkan Dayyan dan Aysara sahaja.

"Dia okay je tu." Dayyan bersuara. Segaris senyuman dia tarik pada bibirnya yang bagai delima merekah.

"Kau nak sedapkan hati aku je kan? Macam dah hilang ingatan dah aku tengok dia. Sakit tu kena kepala." Aysara bengang. Macam mana kalau apa Idlan cakap tu betul? Habislah kalau lelaki kerek tu letak lipas dalam loker dia. Loker dia banyak Kinder Bueno.

"Tapi tadi kata kawan kau yang serve. Apesal pulak kau yang datang minta maaf?" Aysara terkedu. Dayyan pandang Aysara dengan sangsi seraya bibirnya melarik senyum. Aysara cepat-cepat alihkan pandang ke tepi melihat tingkap yang terbuka.

"Kau yang serve kan?" Dayyan angkat kening berkali-kali.

"Shh." Aysara menolak jari telunjuknya pada bibir sendiri.

"I see you, pretty. Kau tak dapat tipu aku." Dayyan menyilang tangan.

"Bukan salah aku. Dia yang tak elak. Aku dah jerit banyak kali dah." Bebola mata digulingkan ke atas. Tak kisahlah, janji bukan salah dia. Perempuan kan selalu betul.

"Okay. Kau tunggu jelah esok." Dayyan melambai tangan seraya kakinya melangkah keluar dari infirmary. Aysara tercengang. Langkahnya longlai menuju keluar memikirkan apa yang akan terjadi esok.

Ini tak boleh jadi! Dia kena keluarkan semua benda dari loker dia sekarang juga. Yes, sekarang! Kinder Bueno harus diselamatkan!

Aysar mencekak pinggang gaya superhero teragung. Ayuh, mari beraksi wahai power ranger biru!

Belum sempat Aysara berlari, satu tamparan hebat mendarat di belakang kepalanya.

"Aysara! Kau dah gila?"

"Ish, sakitlah!" Aysara menggosok belakang kepalanya kemudian menjeling Zulaikha di sebelah.

"Ha, tahu pun sakit. Kau ingat kepala Adrian aku tu tak sakit bila kena bola kau? Aku dah cakap banyak kali dah kalau nak main bola tu dekat gelanggang khas yang betul-betul untuk bola tampar. Ini tak! Kau main dekat tempat tenis buat apa? Apa kau ingat kepala dia batu macam kau ke?" bebel Zulaikha berdas-berdas dengan soalan. Dia geram. Wajahnya putihnya kelihatan merah seperti cili.

"Aku tak sengajalah."

"Itu jela yang kau cakap. Ini kali kelima tau bola kau kena kepala orang. Aku pun tak tahulah kenapa kau tak kena buang sekolah lagi." Zulaikha berjalan seiring di sebelah kawan baiknya. Dia sendiri pelik dengan perangai Aysara. Buat salah tu banyak, tapi tak pernah sekali pun pergi bilik disiplin.

"Habislah kau. Kalau fans dorang tahu Adrian kesayangan dorang sakit, memang kena pijak-pijak lah kau. Dorang popular tau!" Zulaikha buat aksi memijak-mijak angin dengan begitu dramatik.

"Kau ni Zu, cakap macam aku tak kenal dorang pulak. Aku tahulah Daze popular. Aku pun Daisies, okay?" Aysara menjeling. Dia sudah lama menjadi menjadi peminat Daze yang diberi nama Daisies. Taklah lama mana, baru tahun lepas.

"Handsome tak dorang?" Mata Zulaikha bersinar terang. Hilang terus segala marahnya tadi.

"Soalan apa tu?" Aysara angkat kening. Tanya macam tak pernah jumpa pulak. Padahal gambar Daze berlambak dekat Google.

"Yelah, kau tengok secara depan, secara live."

"Bolehlah."

"Eleh, tak nak mengaku la tu. Mesti dah nak pengsan kan tadi, sebab nampak Dayyan aku handsome nak mampus." Beberapa kuntum bunga tiba-tiba wujud di udara berdekatan kepala Zulaikha.

"Tadi kata Adrian aku, ni Dayyan pulak. Dasar perempuan tak cukup satu."

"Biarlah! Sibuk!"

Aysara kerling jam tangan. Waktu rehat sudah lama habis. Pastinya kelas kelima hari ini sudah bermula.

"Weh sekarang kelas Addmath kan? Ponteng jom." Aysara senyum senget. Dia cuba hasut Zulaikha.

"Kepala otak kau."

Bersambung

25/6/23

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top