Bab 11
Perlahan Aysara menuruni tangga rumahnya. Matanya sekejap tertutup sekejap terbuka akibat mengantuk. Dia berlatih akustik gitarnya sehingga pukul dua pagi.
“Pagi, cintaaaa!” Satu tangan mengusap kepalanya yang berbalut tudung. Ditepuk-tepuk pula awning tudung yang sudah terbentuk elok.
“Aniq! Kau ni!” Aysara mendengus geram dengan perangai abangnya.
“Mak Milah! Sara kan dia tak nak makan. Dia kata dia diet.” Dengar saja ucapan itu dari abangnya, Aysara terus melangkah laju ke meja makan. Rasa nak cubit-cubit saja lengan lelaki itu.
“Betul ke, Sara?” Mak Milah, pembantu rumah Aysara berkata sambil tangannya mengangkat satu jag milo panas ke meja makan.
“Haah, tak makan. Mak Milah tolong ambilkan susu coklat dalam peti ais boleh?” Aysara berdiri di belakang kerusi yang tersusun kemas. Mak Milah mengangguk dan pergi ke belakang semula.
“Ee, menyusahkan orang.” Sekali lagi suara langau itu berbunyi. Aysara jeling saja abangnya itu.
“Eleh, kau tu? Duduk rumah je kerja, tak ada benda lain nak buat. Go touch some grass la, Aniq.” Aysara membedil abangnya dengan perlian yang pedas. Dia cepat mendapatkan Mak Milah untuk menyalam tangannya. Susu coklat di tangan dipegang kemas kemudian kakinya terus berlari keluar.
Ada misi yang dia perlu jalankan awal pagi ini.
Selesai saja memakai kasut, Aysara masuk ke dalam kereta Alphard yang dipandu Pak Cik Khairul, pemandu yang diupah oleh ayah Aysara. Kedua-dua ibu bapa mereka jarang berada di rumah. Minggu ini mereka outstation di Jordan. Seringkali Aysara dan abangnya ditinggalkan dengan pasangan tua yang sudah lama menjaga mereka.
Aysara termenung keluar tingkap sepanjang perjalanan ke Scarlett High. Keluhan terpacul keluar dari bibirnya membuatkan Pak Cik Khairul bertanya.
“Sara fikir apa? Ada masalah ke?”
“Entahlah. Aniq tulah, dah lama terperuk kat dalam rumah. Bila mama papa nak bagi dia keluar?” Aysara ucap dengan nada sebal.
Pak Cik Khairul diam saja. Dia faham perasaan Aysara. Aniq diminta ibu bapanya untuk belajar di rumah saja selepas kejadian tahun lepas yang menimpanya.
Pak Cik Khairul menghentikan keretanya apabila telah sampai di perkarangan sekolah. Aysara keluar dari kereta selepas mengucapkan terima kasih kepada pemandunya. Dia keluarkan sesuatu dari beg. Ada benda yang dia perlu buat. Rutin pagi ini dia tak boleh tinggalkan pada setiap hari sekolah.
“Day 4, your highness,” bisik Aysara perlahan.
“Zu!” panggil Aysara. Tangannya diangkat seraya kakinya mengejar langkah rakannya. Mereka berdua sama-sama masuk ke dalam kelas.
“Kau lambat kenapa?”
“Aku datang awal sebenarnya tadi tapi ada hal yang aku kena buat,” jawab Aysara. Tudungnya dia betulkan sedikit. Punggung masing-masing dilabuhkan pada kerusi. Kalau dah duduk sebelah-sebelah setiap hari mesti ada saja cerita.
“Berak kan? Aku tahu, baik aku tak payah tanya tadi.” Zulaikha tayang wajah bosan, sudah masak dengan perangai Aysara. Dalam chat saja dia boleh tiba-tiba bagitahu dia nak berak.
“Mana ada! Aku tengah buat misi la!”
“Misi tu ke? Weh, weh apa cerita? Cakaplah cepat, tak baik tau sorok dari aku,” gesa Zulaikha seraya tangannya menggoncang bahu Aysara.
“Nak cerita la ni! Aku baru je mula, so hari ni hari keempat dah. Smooth, I guess? Dia tak tahu aku siapa lagi.”
“Sticky notes tu. Dia tak balas apa-apa ke?”
“Tak.” Ringkas saja Aysara jawab.
“Apa la crush kau ni, tak balas langsung? Effort kau besar kot. Aku rasa tak payah dah suka Adrian tu. Susah la, sebab kau ni bersaing dengan fans dia yang berlambak tu.” Aysara mengeluh perlahan. Ada betulnya kata Zulaikha itu.
“Bila fikir balik, macam mana pulak dia nak balas? Kan aku dah cakap dia tak tahu aku siapa. Takkan aku nak jadikan pengawal sekolah tu orang ketiga. Malu la aku kalau dia baca sticky note tu.” Pada awalnya, Sara bagi Nescafe kepada Adrian melalui pak cik yang sering menjaga di tempat parkir motosikal pelajar. Sekali saja dia berani, dua kali dan tiga kali seterusnya dia bertindak sendiri.
“Betul juga eh. Oh, patutlah kau dah berani pergi locker dia sekarang.” Zulaikha tunjuk ibu jarinya pada Aysara. Senyuman lebar Aysara tayangkan sambil mengangguk.
“Tapi kan… kau tak takut dengan Maira?” Dengar saja nama itu, mati terus senyuman pada bibir Aysara. Bekas teman wanita Adrian juga menjadi satu penghalang baginya selain daripada peminat-peminat Adrian yang beribu.
Aysara angkat bahu sambil keluhan besar dilepaskan. “Aku dengar dia orang together pun disebabkan satu dare. Boys. You should understand. Suka sangat buat benda bodoh. So why Maira still not over him?”
“Sebab Adrian handsome! Dan cool! Ada rich vibe! Tapi memang rich pun.”
“Yes! Jadi, susah mana pun nak dapatkan dia, tak kisah la kalau aku kena lawan dengan Maira sekali pun, aku tetap takkan putus asa.”
“That’s my girl.” Zulaikha dedahkan tapak tangan kanannya untuk high five. Pantas Aysara sambut. Bunyi tepukan kuat kedengaran sebelum cikgu matematik mereka masuk ke dalam.
Aysara tak boleh mengalah. Ini baru permulaan. Dari dulu lagi, sejak DAZE mula debut, dia sudah tertarik dengan Adrian. Lelaki yang bermain gitar elektrik itu nampak sangat charming di matanya.
Tetapi… ada satu perkara yang pelik. Bermula dari DAZE keluarkan kenyataan bahawa Aniq hiatus, Adrian seperti hilang sinarnya. Bagai bintang yang kehilangan bulan. Tiada tempat untuk bersandar dan tiada hala tuju. Ada sesuatu yang kurang dari persembahannya.
Waktu rehat baru saja bermula. Aysara dan Zulaikha bergegas pergi ke kafeteria. Ada spagetti creamy tomyum kegemaran Aysara pada hari Rabu. Oleh itu, dia tak boleh lambat, kalau tak nanti licin diambil oleh pelajar lain.
Langkah Aysara laju seperti kilat. Teruja dia yang melampau membuatkan dia tidak hiraukan sekeliling sehingga melanggar bahu seseorang. Keras. Mahu patah saja bahunya dia rasa.
“Jalan tu.” Ucapannya terbejat sebaik saja melihat wajah Aysara. Adrian mencerlung tajam wanita di depannya.
Zulaikha di sebelah juga terkejut. Manalah dia tahu rakannya itu akan merempuh seseorang. Rempuh crush pulak tu.
Adrian terus pergi. Tak ada niat nak habiskan ayatnya yang tergantung.
"Aku rasa dia benci kau. Ni mesti sebab bola kau ni." Zulaikha membuat spekulasi.
"Bukan tu je. Sebenarnya… semalam aku tertengok sketchbook dia tanpa kebenaran." Aysara tatap mata Zulaikha sekejap sebelum matanya turun ke bawah lantai.
"Apa?" jerit Zulaikha, kuat. Orang lain pandang ke arah mereka. Laju Zulaikha tekup mulut dan menarik tangan Aysara ke satu meja untuk duduk sebentar.
“Apa?” Zulaikha tanya lagi. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang baru saja dia dengar.
“Semalam dekat vending machine tu aku nampak la dia pegang satu buku. Kecik je macam bullet journal. Aku curious so aku tengoklah. Gilalah dia ni memang serba boleh! Cantik gila dia lukis,” terang Aysara panjang lebar. Zulaikha terus tepuk dahinya sendiri.
“Kalau macam tu jadinya, berangan jela kau Sara. You’re on his bad side right now.”
“Aku tahu….”
Sekali lagi Aysara mengeluh. Seleranya tiba-tiba mati. Bau spagetti creamy tomyum yang menusuk hidung tidak lagi membahagiakan dia.
Bersambung
tetaplah update walaupun kurang mendapat sambutan
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top