Bab 10
"Buku baru dah sampai!" Haifa menjerit keriangan sejurus melangkah masuk ke dalam perpustakaan. Troli penuh dengan kotak ditolak masuk.
"Shh!" Seorang pelajar lelaki berkaca mata di hujung sana menjeling tajam.
Haifa pantas menutup mulut. Bibirnya menggerakkan perkataan sorry tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Dia menegur Fakhrul di kaunter.
"Kenapa kau tak cakap ada orang kat dalam ni?"
"Eh aku pulak kena. Ini library kot. Common sense la kena senyap bila dah jejak kaki kau kat sini," bebel Fakhrul. Mereka berdua berbisik-bisik.
Mereka berada di Perpustakaan Tun Abdul Razak milik Scarlett High sekarang. Perpustakaan ini cukup kelengkapannya. Aircond itu pasti, kemudahan komputer itu biasa. Yang penting wifi free dan buku novel Melayu serta English boleh dipinjam di sini. Dua bilik quiet room juga tersedia untuk mereka yang perlukan tempat khas untuk belajar.
Adrian baru saja sampai. Dia meletakkan begnya di salah satu kerusi. Tugas dia hari ini ialah menyusun buku yang telah dipulang pada tempat yang sepatutnya.
"Fakhrul, kau rekod data semua buku ni masuk dalam sistem. Aku pulak pergi sapu kejap," arah Haifa. Kakinya bergerak ke satu bilik yang menyimpan penyapu dan penyodok.
"Semua? Amboi, takkan aku buat sorang kot." Fakhrul mencekak pinggang.
"Nanti aku tolonglah lepas aku dah siap. Ad, nanti kalau kau dah siap susun buku, datang sini balik." Haifa pesan. Sejurus itu, tangannya lincah menyapu debu di atas lantai.
Adrian tanpa berlengah lagi menolak rak buku beroda. Setiap buku akan ada kod warna pada kulit bukunya yang melambangkan jenis buku tersebut. Rak buku juga menggunakan sistem yang sama.
Adrian terlebih dahulu pergi ke rak English Literature. Earpod yang disumbat di telinga memainkan lagu dari artis kegemarannya. Pantas dia melakukan tugasnya tanpa diganggu.
Lama kemudian, dia bergerak ke susunan almari berkaca yang menampakkan isi dalamnya. Novel fiksyen Melayu dan English. Ruangan inilah yang paling terkenal dalam kalangan pelajar atau lebih tepatnya pecinta novel.
Ada saja guru-guru yang membantah apabila ruangan ini diwujudkan. Novel pasaran sekarang pelik-pelik sahaja isinya. Belum lagi ada novel yang memasukkan unsur-unsur lucah yang ingin merosakkan pemikiran anak muda kini. Lagi-lagi novel English.
Maka dengan membaca reviews di Internet dan Goodreads, buku novel itu kemudian akan ditapis oleh jawatankuasa tinggi perpustakaan. Ada juga yang volunteer, contohnya Adrian.
Sedang Adrian menyusun buku seorang pelajar perempuan datang mendekat. Novel di tangannya diselak kemudian memandang Adrian dan bukunya silih berganti. Dia tampak ragu-ragu untuk berbicara.
"Awak."
Adrian diam. Dia masih tak sedar akan kehadiran perempuan itu.
Kepala yang berlapik tudung Dhiya garu. Nampak khusyuk pula lelaki di depannya menyusun buku.
Buku yang terakhir Adrian masukkan ke dalam almari. Barulah dia menoleh ke kiri. Pandangannya beralih pada seorang perempuan yang sedang menggaru kepala.
"Ada apa?"
"Librarian kan?" Adrian angguk.
"Ha, nak tanya. Ada lagi tak buku yang macam ni?"
"Nak cari penulis yang sama ke?" Soalan dibalas soalan. Adrian tak pasti apa yang gadis itu inginkan.
"Bukan, bukan. Buku dia ada annotation macam ni. I'm searching for another book that has annotations from.... E.N." Dhiya belek muka surat pertama novel Nuansa dari penulis Nur Izzah Hani.
"Tak banyak buku macam tu, cuma ada tiga je. Satu dah kena pinjam. Ni dia." Adrian keluarkan Nuansa 2 yang berkulit merah jambu dari almari. Dia hulurkan buku itu kepada Dhiya.
"Great. sambungan kepada buku yang saya baca ni." Dhiya terima dengan senyuman.
"Mana nak dapat lagi eh buku macam ni? Annotations dia are really eye opening."
Entah kenapa, Dhiya memang suka sangat baca buku yang telah dianotasi oleh E.N. Buku yang dibaca E.N juga penuh dengan pengajaran. Fikiran yang ditulis semasa membaca dicatat pada ruang-ruang kecil. Ditambah lagi lukisan mini berkenaan situasi. Ilmu baru juga dapat daripada reflections milik E.N.
"Perpustakaan dapat buku dia dari program Donate Your Reads. Susah sikit nak dapat," jawab Adrian. Memori Adrian tiba-tiba terlayar kembali. Baru dia ingat ini perempuan yang melanggar dia tika waktu hujan lebat tempoh hari.
"I see. Thanks."
Dhiya kemudian melangkah pergi ke kaunter untuk rekod pemulangan buku dan rekod buku baru yang dipinjam. Tugas Adrian juga sudah selesai. Dia pergi membantu Haifa dan Fakhrul.
Jam di dinding menunjukkan pukul 5 petang. Lewat. Masih ada sekotak lagi buku yang belum selesai dimasukkan datanya ke dalam komputer. Ketiga-tiga pustakawan yang bertugas juga sudah menggeliat penat.
"Balik jom." Haifa mengajak.
"Jom!" Fakhrul cepat saja setuju. Berpinar mata dia hadap komputer hampir dua jam tanpa sebarang rehat.
Adrian di sebelah juga sama. Dia menggerak-gerakkan sedikit lehernya sehingga bunyi tulang berlaga kedengaran.
"Aku dengan Adrian angkat buku ni masuk stor. Kau pulak tutup komputer." Haifa angguk selepas mendengar ayat Fakhrul. Tanpa berlengah, Fakhrul dan Adrian mengangkat kotak penuh buku masuk ke dalam stor. Buku yang belum direkod datanya diletak berasingan supaya tidak keliru esok.
Setelah memastikan semua suis dimatikan dan tiada barang yang tertinggal, Haifa mengunci pintu.
"Bye korang!" Haifa melambai. Dia dan Fakhrul menuju ke arah yang sama. Adrian pula memilih untuk singgah di mana-mana vending machine yang terdekat.
Seorang perempuan Adrian lihat sedang berdiri di depan vending machine. Tangannya menekan dua butang, sepertinya membeli dua jenis air yang berbeza. Adrian duduk menunggu di bangku. Sketchbook dikeluarkan. Ada lirik yang bermain di otak sepanjang dia berjalan kaki tadi.
"Kau marah aku lagi ke?" Perempuan itu menyoal.
Adrian kerut kening. Marah?
Wajah perempuan itu Adrian pandang. Adrian tiba-tiba tersenyum sinis. Perempuan itulah punca dia pengsan selepas terkena bola tampar.
Selepas perempuan itu memegang satu tin Milo dan satu tin Nescafe dia berganjak ke tepi. Giliran Adrian pula menggunakan khidmat vending machine.
"Jangan marah lama lama. Aku dah minta maaf kan?" Adrian tutup mulut. Aysara umpama sedang bercakap dengan patung sekarang.
Aysara belek sketchbook milik Adrian yang tertinggal di ats bangku. Sebaik saja dibuka ba ink pen menusuk hidungnya. Bercampu-baur isinya. Lukisan dan lirik bersatu di dalam satu muka surat yang sama.
"Cantiknya kau lukis," puji Aysara. Dia selak lagi tanpa dia sedar perbuatannya itu mengundang marah si pemilik.
"Siapa kata kau boleh sentuh barang aku?" Adrian rampas buku itu dari tangan Aysara dengan kasar.
Aysara perit menahan liur. Dia baru saja nak berbaik dengan lelaki di depannya itu. Nampaknya dia tersilap langkah lagi.
"Sara! Air aku!" Satu suara di seberang jalan sana menjerit lantang.
"Kejap!" Aysara balas balik.
Kecoh. Dan Adrian tak suka akan itu.
Aysara pandang Adrian dengan riak wajah yang bersalah. Dia senyum segaris kemudian ketawa kekok.
"Sorry, aku janji aku tak pegang barang kau dah."
"Jangan dekat dengan aku," ujar Adrian tanpa perasaaan.
Laju saja Adrian berjalan meninggalkan perempuan itu. Sara, atau apapun nama dia. Adrian merasakan perempuan itu bahaya.
"Siapa tu?" Zulaikha datang dengan raket badminton di tangan.
"No one. Nah, air kau." Tin milo, Aysara serahkan pada kawannya.
"Tu air tu nak buat apa? Kau mana minum coffee."
"Abang aku punya." Tin itu digoncangkan sedikit sambil bibir menguntum senyum.
"Jomlah balik, dah lambat ni." Zulaikha paut lengan Aysara yang kelihatan suram selepas kejadian tadi.
Bersambung
Author's Note
sorry lama dah tak update. aku serius ngantuk gila sekarang esok pulak ada kelas pukul 8
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top