READY STOCK NOVEL Dasuki
Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Alhamdulillah Cik Rin dah dapat Mad Ki dan stock ada lebih kurang 100 naskah available sehingga habis.
Berminat tolong wassap 019 8817140 / DM facebook Rinsya Chasiani bagi sebarang pertanyaan (fast respond).
Pos flexi = RM 33 (4-7 hari bekerja)
Pos laju = RM 37 (1-3 hari bekerja)
🚨
TEASER DASUKI
💚💚💚💚💚
“Tapi kenapa mama kaitkan dengan perkahwinan kita berdua?” Soalku tak puas hati.
“Abeer,” seru Mad Ki mengeluh kecil seraya mengunci pintu.
"Jadi apa yang mama cakap tu betullah?"
Mad Ki berjalan ke arahku. "Apa yang betul?" Dia duduk disisiku dan menarik tanganku rapat ke wajahnya. Dia meniup sedikit di situ. "Sakit tak I tarik petang tadi?"
Aku menjuih bibir.
"Ray kata you hipokrit. You akan dekat dengan perempuan yang ada kepentingan dan I ni tak ada kepentingan bagi you."
Ini bukan kali pertama aku mendengar, dari Syamia dulu pun sama juga ayatnya. Jason tak akan dekat dengan perempuan kecuali perempuan tu ada kepentingan...
Dan sampai sekarang aku tertanya-tanya apa kepentingan aku buat lelaki itu.
"You isteri I, you boleh nampak apa kepentingan you pada I. Tak ada you, I nak peluk siapa?" Soal Mad Ki tersenyum panjang. Hilang sudah mood marahnya tadi. Tubuhnya mendekat padaku dan dia meletakkan dagunya di kepalaku.
“I sayang you, Abeer. I betul-betul sayang you,” bisiknya dalam.
Fikiranku semakin berkecamuk dengan kata-katanya. Kenapa hati ini seolah-olah enggan percaya?
"Sampai bila Ray akan jadi macam tu?"
Wajah Mad Ki berubah sedikit.
"Entahlah. Mungkin sampai bila-bila..."
"Sampai bila-bila? Ki you sedar tak kalau Ray macam tu, sampai bila-bila hubungan I dengan keluarga you tak mungkin akan jadi baik?" Aku mengeluh dalam.
Mad Ki merenungku semula. Wajahnya tidak dapat kubaca.
"You ada I, cukuplah.."
.
Tajuk : DASUKI BITTERNESS IN YOU
Penulis : Rinsya Chasiani II
Terbitan : Self Published Edition!
Hero :
🚨 Dasuki aka Mad Ki
🚨 Kaya (Omg cliche 😂)
🚨 Handsome (double cliche 😳)
🚨 Kasanova ( triple cliche 😣)
Heroin :
💄 Abeer Hanan aka Abeer
💄 29 tahun
💄 Anti kasanova
💄 Tak suka Mad Ki ⛔
💄 Benci lelaki rambut blonde (Mad Ki la tu 😰)
Sinopsis :
Pertemuan kali pertama dari detik tragedi kecil membawa keangkuhan Ahmad Dasuki.
"Yang you langgar-langgar orang, tak tengok kiri kanan tu kenapa? Teringin sangat nak jadi juling? This is stupid! Dah la ada meeting lagi lepas ni!" – Mad Ki
Dia, lelaki yang mengagungkan budaya hedonisme dan mahu dikenali sebagai Jason. Rambutnya perang terpacak, pakaian berjenama, jam tangan mahal dengan kereta yang bertukar-tukar.
Abeer bukan wanita yang mudah diperlekeh. Dia juga ada pendirian. Lelaki perasan orang putih seperti Mad Ki wajarlah diberi pengajaran supaya lelaki itu ingat sampai bila-bila. Bermula dari insiden kecil siram menyiram, Abeer menjadi wanita WANTED.
Cumanya, dalam pada balas membalas geram, arah tuju Mad Ki mula bertukar rentak. Abeer jadi buruan barunya.
"You kaya-raya, ada girlfriend yang juga kaya..." - Abeer
"Since you dah tahu I kaya dan berkemampuan, jom kita kahwin." – Mad Ki
Desakan dan rayuan Mad Ki membawa mereka ke alam perkahwinan. Tapi ada rahsia yang masih terpendam.
Rahsia yang bakal menggoyahkan rasa cinta dan kasih sayang.
Rahsia yang akan menggoncangkan kepercayaan Abeer pada lelaki itu.
"I tahu you dapat maafkan I," – Mad Ki
"Kalau tu yang you fikir, you dah silap. I bukan selemah yang you fikir. I'm speechless. You pentingkan diri Ki. You pengecut, you sembunyikan kebenaran demi keluarga bodoh you ni! You know what? Walaupun you anggap I dah maafkan you, di mata TUHAN you tetap sampah!"- Abeer
Tegarkah hubungan setahun jagung ini bertahan demi cinta yang semakin tenggelam?
Benarkah cinta Mad Ki wujud untuk Abeernya?
Dan apakah erti sebuah perkahwinan tanpa pengorbanan dan keyakinan?
Di kala Abeer tak mampu dan berlalu, Mad Ki tetap berdiri kaku menanti setia wanita itu.
#madki
#dasuki
#dasukibitternessinyou
#rinsyachasiani
#aireenaryana
#novel
#novelmelayu
#selfpublished
Wassappp: https://wa.me/60198817140?text=RinsyaNovel
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top