EP 9 : You bencikan I?
"CIK Hanan, ada orang nak jumpa."
Tegur Syamia tersengih-sengih kecil. Aku mengerutkan dahi kehairanan.
"Siapa?" Soalku seraya mematikan pergerakan tangan yang masih berada di atas tetikus komputer.
"Adalah. Dia tunggu kat depan tu dan katanya kalau Cik Hanan refuse, terpaksalah dia bagi kat saya hadiah tu."
"Bawa hadiah pula? Takkan Nasir kut?"
Nasir sudah menjeling kepadaku. Aku tergelak kecil melihat Syamia menarik muka.
"Jangan risaulah, kalau Nasir bagi saya 50 kotak coklat pun saya tak tergoda punya." Ucapku selamba.
"Aik? Penghinaan tu Cik Hanan!" Seru Nasir yang berada agak jauh dariku. Syamia menjelir lidah ke arah lelaki itu, mengejeknya.
"Pergilah jumpa orang tu Cik Hanan. Kalau tak saya ajelah yang ambil hadiahnya."
"Siapa ae?" Soalku hairan. Takkanlah si Nazri pula kut sebab lebih enam bulan aku tidak mendengar perkhabaran tentang lelaki itu. Janji pada mak tempoh hari untuk menghubungi Nazri aku buat-buat lupa.
"Client pun dah tak banyak lagi ni, masa bekerja dah habis." Ujar Syamia menunjuk seorang dua pelanggan yang masih setia menunggu giliran untuk urusan bank mereka.
"Hairan ni, takkanlah mak saya ada calon baru untuk saya kut?" Aku cakap separuh bergurau.
"Saya lagilah hairan bila orang ni nak jumpa Cik Hanan. Hampir-hampir pengsan!"
Keningku ternaik spontan.
"Awak kenal ke orangnya ni?" Tanyaku. Aku mengemaskan sedikit meja sebelum berdiri untuk menuju keluar bertemu dengan orang yang mahu menemuiku itu.
"Itulah yang membuatkan saya terlebih confuse ni Cik Hanan!" Getus Syamia sambil menggaru-garu kepalanya. Semakin musykil pula aku melihat reaksi Syamia ni.
"Lelaki ke perempuan Mia?"
"Lelakilah Cik Hanan yang baik hati. Handsome!" Terang Syamia seperti menggumam pada diri sendiri.
Semakin besar tanda tanya muncul dalam kepalaku.
Aku melangkah menuju keluar dari bangunan dan tercari-cari kelibatan orang yang Syamia maksudkan.
Sebaik saja aku bertemu pandangan dengan seorang lelaki, cepat-cepat aku membuang pandangan ke arah lain. Sekali lagi pandangan kami bertemu apabila aku memandang ke arah kiriku semula. Kali ini mataku lebih lama menatap dirinya.
"You nak jumpa I?" Soalku berterus-terang.
Dia mengangguk. "Lama, kan?" Dia bersuara. Garau.
"Kita pernah kenal?" Aku bertanya lagi. Hairan bertingkat-tingkat kerana lelaki ini dengan yakin berlagak seolah-olah mengenaliku.
"You dah lupa I?" Dia bertanya.
Aku pandang dia lama. Kacak orangnya. Tinggi, segak dan smart.
Kening dia tu boleh buat orang perempuan terkenang-kenang. Sebab kening dia membuatkan mata lelaki itu tampak menyerlah dan seperti memiliki renungan yang dalam.
"I tak tahu kita pernah berkawan," balasku sambil memeluk tubuh. Tidak mungkin aku langsung tak ingat kawan-kawanku sebelum ini.
"You nak I ingatkan kejadian di KFC baru you kenal I?" Senyuman mekar di bibir lelaki itu.
Aku terkebil-kebil agak lama sebelum terimbas kembali lelaki kurang ajar berambut perang yang pernah menghuru-harakan hidup ku satu ketika dahulu.
"Mana pergi rambut you?" Aku memerli. Dia menyentuh rambutnya sebelum mengorak senyuman manis.
"Orang kata I lebih macho berambut hitam."
Tahu tak apa! Balasku di dalam hati. Tapi setakat di hati saja sebab kalau aku mengiakan di mulut, lain pula jadinya. Bergaduh pula nanti.
Aku berdeham kecil seraya melemparkan pandangan ke arah lain. "You nak jumpa I kenapa?"
Senyuman di bibirnya memudar seketika.
"You tak teringin nak tahu kehidupan I?"
Agaknya dia rasa diri dia tu hebat sangat kut sampai aku kena stalk dia. Dia tak tahu yang aku ni pun sibuk dengan urusan duniawi yang tak kunjung putus dugaannya.
"Kenapa?" Balasku laju. Pelik lelaki ini!
"Sebab I teringin nak tahu kehidupan you selama ini."
"Selepas berbulan-bulan?"
Aku cuba untuk tak tergelak. Tak pernah lagi aku jumpa lelaki perasaan tahap parah dan kritikal seperti dia. Siapa namanya? Jason?
Ha'ah.. Jason. Seingatku, aku menggelar dia dengan nama Mad ki.
"You tak rasa pelik bila I teringin nak tahu hidup you?"
Aku mengangkat bahu. Dah tahu kenapa nak tanya lagi, kan? Aku memandang wajahnya dengan penuh tanda tanya. Apa sebenarnya yang dia nak dari aku? Takkanlah masih simpan dendam lama kut?
"You tak nak tanya I?" Soal lelaki itu semula. Kali ini dia mendekatkan tubuhnya ke tubuhku, memandangku dengan renungan yang agak dalam sehingga membuat jantungku berubah rentak.
"Ops... Ops..." Aku cuba menghalang dia agar tak terlalu hampir denganku. Dibuatnya tiba-tiba dia mencium ke.
Isy, teruk betul imaginasi kau ni, Abeer. Ingat drama sebabak cerita Mi Amor ke apa?
"Ke..." suaraku tenggelam. Aku berdeham kecil. "Kenapa you nak tahu fasal hidup I pula?" Ini namanya seperti lembu dicucuk hidung. Orang suruh ke kandang, aku masuk ke kandang, orang suruh mengembek pun aku ikut juga.
Senyuman lelaki itu kian melebar. Nakal. "Nah ini untuk you." Dia tiba-tiba mengambil tanganku sebelum sempat aku mengelak. Tangan kirinya meletakkan sesuatu di atas tangan kananku.
Sebaik saja dia melepaskan tanganku, mataku melekat ke atas kotak kecil yang berada di tapak tanganku.
"Pin tudung?" Tanyaku dengan dahi yang berkerut-kerut.
"Mungkin you dah lupa tapi I ingat lagi pin tudung you jatuh masa kita bersembang dulu."
Aku memicingkan mata.
Kalaupun aku tercicir pin tudung ni apa kaitannya dengan dia? Pin tudung ni harga 6 biji sepuluh ringgit kut. Bukan mahal mana.
"You janji dengan I kita takkan jumpa lagi, kan?"
"I'm sorry." Dia ucapkan tanpa teragak-agak.
"Jadi confirm kita tak kan jumpa lagi lepas ni?"
Dia diam sebentar. "Hmmm..." Dia tidak mengiakan mahu menidakkan.
"Jadi kita takkan jumpa lagi, kan?" Aku masih mahukan kepastian.
Memang tak suka terlibat dengan spesies lelaki seperti lelaki di depanku ni. Walaupun rambut dia dah hitam, pakaian dia smart kalah bos aku kat dalam tu, kereta mewah dan kacak setanding Nazhim Othman, tetap aku tak nak beri ruang untuk dia mengurat atau masuk benang. Budak ni muda sangat kut. Tu pasal sel otaknya tak mampu berhubung.
Mad Ki ketawa kecil. "Apa salahnya keluar sama, tengok wayang, dating..."
"Bukan I saja-saja nak tolak ya, tapi you jauh sangat dari ciri-ciri lelaki yang I boleh keluar lepak dan dating buat masa ni." Aku cakap terus terang supaya dia faham T&C perasaanku terhadap lelaki.
Mad Ki masih lagi dengan senyum sengetnya.
"I suka berkawan dengan you."
"Pardon?" Aku ucap dengan rasa tak percaya. Apa yang tak kena dengan mamat halimunan, alien, dan kaum jembalang tanah seorang ni?
Apa yang sebenarnya bermain di dalam fikiran dia ni?
"I hairan kenapa I boleh tertarik pada you. Mesti bersebab." Dia mengungkapkan tanpa rasa bersalah sedikit pun.
"You tertarik pada I?" Drama tv mana dia tengok sampai dia boleh copy paste ayat pick up yang hampir membuat aku muntah kat sini ni?
"Kenapa? Rasa pelik, kan? Atau you rasa bertuah?"
Aku mengemam bibir sambil cuba menahan ketawa. Biar betul ni? Dia tak rasa ke benda ni macam dia tengah buat lawak antarabangsa sebenarnya?
Setelah enam bulan menghilang, bukan satu atau dua bulan! Dan tadi dia kata rasa bertuahkan? Tapi kenapa aku fikir benda ni seperti nasib malang tak berbau aje?
"Maaf ya, I tak boleh berkawan dengan you sebab I dah banyak kawan. I risau nak berkawan dengan orang seperti you."
"Kenapa? Sebab dulu I jahat?" Soal lelaki itu seolah-olah berpuas hati. Lah tahu pula awak yang diri awak tu jahat ya? Aku gagal menahan sengihan di bibir.
"Nah ambil balik pin ni. I dah banyak sangat pin sampai tak ada tempat letak pin mahal yang you beri ni. Risau nanti tak terpakai pula."
Dengan selambanya aku mengunjukkan kotak kecil itu hampir di dadanya. Tapi dia mengelak.
Hampir aje kotak tu jatuh ke bawah. Aku mengeluh kecil.
"Boleh tak jadi lebih matang sikit? You nak I berkawan dengan you sebab you tertarik dengan I?" Aku menaikkan suaraku mahu dia juga merasakan perasaan bengangku saat ini.
"Tak cukup lagi ke alasan I tu?" Dia memandangku lama. Aku tergugup seketika. Renungan lelaki ini walaupun tajam namun berjaya menghantar isyarat yang dalam.
"Tak ada salahnya tapi I tetap tak padan untuk berkawan dengan you. You lain, I lain. Dunia kita tak sama.
Tak sekufu! Dengan you I terasa janggal. Maaf." Kali kedua aku menuturkan kata-kata maaf. Sama ada dia faham ke tak maksud sekufu tu, aku tak kira. Janji aku tak terlibat dengan dia sampai bila-bila.
"You langsung tak tertarik pada I, Hanan?"
Aku terkejut. Bukan terkejut kerana dia menyoal diriku sama ada tertarik kepadanya, tapi kerana namaku yang meniti di bibir basah lelaki itu.
"Macam mana you boleh tahu nama I?" Soalku agak lantang.
"Tahu nama pun salah ke? Sebab last time I tanya, you tipu nama you, jadi I terus tanya pada Syamia pasal you."
Aku menggigit bibir. Bagaimanalah aku boleh terlupa yang dia ni abang sepupu kepada Syamia?
"Syamia tahu you tanya pasal I? Maksud I, dia tak tahu pun perempuan yang you cari tu I."
Terbias senyuman di bibir lelaki itu. Senyuman dia nampak sangat berbeza berbanding berbulan-bulan yang lepas. Dia lebih menawan begini, aku akui.
"Kenapa you nak tahu?" Soalnya.
Aku terbungkam. Takkanlah nak tahu pun salah? Lagipun benda tu ada kaitan dengan diriku, kalau tidak, tentu aku tak berminat untuk bertanya.
"You dah rasa apa yang I rasa, Hanan?"
Sebaik saja dia menyebut namaku itu terasa ada satu perasaan halus menyusup di setiap urat nadiku. Aku cukup tak suka dengan perasaan ini. Bukan benci tetapi janggal sekali. Perasaan bagai dia sengaja mahu menduga hatiku.
Aku memicingkan mata. "Apa yang you rasa bukan masalah I, tak da kaitan dengan I."
Aku mengundur beberapa tapak agar berada jauh darinya. Sekurang-kurangnya jarak begini membuatkan diriku jadi lebih yakin bertentang mata dengan lelaki itu.
Mad Ki mematah-matahkan jarinya. "Kaitannya, you mengganggu tidur malam I."
Amboi, parah sangat dah rupa si Mad Ki ni. Takkan lah setakat kena siram dengan air berkarbonat berbulan-bulan yang lepas, dia terus jadi angau? Kalau begini baik aku siram pakwe-pakwe yang baru keluar dari masjid, lagi berfaedah dan membawa kebahagiaan dunia akhirat.
"You mimpi I?" Aku cakap tanpa sedar.
Eh, aku bukan budak tadika lagi untuk ditipu sana-sini. Tolonglah, kalau dah namanya womanizer...
"I suka bila you tertanya-tanya, sebab I mula terfikir yang you tertarik pada I sepertimana I tertarik pada you." Senyuman lelaki itu kian meleret.
Aku tercengang. Apa yang tak kena dengan lelaki ini? Otaknya dilanda musibah atau ada masalah lainkah?
"You dah salah faham ni. I cuma nak tahu, jauh sangat dari rasa tertarik, okey? Cuma perasaan ingin tahu saja."
"Jadi maknanya apa yang I rasa adalah perasaan ingin tahu saja?" Dia mengerutkan kening. Seolah-olah baru menyedari sesuatu.
Aku mengetap bibir. "You tak tahu ke hati you sendiri?" perliku keras.
"Marah?" Dia senyum panjang. Sakit mata ni tengok senyuman dia. Lagi-lagi bila kedua-dua tangannya tersemat kemas di dalam kocek seluar seperti sedang memperkecil diriku.
"I ni lagi tua dari you, pergilah cari orang lain kalau nak main-main. Banyak lagi perempuan kaya dari I."
Aku cakap begitu sebab aku ingat lagi Syamia kata Mad Ki ni jenis perempuan yang belikan barang untuk dia. Bukan dia yang belikan barang untuk perempuan. Haram aku nak membazir duit untuk orang lelaki yang bukan mahram. Baik simpan atau kasi kat mak aje.
"Excuse me?" Dia kerut dahi. Agaknya tak suka di provok begitu.
"I tak mampu nak kasi you wang ringgit, apatah lagi baju Polo baru. Gaji kecil aje." Aku ungkit balik benda yang dah lepas.
Dia ketawa, ketawa yang dibuat-buat. "I bukan nak jadi anak ikan, lady. I ada duit sendiri, I berjaya atas usaha I sendiri," beritahu dia. Aku pura-pura tak mendengar.
"I nak balik ni, kalau you tak nak ambil kotak ni, I letakkan di tepi kaki you aje." Aku mengangkat kotak berisi kerongsang betul-betul kat depan dia. Mad Ki tercegat tidak menyambut huluran tanganku.
Matanya masih terarah ke wajahku tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Tiba-tiba terasa geli hati pula.
Dia ni langsung tak memperkenalkan diri tapi aku dah gelar dia macam-macam. Ke Mad Ki tak sedar yang dia belum bagitahu siapa nama dia kat aku? Agak-agak kalau dia tahu aku gelar dia Mad Ki, mahu dia pijak-pijak kerongsang kat tangan ni. Tak pun dia baling kat muka aku, kan? Tak pun dia pergi cekik batang leher aku.
Jason eh? Jason tu tak berapa matching dengan dia, Mad Ki seribu kali lebih padan!
"Hello encik?" Aku cuba menarik perhatiannya namun dia masih seperti tadi. Seolah-olah terpegun di dunianya sendiri.
Oleh sebab aku malas nak berkompromi, aku letak kotak tu betul-betul kat bawah kaki Mad Ki kemudian melangkah pergi dari situ.
Tak bolehlah layan dia lama-lama sebab pak we tu boleh tahan handsome. Tak pasal-pasal cair karang jadi satu cerita lain pula.
"You kata perasaan ingin tahu saja tapi kenapa I rasa lebih dari tu?" Dia menyoal tiba-tiba sebelum aku melangkah pergi.
Manalah aku tahu, tu kan hati dia, perasaan dia. Kalau aku ni boleh jadi tukang tilik lainlah cerita.
Aku mengambil keputusan untuk tidak mempercayai kata-katanya. Dia kata suka tapi tiada keyakinan pada nada suaranya. Dia kata tertarik namun masih tertera keraguan pada air mukanya. Aku tak mahu terperangkap dengan jerat si kasanova. Tak tahulah dia player ke tak tapi dalam firasat aku, dia tak mudah puas dengan seorang wanita.
Tak pasal-pasal tergadai perasaan apabila hati tu mudah perasan.
"Kalau hati you tu adalah hati I, bolehlah I menjawab. You dah besar panjang, kan? Tak mungkin you tak tahu apa yang ada di dalam hati sendiri. Pelik, kan?" Aku cakap.
"Hanan, wait.."
Dia menunduk dan mengambil kerongsang di kakinya tu. Aku fikir dia mahu menyerahkan semula padaku tapi dia setakat genggam aje.
"You tak nak tahu apa-apa tentang I?" Soal lelaki itu sambil merenung wajahku dengan renungan yang tak mampu aku rungkaikan. "Tak nak tahu nama I?" Sambung lelaki itu lagi.
Aku menggigit bibir. Kalaulah dia tahu namanya telah berada lama di dalam kotak ingatanku, kena bahan tak ya?
Dan kenapa baru sekarang nak bertanya? Aku bagai terjerat oleh perasaan.
"Biar I clear kan sikit sebab I nampak you masih confuse. Lupakan I sebab benda remeh yang you rasa tu tak bawa impak positif ke atas kita berdua. I tak ada masa untuk join permainan budak-budak yang tak cukup kasih-sayang walaupun sekadar suka-suka. You carilah bahan permainan lain yang lebih molek, banyak je kat luar sana. Boleh faham ye encik?"
Kali ini aku nampak dia mengetap bibirnya pula. Lucu aku rasa apabila budak sebesar dia masih keliru dengan perasaan sendiri.
"I tak cukup kasih-sayang?" Wajahnya serius memandang diriku.
"I minta maaf jika you terasa hati. Cukuplah setakat ni aje pertemuan kita."
"I ada pendirian I, Hanan..." ujarnya tanpa mempedulikan kata-kataku. Aku mengeluh kecil, menggenggam kedua-dua tanganku.
"Bila masa I kata you tak ada pendirian pula?"
"Cara you cakap buat I rasa you anggap I seperti lalang. I bukan macam yang you sangka, Hanan."
Dia dah naik marah ke sebab aku perli dia berkali-kali?
"I'm sorry okay? I tak tahu pula setiap kata-kata I you nak ambil hati."
Dia senyum. "Minta maaf aje tak cukup, lady."
"Jadi apa yang you nak ni?" Aku sudah mula hilang sabar. Menggertak.
Tapi dia seperti langsung tidak terkesan. Malah senyumannya semakin lebar. Eh, dibuatnya dia nak benda pelik, kau nak buat ke Abeer?
"Hanan..." Dia menyeru namaku. Aku memandang wajahnya tajam, menunggu ayat yang seterusnya daripada dia tapi lelaki itu kekal menyepi.
"Beritahulah, jangan duk diam aje!"
"You marah I?"
Aku terkesima. Cara dia menyoal tu benar-benar seperti anak kecil yang baru saja dimarah oleh ibunya. Dia nampak benar-benar asli tanpa sebarang niat tersembunyi.
Kalaulah dia tahu apa yang aku rasa ni tentu dia gelakkan aku. Berlagak kuat, bengang, marah tapi hatiku pula tersentuh dalam.
Aku ni bukannya robot yang tak ada perasaan. Apatah lagi dah lama tak pernah mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki. Dah tentu hati mudah terusik apabila ada yang menunjukkan rasa minat terhadapku.
"I balik dulu." Aku berpaling dan terus melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang lagi. Bimbang detak hati mampu dibaca oleh lelaki asing itu. Sedaya upaya aku menghalang pelbagai rasa yang mula mencuit perasaanku.
Tak boleh Abeer. Jangan cair kat budak tak cukup gizi tu. Mentang-mentang rambut dia hitam, penampilannya makin segak dan senyumannya makin mengancam. Hisy, kenapalah aku ni tak ubah dengan perempuan tipikal yang sukakan kekacakan?
"I rasa kita berjodoh." Kata-kata lelaki itu meniti jelas ke dalam telingaku.
Aku tegarkan hati untuk tidak percaya.
Aku cubit lengan sendiri dalam diam, cuba sedar dunia ni bukan seperti cerita dongeng katak yang cukup membuai perasaan.
Done edit Part 9
Untuk order wasap 0198817140
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top