EP 7 - Provok

SUDAH lewat pukul 5.30 petang barulah aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sewa. Fikirku lelaki gila itu sudah berputus asa mencariku. Mengenangkan usiaku yang menginjak ke angka 29 ini membuatkan aku hampir tergelak sendiri. Aku bersembunyi gara-gara budak hingusan berambut karat!

Entah-entah sebenarnya lelaki itu bukan menunggu dan mencariku. Mungkin dia tercari-cari gadis lain yang menarik perhatiannya tapi aku pula fikir berlebih-lebihan gara-gara terpengaruh dengan cerita Syamia.

Sebaik saja aku keluar dari bangunan tiga tingkat itu, aku segera menuju ke arah keretaku. Belum sempat aku mengeluarkan kunci kereta, telefon bimbitku berbunyi minta diangkat.

Aku terus mengambil telefon bimbitku untuk mengangkat panggilan. Tiba-tiba ada tangan yang merampas telefonku itu dari belakang. Aku terkejut dan menoleh ke belakang.

Terjeda sebentar apabila melihat wajah lelaki berambut perang, abang sepupu Syamia sedang merenung wajahku tajam. Aku langsung tidak menduga lelaki itu benar-benar menantiku sehingga tamat waktu bekerja!

"Bak sini telefon I." Aku cepat-cepat ingin merampas dari tangan lelaki itu namun tindakanku agak terlambat. Dia mematikan panggilan sambil tersenyum kemenangan.

Aku dirasuk rasa geram.


"Apasal you ambil telefon I?" Aku sedikit membentak.

Mata lelaki itu seolah-olah mengawasi setiap tindakanku malah dengan beraninya semakin mendekati tubuhku dengan senyuman panjang.

"I tak boleh terima bila you simbah I dengan air. Jadi I cari you sampai ke sini. You rasa apa yang I nak dari you?"

"Nak bawa ke balai polis ke?" Soalku sinis.

"You nak ke balai polis selesaikan hal ini?" Berkerut dahinya kehairanan.

"Jadi you nak apa dari I?" Aku bertanya tegas. Kalau tunjuk lembik kena pijak pula kepala aku nanti.

"Apa kata you minta maaf dari I."

"Minta maaf encik, I yang bersalah. Cukup dah?" Aku membalas kata-katanya tanpa menunggu sesaat lagi.

Lelaki itu seolah-olah berfikir sejenak sebelum memerhatikan diriku dari atas ke bawah.

"Nama you?"


"Kenapa nak tahu?" Aku menyoal sangsi.

"I perlu tahu nama orang yang cari pasal dengan I."

"You nak masukkan I dalam surat khabar ke?" Matilah kalau dia betul-betul buat kerja paling budus macam tu. Jembalang Jebon pun aku rasa lagi sopan santun dari orang kat depan aku ni.

"You suka beri idea-idea yang bernas. Kalau you nak sangat masuk balai polis dan masuk dalam surat khabar, I boleh aturkan bila-bila masa saja." Ugutnya sambil menggenggam erat tanganku. Matanya tajam menikam anak mataku sehingga memberikan sebuah getaran yang sukar untuk diungkapkan. Takutkah aku?

"Tangan... Tangan lepaskan. Haram ya encik," ucapku menampar tangan lelaki itu berkali-kali. Jason tersengih tipis seraya melepaskan pergelangan tanganku.

"Sekarang ni you nak apa? I dah cakap I minta maaf pun! Bagi balik handphone I." Aku menebarkan jari tangan kanan ke arahnya luas-luas. Biar dia tahu kali ini aku serius.

"Nama you dulu." Dia sandar tangan pada tubuh keretaku dan mengetuk jari-jarinya di situ.

"Nama I Jara!" Tiba-tiba aku teringat Jara. Tak pasal-pasal juga aku tersebut nama Jara.

"Betul? You ingat I tak boleh cari nama sebenar you? Ke sini pun I boleh cari you, Jara. Kalau sampai you menipu I, you akan dapat balasan yang setimpal." Dia jatuhkan matanya ke atas tanganku sambil mengangkat keningnya sebelah.

"Kalau you nak nama Minah binti Mamat pun okey juga. Sekarang bagi balik handphone I."

"Tak pe, I boleh tanya pada orang lain. Esok atau lusa I boleh datang ke sini bila-bila masa yang I nak."

Aku jadi cuak. Sampai bila pula dia nak mengugut aku begini? Tapi lelaki macam ni memang tak dijangka, Abeer. Jangan berani-berani dengan dia. Baik kau putuskan aje hubungan yang tak berapa berhubung ni sekarang juga. Sempat sebelah minda sedarku menasihat tuan sendiri.

Kadang-kadang si tuan ni pun bukannya sedar dalam bertindak.

Sedar-sedar dah menyesal.

"You tak payah datang ke sini lagilah. You dah dengar pun I minta maafkan? Takkanlah you nak berkawan dengan I pula?"

Pecah ketawa lelaki itu. Aku dah naik bengang apabila dia bersungguh-sungguh mengetawakanku. Tahulah aku ni bukan standart level orang yang dia akan 'berkawan' tapi perlu ke ketawa seperti itu? Sinis sangat pada pendengaranku.

"Kalau I tetap nak cari you juga?" Dia mencabar.

"I minta maaf fasal hari tu. I tahu I salah. I tak sepatutnya simbah you dengan air di depan semua orang. Tapi I minta lepas ni you jangan cari I..."

"Ada banyak sebab lagi I nak jumpa you, Jara. You dah malukan I dan you patut bayar balik apa yang I rasa hari tu. You nak I simbah you dengan air sebaldi esok di dalam pejabat you tu?"

Astaghfirullahalazim! Aku betul-betul tak faham dengan lelaki ini. Agaknya inilah yang dikatakan ego lelaki memang tak masuk akal!

"Kalau you nak, you datanglah esok. I tunggu you dengan baju hujan!" Ucapku keras.

Aku perasan dia terkedu apabila ayat itu keluar dari bibirku.

"Peliknya." Dia menggumam kecil namun masih mampu kudengari.


Matanya mula menjelajah ke seluruh wajahku dalam-dalam. "Sangat-sangat pelik. Kenapa I rasa kata-kata maaf you tu tak cukup lagi untuk buat I lupa dengan apa yang berlaku?" tanyanya kepadaku.

Aku mendiamkan diri. Berjanji selepas ini walaupun berjuta-juta kali dia mengarut, aku tak akan membuka mulut. Biarlah aku berdiri di sini sampai dia sudi memberikan telefon bimbitku itu kembali.

"I tak puas hati, I nak buat saman malu dan I akan pastikan you kalah. I nak tengok. Boleh tak you buat muka menyampah pada I masa tu," ucapnya sinis.

Err, tahu pula dia aku tengah buat muka menyampah. Aku tetap membekukan diri walaupun sebenarnya kepala lutut ni dah rasa bergegar. Kalau betul nak buat saman malu, cuba bayangkan berapa kerugianku nanti? Tapi takkan dia nak suruh aku melutut baru puas hati? Dia yang terpekik-pekik memarahiku itu lagilah teruk memalukan diriku!

"Mana-mana you la nak buat apa." Aku membalas kata-katanya.


Mad Ki membesarkan matanya.

"You betul-betul tak takut?" Soalnya memeluk tubuh. Agaknya dia tak pernah jumpa perempuan degil macam aku ni kut.

Tapi kenapa dia nak sangat aku takut kat dia?

Dia mendekat, lama dia merenungku dari atas ke bawah, macam scanner pun ya. Entah-entah dalam otak dia fikir, budak ni okey tak kalau nak dijadikan budak suruhan... Tapi kan ke dia tu orang kaya? Sibuk dengan girlfriend-girlfriend yang boleh beri dia kereta. Kalau dia mengharap aku dapat bagi dia sebiji kereta, sampai ke matilah nampaknya dia kena tunggu.

Aku ni kalau ada husband pun nak belikan jam tangan rolex, mahu jammed kepala fikir 100 kali.

Telefon bimbitku berbunyi untuk kali yang kedua tapi lelaki tu masih bersahaja memeluk tubuhnya.

Dibiarkan tanganku terhulur di depannya.

"Lepas ni I takkan ganggu you lagi. Tapi lain kali kalau buat masalah lagi, I akan berikan hukuman pada you, lady. Hati-hati." Ucapnya memberi amaran seraya menghulurkan telefon bimbitku di tangan.

Aku mencemik. Rasanya yang buat masalah kat sini bukan Abeer Hanan tapi lelaki bernama Mat Jason.

"Thanks." Aku ambil tanpa memandang wajah lelaki itu.

Acah aje dia tu Abeer, tak da nya dia buat betul. Tadi bukan main lagi, apabila aku tak layan, reti pula mengalah.

"Hey, lady. You bernasib baik sebab you macam ni," dia tunjuk aku dari atas ke bawah. "Kalau you lawa sikit, I dah bawa you ke bilik tidur."

Aku juih bibir tanpa sedar.

Dasar Ahmad Dasuki! Kasanova versi tak jadi.

Eloklah aku gelar dia Mad Ki macam aku gelar teman lelaki si Jara, Muhammad Rayyan sebagai Mad Yan.

Apa dia kata tadi, lawa sikit nak bawa mana?

Eh, kalau aku lawa banyak pun tak ingin aku nak bawa dia ke bilik. Gila kau, perangai begini nak bawa ke bilik...

Telefonku berbunyi lagi sebelum aku meneruskan sesi sumpah seranahku ke atas lelaki itu.

Sebaik aje aku membaca nama pemanggil adalah mak, cepat-cepat aku tekan skrin untuk menerima panggilan tersebut. Marah lagilah nampak gayanya mak sebab aku siap pergi reject panggilan dia tadi.

Sebenarnya bukan aku yang menolak panggilan mak, tapi si Mad Ka Ki ni ha.

"Hello mak, Assalamualaikum." Sapaku sebaik saja menerima panggilan dari mak.

"Waalaikumsalam. Abeer.. Abeer.. Adik ni ha, excident..." Suara mak cemas sangat. Aku terpempan!

"Apa dia mak?"

"Jara kemalangan!"

"Astaghfirullahalazim... Macam mana boleh kemalangan pula ni mak? Teruk ke?" Aku panik mendengar mak menangis-nangis di hujung talian. Rasanya okey, kan? Tak ada apa yang nak dirisaukan berlaku, kan? Aku semakin tak pasti apabila tangisan mak bertambah kuat.

Wajahku jadi pucat. Dadaku bergelombang hebat.

"Mak tak tahu lagi... Tapi dia tu nak juga keluar dengan boyfriend dia walaupun mak dah halang tengah hari ni. Allah Jara, anak mak..."

"Dia kemalangan dengan Mad Yan mak?" soalku tidak percaya.

"Mak tadi telefon minta kamu jemput tapi kebetulan ketua kampung nak hantar mak ke hospital ni, Abeer. Abeer lebih dekat dengan hospital, cepat-cepatlah tengok adik kamu tu. Bimbang hati mak ni!"

"Baik mak..." Aku menggumam pelan berusaha menyedapkan hati sendiri. Aku rasa tak teruklah kemalangan tu. InsyaAllah tak teruk.

Cepat-cepat aku mendail nombor telefon Jara tapi gagal untuk dihubungi. Kenapa pula dia tak jawab panggilan? Marahku di dalam hati.

"Muka you pucat, you okey?"


Aku menoleh gara-gara terkejut kerana disapa oleh Dasuki. Dia masih lagi berada di belakangku.

"Okey," balasku sepatah lantas mengeluarkan kunci kereta dan memandu terus menuju ke hospital.

Walaupun beberapa kali aku hampir terbabas melanggar kereta orang kerana tanganku tak mampu mengawal stereng dengan baik, tapi aku gagahkan diri untuk sampai ke hospital. Aku kena kuat sebab kalau tak, mak pun takkan kuat.

Terbayang-bayang wajah ceria Jara di depan mata. Senyuman dia yang selalu mengusikku. Ya ALLAH, selamatkan adikku itu!


Done edit part 7

Untuk order boleh contact whatsApp 0198817140

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top