EP 5 - Mad Ki first encounter
"EH, cik adik!" Suara lelaki itu meninggi. Aku yang sibuk menepis air yang sedikit terkena di bajuku mengangkat muka sekilas. Rambut warna karat dengan cermin mata hitam tersangkut di tengah-tengah kolar t-shirt lelaki itu agak mengganggu perhatianku.
Hedonisme sangat gayanya. Kalah orang putih. Selesa ke jadi perhatian kerana gayanya yang penuh hipster tu?
"Yang you langgar-langgar orang tak tengok kiri kanan tu kenapa? Teringin sangat nak makan kasut? Aku dah la ada meeting lagi lepas ni!"
Aku terpegun sebentar apabila mendengar lelaki itu bersuara kasar. Rasa malu terjatuh dan terpelanting segala ayam KFC serta air pepsi tadi belum habis lagi, tiba-tiba kena maki dengan orang ni. Dia ada kena ke ayam, sos atau air aku tadi? Takkan? Mana rasa empati dan simpati dalam hati orang ni? Dah kena telan naga berkepala tiga ke?
Aku pun bukan sengaja nak melanggar dia sampai tak berezeki dengan ayam dua ketul kat atas lantai tu. Sempat pula aku jeling ayam yang masih belum disentuh di atas lantai berdekatan dengan kaki entah siapa.
Lepas tu aku jeling balik orang kat depan aku ni lagi. Paling tak tahan melihat rambut berwarna perang yang terpacak tinggi di atas kepala. Umur dah berapa lagi mahu bergaya seperti budak remaja!
"Maaf.."
"Maaf-maaf! Sekarang ni I terpaksa balik tukar baju, tahu tak?" Marahnya lagi.
Dia tunjuk baju dia berkali-kali tapi aku tak nampak pula celah mana kotornya. Okey aje tu. Masih cantik lagi baju dia.
Aku mula terasa tidak selesa apabila puluhan mata menyaksikan pergaduhan kami.
"I tak sengaja, encik. I pun tengah basah ni." Aku cuba menenangkan keadaan.
Lelaki itu mendengus kasar seraya menendang seketul ayam KFC ku agak jauh. Merah padam wajahku menahan malu diperlakukan sebegitu di depan puluhan mata yang memandang. Langsung tak hormatkan wanita agaknya lelaki itu.
Kalau aku tahu datang ke sini untuk ketemu dengan lelaki gila macam ni baik aku puasa aje hari ini. Pekerja-pekerja di situ hanya mampu menatap diriku dengan penuh simpati.
“Shit.”
Amboi cantiknya bahasa. Dia ingat dia aje yang marah? Dia ingat aku ni jenis yang telan penuh redha apa orang lain nak kata? Bengang jangan dicakap, memang dah tahap nak meletup aje yang tinggal.
"You nak I gantikan baju you, ke?" Tanyaku cuba berlembut lagi.
"Baju I ni sama dengan sebulan gaji you, tahu? Mampu ke you?" Perlinya sinis.
Aku mengetap bibir kegeraman. Tahu tak dia gaji aku hampir mencecah lima ribu sebulan? Boleh pula dia samakan dengan baju t-shirt jenama Polo dia tu. Tak hairanlah. Memang aku pakai baju murah tapi baju mahal bukannya boleh dibawa mati, kan?
"Jadi you nak I buat apa?"
Sumpah, seumur hidup ini baru pertama kali aku terjumpa lelaki sesombong dia. Langsung tak gentleman! Tahu dia aje nak menang.
Siapalah yang malang bertingkat-tingkat berkahwin dengan lelaki gila macam ni.
Baru aje aku rasa seperti kali pertama, tiba-tiba aku teringat dekat makhluk yang menjerkahku di tepi jalan tempoh hari. Okey, ni bukan kali pertama. Tapikan, kenapa dua makhluk ni serupa gila?
"Minta maaflah, apa lagi?!" Dia marah balik.
Bukan ke aku dah minta maaf tadi? Dia pekak ke?
Rasanya semakin bertambah pula penonton kejadian dua sen kami ini. Ada yang mula menangkap gambar pula tu. Kalau tak diselesaikan cepat, mahu jadi biul otak ni!
"I dah minta maaf awal-awal lagi, kan?"
"Minta maaf sekali lagi, I nak semua orang kat sini dengar suara you!"
Aduhai. Aku lebih sanggup masuk ke balai polis dari memalukan diriku sebegitu.
Apa sangatlah kesalahanku pada lelaki itu. Orang lain boleh aje menolong dan bersimpati tapi perangai lelaki ni seperti dia lahir dari planet luar bumi.
"You lelaki, patutnya lebih gentleman. Untuk apa I nak minta maaf pada semua orang pula?"
Dia merenung diriku dari bawah ke atas dengan pandangan yang cukup sinis. Aku mula terasa berbahang.
Kalau tadi aku segan, sekarang dah meluap-luap. Sikit masa aje berubah jadi naga.
"Untuk perempuan macam you, you expect I jadi gentleman. Cantik pun tidak." Dia senyum sinis.
Aku tahulah aku tak cantik tapi dia ni dah lebih sangat!
"You hina I?" Soalku hampir-hampir mahu melayangkan penyepak kepada dia. Terasa kecil aje wajahnya pada pandanganku kini.
"Siapa nama you?" Soalnya tidak mengendahkan soalanku tadi.
Aku yang tengah berapi terus mencapai air di atas meja orang yang duduk berdekatan dengan kami dan spontan menyimbah air tu ke muka dia.
Bush!
Fuh, puas hati aku!
Dia terpanar dan terkaku menunggu titisan air habis dari mukanya. Mata dia terpejam rapat dengan muka yang terkejut sangat.
"Lain kali jangan menduga kesabaran perempuan ya Encik Separuh Gila. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk melepaskan geram." Ujarku seraya melangkah keluar dari kesesakan penonton cerita dua babak itu.
Sebaik aje aku sampai ke tempat letak kereta, tiba-tiba aku dilanda rasa bersalah. Kenapalah aku bertindak mengikut emosi walhal bukan besar mana pun masalah tadi. Aku menyandar ke tubuh kereta sambil mengeluh kecil.
Jangan-jangan ada orang yang merakam video tadi. Pengsanlah kalau jadi viral seluruh Malaysia.
Zaman sekarang ni bukan zaman dulu-dulu. Kes sikit terus naik segalanya di muka buku.
Perlahan-lahan aku melangkah menuju ke dalam bangunan dan apabila sampai saja di KFC tadi, aku lihat lelaki tadi sudah tiada. Aku membeli air pepsi dan cola di kaunter sebelum memberikannya ke atas meja orang yang aku ambil airnya tadi.
Pasangan yang duduk di situ terpinga-pinga.
"Maaf ya, tadi." Ucapku lembut.
"Tak apa." Balas yang wanita. Lelakinya pula diam saja.
Semasa melangkah keluar dari KFC dan hendak menuju ke pintu utama, aku lihat lelaki berambut karat tadi sedang menuju ke arah keretanya dengan pakaian baru. Bajunya tadi mungkin dibuang ke dalam tong sampah. Aku lihat dia masuk ke dalam Toyota Altis berwarna putih dan memandu laju ke jalan utama.
Padanlah dengan rambutnya yang berwarna perang, dengan aku-aku sekali dia kibar bendera perang.
Aku rasa umur dia baru pertengahan dua puluhan. Kalau dia tahu umurku sudah 29 bagaimana agaknya?
Mungkinkah dia akan lebih menghormati aku?
Ah, tak mungkinlah. Dari gayanya yang biadap tadi aku pasti dia tak peduli orang tu tua atau muda, miskin atau kaya janji dia menang. Sebab dengan perempuan pun dia boleh buat lagak samseng, kan?
Apa dia ingat dunia ni akan sentiasa berpaksikan dirinya sahaja?
Done edit part 5
Untuk order wasap : 0198817140
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top