EP 10 - Bukan orang jahat
MAHU tidak mahu, aku terpaksa juga menghadap Mad Ki yang tiba-tiba saja muncul di antara banyak-banyak rakan sejawatku yang menyertai program rekreasi yang telah kami rancang tempoh hari. Aku jadi hairan apabila dia masuk ke dalam van yang kami sewa untuk menuju ke chalet yang ditempah.
"Mia, kenapa Jason ada?" Aku tanya sambil berbisik. Syamia tersengih kelat sambil mengangkat bahu. "Saya ingat hari tu kita bawa ahli keluarga aje, kan?"
Syamia mengangguk-angguk bersama senyuman pahitnya.
“Dia la ahli keluarga saya, dia paksa nak ikut bila tahu kita ada program ni.”
Aku memejamkan mata untuk mengurangkan rasa terperanjatku. Walaupun tujuan serta niat Mad Ki kurang jelas, tapi dah boleh agak kut, dia nak mengganggu gugat diriku lagi. Ke dia nak mengganggu orang lain? Syamia sendiri contohnya. Tapi Syamia ni dah lama berkeras yang dia berkenan dengan Nasir, rakan sepejabat kami.
Mad Ki memandangku sekali-sekala apabila dia menoleh ke belakang. Aku berpura-pura tidak mengenalinya sehinggalah kumpulan kami berhenti di tepi jalan raya untuk makan tengah hari. Tiga van lagi turut berhenti di belakang van kami. Melihat orang di hadapan beransur keluar, aku dan Syamia yang berada di belakang sekali mula bergerak untuk keluar.
"Kenapa Cik Hanan?" Syamia menyoal melihat aku terkial-kial menarik kerusi hadapan. Aku mengerutkan dahi.
"Krisis!" Aku bercakap, sepatah. Tak tahu bagaimana mahu melompat ke depan kerana satu kerusi menghalang laluanku untuk ke depan. Tu lah Abeer.. siapa suruh pilih tempat duduk yang paling belakang, kan?
Pada mulanya Syamia memandangku dengan renungan kosong tapi beberapa saat selepas itu ketawanya pecah memenuhi van ini. "Apa yang lucu?" Soalku sambil masih berusaha menolak kerusi di hadapan yang menghalang laluan kami.
"Saya ingatkan krisis apa tadi..."
terang Syamia masih di dalam sisa ketawanya. Tiba-tiba pintu van ditarik lebih luas.
Seorang lelaki memerhatikan kami berdua. Apabila aku mendongak, Mad Ki tengah menyoroti diriku bagai ada sesuatu yang bermain dalam kepalanya. Wajah Mad Ki yang tenang tu membuat bibirku terbeku seketika. Bukan setakat bibirku, tubuhku juga jadi mengeras tiba-tiba.
Mad Ki menolong kami mengenepikan kerusi kecil yang menghalang laluan dan meminta kami keluar setelah memastikan kerusi kecil itu tersangkut rapat secara menegak di sebelah kerusi yang satu lagi. Walaupun teragak-agak, aku tetap juga melangkah keluar diikuti oleh Syamia.
"Thank you Jason!" Syamia selamba.
Wah, begitu aje dia menegur abang sepupu dia? Isy tak nak aku panggil nama dia Jason. Tak padan dengan warna kulit pun!
Mad Ki yang Syamia gelar Jason tu menutup pintu van seraya bersandar di badan van tersebut.
Langkah Syamia betul-betul terhenti di hadapan Mad Ki. Kalau dia seorang aje yang berhenti tak mengapalah, tapi Syamia tarik tanganku untuk berhenti sama!
"Jom makan sekali." Pelawa Syamia lembut. Aku melirik Mad Ki dengan ekor mata saja kerana enggan berinteraksi dengannya apatah lagi ketika di hadapan Syamia.
Mad Ki tidak menjawab pertanyaan Syamia sebaliknya mata hitam pekat itu begitu asyik memerhatikan diriku. Syamia menyiku lenganku sedikit sambil mukanya berusaha untuk memberikan isyarat agar aku pula yang mengajak lelaki itu. Makan pun kena berajak ke? Aku buat muka menyampah.
"Dia tak suka makan kat restoran tepi jalan ni agaknya." Aku memerli.
Syamia terkejut. Bukan hanya Syamia saja, tetapi Mad Ki juga nampak terkejut dengan kata-kataku walaupun riak terkejut mereka jauh berbeza.
Syamia serba-salah memandang wajahku dan Mad Ki silih berganti.
Kasihan pula aku tengok Syamia tersepit antara kami.
"Jomlah makan sekali." Akhirnya aku meringankan mulut untuk mengajaknya makan walaupun di dalam hati meronta-ronta agar aku menjauhi lelaki asing ini.
Walaupun Syamia dan Mad Ki berkemungkinan besar langsung tak rapat tapi isu keluarga tak boleh dianggap main. Boleh jadi sensitif sebab antara mereka terikat dengan hubungan darah. Jadi aku kena lebih berhati-hati agar tak bersikap sinis di depan Syamia.
Apabila Mad Ki mula berganjak dari tempatnya, aku tidak menunggu lama, terus menjejak kaki ke restoran terbuka di tepi jalan ini. Setelah memilih dan membayar lauk yang kupilih, aku mengambil tempat di meja hujung sebelah kiri. Tiba-tiba Mad Ki mendahuluiku dan menarik tempat duduk bersebelahan denganku sebelum sempat aku menarik kerusiku untuk duduk.
Walaupun agak terkejut, tapi aku duduk juga memandangkan dia sudah elok duduk di situ.
Aku menyuap makanan tanpa menunggu lagi. Syamia sendiri belum datang untuk menyertai kami.
Sempat aku lihat pinggan Mad Ki yang cuma ada nasi dan lauk bergoreng. Aku memang tak boleh makan lauk tanpa kuah. Risau tercekik pula.
"Macam mana you tahu I tak reti makan di tempat seperti ini?" Soal Mad Ki tiba-tiba.
Aku menghentikan suapan seketika.
"Apa yang I boleh expect dengan orang berharta seperti you." Aku menggumam kecil namun aku pasti dia mampu mendengar setiap bait kata-kataku. Berubah wajah Mad Ki.
Dia memandang wajahku tanpa berkedip seperti berkecil hati.
Aku pula yang rasa bersalah sudahnya.
"Sorry. Tak ada niat nak kecilkan hati you."
"It's okay." Balasnya perlahan apabila Syamia mengambil tempat duduk menyertai kami berdua.
Walaupun aku masih dapat menghidu perasaan tidak senang Mad Ki, tapi aku berpura-pura tak tahu. Biar sajalah dia. Nak makan, makan je. Tak nak, sudah.
"Cik Hanan nanti sama bilik dengan saya ajelah ae?"
"Bukan orang yang tolong arrange?"
"Boleh aje minta. Lagipun Cik Hanan dan saya aje yang tak bawa family."
"Habis tu dia ni bukan family awak ke?" muncungku tepat ke arah orang sebelah yang sedang berpura-pura tidak memberi perhatian terhadap perbualan kami berdua. Syamia tersengih kecil.
"Dia pergi atas sendirian berhad aje Cik Hanan. Tak nak kongsi chalet katanya."
Wah!
Kongsi van tak apa pula?
Aku memandang Mad Ki dengan renungan yang maha sinis. Biarlah apa dia nak fikir pun. Perangai mengada-ada saja!
🌻🌻
SEPANJANG perjalanan selepas itu aku hanya mendiamkan diri lebih-lebih lagi apabila Syamia tertidur.
Aku dengar suara mereka bergurau senda tapi aku mengambil langkah membuang pandangan keluar tingkap kereta. Mulut ni terasa berat sejak tadi. Mood bersuka ria pun dah susut berkurang sejak kehadiran Mad Ki.
Sebaik saja sampai ke ruangan menyambut tetamu, aku terus meletakkan beg. Aku lihat Mad Ki berjalan dengan membawa kunci chalet nya. Kami aje yang agak lambat kerana Encik Wahid, ketua rombongan program kami ni sedang sibuk berbincang di kaunter pertanyaan.
Agaknya berbincang tentang aktiviti malam dengan pihak chalet.
"Kunci dah ada jadi baik kita angkat terus barang-barang ni untuk masuk ke chalet masing-masing. Ada empat chalet, tiga untuk perempuan dan dua buah untuk lelaki." Encik Wahid memberikan pengumuman kecil. Aku dan Syamia cepat-cepat mengambil semula beg pakaian kami dan terus melangkah mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Sewaktu aku menunggu giliran untuk naik ke chalet, tiba-tiba saja lenganku ditarik.
Mad Ki!
Kulitnya betul-betul menyentuh kulit tanganku. Dia genggam erat sangat sampai aku tak berjaya nak mengelak.
"Eh, jangan main pegang-pegang boleh tak?" Marahku apabila otak mula berfungsi dengan baik. Dia bukan mahram!
Sentuhan dia ni sentuhan neraka, boleh membawa api durjana.
Aku cuba menarik tapi tak berjaya dan langkahku terheret bersamanya.
Aku sangat tidak suka andainya dia beranggapan aku ni seperti gadis-gadis lain yang kemaruk dengan cintanya. Dah tentu gadis-gadis tersebut tidak segan silu dengan sentuhan bersahaja Mad Ki. Tapi aku lain. Mak sangat melarang kami untuk melanggar batas-batas agama dan aku selalu ingat pesanan mak walaupun aku ni bukannya baik sangat. Memang sesekali aku langgar juga pesanan mak tapi tentang lelaki, aku tak pernah lagi sedekat seperti Mad Ki yang sedang memegang erat jari-jemariku ini.
"I cuma tak nak you salah faham," luahnya setelah melepaskan lenganku dari pegangannya.
Hangatnya masih terasa di kulitku. Aku menggenggam tangan, menghilang setiap perasaan yang menyinggah di dada. Aku tak boleh hanyut dengan perhatian palsu dari lelaki ini.
"You buat macam ni dah cukup untuk buat semua orang salah faham!" Bentakku dalam nada yang terkawal.
Mad Ki menoleh ke kiri selepas saja aku berkata begitu. Mungkin dia fikir ada orang yang mendengar perbualan kami ini.
"I tak suka you pandang I macam pencuri..."
Aku tercengang sudahnya. Ada ke aku pandang dia seperti pencuri? Ke aku yang tak sedar?
Langsung tak terlintas dalam fikiran untuk memandangnya seperti seorang pencuri, sebaliknya aku selalu mengelak dari pandangan matanya.
"Betul I book satu chalet untuk I seorang tapi ini sebab I tak nak membebankan orang lain yang dah atur program ni. I lambat bagi nama untuk pendaftaran."
"Okey, jadi?"
Dia senyum.
"I tak nak you fikir yang I datang ke sini semata-mata kerana you."
Aku semakin tidak memahami kata-katannya. "I tak fikir macam tu pun." Bohongku. Aku sedar je dia datang semata-mata nak mengacau diriku.
Dari tadi sibuk mengekor dan memerhatikan gerak-geriku seorang.
"Sekarang I dah boleh naik atas?" Aku menyoal.
“You bencikan I, betul tak?” Dia tanya. Rasa lucu pula mengenangkan Mad Ki risau sangat aku benci kat dia.
"Tak betul. Mana ada I bencikan you." Ujarku sambil mengurut pergelangan lengan.
"Hanan..." dia mengeluh kecil. “I tak faham kenapa you susah nak terima I.”
“I bukan orang jahat.” Dia sambung lagi sebelum sempat aku membalas kata-katanya.
Ya, dia tak jahat. Aku mengangguk kecil. “You tak jahat, I yang jahat.”
Mad Ki terpegun.
Aku segera pergi dari situ dan menghampiri Syamia. Aku cuba tersenyum dan mempamerkan muka gembira sebelum memalingkan tubuh menghadap Syamia.
"Dah ada bilik, cantik!" Jerit Syamia teruja.
"Okey sekejap." Aku membalas.
Aku toleh ke arah Mad Ki tadi, dia tengah belek smartphone.
Kenapa tiba-tiba saja aku rasa tak sedap hati dengan kesungguhan dia mendekatiku?
🌻🌻
Done edit part 10
Wasap 0198817140 untuk pembelian Mad Ki. 💟
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top