EP 1 - Jodoh
"TAK perlu fikir banyak sangat, hidup ni hanya sekali."
Aku diam saja mendengar kata-kata mak. Bukan sekali dua dia menasihati aku begitu, sudah banyak kali. Mungkin mak fikir yang anaknya ini jenis perempuan yang terlalu memilih.
"Anak Rosmah sebelah rumah dah kahwin pun, Abeer. Sama umur dengan kamu."
"Biarlah dia kahwin."
"Kamu tahu umur kamu berapa?"
Aku diam lagi. Tak tahu bagaimana nak menjawab soalan itu kerana aku tahu agenda sebenar kata-kata mak adalah menjurus kepada perkahwinan.
"Abeer nak mak yang cari, kah?"
"Orang tak sedia lagi, mak." Jawapanku jujur.
Jika 50 kali mak bertanya soalan itu, jawapannya kekal sama. Bagaimana untuk mendirikan rumah tangga sekiranya aku tak pernah yakin untuk hidup berdua dengan orang asing.
Melihat sikap dan sifat lelaki-lelaki yang ada di sekelilingku, terasa jiwa ini belum untuk mengusutkan hidup sendiri. Lihat sajalah teman-temanku yang hampir kebanyakannya bergaduh-baik bergaduh-baik sepanjang mereka menjalinkan hubungan tak kira sebagai kekasih atau suami. Mendengar aduan mereka saja sudah cukup untuk menjadikan diriku malas memikirkan soal hati dan perasaan.
"Sampai bila nak tunggu kamu sedia ni? Adik kamu tu dah ada boyfriend tahu?"
"Habis mak nak orang ada boyfriend juga ke? Keluar dating sampai malam?" Aku tersengih kecil.
Mak mengetap bibirnya geram. "Mak nak kamu kahwin terus. Tak payah ada boyfriend-boyfriend ni, mak tak suka!"
Jelas wajah mak kemerahan.
Mungkin teringat perangai Jara yang agak berlebih-lebihan akhir-akhir ini. Adikku itu sudah reti keluar pagi dan balik malam semata-mata untuk keluar dating.
"Nak kahwin dengan siapa kalau tak ada boyfriend mak?" Aku membuat muka.
"Nanti mak tanyakan kawan-kawan mak. Kamu tak payah bising dan memilih sangat. Umur tu dah patut ada lima anak."
"Ala mak ni, seganlah."
"Nak segan apanya? Bukan Abeer yang tanya, mak yang tanya mereka untuk anak mak ni!"
Aku menarik muka masam. Samalah konsepnya tu, perigi nak cari timba!
Mak sekadar tersenyum melihat air mukaku yang keruh. "Tak apa, nanti bila dah kahwin baru cari keserasian. Sekarang ni memanglah banyak fikir tapi bila dah kahwin nanti Abeer akan rasa lebih baik berdua daripada seorang saja."
"Mak ni serius ke? Orang tak naklah. Nanti menyesal."
"Apa pula menyesal? Kahwin ni sunah Nabi yang Abeer nak menyesal kahwin tu kenapa? Banyak sangat fikiran!" Bentak mak apabila aku berusaha untuk menolak.
"Takkanlah mak nak suruh orang kahwin terus?" Aku jadi gelisah.
Kalau tak kenal terus dikahwinkan bukankah serupa aje konsepnya dengan kahwin paksa? Dalam novel tu memanglah kahwin paksa boleh bahagia sweet bagai tapi dunia sebenar macam mana?
"Nantilah jumpa, mak pun tak gila nak kahwinkan Abeer tapi tak jumpa orangnya. Dibuat jongang karang mak juga yang sedih tengok kamu kahwin."
"Mak ni," aku mengeluh kecil.
Jongang tu memang terus kena reject oleh mak sebab mak tak suka dengan orang sebelah rumah ni, Mak Cik Milah namanya. Jongang sikit aje.
Tapi sebab Mak Cik Milah jongang seorang tu mak terus jadi berat sebelah. Asal jumpa orang jongang walaupun cantik atau kacak, mak langsung jadi anti fan. Aku pun pelik kenapa mak jadi begitu. Pendendam dan prejudis sikit orangnya.
Dulu mak tak suka dengan seorang pakcik, namanya Hamidi kerana asyik hendak mengurat aku sewaktu aku berusia 19 tahun lagi. Sejak itu semua orang yang bernama Hamidi, mak akan anti. Nasib baik tak banyak orang nama Hamidi di kampung kami ni.
"Mak tak tahan dengar cakap-cakap orang kampung ni, Abeer. Kamu seorang saja yang sudah terlajak umur. Yang lain semua dah kahwin dah beranak pinak. Orang kata kamu tu asyik belajar saja, bekerja saja, nanti lambat-laun jadi anak dara tak laku seperti Cikgu Sabtuyah tu.."
"Cikgu Sabtuyah tu juga mak nak jadikan contoh." Aku tepuk dahi sendiri.
"Sampai ambil anak angkat, Abeer. Mak tak naklah esok-lusa kamu jadi macam tu. Lain rasanya anak angkat dengan anak sendiri. Bukan mak nak cakap kita tak boleh sayang dengan anak angkat tapi lebih baik kita sendiri yang beranak. Baik buruk anak tu kita akan terima dengan hati yang terbuka. Kalau anak angkat belum tentu lagi, Abeer."
Aku mengangguk bersetuju. Ada betulnya kata-kata mak. Tapi dah aku tak sedia lagi takkanlah nak paksa diri sendiri? Tak dapat aku bayangkan esok-esok kena serumah dengan lelaki, jaga makan pakai dia, jaga kesihatan dia, kena reda dan taat pula tu..
Tak stress ke kalau kena ikut peraturan begitu setiap hari?
"Bila kamu balik ke bandar?"
"Malam ni. Esok kena kerja, mak."
"Mak nak kasih briefing sekejap kat kamu malam ni. Kalau boleh sekali aje jumpa dengan calon tu, terus mengena jodoh."
"Briefing apanya mak?"
"Briefing cara-cara untuk buat lelaki terpikat kat kamulah!"
Aku mengeluh buat kesekian kalinya. Ada pulak macam tu!
"Okey, orang dengar. Sila... Sila..." Aku turutkan juga kehendak hati mak yang sedang berkobar-kobar.
Done edit part 1
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top