BAB 9
KERTAS yang berselerak di atas meja kerjanya itu dicapai lalu dia kemaskan bagi teratur sedia kala. Setelah agak lama dia kemaskan mana yang patut, Hilyaa meregangkan badannya yang terasa lenguh sebentar sebelum dia bersandar ke kerusi pejabatnya. Mengambil masa untuk berehat.
Dia memejamkan mata seketika, melepaskan rasa penat lelah seharian bekerja. Kebiasannya waktu kerjanya hanya pukul 6 petang tetapi hari ni sengaja dia balik lewat malam gara-gara mahu menyiapkan sesuatu.
Suasana yang terasa sunyi membuatkan rasa kantuk mula memanggil-manggil Hilyaa. Hampir sahaja Hilyaa terlena, tiba-tiba kedengaran bunyi nada dering memecahkan keheningan bilik kerjanya. Hilyaa segera mencelikkan matanya. Tangan kanannya mula meraba-raba ke permukaan mejanya sebelum mencapai gajet yang lantang berbunyi minta diangkat. Tanpa melihat nama si pemanggil, Hilyaa pantas mengangkat.
"Hello?"
"Assalamualaikum, Hilyaa..."
Hilyaa terkaku, matanya yang pada mulanya kuyu terus segar bugar. Laju Hilyaa menarik tangannya jauh dari telinga sebelum mata merenung nama yang terpapar di skrin handphone dia.
Lais...
"Waalaikummussalam, Lais! Tak cakap pun nak telefon."
"Eh, nak telefon pun kena bagitahu ke?" soal Lais di hujung sana. Dalam kepalanya, Hilyaa dapat bayangkan Lais tengah angkat sebelah keningnya seakan pelik.
"Mesti lah kena. Nanti aku nak kena off pula sebab nak drive balik rumah. Kalau kau cakap awal-awal nak telefon dah lama aku balik tau tadi." Rungut Hilyaa tidak puas hati. Tangan belah kirinya ligat mengemas di atas mejanya ala kadar.
"Kejap, kau tak balik lagi?" soal Lais agak terkejut.
"Tak."
"Kenapa tak balik? Kan dah lewat macam ni. Bahaya lah kau balik sorang-sorang lewat malam macam ni," Lais di sana sudah mula mahu membebel. Lelaki itu yang sekarang duduk di atas kerusi lantas tegakkan tubuh.
Hilyaa melepaskan keluhan lemah.
"Aku nak balik lah ni, hari ni banyak sangat kerja so aku setel yang mana patut dahulu. Tak ada lah aku rushing kalau dah tangguh kerja yang sedia banyak," jawab Hilyaa tenang. Susah lah ada adik tak serupa adik, rasanya Lais yang patut keluar dulu baru dia yang mengikut.
Lais dah macam seorang abang, dia ni pula dilayan seperti seorang adik.
"Kau bawa kereta tak payah letak telefon lah. Aku nak kita on call sampai kau balik rumah."
Hilyaa juling kan mata ke atas. Kan dah cakap, Lais ni kalau risau melampau-lampau betul. Dibuat dia ni macam budak-budak kecil.
Tidak mahu berbalah mulut dengan Lais, Hilyaa hanya turuti. Hilyaa bangun lalu mejanya yang berselerak dikemas ala kadar. Beg silangnya dicapai.
"Ye lah, kalau aku tak setuju pun. Kena setuju juga kan?"
"Ha... pandai. Kakak aku memang bijak." Disebalik panggilan itu, Lais sudah tersengih puas tatkala mendengar degusan Hilyaa.
Heh... Tak puas hati sangat tu.
"Lantak kau la--"
Dum!
Lampu di dalam bangunan studio ini tiba-tiba terpadam. Hilyaa kaku. Kakinya statik berdiri sambil melihat ke hadapan yang gelap tanpa cahaya. Apa yang dia nampak semuanya hitam.
Dia... tak boleh gelap.
"Hilyaa? Kau okeh? Ooo... Hilyaa..." Lais di sana sudah mula memanggil-manggil Hilyaa. Suaranya juga berubah risau apabila Hilyaa menggantungkan ayatnya.
Hilyaa telan air liur payah. Bibirnya yang membeku sebentar tadi sedaya upaya dia gerakkan.
"A...aku okeh cuma studio ni tiba-tiba blackout," ujar Hilyaa sambil cuba meliar memandang sekeliling. Gelap, dia langsung tak nampak apa-apa.
Dan saat itu, dia dapat rasakan tangannya menggigil.
"Lais... Macam mana ni, aku tak nampak..." Suara Hilyaa perlahan. Ketakutan dalam dirinya semakin terasa. Dia mula tidak duduk diam. Peluh dingin di dahinya mula memercik.
"Hilyaa! Tenang. Kau jangan tutup call. Kau ada lampu tak?" Semampu mungkin Lais cuba menenangkan Hilyaa yang gelisah semacam itu.
Hilyaa diam, dadanya yang berdebar itu cuba ditenangkan dengan menepuk perlahan. Flash di bahagian belakang telefonnya dibuka lalu Hilyaa cuba menyuluh ke hadapan.
"Aku guna flash handphone. Tapi okey lah, dari tak ada," jawab Hilyaa. Sekurang-kurangnya ada lah cahaya juga, dia menarik nafas lega.
Hilyaa memeluk kemas beg silang ke dada lalu dia mula menapak mencari jalan keluar dari pejabatnya sambil menyuluh flash di belakang telefon ke hadapan.
"Gelap sangat lah Lais, dah lah studio ni luas." Hilyaa membebel kecil. Resah jiwanya melihat ruangan studio yang besar ni. Dah macam buat tour rumah hantu tapi versi dia seorang!
Hilyaa dapat menangkap gelak tawa di sebalik hujung talian itu membuatkan dia semakin berang.
"Lais! Tak kelakar lah!" Hilyaa berdecit seraya menghentak kakinya kasar. Kalau Lais ada di hadapannya saat ini, dah lama dia cubit-cubit Lais sampai lebam
"Kau ni penakut betullah."
"Arrghh!"
Nyaring jeritan Hilyaa tatkala lehernya tiba-tiba dipeluk dengan lengan sasa seseorang. Disebabkan tindakan mengejut itu, telefonnya jatuh menyembah bumi akibat terkejut.
"Hilyaa?! Hilyaa!" Disebalik panggilan itu, Hilyaa dapat dengar suara Lais memanggilnya kuat. Hilyaa cuba bersuara, namun tapak tangan kasar itu laju menekup mulutnya kuat.
Panik!
Dadanya terasa sesak tiba-tiba. Dia tidak dapat lihat apa-apa memandangkan di hadapannya kini gelap gelita. Dia cuma dapat rasakan pegangan itu semakin kuat menekan di bahagian lehernya. Lengan itu ditarik-tarik kasar agar melepaskannya. Tidak cukup dengan itu, Hilyaa memberontak kasar.
"Shh..."
Mengigil badan Hilyaa tatkala dengusan nafas lelaki itu menyapa hujung telinganya. Hampir sahaja tubuhnya tersungkur, namun pegangan lelaki misteri itu cukup kuat. Hilyaa ketap bibir, tanpa memikirkan nasibnya, Hilyaa menggigit kuat tapak tangan itu.
Sejurus itu pegangan lelaki itu terlepas. Dengan kesempatan itu Hilyaa laju melarikan dirinya. Dia dapat mendengar derap langkah laju itu cuba menyaingi langkahnya beserta carutan demi carutan keluar dari bibir lelaki misteri itu.
"Kau nak lari mana?!"
Hilyaa tersentak tatkala dia dapat rasakan satu benda halus menjerut lehernya sebelum ditarik kasar. Hilyaa jatuh terduduk. Dahinya berkerut kesakitan sambil cuba meregangkan tali halus itu yang semakin kuat menekannya. Tekanan demi tekanan membuatkan Hilyaa tidak mampu untuk menarik nafas. Nafasnya hampir putus.
Tubuhnya kaku mendengar tawa kecil lelaki itu, cukup sinis.
"Do you remember how Mrs. Adalia Lenora's life ended?"
Hilyaa terkedu apabila nama penuh mamanya disebut penuh jelas. Dia masih belum pekak dan... macam mana lelaki itu tahu?
"M...macam...m...mana..."
"Shh... Don't talk to much. You want to go with her, right? Let me do it for you."
Semakin membiru wajah Hilyaa menahan rasa di bahagian lehernya apabila lelaki itu bertindak mengetatkan lagi tali di bahagian lehernya. Kedua-dua tangannya semakin lemah memegang lengan lelaki misteri itu. Mulutnya terbuka cuba menyedut oksigen yang terasa tersekat di bahagian salur pernafasannya. Air matanya menitis deras memikirkan tentang nasib hidupnya.
Adakah cara ini pengakhiran hidupnya akan berakhir?
°°°
SUASANA yang gelap menyukarkan Hans untuk mencari gadis itu di ruangan studio ini. Terlalu luas, kalau dia cari seorang diri pun belum tentu dia dapat.
"Kita perlu berpecah, aku tahu kau tak setuju tapi ni je cara untuk jejak Hilyaa dengan mudah," ujar Eijaz kedengaran terdesak. Wajahnya yang kusut menandakan dia benar-benar tengah mati akal.
Hans diam seketika namun langkah kakinya masih diteruskan. Lampu kecil di tangannya disuluh ke hadapan.
"Kalau macam tu, okeh lah. Aku dah telefon anak buah aku jadi nanti diorang akan serbu. Kita tak tahu berapa orang dalam bangunan ni jadi hati-hati." Sempat Hans menitip pesanan sebelum dia mengambil keputusan untuk bergerak ke kanan. Manakala, Eijaz pula mengambil jalan alik ke kiri.
Berhati-hati Hans melangkah sambil telinga memasang luas sekiranya terdengar bunyi sesuatu yang pelik. Sampai sahaja di satu ruang bahagian hujung itu, dia dapati hanya pintu bilik ini sahaja terbuka luas.
Lampu kecil di tangannya digenggam erat. Seminimum mungkin dia cuba kurangkan bunyi langkahnya.
Tidak mahu menunggu lama, Hans pantas menyuluh ke hadapan. Hans tergamam sesaat sebelum wajahnya berubah bengis.
Buk!
Tubuh Hilyaa jatuh ke belakang tatkala tali di lehernya mula longgar. Belakang baju lelaki itu ditarik mendekatinya. Dengan berang, berkali-kali wajah lelaki yang tidak dikenali itu ditumbuk tanpa belas kesian.
"Kau..."
"Hans!"
Hans menoleh apabila namanya diseru. Saat fokusnya sudah lari, lelaki misteri itu laju mengambil kesempatan, Hans dapat rasakan tubuhnya ditolak sebelum lelaki misteri itu berdesup dengan pantas menghilangkan diri.
Langkah kakinya ingin mengejar lelaki itu tetapi suara kuat Eijaz yang memanggil Hilyaa membuatkan Hans ketap bibir. Hans mengorak langkah mendekati dua kelibat itu.
Pap!
Studio yang tadi gelap gelita mula memancarkan cahaya semula. Ruangan studio kini dapat dilihat dengan jelas.
"Ya Allah! Hilyaa!"
Hans terkedu tatkala kulit wajah putih Hilyaa mula bertukar kebiruan. Seperti kekurangan oksigen. Tubuh itu juga kaku tidak bergerak. Berkali-kali Eijaz menepuk pipi Hilyaa agar gadis itu kembali sedar tetapi tiada sebarang respon.
Mata Hans jatuh ke arah tali di lantai. Serentak itu bahagian leher Hilyaa dicari. Tajam matanya melihat leher gadis itu. Terdapat bekas jeratan di bahagian lehernya. Masih jelas.
"Hilyaa?"
Eijaz pantas mencari nadi Hilyaa di pergelangan tangan. Agak lama Eijaz diam sebelum wajahnya berubah riak. Hans yang menangkap perubahan wajah Eijaz itu mula menghampiri tubuh Hilyaa.
"Hans..."
"Tepi, biar aku buat."
"Tapi Hans..."
"Aku akan bertanggungjawab. Nyawa Hilyaa lebih penting sekarang ni!" ujar Hans sedikit meninggi. Terdiam Eijaz dan beberapa orang kanan Hans melihat tindak tanduk Hans.
Hans laju meletakkan tubuh Hilyaa di atas lantai dengan berhati-hati lalu bantuan kecemasan bagi tekanan dada diberikan kepada Hilyaa. Tidak putus asa Hans cuba untuk mengembalikan degupan jantung gadis itu.
Eijaz di situ terdiam. Eijaz ingin mendekati Hans, namun pergerakkannya dihalang dengan tangan seseorang yang melarang dia dari bergerak menghampiri Hans. Eijaz pandang seraut wajah serius itu. Lelaki itu menggeleng.
"Please... Don't die on me!" Berkali-kali Hans memberikan tekanan dada dengan harapan degupan jantung gadis itu kembali berdetak, namun kosong. Hilyaa masih kaku.
Pada saat itu, Eijaz terkedu. Wajah Hans terbias sesuatu yang tidak pernah Eijaz melihatkan selama dia berkawan dengan Hans.
Ketakutan.
Dia dapat nampak lelaki itu mula ketakutan.
Tapi atas sebab apa?
Tidak cukup dengan itu, Hans bertindak melakukan bantuan pernafasan dengan cara kedua. Pada tika itu, berkelip-kelip mata Eijaz melihatkan nya. Orang kanan Hans tidak kurang sama, malah banyak mulut melopong melihat adegan itu.
Kali pertama Hans melakukan, masih sama tiada apa-apa perubahan. Masuk sahaja kali kedua dia memberi bantuan pernafasan dari mulut ke mulut, serentak itu bunyi satu nafas ditarik panjang seakan nyawanya kembali masuk ke dalam tubuhnya.
Hans melepaskan nafas lega. Tubuhnya jatuh terduduk sambil meraup rambutnya yang basah akibat peluh ke belakang.
Alhamdulillah...
"Hilyaa... can you hear me?" Eijaz menghampiri Hilyaa. Bahu gadis itu ditepuk perlahan.
Hilyaa celikkan matanya lemah. Lama dia memandang seraut wajah risau itu sebelum matanya kembali berkaca-kaca apabila mengingati semuanya.
Kenapa?
"Ei...eijaz...sakit..."
Tanpa dipinta air matanya mengalir laju. Tersedu-sedan dia menangis. Eijaz di situ perlahan menggosok bahu Hilya agar dapat menenangkan gadis itu. Tangisan memberat Hilyaa betul-betul merudumkan jiwanya.
"It's okay, semuanya dah selamat. Now, kita pergi hospital, ya?" Pujuk Eijaz, seraya itu dia membantu Hilyaa bangun. Eijaz memapah Hilyaa berhati-hati turun ke bawah. Laju anak buah Hans mengekori Eijaz dari belakang.
"Rais..."
Lelaki yang sedari tadi diam memerhatikan segala apa yang berlaku sebentar tadi mula toleh ke arah Hans yang kembali berdiri tegak. Tegang wajah lelaki itu sambil memegang erat tali di tangannya.
"Ahan..."
"You think what I think?" Hans kalih ke arah lelaki yang bernama Rais itu. Lama anak mata Rais melihat seraut wajah Hans. Bibir Hans sempat menyenget sinis sebelum kembali mati. Wajahnya kembali membeku.
"Found that bastards..."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top