BAB 8

              "MA..."

"Please... Ma. I'm begging you."

"Jangan buat macam ni ma... Hilyaa merayu."

"Mama!"

Mata Hilyaa terbuka luas. Tegak dia  bangun bersama dadanya yang berombak kasar. Anak matanya laju melihat sekeliling biliknya yang bercahaya. Tercungap-cungap dia mencari nafas.

Again, mimpi itu kembali berulang.

Kedua-dua tapak tangannya yang berpeluh itu dipandang. Tangannya yang menggigil dikepal erat. Nafasnya yang terasa pendek cuba diaturkan kembali normal.

Tenang Hilyaa, semua tu tak akan berlaku lagi.

Tenang...

Jantungnya yang lari dari tempo itu masih laju. Rasa sakit di bahagian dadanya membuatkan Hilyaa mencengkam baju nipis di bahagian dadanya.

Dia... Tak boleh bernafas.

Sekali lagi Hilyaa cuba menarik nafas. Berulang kali dia buat teknik pernafasan itu walaupun agak tersekat-sekat. Lama dia berbuat begitu sehingga dirinya kembali tenang. Apabila Hilyaa merasakan nafasnya kembali seperti biasa, air matanya pula kembali turun ke pipi tanpa dipinta.

Sampai bila?

Sampai bila dia perlu tanggung rasa sakit ini?

Sampai bila dia perlu hidup dalam ketakutan seperti ini lagi?

°°°


            "NAH, untuk Hilyaa." Kad berwarna kelabu itu dihulurkan kepada Hilyaa. Bersilih-ganti kad dan Hawa dipandang dengan riak wajah pelik. Tangan kanannya tetap menyambut huluran kad itu.

Kad kelabu itu dibelek. Cantik!

"Ini kad kahwin ke? Awalnya korang nak kahwin?" soal Hilyaa terkejut. Riak wajahnya menunjukkan dia benar-benar tidak percaya. Cepat betul!

Eijaz tak ada bagitahu dia apa-apapun. Tak akan hal-hal macam ni Eijaz tak cakap kepadanya? Mustahil!

"Hish, bukan lah!" Hawa melayangkan tangannya ke udara berkali-kali. Tawanya turut pecah melihat wajah blur Hilyaa.

Eh, bukan eh?

"Habis tu, ni untuk apa?" Hilyaa terkebil-kebil, Hawa di situ hanya tersengih. Dia memeluk tubuh sambil menjuihkan bibir ke arah kad di dalam genggaman Hilyaa. Menyuruh Hilyaa lihat sendiri.

Hilyaa mencebik, tangan laju membuka kad berwarna kelabu itu lalu isi dalamnya dibaca serius.

"Anniversary Hanlee group?" Hilyaa angkat kepala. Wajahnya berubah apabila Hawa tersenyum kecil seraya mengangguk. Hilyaa menekup mulutnya.

Sungguh lah?!

"You jemput I?" Berkali-kali dia tengok kad berwarna kelabu itu. Masih sukar untuk dipercayai!

Dia tak sangka sebesar ini Keluarga Lee. Agak kejung juga dia apabila membaca segala jenis data yang tentera di dalam kad itu. Keluarga Hawa bukan calang-calang keluarga, malah pengaruh besar di Malaysia!

Hawa juling kan mata ke atas. "Eh tak ada lah, I tengah jemput rakun ni ha. Nasib rakun ni comel." Perli Hawa selamba.

Hilyaa memberikan jelingan sedas kepada Hawa. Hawa tersengih kerang busuk. Alamak! Rakun dah marah.

"Jangan lah marah I, gurau je... by the way I nak you datang tau. Mummy I pun sangat mengalukan kedatangan you. I bagi  you tempat VVIP lagi tau!"

Hilyaa ketawa kecil. Tergeleng-geleng kepalanya melihat wajah teruja Hawa itu.

"Tapi kalau you ada partner tu, bawa-bawalah. Boleh I kenal dengan dia and... Eijaz pun pergi tau, dia jadi partner I malam tu," ujar Hawa sengaja menjeling Hilyaa nakal. Hilyaa yang melihatkan itu sudah tayang muka pasrah.

I smell something...

"I have a partner? Okay, now tell me. Who should I bring?" Hilyaa memeluk tubuhnya. Kening sebelahnya terangkat melihat Hawa yang masih beriak nakal. Layankan je lah.

Dia dapat lihat mentol-mentol di kepala Hawa itu menyala, ada lah tu idea cerdik dia tu.

"Hans, mybe?"

Terkedu Hilyaa tatkala nama itu yang Hawa sebut. Kepalanya menggeleng pantas dengan tangan terawang-awang di udara.

"Nah! Don't talk nonsense!" Hilyaa mendengus kecil. Hawa ni kan, kalau tak usik orang, tak sah!

Ini semua gara-gara lepas lakunya heh...

"What weird? He suits you perfectly!" balas Hawa tidak puas hati. Kalau dengar si Hans ni. Mahu kembang semangkuk lelaki itu.

Hans patut berterima kasih kepada Hawa kerana tanpa meminta, Hawa sudah memujinya tanpa bayaran ahaks!

"Apa-apa je lah. I lebih rela datang seorang diri." Malas sahaja bunyinya. Tak mampu nak berdebat dah.

Hawa mencebik seketika, namun tidak lama kemudian bibir itu kembali lakarkan senyuman senget.

"It's okay, ada banyak masa lagi. Yang penting you datang tau."

Hilyaa mengecilkan matanya kemudian menjeling Hawa tajam. Kecik besar, kecik besar je dia tengok Hawa ni.

Dia ni... Ingatkan dah habis topik pasal Hans rupanya-rupanya tak putus asa juga si Hawa ni.

Apa yang menarik sangat tentang Hans pun, dia naik hairan.

"Insyaallah, I datang," balas Hilyaa sambil senyum tipis. Sengaja dia buat-buat tak dengar ayat mula-mula Hawa itu. Tak lain tak bukan, nak kenenkan orang je kerjanya.

Kad itu diletakkan ke dalam begnya. Kena simpan baik-baik, kalau hilang ni mampu telan air liur je.

"Hilyaa..."

Kepalanya yang menunduk ke bawah tadi mula terangkat tatkala namanya diseru. Mata Hilyaa terkebil-kebil melihat Hawa yang kini merenungnya tajam.

Kenapa pula Hawa pandang dia macam tu?

"Muka you pucat, you tak sihat?" soal Hawa prihatin. Sedari tadi dia belek-belek sahaja riak pucat itu. Agak risau.

Hilyaa senyum tawar, kepala menggeleng perlahan. "Tak ada apa lah, biasa lah penat kerja." Jawab Hilyaa bersahaja.

Heh... Penat sangat berkerja padahal dia tak dapat sambung tidur selepas mimpi ngeri itu berlaku. Puas dipaksa, namun mata ini tetap berdegil.

"Kalau you tak larat, you rehat lah. Jangan paksa diri you. Nanti sakit tu melarat pula." Pesan Hawa seperti kakak-kakak yang menegur adiknya. Hilyaa yang mendengarkan itu tersengih seraya mengangguk.

"Okey, Hawa."

Hawa mengerling jam tangannya. Buat seketika matanya membulat sebelum dia pandang ke hadapan. Bibirnya tersengih janggal.

"Okay lah, I kena pergi. Jumpa you dekat sana nanti!" Sempat tangan kanan Hawa melambai-lambai ke arah Hilyaa sebelum dia laju meminta diri. Kaki model Hawa tergesa-gesa meninggalkan Hilyaa di situ.

Melihat gerak geri kalut Hawa itu, membuatkan bibirnya melepaskan tawa kecil. Hawa dengan gelabah biawak nya tak pernah berpisah.

°°°

          BUNGKUSAN makanan yang terletak di sebelah Hans itu sempat dia pandang sekilas sebelum beralih ke arah lelaki itu.

"Banyaknya kau beli. Untuk siapa ni?" Eijaz buat muka. Tak akan lah tiga  bungkusan makanan ini milik Hans seorang sahaja. Mustahil!

"Untuk keluarga kakak aku. Dia minta aku tolong beli, alang-alang aku keluar ni jadi aku pelawa lah diri." Jawab Hans mendatar. Eijaz yang dengar jawapan itu melepaskan nafas lega.

"Aku fikir kau nak makan tiga bungkus ni. Baru nak hempuk kau, mana tahu alien menyamar jadi kau." Sengih Eijaz tak bersalah. Hans buat muka jengkel.

"Agak-agak lah kau, sebelum kau hempuk aku. Aku yang hempuk kau dulu tau," balas Hans dengan mata dinginnya merenung Eijaz tajam. Bagaikan amaran.

Eijaz yang melihatkan itu hanya tertawa perit. Lupa pula dia tengah bercakap dengan siapa.

He's very cold and lunatic.

Ya... Dia hampir lupa.

Tiba-tiba bunyi nada dering telefonnya meminta untuk di angkat. Air muka Eijaz sedikit berkerut tatkala mendapati gerangannya yang menelefonnya.

Lais? Kenapa dia telefon?

Hatinya diterpa rasa kurang enak. Jarang Lais menelefonnya, apatah lagi pada waktu-waktu begini. Eijaz masih ingat kali terakhir Lais menelefonnya. Itu pun pada tahun lepas gara-gara ingin tahu perkembangan Hilyaa di sini. Selepas itu, dia tidak dapat lagi panggilan dari adik sepupunya itu.

Ada apa-apa terjadi ke?

"Angkat lah, yang kau tenung telefon kau tu sampai nak tembus kenapa?" Naik hairan Hans apabila Eijaz termenung melihat paparan skrin di telefonnya, bukannya nak angkat pun.

Tersentak Eijaz apabila ditegur oleh Hans. Dia sempat ketap bibir sebelum mengangkat panggilan tersebut. Telefon dilekap penuh ke telinganya.

"Kenapa?"

Hans diam, air muka Eijaz diteliti lama sebelum air  minuman di hadapannya dicapai lalu disedut tenang.

Haus lah pula.

"What?!"

Jeritan Eijaz itu membuatkan Hans pantas kalih ke arah Eijaz. Wajah lelaki itu berubah tegang dalam sekelip mata. Terdengar Eijaz mengetap giginya sambil menggenggam erat telefon di telinganya.

Hans berkerut seribu.

"Sabar Lais, abang gerak sekarang." Tidak menunggu lama, panggilan itu terputus. Eijaz laju berdiri ingin berlalu pergi. Hans di situ agak terkulat-kulat.

"Eijaz! Kau nak pergi mana?" Jerit Hans sedikit kuat. Wajah serius Eijaz itu  menunjukkan ada sesuatu terjadi.

Kenapa?

"Aku tak ada banyak masa Hans! Hilyaa dalam bahaya!"

Hans tersentak hebat. Wajah Hans berubah mendadak tatkala nama Hilyaa meneliti di bibir Eijaz.

Hilyaa? Ku Hilyaa Adlyne?

"Aku ikut kau."

Tidak mahu membuang masa, Hans turut berdiri, laju langkah kakinya mengikut jejak Eijaz. Wajahnya turut berubah tegang sama.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top