BAB 7
TIDAK berkelip mata Hilyaa memandang masjid yang kini tersergam indah di hadapannya. Air liur yang terasa berpasir diteguk perit.
Selama dia hidup bertahun-tahun, ini kali kedua dia jejakkan kaki ke masjid. Kali pertama semasa umurnya 17 tahun, itu pun kerana sekolahnya mengadakan program menunaikan solat hajat semata-mata.
Jahil? Ya, dia mengaku selama dia hidup, dia agak kurang dalam ilmu agama serta segala suruhan-Nya, dia pandang ringan. Dia tak ada ilmu dari segi agama yang meluas. Selama ni, dia cuma teruskan hidup sahaja walaupun dunia ini terasa kejam kepadanya.
"K...kenapa datang sini?" soal Hilyaa. Riak wajahnya cuba dikawal agar tidak kelihatan ketara.
"Saya nak solat, sekarang dah masuk waktu zohor. Nanti tak perlu saya tergesa-gesa nak solat zohor dah," jawab Naura sambil melepaskan tali pinggang keledar di tubuhnya.
Wajah Hilyaa dipandang.
"Miss boleh solat? Kalau boleh, jom solat sama-sama," ajak Naura. Hilyaa di situ sudah mula berubah riak.
"Hm... S...saya..." Hilyaa gagap, dia nak tipu tapi dia rasa tak tergamak. Naura masih menanti jawapannya.
"Miss?"
"Saya tak boleh, saya cuti." Terpaksa juga dia tipu. Hatinya terdetik untuk jujur kepada Naura tapi dia segan.
Ragu-ragu Naura mengangguk.
"Tak apa lah, saya pergi solat dulu, ya?"
"Okey."
Naura mencapai sesuatu di seat belakang. Terkial-kial tangannya cuba mencapai paper bag. Hilyaa hanya diam sambil melihat Naura membawa paper bag itu ke riba.
Naura sengih tak bersalah lalu sehelai shawl dikeluarkan dari paper beg itu.
"Sebelum saya terlupa, kalau miss nak ke tandas miss pakai ni, ya?" Shawl berwarna cream itu diberikan kepada Hilyaa. Dengan perasaan bercelaru, tangan Hilyaa tetap mencapai shawl itu.
"Saya pergi dulu, miss."
Naura keluar dari perut kereta lalu mula berjalan masuk ke dalam masjid. Pergerakan Naura diperhatikan oleh Hilyaa dalam kereta. Hilyaa tarik nafas sukar. Shawl di dalam genggamannya dielus lembut.
Dia tak jangka Naura akan bawanya ke sini. Pada mulanya Hilyaa agak tersentak, namun dia cuba tenangkan diri. Masjid yang kelihatan indah itu sekali lagi Hilyaa pandang. Satu perasaan yang sukar untuk Hilyaa ungkapkan mula menjalar dalam sanubarinya. Hilyaa tak tahu apa yang dia rasa, namun melihat dari luaran ini pun dah membuatkan jiwanya terasa tenang.
Berubah?
Tipu lah jika hatinya tidak pernah terdetik untuk berubah, namun Hilyaa tidak tahu hendak bermula dari mana berubahnya.
Adakah ini bentuk hidayah yang Allah berikan untuknya?
Entah kenapa tiba-tiba tangannya menarik pintu lalu tubuhnya keluar dari perut kereta. Jari jemarinya pantas membelit shawl ala kadar. Enjin kereta sempat dia matikan semasa dia hendak keluar tadi.
Hati kecilnya kuat menyuruh dia untuk masuk ke dalam. Hilyaa tarik nafas perlahan sebelum dengan langkah yang ringan, Hilyaa masuk ke dalam. Saat matanya menyapa ruangan masjid ini, jantungnya berdetak laju. Hilyaa tergamam saat melihat dua kali ganda kecantikan di dalam ruangan ini.
Cantik, sangat cantik...
Ralit Hilyaa berjalan sambil memerhatikan kecantikan masjid ini, tanpa sedar satu kelibat kecil berlari ke arahnya.
"Nini! Jangan berlari!"
Buk!
"Aduh, cakitnya..." Adu si kecil sambil tangan kecilnya memegang tepi kepalanya.
Hilyaa ketap bibir apabila tubuhnya terasa di langgar. Kepala pantas menunduk melihat gerangan yang melanggarnya. Riak wajah Hilyaa berubah kalut apabila mendapati anak kecil yang melanggarnya kini jatuh terduduk di hadapannya sambil memegang kepalanya. Hilyaa pantas melutut agar ketinggiannya sama dengan si kecil. Tangannya spontan menggosok tepi kepala budak perempuan itu.
"Sorry, kakak tak sengaja. Awak okey?" soal Hilyaa, risau. Tak henti-henti tangannya menggosok tepi kepala si kecil walaupun dia mengenakan tudung comel.
Si kecil angguk kepala. Berhati-hati Hilyaa mengangkat si kecil itu agar berdiri. Si kecil angkat wajah. Mata bulat itu terkebil-kebil menatap Hilyaa.
"Nini, kan umi dah cakap jangan berlari." Satu suara asing yang mencelah diantara mereka berdua membuatkan Nini dan Hilyaa sama-sama menoleh ke arah gerangan tersebut.
Si kecil yang bernama Nini itu mula mencebik sedih tatkala wajah umi nya menyapa mata.
"Cowwy umi..." Nini tunduk. Tangan gebunya bermain dengan hujung tudung comelnya. Takut-takut dia nak pandang wajah uminya yang kelihatan garang.
Si umi melepaskan nafas lega. Wajah Hilyaa dipandang sebelum bibir mengukir senyum tipis. "Saya minta maaf, anak saya memang macam ni."
"Tak apa, biasa lah budak-budak," balas Hilyaa tenang. Dia kembali berdiri tegak apabila Nini sudah berada di samping uminya.
"Kami minta diri dulu, ya? Nini, salam kakak dan minta maaf," arah si umi. Patuh dengan arahan uminya, Nini berjalan mendekati Hilyaa. Kepalanya mendongak melihat Hilyaa.
Automatik Hilyaa tersenyum, tangan gebu si kecil dicapai apabila Nini menadahkan tangan kanannya. Si kecil membawa belakang tapak tangan Hilyaa ke bibir mungilnya.
"Cowwy, Nini anggar kakak, Nini pomish tak uwat agi..." Pelat si kecil cuba menutur maaf. Semakin lebar senyuman Hilyaa apabila Nini memeluknya kecil. Pada mulanya Hilyaa agak kekok namun dia turut memeluk Nini seketika sebelum wajah si kecil itu di tatap redup.
Apa jadi dengan dirinya ni?
Sedangkan dia bukan jenis yang suka dengan anak-anak kecil tetapi dengan Nini berlainan sungguh layanannya.
"Tak apa, silap kakak juga. Nanti ada rezeki kita jumpa lagi, ya?" kata Hilyaa lagi. Pipi si kecil dicubit lembut.
Nini mengangguk laju. Setelah pelukan dilepaskan si kecil mula berjalan terkedek-kedek mendekati uminya. Hilyaa dari belakang hanya melihat si ibu dan si anak berjalan berpegangan tangan. Bibirnya tersenyum lirih melihatkan dua insan itu.
Sejujurnya dia pun rindu dengan permandangan indah ini.
°°°
"PAKSHU!"
Hans terkejut apabila kedua-dua kakinya terasa dipeluk dengan tangan gebu si kecil. Perbualannya bersama Raden di dalam talian terhenti buat seketika. Hans jatuhkan kepala melihat wajah si kecil yang kelihatan bersinar-sinar memandangnya.
Manakala, uminya hanya tergeleng-geleng melihat sikap manja anaknya bersama Hans.
"Nini, paksu tu kan tengah sibuk." Tegur si umi apabila kesibukan Hans dikacau oleh anaknya. Nini sudah berubah riak.
Melihatkan riak wajah ceria tadi berubah sedih membuatkan Hans tidak sampai hati. Hans jauhkan telefonnya dari telinga. Wajah kakaknya yang berada dalam rumah itu dipandang kejap.
"Tak apa lah, kakak. Lagipun dah nak habis bincang dah ni," ujar Hans kepada kakaknya, Hanny Elmeera.
Hanny diam apabila Hans berkata begitu. Tak apa lah, pandai-pandai lah Hans melayan anaknya. Lagipun anaknya memang rapat dengan Hans gara-gara Hans suka melayan budak-budak. Kadang-kadang sikap Hans yang suka memanjakan anaknya itu ditegur.
Hans ni kalau dah terlalu manjakan anaknya, segala apa yang Nini nak dia turuti masalahnya.
"Kalau dah Ahan cakap macam tu tak apa lah," ujarnya begitu, Hanny masuk ke dalam ruangan dapur. Biarkan anaknya bersama Hans di luar halaman rumahnya.
Hans kembali mendekatkan telefonnya ke telinga.
"Hmm... Raden, nanti aku call kau balik. Anak sedara aku baru balik ni," ujar Hans, sesekali dia mengerling ke bawah.
"Budak Nini tu ke? Patut lah suara macam kenal je," kata Raden di hujung talian sana. Hans di situ hanya tersengih.
"Tak apa lah, aku tutup dulu. Assalamualaikum..."
Telefon yang sedari tadi melekap ke telinga terus jatuh. Kakinya jatuh melutut agar ketinggiannya sama tinggi dengan anak saudaranya. Bahu si kecil dipegang erat. Wajah sedih itu masih kelihatan di segenap muka anak saudaranya.
"Nini kan gorgeous, mana boleh sedih-sedih." Pujuk Hans dengan kata-kata manis. Nini yang berwajah sedih itu mula tersenyum.
Maklum lah, Hans memang sedia maklum dengan anak saudaranya yang pantang dengan pujian.
"I gojes?" soal Nini dengan pelatnya. Bukan main bercahaya matanya tatkala dipuji dengan paksunya.
Hans angguk kan kepala. "Of course..."
Semakin dipuji, semakin melebar senyuman Nini sehingga membuatkan Hans tertawa kecil. Akibat lenguh melutut di hadapan Nini, Hans mengambil keputusan untuk duduk di bawah lantai. Tubuh kecil Nini ditarik perlahan, menyuruhnya duduk di atas ribanya.
"Kenapa Nini panggil paksu? Nini ada apa-apa nak cerita dengan paksu?" Hans bertanya lembut. Sesekali tangannya membetulkan tudung sauk Nini yang kelihatan senget itu.
Nini angguk laju. Wajahnya bukan main ceria seakan mahu berkongsi berita gembira itu bersama. Nini beralih duduk di hadapan Hans, kedua-dua peha Hans yang bersila itu dipegang.
"Pakshu! Prinses tu pwetty an?" soal Nini ceria sehingga menampakkan giginya yang tersusun cantik itu.
"Hmm? Princess tu pretty?"
Nini angguk lagi. Tidak semena-mena Hans turut tersenyum sama melihatkan wajah comel itu.
"Yes, princess almost pretty just like you." Pipi pau Nini dicubit spontan. Nini terkebil-kebil mata.
"Like me?" Tangan gebu Nini menunjuk ke arah dirinya dengan wajah penuh tertanya.
Hans tersengih. "Ya..."
"But Pakshu, today I meet the real prinses! Nini syuke kakak tadi, kakak tadi kind!" Cerita Nini dengan penuh semangat. Hans di situ sudah mula berkerut dahi.
Kakak mana pula yang Nini cerita ni?
"Who's kakak? Nini jumpa dekat mana?" soal Hans agak tertanya-tanya, diabaikan salah tutur Nini itu buat seketika.
Kebiasaannya Nini bukan suka memuji orang lain di hadapannya, lagi-lagi melibatkan seorang perempuan.
"Nini pegi majid with umi and I meet that kakak. Pakshu tahu tak, kakak have beautiful eyes!" Masih terbayang wajah Hilyaa di ruangan matanya membuatkan Nini semakin melebarkan senyuman.
"Beautiful eyes?" Hans terkejut. Nini angguk semangat.
"Yes, pakshu!"
Hans jeda. Dalam kepalanya terfikir-fikir siapakah gerangan yang Nini ceritakan sebelum wajah seseorang tiba-tiba menyapa di ruangan dalam kepalanya.
Ku Hilyaa Adlyne...
Hanya gadis itu memiliki warna mata yang unik. Warna matanya yang autumn green itu mampu membuatkan siapa-siapa sahaja terpukau jika melihatnya dan tidak dinafikan Hans turut masuk dalam golongan itu.
Sepasang mata kehijauan dengan kepingan coklat cair itu sungguh kelihatan indah.
"Assalamualaikum..." Suara garau seseorang yang memberi salam membuatkan Nini pantas toleh ke dalam rumah.
"Eh, baba dah alik! Bye, Pakshu!"
Tanpa sempat Hans berkata, tubuh si kecil sudah bangun berlari anak masuk ke dalam rumah mencari kelibat ayahnya. Hans yang duduk bersila itu masih terpinga-pinga.
Selamba betul si Nini ni tinggalkan dia dalam keadaan tertanya-tanya macam ni.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top