BAB 6

           "AWAK memang tak faham bahasa ke?"

Mata milik Hilyaa itu mencerlung tajam ke arah lelaki itu. Badannya menggigil menahan amarah yang berkumpul di pelusuk pembuluh darahnya dan tak diduga juga bila-bila masa boleh dia lepaskan.

Lelaki itu mula beriak serba salah.

"Saya cuma..."

"Let her go. Didn't you hear what she said? Or... you want me to repeat for you?"

Kedua-dua gerangan itu menoleh ke arah satu suara garau yang mencelah diantara mereka. Kedua-dua kelihatan begitu tersentak, namun berlainan pula Hilyaa.

Mata hijaunya tidak lepas tatap gerangan tersebut. Badannya automatik kejung. Mulutnya usah dicakap lah, terkatup terus. Hans yang berdiri di tengah antara mereka pula menayangkan riak dingin ke arah lelaki itu. Kalau sekali tengok, boleh tahan gerun. Ini pun Hilyaa dah terasa aura dinginnya.

Ya, Hans... Agak terkejut dan tak menyangka.

"How much?" Ringkas sahaja soalan namun terselit dinginnya.

"4...4 ringgit."

Hans mengeluarkan 5 ringgit lalu dihulurkan ke arah lelaki tersebut. Hilyaa hanya mampu tengok huluran Hans tanpa ada niat membangkang. Otaknya tidak mampu mencerna dengan baik.

Apa yang jadi sebenarnya ni?

Teragak-agak lelaki itu mengambil huluran Hans. Sesekali dia pandang Hilyaa dan Hans bersilih ganti sebelum duit disambut. Hans kembali bersuara.

"Baki lebih tu simpan. And one things i want to remind you,  kalau nak berniaga tu betulkan niat balik. Jangan sampai Allah tarik balik segala rezeki yang dia beri pada kau hari ni. Respect people, it doesn't matter if they are men or women, but please respect them. The way you are shows your bad image that you already have in yourself."

Terkebil-kebil mata penjual lelaki itu memandang Hans. Dia kelihatan agak terkedu ataupun dia sememangnya tak faham apa yang cuba Hans sampaikan kepadanya.

"N...ni girlfriend abang ke?" soalnya dalam getaran.

Laju kepala Hilyaa pandang ke hadapan. Hampir-hampir matanya terjegil ke arah lelaki itu.

Apa dia?

Dalam banyak-banyak soalan, kenapa perlu soalan yang luar alam itu? Nampak macam dia ni ada ciri-ciri girlfriend idaman Hans ke?

Tapi lain pula riak wajah Hans. Wajahnya tenang seakan sudah diagak akan ditanya begitu. Sempat bibirnya menyenget sinis.

"Kalau dia girlfriend aku sekalipun apa hak kau untuk gunakan kekerasan? Kau ingat aku tak nampak apa kau cuba buat pada dia? Bukan setakat aku tapi satu gerai ni nampak apa yang kau cuba buat.  Isn't that rude?" Bukan satu soalan mahupun jawapan, namun kenyataan. Perkataan rude itu ditekan agak kuat menandakan Hans tidak bermain kata.

"S...saya minta maaf."

"It's not me you need to apologize, but her..." Mata beku Hans kini beralih ke arah Hilyaa membuatkan mata mereka saling berlaga.

Alamak! Kantoi dari tadi dia asyik usyar Hans.

Hilyaa senyum kekok disebalik mask yang dipakai sebelum dia cepat-cepat alihkan anak matanya ke arah lelaki penjual burger itu.

"Saya minta maaf." Mohon lelaki itu kedengaran kesal. Takut-takut dia pandang Hans yang masih berwajah batu itu.

Sebab apa batu? Riak wajahnya tidak beriak. Entah apa yang ada disebalik wajah itu pun Hilyaa tidak dapat menembak.

"Tak apa lah, saya maafkan." Semudah abc Hilyaa berkata. Mudah dan ringkas. Dalam hatinya dia cuma nak selesaikan cepat-cepat dan pulang ke rumah.

Lelaki itu tidak berkata banyak, sempat dia senyum tipis sebelum berpusing  menapak pergi meninggalkan Hilyaa dan Hans di situ.

Sepi.

Nafas ditarik dalam. Perasaan gugup dia cuba buang dalam dirinya. Dia memaksa bibirnya untuk berkata.

Kata sikit pun jadi lah!

"Thanks for help me. Saya tak tahu kalau awak tak ada tadi," kata Hilyaa kedengaran agak kekok. Dia tak pandai interaksi dengan orang, lagi-lagi bila dua-dua saling diam!

Anak mata hitam itu mengecil  merenungnya seakan-akan cuba meneka siapa gerangan tersebut. Manakala, Hilyaa pula sedaya upaya menahan dirinya agar  duduk diam.

"Kau sepupu Eijaz, I'm right?" Tembak nya, tepat ke sasaran.

Membulat iris hijaunya memandang Hans. Akibat rasa terkejutnya, dia tidak dapat menahan dirinya dari terlepas laku.

Tak sangka mata tajam Hans mengenalinya walaupun wajahnya ditutupi separuh. Bibir Hans menarik senyum senget seakan lucu dengannya, namun senyuman itu tak lama apabila Hilyaa seakan terpegun.

Hans berdehem cuba menghilangkan rasa canggung nya. Riak wajahnya kembali membeku seperti sedia kala.

"Aku rasa tak perlu kut aku kenalkan diri, kau mesti kenal aku." Kemain berlagak tak nak kenalkan diri. Lagaknya macam semua orang mengenalinya, heh.

Lenyap terus rasa terujanya.

"Hm... Apa-apapun terima kasih lagi sekali and this..." Duit berwarna merah disuakan kepada Hans. Hans hanya pandang sepi tanpa rasa ingin sambut pun.

Sekali lagi Hilyaa hulurkan 10 ringgit itu, tidak cukup dengan itu duit itu diselitkan ke dalam poket hoodie Hans. Selamba? Siapa suruh tak ambil!

Lenguh tangan nya nak  hulurkan duit tu.

"Aku tak perlukan duit ni. Anggap sahaja rezeki kau hari ni, aku belanja." Duit pemberian Hilyaa itu ditarik keluar dari hoodienya lalu dihulurkan kembali ke arah Hilyaa.

Hilyaa mencebik disebalik mask.

Amboi, ayat dua kali lima sahaja dengan lelaki tadi! Nasib tak ada ayat-ayat jenis buaya sahaja yang keluar. Kalau ada, memang dia tak teragak-agak angkat kaki dan blah sahaja.

Malas nak panjangkan isu, Hilyaa ambil semula duit pemberiannya. Plastik burger di tangannya ditunjukkan ke arah Hans sambil kepala tunduk sedikit.

"Terima kasih belanja, semoga awak dimurahkan rezeki selalu."

Hilyaa menapak ke belakang lalu berjalan melintasi Hans. Sambil berjalan, dia kembali memasangkan lagu.

Kelibat yang semakin menjauh itu, direnung lama sehingga nada dering telefonnya berdering meminta untuk diangkat. Fokusnya terus terhenti, Hans keluarkan telefonnya lalu ibu jarinya terus menggesek ke kanan.

"Fifteen minutes, aku sampai."

°°°

          TAKUT-takut Naura pandang Hilyaa di hadapannya yang masih ralit membaca sesuatu. Jari kukunya sengaja dimainkan agar debaran di dadanya menghilang.

Pada mulanya, Naura agak pelik apabila namanya dipanggil Hilyaa. Jenuh dia fikir apa salah yang dia buat kepada Hilyaa. Kebiasannya Hilyaa akan memanggil jika dia buat kesalahan. Sekarang, dia dapat rasakan perkara yang sama akan berulang.

"Naura? Kenapa tercegat berdiri dekat situ je? Awak duduk lah dulu." Hilyaa mempelawa Naura duduk. Kebisuan Naura membuatkan suasana semakin bertambah canggung.

Hilyaa dapat rasakan Naura memandangnya lama tapi bila dia angkat wajah, cepat-cepat Naura menundukkan kepalanya. Hilyaa tahan senyum.

Ya, dia sudah kenal tingkah laku Naura selama setahun ini. Walaupun Naura jenis yang agak lambat dan terkebil-kebil, namun wajah polos Naura itu membuatkan Hilyaa teringat akan dirinya yang pernah sebegitu sebelum berubah menjadi yang sekarang.

"Awak jangan takut dengan saya. Saya panggil awak cuma nak ajak awak keluar sekali dengan saya. Saya nak jumpa client kejap lagi," suara Hilyaa menyampaikan tujuan dia memanggil Naura ke sini.

Naura diam sebelum ruang dahinya berkerut hairan.

"Bukan kebiasannya Encik Khalish ke yang temankan miss?" Pelik! Ini kali pertama Hilyaa mengajaknya keluar berdua.

Kebiasannya Khalish yang akan menemaninya.

"Ouh, dia ada hal hari ni. Urgent katanya sebab tu saya ajak awak temankan saya. Boleh awak temankan?" Raut wajah Naura diteliti.

Naura diam sekejap sebelum dia jatuhkan kepalanya, setuju.

"Saya okey je miss cuma saya takut miss tak selesa dengan saya ataupun saya akan buat salah." Kepalanya menunduk. Jari jemari dimainkan berkali-kali.

"Saya okey je Naura. Tak apa, buat salah tu perkara yang biasa. Sekurang-kurangnya kita cuba perbaiki mana yang salah tu. Lagipun takkan saya nak harapkan Khalish tu temankan saya je kan? Saya pun memerlukan pembantu perempuan untuk temankan saya," ujar Hilyaa tenang. Senyuman kecil diberikan kepada Naura agar Naura yakin dengannya.

Naura turut tersenyum. Walaupun dia agak ragu, tak salah kan dia nak mencuba? Sampai bila dia perlu ada rasa takut untuk buat sesuatu? Perlahan-lahan Naura angkat kepala kemudian kepala dijatuhkan berkali-kali.

"Terima kasih Naura..."

°°°

"MAAFKAN saya miss, lepas ni saya janji tak akan lupa lagi." Berkali-kali Naura meminta maaf atas kecuaian yang dia lakukan. Dia lupa!

Sebelum ni Hilyaa ada menyuruh dia sediakan nota dalam beg tangan, namun entah macam mana dia boleh terlupa untuk letak dalam beg tangannya. Serius! Dia memang pelupa lagi-lagi dia tak pernah buat kerja-kerja pembantu kanan ni.

Hilyaa senyum tipis. Bahu Naura ditepuk perlahan agar bertenang.

"Tak apa Naura, sekurang-kurangnya awak dah catat dalam telefon awak kan?"

Naura jatuhkan kepala berkali-kali. Dalam keadaan gelabah semasa mencari nota akhirnya otaknya memberikan idea yang mampu menyelamatkan dirinya. Segala catatan dia catat di dalam nota telefonnya. Itu sahaja yang mampu dia berfikir ketika itu.

"Saya tahu awak tak biasa tapi tak salah belajar kan? Nanti lama kelamaan awak akan terbiasa."

"Tapi miss, kenapa saya? Kalau Encik Khalish tak ada, kenapa tak  Erina? Erina pun staff miss juga dan dia lebih cekap daripada saya." Sengaja Nama Erina dipetik. Tertanya-tanya juga Naura kenapa dia yang dipilih sedangkan Erina boleh buat kerja lebih baik darinya.

Dia bukan pertikaikan cuma dia rasa pelik.  Selama ni dia banyak buat silap semasa bekerja tetapi Hilyaa dengan yakin  memilihnya sedangkan Naura pun tak berapa yakin dengan dirinya yang dia mampu buat.

Sepanjang dia bekerja setahun ini, dia tahu ramai yang tidak menyukainya lagi-lagi Erina. Kerja gadis itu asyik-asyik memarahinya. Dia buat silap sikit kena marah. Malu? Malu tapi tidak lah seperti pekerjaannya dahulu. Encik Khalish pun tak ada lah beria memarahinya.

Dahulu kerjanya lebih teruk sehingga dia terpaksa meletakkan jawatan. Dihina, dicaci, dimaki kerana buat kerja lambat dan selalu cuai. Tak cakap lagi pekerja-pekerja nya yang lain, mereka turut membenci sedangkan Naura tak tahu apa salahnya sehingga membuatkan orang sekelilingnya membenci.

Sekarang? Masih ada tapi tidak seteruk dulu. Sekurang-kurangnya tiada sesiapa yang maki dan caci nya cuma perkara dahulu membuatkan Naura berhati-hati dan lebih suka bersendirian.

Dia tak ada kawan tapi dia bersyukur masih ada yang melayannya baik.

"Diri awak mengingatkan saya."

Naura pantas toleh ke arah Hilyaa seketika yang pandang di luar tingkap. Dahi licinnya berkerut seribu sambil memandu.

"K...kenapa?"

"Dulu saya macam awak, semua benda saya sendirian dan ikut telunjuk orang. Kena marah tu normal bagi saya, kena caci maki pun bagi saya dah lali dengar." Hilyaa tergelak kecil, namun Naura dapat rasakan dalam tawa itu ada satu makna seribu yang tidak mampu diluahkan kepada sesiapa pun.

Naura diam.

"Saya tertanya-tanya kenapa hidup saya tak macam orang lain? Sedangkan orang lain ada segalanya. Kawan, keluarga bahagia, disayangi, dihargai... Semua tu saya nak tapi saya sedar, saya bukan sesiapa.

Perit mulanya untuk jalani kehidupan seorang diri tanpa ada orang lain di sisi. Kadang kala saya terfikir, kenapa saya perlu hidup macam ni sedangkan tiada orang pun yang peduli pasal saya." Makin lama Hilyaa semakin tenggelam bersama kisah silamnya.

Dia masih ingat betapa seksanya dia untuk berdiri di atas kaki sendiri di usia dia yang terlalu muda.  Dia bekerja dengan orang. Semua itu terlalu perit untuk dia hadap sehingga dia masuk ke alam sambung belajar pun dia masih lagi terima segala herdikan dan cacian daripada orang lain tanpa mengetahui apa salahnya.

Bila dia cuba mempertahankan diri katanya dia terlalu biadap.

Dikatakan tidak cukup kasih sayang.

Perampas.

Kaki goda.

Hilyaa toleh ke arah Naura. Bibirnya ukir senyuman tipis.

"Saya tahu apa yang terjadi sepanjang awak bekerja. Saya minta maaf bagi pihak Erina sehingga memalukan awak.  Dan saya minta maaf sebab tak dapat nak jaga awak sepanjang Erina buat awak macam tu tapi satu masa nanti saya sendiri yang akan buat keputusan."

"Miss nak pecat Erina?" soal Naura agak berdebar. Air mukanya jelas terkejut.

"Maybe, kalau diikutkan tindakan Erina sangat berat. She's cross the line and with my own eyes I witnessed everything that happened between you and her in that room."

"Miss tengok?" Air muka Naura berubah. Hilyaa angguk kepala dengan senyum tipis di bibir.

"Selama ni saya dengar desas-desus antara awak dan Erina jadi saya minta awak tolong Erina buat liputan tu ada sebab. Saya nak tengok dengan mata kepala saya sendiri apa yang dia buat belakang saya selama ni," ujar Hilyaa berterus terang. Kelu lidah Naura, tidak tahu apa lagi dia perlu katakan kepada Hilyaa. Dalam dirinya ada juga perasaan malu.

Malu kerana dia fikirkan tiada siapa yang ambil peduli pasal dia, rupa-rupanya dalam diam Hilyaa memerhatikan tindak tanduknya.

Naura tarik nafas dalam. Cuba menenangkan diri dari dikepung rasa sedih yang mula hadir.

"Miss, saya nak singgah ke satu tempat. Miss izinkan tak?" Naura meminta izin. Matanya langsung hanya pandang ke hadapan.

Hilyaa di sebelah menganggukkan kepala. "Boleh je."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top