BAB 5

           TAJAM mata Khalish memandang Hilyaa dengan jari mengusap ke dagunya. Wajah jelita itu ditelik teliti. Hilyaa pula sedaya upaya mengelat dari bertembung mata dengan Khalish yang sedari tadi merenungnya tidak lepas.

"Ini, dahi kau ni dah kenapa? Kau terhantuk kat mana sampai lebam macam ni?" Dahi Hilyaa yang kebiruan itu ditunjuk dengan jari telunjuknya membuatkan Hilyaa tepis jari itu.

"Aku... Aku terhantuk kat dinding. Masa tu aku pandang tempat lain. Tak perasan pula masa jalan tu ada dinding kat depan." Hilyaa beralasan. Semoga alasan ini diterima oleh Khalish tanpa perlu dia menjawab segala soalan lelaki itu lagi.

"Tak akan kau terhantuk sampai lebam macam ni? Tu tepi bibir kau dah kenapa?" Sengaja Khalish mengecilkan matanya. Hilyaa pula setenang mungkin tayang muka biasa.

Padahal dalam hati cepat-cepat dia mahu lari.

"Tak percaya, sudah. Dah lah, malas layan kau." Sesak dadanya mahu menjawab pertanyaan maut Khalish, Hilyaa terus membawa langkah mendekati Naura. Gadis itu kelihatan terkial-kial mahu alihkan stand. Semua benda lain gadis itu sudah susun seperti biasa kecuali stand di belakang blackground.

"Stand tu awak letak je kat sini. Nanti Khalish akan angkat sendiri." Suara Hilyaa membuatkan Naura pantas berpusing. Gadis itu kelihatan cuak apabila bertentang mata dengan Hilyaa sendiri.

Khalish pula hanya berdiri sambil memeluk tubuh. Bibir juih ke hadapan, apakah? Kenapa dia perlu buat kerja-kerja menyusun barang ni semua sedangkan itu memang kerja Naura yang dah memang ditetapkan.

Dalam hati memberontak kuat tetapi dia hanya diamkan sahaja. Tajam matanya memandang Hilyaa dan Naura berselisih ganti. Naura yang perasan sudah berubah pucat.

"T...tak apa miss. Saya tak nak susahkan Encik Khalish." Ketakutan yang dirasai membuatkan suaranya tergagap-gagap dalam menutur. Dia dapat rasakan aura dingin Encik Khalish sampai ke sini.

Seram!

"Tak payah, awak tolong Erina buat liputan foto. Dia ada dalam bilik sana." Hilyaa menunjukkan bilik yang Erina duduki sedari tadi. Naura cepat-cepat angguk kepala. Tidak berani dia nak membantah apabila Khalish merenungnya sampai tak sudah.

Macam dia ni buat salah berat sangat!

"Awak jangan takut, Khalish tu memang jenis macam tu. Awak nampak je dia tu dingin tapi sebenarnya dia baik," ujar Hilyaa perlahan. Hanya dia dan Naura sahaja dengar. Dia memang tahu sikap tegas Khalish apabila dengan pekerja lain.

Mana tak takut si Naura ni. Lagi-lagi gadis itu pekerja baru di sini yang tak sampai setahun.

Laju-laju Naura angguk kepala. "Okey, miss..."

Hilyaa sempat alihkan pandangan ke arah Khalish lalu menjengkelkan mata ke arah lelaki itu sebelum dia terus berlalu pergi ke pejabatnya.

Khalish yang melihatkan itu hanya memutarkan bebola matanya. Tahu lah dia saat ini, Hilyaa memberikan amaran kepadanya.

Macam lah dia takut!

"Barang ni biar aku angkat. Kau pergi tolong Erina buat liputan foto," arah Khalish setelah mendekati Naura yang masih terkebil-kebil. Wajahnya sengaja memasang riak beku.

Tidak banyak bunyi, laju langkah gadis itu masuk ke satu bilik yang Hilyaa tunjuk ke arahnya sebentar tadi. Khalish dari belakang cuba sembunyikan senyuman tatkala melihat riak takut-takut gadis itu sebentar tadi.

Gertak sikit dah takut, ini kalau Hilyaa tahu dia buli Naura. Memang seharian tu dia kena mukadimah hahaha...

°°°

          TUBUHNYA bersandar kasar ke kerusi biliknya. Kepalanya yang terasa ingin pecah direhatkan sebentar dengan memejamkan mata. Nafas ditarik sukar sebelum dihembus perlahan.

Setelah dia dijerkah oleh Raden tadi, dia dapat rasakan ada sesuatu tidak kena. Tamat sahaja panggilan daripada Raden, cepat-cepat dia cuba mengakses nombor itu semula.

Lagi membuatkan detak jantungnya berubah apabila nombor tadi tidak boleh diakses langsung. Seakan-akan sudah diketahui dari orang yang menggunakan nombor itu.

Hans ketap bibir. Dia silap! Fikirnya orang itu tidak akan tahu yang dia cuba mengakses masuk ke dalam nombor itu, rupanya-rupanya tanggapan dia meleset sekali.

Ada yang lebih licik daripada dia yang sememangnya licik. Hans boleh dapat simpulkan lelaki itu sudah siap sedia sebarang kemungkinan berlaku. Seakan-akan sudah mengetahui yang nombor ini bakal diakses oleh Hans.

Dia berdecit. Tangan kanannya mengepal erat sebelum dilepaskan rasa geramnnyaa dengan menampar meja, kuat.

"Haih..."

Nak berang pun, tak jadi apa. Benda dah jadi, terpaksa dia terima walaupun separuh jiwa terasa tidak dapat menerima hakikat sebenar.

Tapak tangannya naik mengusap wajahnya sebanyak tiga kali. Hans diam seketika untuk menenangkan diri sebelum dia bangkit keluar dari bilik kerjanya menuju ke bilik tidurnya.

Lebih baik dia menenangkan diri dengan mendirikan solat buat seketika daripada membiarkan dirinya terus menerus rasa serabut sehingga menjalar ke seluruh pelusuk fikirannya.

°°°

          HILYAA berhenti melangkah. Mata memandang sekeliling. Kawasan sini terlalu sunyi, namun lampu-lampu masih ditemani sepanjang dia berjalan.

Tipu lah kalau kata yang hatinya langsung tiada sekelumit perasaan takut bila berjalan sorang-sorang macam ni. Perasaan takut itu sentiasa ada tetapi Hilyaa lebih memilih untuk berjalan mengeliling kawasan tempat perumahannya ini, tenang tanpa sebarang bunyi dan hening.

Tidak mahu terasa suasana terlalu sepi, Hilyaa menyumbat earpod ke telinganya. Mask di wajahnya dibetulkan setelah dia memasang lagu di telefonnya. Sekurang-kurangnya semasa dia mendengar lagu, dia tidak lah terdengar dengan bunyi perkara pelik-pelik. Mahu dia berlari tak cukup tanah

Kenapa dia pakai mask di wajahnya? Jawapan dia simple. Hilyaa malas nak bersoal jawab dengan sesiapa jika seseorang melihat wajahnya yang jelas kelihatan dalam kesakitan. Dahinya yang lebam masih boleh dijawab dengan terhantuk, tetapi kalau tepi bibirnya macam mana pula? Takkan nak kata dia kena bucu meja pula? Jadi dia ambil keputusan untuk memakai mask sehingga wajahnya sihat sepenuhnya. Cukup-cukuplah Khalish seorang je yang buat soal jawab dengannya seperti dia pula melakukan jenayah, manakala Khalish sebagai seorang pegawai polis.

Serik!

Batu-batu yang berselerak di jalan tar, Hilyaa sepak-sepak. Sengaja nak menghilangkan rasa bosan sambil ditemani lagu. Semakin lama dia berjalan ke depan, semakin kuat bunyi bising orang-orang yang seakan berbual.

Hilyaa pandang ke hadapan. Patut lah bising semacam, ada gerai burger tepi jalan rupanya.

Perutnya yang tiba-tiba berkompang kuat itu Hilyaa pegang. Tiba-tiba dia rasa lapar pula padahal petang tadi dah makan nasi ayam. Pantang nampak gerai makan terus meragam eh?

Bersyukur hatinya terniat nak bawa dompet tadi kalau tidak? Tanamkan jelah rasa tu.

Hilyaa berjalan ke arah gerai burger itu. Disebalik mask yang dipakai, senyuman pekerja itu dibalas kekok.

"Ye dik, nak burger apa?" soal penjual burger tersebut dengan senyuman bak gula. Mata lelaki itu cuba mencuri pandang wajah Hilyaa disebalik mask mukanya.

Mata Hilyaa melata ke arah papan yang tersedia berbagai jenis burger itu. Jari di bawa ke bawah dagu runcing nya lalu digosok seakan berfikir.

"Saya nak burger ayam satu." Jari telunjuk ditunjukkan kepada pekerja tersebut. Dia mengangkat wajah serentak itu wajahnya yang tersembunyi dengan anak rambutnya tadi terdedah separuh.

"Tu je? Abang tak nak sekali?"

Serta merta air muka Hilyaa berubah tatkala menerima usikan tersebut. Bernasib baik dia menggunakan mask di wajahnya, kalau tidak. Riak menyampah di wajahnya pasti sukar untuk disimpan.

Hilyaa larikan anak mata tatkala lelaki itu masih cuba mencari anak matanya. Macam lah Hilyaa tidak perasan. Kemain lebar senyumannya diberikan kepada dia. Tak cukup dengan itu satu kenyitan mata diberikan kepada Hilyaa membuatkan dia hampir tercekik air liurnya.

Rasa tak selesa mula dihurungi. Dia Paling benci dengan situasi begini.

Lagi membuatkan dia terasa kembang tekak apabila lelaki itu membahasakan dirinya abang. Eeeww.... siapa apa abang dia? Gatal nak mampos! Hilyaa tarik senyum plastik.

"Saya tunggu kat sana, ye." Laju Hilyaa melarikan diri usai berkata. Tak sanggup dia nak berdiri depan lelaki itu. Macam dia ni alien.

Hilyaa ambil tempat paling hujung. Tempat paling selamat dan agak gelap. Tak jadi tatapan orang ramai sangat jadi Hilyaa lebih suka duduk berdiri seorang diri macam ni. Tak payah dia jumpa lelaki-lelaki persis ulat bulu tadi.

Agak lama Hilyaa berdiri di situ sehingga mata lelaki itu beralih ke arahnya. Senyum gatal mula terukir di bibirnya membuatkan Hilyaa mencebik menyampah. Kaki tetap memasang langkah ke arah penjual burger itu.

"Ini abang bagi free, tak payah bayar," kata lelaki itu bukan main gaya ala-ala lelaki budiman.

Hilyaa kerut dahi. "Tak apa, saya nak bayar sendiri." Suara Hilyaa tegas. Duit di dalam tangannya dihulurkan kepada pekerja itu.

Lelaki itu menggeleng, huluran Hilyaa itu tidak disambut, malah ditolak duit itu mentah-mentah.

"Tak apa, bukan selalu abang belanja awak. Lagipun awak orang sini ke? Tak pernah nampak pun," soal lelaki itu mula memulakan perbualan.

"Ouh, terima kasih," balas Hilyaa malas mahu melayan. Pertanyaan lelaki itu dibiarkan tanpa dijawab.

Jari jemarinya terus mencapai huluran burger itu. Baru sahaja dia hendak berpusing, lelaki itu menengahnya.

"Boleh abang nak number awak, kita boleh kenal-mengenal," katanya lagi, tidak berputus asa cuba mengambil perhatian Hilyaa yang seakan berlagak sombong itu.

Hilyaa melepaskan nafas sukar. Sabar je lah.

"Buat apa nak kenal-mengenal? Tak perlu dan saya tak berminat. Sorry," balasnya tanpa peduli hati lelaki itu. Lantak lah lelaki itu mahu fikir apa, Hilyaa cuma tahu dia nak balik sahaja.

Menyesal pula dia mengambil keputusan untuk datang ke sini.

Sekali lagi Hilyaa cuba berpaling tetapi lelaki itu dengan berani memegang pergelangan tangannya, seakan menyuruh Hilyaa tetap di sini lagi. Membulat mata Hilyaa, serentak itu dia menarik tangannya kasar dari disentuh lelaki itu.

"Awak ni dah kenapa nak sentuh-sentuh saya?!" Berang Hilyaa tidak main-main. Suaranya yang kecil, bukan main kuat sehingga mampu menarik pelanggan di sekitar gerai ini. Separuh kulit wajahnya yang putih dapat dilihat jelas kemerahan seakan menahan amarah. Wajahnya terukir riak bengis walaupun tidak jelas kelihatan.

Lelaki itu angkat tangan. "Okey, saya minta maaf tapi tak salah kan saya nak kenal awak?" Lelaki itu pandang Hilyaa sekali lagi, lama. Riak wajahnya masih berharap Hilyaa menyambut salam berkenalan dengannya.

Hilyaa berdecit.

"Saya rasa awak tak pekak lagi. Saya tak berminat, awak tak faham bahasa ke?"

°°°

Ini last sy update, lepas ni saya tak tahu bila lagi saya boleh update. Bergantung atas mood saya. Bye, jaga diri baik-baik semua🤍

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top