BAB 4

           SATU kertas kecil diletakkan ke atas meja lalu dihulurkan ke arah Hans yang memandang kertas itu tanpa riak.

"Kertas ni untuk apa?" Hans angkat wajah dengan kening sebelah terjungkit. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba dia dihadiahkan dengan satu kertas kecil.

Raden menarik kerusi dihadapan Hans lalu selamba dia labuh kan duduk di situ. Wajahnya terbias serius.

"Aku nak kau siasat nombor ni." Entah itu satu arahan atau permintaan tapi yang pasti Hans sedikit berkerut dahi.

"Kau fikir aku ni kuli kau ke?" Hans menyoal dengan bibir tersenyum senget tetapi tidak lama senyuman itu mati apabila Tengku Raden memandangnya dengan pandangan penuh menggerunkan.

Hans mencebik bibir. Orang nak bergurau sikit, tak boleh!

"Boleh ke tak kau siasat nombor ni? Aku tak ada masa nak main-main." Kasar Tengku Raden menyoal. Hans di situ tersengih tak bersalah.

Okeh, singa ni jangan di buat main. Tak pasal-pasal habis terbalik meja ni.

"Wo, rilek bro. Aku bergurau je. Jangan serius sangat," ujar Hans lantas mengambil kertas di hadapannya. Dahinya yang licin kembali berkerut melihat satu nombor asing itu.

Bukan biasa-biasa nombor, digit dihadapan itu pun berlainan dari nombor biasa diguna pakai.

"Ni nombor siapa kau minta untuk siasat ni?" soal Hans serius. Ini bukan kali pertama dia jumpa nombor sebegini tetapi permintaan Raden itu membuatkan dia sedikit tertanya-tanya.

"Ini nombor yang kacau Amanda," jawab Raden sambil meraup anak rambutnya yang terjuntai di dahi hadapan ke belakang.

"Ouh, adik angkat bekas tunang kau?" Kertas tadi pantas di lipat kecil kemudian simpan di belakang casing telefonnya.

Selamat dan senang dicari.

"Ya..."

"Jangan risau, pasal nombor ni tak sampai sehari aku boleh cari. Esok aku akan berikan maklumat," ujar Hans penuh keyakinan. Tengku Raden tarik senyum sinis.

Dia suka keyakinan lelaki itu, dan tidak dinafikan Hans tangkas dalam membuat kerja sebegini.

Hans memang licik.

"I trust you will never disappoint me." Suaranya tanpa nada. Melihat senyuman sinis itu, Hans turut sama menarik senyum.

"Well... this is Hans." Tangan kanannya mendebik dada sendiri. Berlagak sungguh gayanya.

Rasanya sudah lama dia tidak bermain dengan kerjanya yang satu ini.

"Aku perasan kau tengah perhatikan seseorang. Siapa dia?" Tak ada salam, Raden terus ke pertanyaan. Senyuman megah di bibirnya perlahan pudar.

Apa?

"Huh?" Hans terkebil-kebil. Otaknya tidak mampu mencerna maksud soalan Raden.

Dia blank.

"Kau tak payah nak buat muka acah-acah konon aku tak tahu apa-apa. Gambar dalam sampul surat tu dah jelaskan semuanya," balas Raden bosan. Hans yang mendengarkan itu, berdecit seraya menjeling tajam. Sengaja dia mengembungkan pipi kanannya.

Entah macam mana Raden tahu pun dia tak pasti.

"Macam mana kau boleh tahu?" Hans menyoal dengan riak muka tak puas hati Rasanya sudah seminggu berlalu pasal sampul surat itu dan waktu itu Raden di dalam pejabatnya.

Dia baru tinggal sampul surat itu tak sampai 5 minit di atas meja. Takkan Raden dah nampak?

Tapi tak mustahil kerana dia tinggalkan Raden sebentar di dalam pejabatnya.

"Aku tak buka, kau yang cerdik letak gambar tu terpampang atas meja. Memang sengaja nak tayang show dekat orang ke macam mana kau ni?" Jujur Raden tidak tapis. Lagipun dia bukan sengaja tengok.

Dah ada depan mata, dia tengok je lah.

"Aku lupa nak simpan. Dah, lah. Dia bukan siapa-siapa cumanya hati aku tergerak." Alang-alang Raden sudah ketahui. Biar sampai ke pangkal jalan ceritanya.

"Siapa dia?"

"Kejap, kau nak tahu sangat dah kenapa?" soal Hans jengkel. Geram pula rasa bila Raden tidak habis-habis ingin tahu siapa pemilik gambar itu.

"Saja, cuma aku pelik. Hans yang aku kenal bukan ada masa nak perhatikan orang yang bagi dia bukan ada kepentingan pun." Agak menyakitkan kata-kata itu tapi itu lah satu hakikat sebenar tentang si Hans ini.

Raden pandang Hans yang diam tidak berkutik. Mungkin baru sedar sesuatu.

Pandai-pandai lah lelaki itu sedar atau tidak.

°°°

          "KAU memang cari penyakit." Lengan Hilyaa dicengkam kuat membuatkan Hilyaa mendesis sakit. Pegangan tangan Dato Ku Jazman ditarik agar melepaskannya.

"Papa, sakit."

"Kenapa kau tak pernah nak dengar cakap aku?! Aku suruh jual studio tu tapi apa kau buat? Kau boleh buat arahan aku tu macam angin je?" Jerkah Dato Ku Jazman tepat ke telinga Hilyaa. Hilyaa teguk air liurnya kesat.

Walaupun dia takut dengan tindakan papanya namun, dia perlu juga mempertahankan studio itu.

Dia tak akan pernah serahkan studio itu untuk dijual.

Itu azamnya.

"Walau macam mana sekalipun, Hilyaa tetap tak akan jual studio tu. Studio tu satu-satunya tempat peninggalan arwah mama, Hilyaa tak akan gadaikan." Jawab Hilyaa tenang dengan mata turut membalas tatapan tajam papanya.

"Kau kata apa?!"

Pang!

Terteleng ke kanan kepala Hilyaa saat penampar itu dilepaskan ke pipinya. Hilyaa tahan rasa. Tidak cukup dengan itu rambutnya direntap kuat lalu ditarik agar mendongak memandang seraut wajah bengis itu.

Ini bukan kali pertama dia diperlakukan sedemikian rupa.

"Aku tak akan teragak-agak buat perkara di luar batas aku. Jangan cabar aku Hilyaa, selama ni aku bagi kau masa tapi kau sia-siakan masa yang aku bagi untuk kau jual studio tu," ucap Dato Ku Jazman kasar. Berlapis-lapis dahi Hilyaa menahan rasa sakit di kulit kepalanya dan juga pipinya. Tangan Dato Ku Jazman dipegang erat.

Air matanya sudah kering. Dia hanya diam , melihat perlakuan papa terhadap dirinya.

Sadis sungguh.

"Hilyaa juga sama. Hilyaa tak akan jual studio tu macam mana sekalipun. Papa buat lah apa pun, Hilyaa tak akan serahkan pada papa," jawab Hilyaa berani dengan nada tersekat-sekat. Matanya sempat berkalih ke arah disebalik dinding tangga. Bibirnya tersenyum tipis.

Kelihatan Makcik Yuni menyembunyikan tubuhnya di situ. Wanita itu kelihatan teragak-agak untuk datang mendekati. Mungkin mahu membantunya tetapi Hilyaa menegah dengan gelengan kepala.

Dia tak nak, disebabkan dia. Makcik Yuni turut terkena tempias yang sama.

"Kau memang sengaja nak naikkan darah aku."

Buk!

"Dato! Sudah!"

Tidak sanggup melihat perlakuan ganas itu, akhirnya Makcik Yuni mengambil keputusan untuk keluar dari tempat persembunyian dia. Hampir menitis air matanya melihat Hilyaa dalam kesakitan itu.

Tubuhnya di campak ke dinding!

Dato Ku Jazman merengus. Dibiarkan Makcik Yuni mendekati Hilyaa yang terkulai lemah di atas lantai. Dahinya masih berkerut-kerut menandakan sakitnya bukan dibuat main.

Tidak lama kemudian kedengaran derap langkah mula menjauh darinya. Makcik Yuni sedaya upaya membantu Hilyaa untuk bangun tetapi Hilyaa malah merintih kesakitan membuatkan air mata wanita itu menitis melihat kesakitan yang Hilyaa lalui selama ni.

Ini benar-benar sudah melampau!

"Makcik Yuni, saya dah biasa kena macam ni. Jangan lah menangis." Dalam sakit, sempat dia memujuk wanita itu yang melihatnya dengan titisan air mata. Hilyaa tersenyum nipis.

"Makcik dah tak sanggup tengok Hilyaa macam ni. Kita pergi ke klinik, ya?" Lengan Hilyaa yang memerah itu digosok lembut. Hilyaa menolak dengan gelengan.

"T...tak boleh. Tak apa, Hilyaa akan pergi sendiri. Makcik Yuni jangan bagitahu sesiapa apa yang terjadi hari ni, ya? Saya merayu." Pinta Hilyaa dengan wajah penuh berharap. Matanya redup pandang Makcik Yuni.

"Kita masuk bilik, ya? Makcik nak rawat kamu." Permintaan anak muda itu tidak dipedulikan. Tangan lebih bergerak pantas untuk memapah tubuh Hilyaa yang lemah.

"Makcik Yuni..." Tangan Makcik Yuni dipegang erat. Terhenti segala tingkah Makcik Yuni. Ditatap anak muda itu dengan mata bergenang.

Hilyaa pejamkan mata seketika sebelum dia kembali buka. Bibir diketap menahan sakit.

"Hilyaa merayu. Jangan bagitahu sesiapa. Hilyaa tak nak risaukan sesiapa," katanya perlahan.

"Tapi..." Makcik Yuni tatap Hilyaa dengan penuh emosi.

"Biar saya uruskan semua ni dengan papa sendiri. Please?" Tangan wanita itu ditepuk. Tidak cukup dengan itu, dipaksa bibir untuk ukir senyuman biarkan jelas kelihatan perih.

Makcik Yuni tarik nafas lemah. Perlahan dia menjatuhkan kepala. Akur.

"Baik, lah. Kali ni Makcik beralah. Kita masuk dalam bilik Makcik, ya? Makcik nak rawat Hilyaa." Tubuh Hilyaa kembali dipapah. Separuh hatinya tidak rela setuju dengan permintaan Hilyaa.

Baginya tindakan Dato Ku Jazman benar-benar sudah melampaui batas.

°°°

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top