BAB 3

           "YES miss, can I help you?" soal pekerja tersebut dengan wajah manis.

Hilyaa turut membalas. Sempat juga matanya mengerling ke arah pintu pejabat milik abang sepupunya.

"Ku Eijaz ada tak kat dalam? Boleh bagitahu dia yang saya nak jumpa dia?"

"Tuan Ku Eijaz masih dalam bilik mesyuarat. Miss ada apa-apa oppoiment dengan Tuan Ku Eijaz ke sebelum ni?"

"Ada, dia minta saya datang tadi," balasnya tenang.

"Ouh, Miss Ku Hilyaa?"

Hilyaa senyum seraya angguk kan kepala apabila namanya meniti di bibir pekerja tersebut. Gadis itu kelihatan sedikit terkejut dengan kepala menunduk tanda hormat.

"Maaf, saya pekerja baru Tuan Ku. Saya tak tahu pula miss ni Ku Hilyaa. Tuan Ku Eijaz ada minta kalau miss datang, dia suruh miss masuk dalam bilik pejabat dia. Mari miss." Pekerja itu mula berjalan menuju ke bilik pejabat Eijaz.

Hilyaa tanpa banyak bunyi hanya membuntuti langkah gadis itu dari belakang. Sampai sahaja di hadapan muka pintu berwarna hitam dengan ukiran nama bersalut keemasan itu,  mereka terhenti. Gadis itu perlahan memulas tombol pintu dan meminta Hilyaa masuk dahulu.

"Miss minum apa ya? Coffee?" soalnya ramah.

"Berikan saya teh panas, Not coffee." Laju Hilyaa memintas. Bukan dia tidak menggemari coffee tapi tiba-tiba tekaknya menggedik menginginkan teh panas.

Lagi-lagi bilik Ku Eijaz ni kemain sejuk.

"Baik, miss. Saya pergi dulu." Gadis itu menundukkan sedikit kepala sebelum perlahan-lahan berundur beredar dari pejabat besar ini.

Mata Hilyaa meliar ke arah sekeliling ruang pejabat Eijaz. Walaupun ini bukan kali pertama dia kunjungi pejabat abang sepupunya tetapi setiap kali dia datang, pasti dia akan takjub.

Ruang pejabat Eijaz dipenuhi dengan warna hitam dan jalur keemasan. Kalau orang yang tidak minat warna gelap mungkin mereka akan berasa seram tetapi untuk yang minat warna gelap seperti dia, ia kelihatan luxury di pandangan matanya.

"Ni teh panas, miss."

Tengah ralit dia teliti ruangan ini, satu cawan diletakkan ke atas meja kaca itu.

Senyuman dihulurkan ke arah pekerja tersebut. "Thank you."

Gadis itu turut senyum seraya tundukkan sedikit wajahnya sebelum beredar meninggalkan Hilyaa keseorangan dalam ruangan pejabat ini.

Sebelum badan di sandarkan ke sofa, sempat tangan kanannya mencapai secawan teh panas. Perlahan dia bawa ke bibir dan mencicip sedikit. Tengah ralit dia minum, suara seseorang  yang mendekat semakin kedengaran menangkap ke halwa telinganya.

"Kau dah setel kan semuanya?"

"Dah, bulan depan jemput lah datang. Kau tak datang, aku tak mengaku kau kawan."

Suara samar-samar seseorang sedang berborak kedengaran semakin jelas ke telinganya. Hilyaa pantas berpaling ke muka pintu pejabat Eijaz.

Serentak itu bunyi pintu pejabat Eijaz ditolak. Eijaz yang sedang berborak dengan seorang rakannya itu terus terhenti sekejap di hadapan pintu. Langkahnya yang terhenti kembali sambung.

"Hilyaa? Baru sampai?" Tegur Eijaz ramah. Hans di belakang diam hanya perhatikan dua manusia yang saling interaksi di hadapannya.

"Tak ada lah lama sangat dan tak ada lah sekejap sangat," jawab Hilyaa bersahaja. Cawan di tangan kembali diletakkan ke atas meja kaca.

"Ada apa Eijaz minta Hilyaa datang sini?" Terus Hilyaa mengajukan soalan. Kening sebelahnya terangkat.

Ini tak lain tak bukan, pasti Eijaz mahu mengajaknya lunch bersama.

"Hawa kata dah lama tak jumpa Hilyaa, rindu katanya. Tu Eijaz nak ajak Hilyaa lunch sekali."

Sudah diagak!

"Alah Hawa ni, baru seminggu tak jumpa dah rindu." Hilyaa tergelak. Ada ada je si  Hawa dia ni.

Sesetengah mesti ada orang berfikir macam mana dia boleh rapat dengan bakal kakak ipar sepupunya dalam waktu yang sama rapat dengan abang sepupunya sendiri. Ada yang jenis cemburu buta tapi tidak kepada Hawa.

Sebelum ini, dia memang rapat dengan Hawa gara-gara faktor kerja. Boleh dikatakan Hawa ini model muslimah. Setiap apa-apa berkaitan dengan shooting, pasti dia dan Hawa akan selalu bersama. Hawa yang dikenali pula peramah dan mudah mesra. Hilyaa pula yang sejenis kurang peramah ini pun senang terhibur dengan Hawa.

Ada satu masa, dia lunch bersama dengan Hawa. Dalam waktu yang sama Eijaz pun ada sekali memandangkan Eijaz tiba-tiba mengajak Hilyaa sekali. Hilyaa pun tanpa menolak hanya mengikut sahaja. Hawa juga begitu. Itu lah permulaan Hawa dan Eijaz berkenalan.

Tipu lah kata sepanjang mereka makan bersama, Hilyaa boleh nampak cara Hawa yang sedang cuba mencuri pandang Eijaz berkali-kali. Bukan sedikit tau!

Abang sepupunya pula tenang sahaja seakan tiada apa-apa berlaku. Apa yang Hilyaa boleh simpulkan saat itu Hawa mula tertarik dengan Eijaz.

Mula-mula Hilyaa tidak mahu syak sesuatu walaupun saat ini dia sudah terasa ada sesuatu yang Hawa sembunyikan sampai lah satu masa Hawa bertanya dan jujur kepadanya. Tersenyum lebar Hilyaa siap memberi tips macam mana nak rapat dengan abang sepupunya itu lagi.

Well, dia ni adik sepupu yang baik hati hahaha...

Sejak itu mereka makin rapat sehingga akhirnya Hawa dan Eijaz ikat tali pertunangan. Hilyaa orang pertama yang menyokong hubungan itu.

Alkisah, begitulah.

"Kiranya jadi lah ni kan?"

"Boleh je Eijaz, Hilyaa okey je," balas Hilyaa setuju.

"Kau nak ikut aku tak Hans?" Kepala Eijaz pantas berpaling ke arah belakang. Hans yang elok bersandar di muka pintu lantas berdiri tegak apabila empat mata itu mula beralih memandangnya.

Saat nama itu disebut. Hilyaa baru sedar dia bukan sahaja dengan Eijaz. Malah, ada tetamu lain yang turut mendengar perbualan mereka.

Dia langsung tak perasan.

"Tak apa lah, aku tak nak ganggu korang pula," tolak Hans sopan. Lagipun dia ada temu janji seseorang tengah hari nanti. Hans menggaru pipi kanannya. Senyuman janggal diberikan.

Aduh, dia tak suka situasi begini.

"Alah kau ni, mari lah lunch sama-sama. Lepastu kau nak balik, pun aku tak kesah." Sekali lagi Eijaz mengajaknya. Hans pula diam berfikir sebelum mata tidak sengaja beralih ke arah Hilyaa yang turut diam memerhatikan mereka.

Tidak semena-mena gadis itu memberikan dia senyuman manis seraya mengangguk perlahan. Hans sedikit tersentak. Wajahnya terkebil-kebil hendak berbalas apa. Hans pantas alihkan pandangan ke arah Eijaz yang masih menunggu jawapan yang bakal keluar dari mulutnya.

Hans mendengus perlahan.

"Yelah."

Nampak gayanya, hari lain pula dia perlu aturkan masa lunch dia bersama Tengku Raden. Cis!

°°°

          "HAWA ingat minggu depan nak ajak Hilyaa cari barang hantaran sama-sama. Boleh tak?" Hawa pandang Hilyaa di hadapannya.

Hilyaa serba salah. Minggu depan dia sebuk dengan photoshoot seorang model. Wajah Hawa yang penuh berharap itu membuatkan Hilyaa tidak sampai hati mahu menolak.

"Hilyaa kena tengok jadual dulu. Nanti kalau jadual Hilyaa kosong, Hilyaa bagitahu," jawab Hilyaa, jawapan paling  selamat.

Mata tajam Hans diam melihat Hilyaa dan Hawa saling berborak. Sebelum-sebelum ini, soalan sering bermain di kepalanya.

Dia selalu tertanya-tanya kenapa Eijaz begitu tenang dan berani rapat dengan Hilyaa sedangkan dia sudah bertunang.
Rupanya-rupanya Hawa dan Hilyaa serapat ini. Buat penat dia je bersangka buruk selama ni.

Hans mencebik, Eijaz ni pun satu. Bukan nak cakap yang Hawa dan Hilyaa memang dah sedia rapat.

Seketika Hans tergamam, sekejap? Kenapa Eijaz perlu bagitahu dia sedangkan dia bukan siapa-siapa. Apa yang dia merepek ni?

Hans tarik nafas dalam. Kepalanya menggeleng perlahan.

Parah dah dia ni.

"Aku balik dulu, ada kerja." Kunci kereta di atas meja, Hans capai. Saat dia mendongak wajah, semua mata terarah kepadanya.

"Kalau macam tu okey lah. Apa-apa hal telefon je lah aku."

Hans angguk kepala. Dia terus bangun dan berjalan meninggalkan mereka di situ sampai lah tubuh itu memasuki ke dalam kereta Audi R8 miliknya yang tidak jauh parking di restoran tempat mereka lunch bersama.

Sejak Hans bangun sampai kereta itu bergerak di atas jalan raya, Hilyaa hanya perhatikan susuk itu. Dia perasan cara pandangan Hans tadi agak pelik terhadapnya, namun dia hanya senyap dan biarkan walaupun dalam sudut hatinya terasa tidak senang.

Walaupun dia sudah banyak kali  bertembung dengan Hans tetapi mereka tidak pernah bercakap ataupun bertegur sapa. Dia cuma kenal Hans melalui Eijaz sahaja. Itu pun kenal macam orang asing  tanpa ada ucapan saling perkenalan. Selama ini pandangan Hans biasa sahaja tapi hari ini berlainan sungguh lelaki itu pandang dia.

Macam ada salah yang dia buat tanpa disedari. Ha macam tu lah.

Hilyaa tersentak apabila tiba-tiba lengannya ditolak dengan jari seseorang beberapa kali. Kepala pantas berpaling ke arah Hawa.

"Tengok apa tu?" soal Hawa dengan senyuman nakal. Membulat mata Hilyaa apabila dia dapat menangkap disebalik maksud senyuman itu.

"Ha, Hawa jangan nak merepek eh," kata Hilyaa sambil menjeling Hawa manja.  Dia dapat rasakan sesuatu pada Hawa. Bau aura-aura mengusik.

"Eh, Hawa tak cakap apa-apa pun." Selamba Hawa membalas dengan riak muka tidak bersalah. Eijaz pula hanya tahan senyum melihat tunangnya mengusik Hilyaa yang seakan gelisah tak tentu pasal.

Tidak tahan melihat air muka Hilyaa, tawa gadis itu tercetus. Tergeleng-geleng kepalanya cuba menahan tawanya yang semakin menjadi-jadi.

"Tak ada lah, Hawa gurau je. Cumanya cara Hilyaa tengok Hans tu macam sesuatu je. Korang ada hubungan ke?" Mood mengusiknya masih tidak dapat disangkal.

"Uhuk!"

Tersedak Hilyaa dengan soalan Hawa luar alam itu. Tekaknya terasa perit bercampur sakit akibat tersedak itu membuatkan matanya mudah berair gara-gara pedih yang menyengat. Air minuman pantas dicapai untuk melegakan tekaknya semula.

"Jadi betullah?" Hawa pandang Eijaz dengan riak muka inginkan jawapan. Bukan sahaja Hilyaa je terkejut, Eijaz pun terkejut dengan soalan tunangnya sendiri.

Aih, boleh mati kutu dia dibuatnya.

"Macam mana Hilyaa nak ada apa-apa hubungan dengan Hans kalau si Hans tu macam tu? You pun sendiri tahu Hans tu macam mana kalau dengan perempuan right?" Jawapan selamat diberikan kepada Hawa. Hawa terus diam, lagak berfikir.

Ada betul juga.

"Tapi... boleh jadikan?" Hawa pandang Eijaz dengan senyum senget. Eijaz menepuk dahinya perlahan.

Haih lah, si Hawa ni suka sangat menyakat orang.

"Takkan pernah jadi Hawa. Dah, jangan nak merepek." Akhirnya Hilyaa membuat kata putus. Wajahnya yang terasa berbahang cuba diaturkan neutral semula.

Lepas ni dia tak boleh lepas laku lagi dah sewaktu berhadapan dengan Hawa. Panjang je akal gadis itu. Bahaya!

°°°

Kalau tak ada halangan, esok saya update lagi. Selamat malam semua🤍

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top