BAB 20
SECAWAN teh panas diletakkan di hadapan Hilyaa. Ice americano pula di letakkan di tempat duduknya.
"Thanks..."
Hans pandang Hilyaa sekilas kemudian dia angguk. Selesai dia letakkan minuman mereka, Hans labuhkan duduk di hadapan Hilyaa.
Masing-masing mula diam. Merasakan suasana agak kekok, tangan kanan Hilyaa membawa ke cawan lalu perlahan dia angkat secawan teh panas itu mendekati bibirnya. Mata dihalakan ke arah cermin yang memaparkan permandangan luar kedai di tempat duduk sebelah kirinya. Hans diam melihat Hilyaa mencicip minuman yang dia berikan sebentar tadi. Sesekali matanya naik singgah ke wajah gadis itu.
Tak sangka penampilan Hilyaa kini sudah jauh lebih berubah. Selama sebulan gadis itu menghilangkan diri, dia langsung tidak dapat apa-apa berita buatkan dia sendiri tidak tahu apa keputusan yang Hilyaa akan sampaikan kepadanya. Tetapi hari ni, gadis itu sendiri tampilkan diri untuk berjumpa dengan dia setelah sebulan soalannya digantung sepi.
"Sorry, kalau saya ganggu masa awak."
Hans menggeleng perlahan. "Tak ada lah, aku baru lepas habis meeting. Kau ada nak cakap-cakap apa dekat aku?"
Hilyaa alihkan mata ke arah Hans yang sedia merenungnya sedari tadi. Bibir bawahnya digigit lembut, tabiat yang selalu dia buat jika dia dalam keadaan resah.
"Saya nak cakap pasal kita. Pasal lamaran awak."
"Kenapa? Kau dah fikir masak-masak?" Tanya Hans tenang. Walhal dalam hatinya saat ini dia dapat rasakan satu perasaan tidak senang mula hadir.
"Awak serius nak jadikan saya sebagai isteri awak? Kalau saya ni cuma bagi masalah dekat awak macam mana?" soal Hilyaa, itu ketakutan sebenarnya.
Hari-hari Hilyaa tertanya pada dirinya. Kenapa dia yang menjadi pilihan sedangkan Hans layak dapat lebih baik dari dia.
Dahi Hans berkerut hairan.
"Kenapa kau cakap macam tu? Aku ikhlas nak isteri kan kau. Sebelum aku buat keputusan untuk lamar kau, aku dah terima segala kekurangan pada diri kau," kata Hans, sedikit pun tiada gurauan, malah sengaja dia tekankan suaranya.
Biar nampak dia betul-betul serius dalam hal ini.
Hilyaa geleng perlahan. "Awak tak tahu apa-apa pasal saya."
"Kalau awak tahu segalanya. Saya yakin awak pun akan bencikan saya. Saya takut, saya tak mampu jadi yang terbaik untuk awak. Saya tak sempurna yang awak sangka," suaranya lemah. Air mukanya sebaik-baik dia cuba kawal dari kelihatan menyedihkan.
Tak pernah terniat pun dia nak minta simpati pada sesiapa jadi lebih baik dia kawal perasaan sendiri dari kelihatan seperti menagih simpati.
"Hilyaa..."
Wajahnya diangkat. Mata saling menyapa.
"Aku tak pernah bermimpikan isteri yang sempurna, cantik bahkan solehah. Aku cuma berharap seorang isteri yang selalu ada dengan aku susah dan senang, and it's just you." Tiada langsung kata-kata kasar yang menyelit. Cuma hanya kedengaran ikhlas.
Diam Hilyaa meneliti Hans. Bohong lah kalau selama ni dia tak pernah nampak usaha lelaki ini untuk mendekatinya, walaupun cara usaha Hans berbeza dengan lelaki lain yang memberi bunga ataupun kata-kata manis tapi dari situ dia nampak betapa struggle lelaki itu cuma lakukan benda yang dia tak pernah buat dalam hidupnya hanya untuk seorang gadis sepertinya dia.
Kali ini, dia tidak akan teragak-agak lagi untuk buat keputusan.
Beg kertas di tepi kerusinya dicapai lalu diletakkan ke atas meja mereka. Lembut Hilyaa menolak beg kertas itu ke arah Hans buatkan air muka Hans berubah mendadak.
"Apa ni?"
Hilyaa tarik senyum tipis. "Ini beg hadiah yang awak bagi kat saya. Awak ingat kan?"
Beg kertas itu direnung lama. Dengarkan kata-kata Hilyaa itu buatkan dia sedikit kecewa. Air muka sedaya upaya dikawal sebelum dia capai beg kertas itu dengan perasaan bercampur-baur.
Mungkin ini cara Hilyaa menolak lamarannya.
"Eh, awak nak pergi mana?" Senyuman di bibir Hilyaa terus mati apabila Hans tiba-tiba sahaja mahu beredar sambil membawa beg kertas yang diberi sebentar tadi.
Hans jeda. Bibir ditarik senyum paksa.
"Aku nak balik lah. Kita dah tak ada apa-apa nak dibincangkan lagi jadi buat apa lagi aku tunggu?"
Hilyaa bungkam seketika sebelum dia tersedar sesuatu. Tak semena-mena bibirnya menarik senyum lucu. Tangan di bawa ke mulut, cuba menahan diri dari melepaskan ketawa.
"Awak ni, saya tak bagi kata putus lagi kan." Sedaya upaya Hilyaa cuba menahan riak mukanya. Dia sedar Hans telah salah faham dengan cara dia.
"Habis tu yang kau bagi balik hadiah yang aku bagi dekat kau ni kenapa?" Berkerut dahi Hans cuba memahami suasana yang tengah terjadi saat ini. Hilyaa dan beg kertas di tangannya dipandang silih berganti.
"Cuba awak tengok isi dalam tu dulu," suruh Hilyaa, lucu. Geli hatinya melihat gelagat Hans yang agak sukar faham dengan apa yang dia cuba sampaikan.
Ini kali pertama dia lihat wajah lelaki itu berkerut-kerut. Comel sungguh!
Tidak mahu membuang masa, isi dalam beg kertas itu ditarik keluar. Saat mata terpandang satu stiker note tertampal di kotak kecil itu, matanya laju membaca sebelum dia kembali pandang Hilyaa.
“Kalau awak boleh hadiahkan saya kamera sebagai lamaran, tak akan saya tak boleh balas lamaran awak dengan hadiah juga kan? :).”
Gadis itu tersenyum panjang sebelum kepala dijatuhkan.
"Itu jawapan sebenar daripada saya. Yes, saya terima lamaran awak," kata Hilyaa tanpa ragu-ragu. Kotak di dalam genggaman Hans itu dipandang sekilas
Semoga Hans menyukai hadiah pemberian darinya ini.
°°°
TERSENYUM-SENYUM Lais mendengar cerita yang disampaikan oleh Hilyaa itu. Dari nada kakaknya itu, cukup buatkan dia ketahui bahawa Hilyaa cukup gembira. Ini bukan keputusan terpaksa tetapi ini memang keputusan muktamad yang telah Hilyaa buat.
"Hans ada ajak kau pergi jumpa keluarga dia?"
Hilyaa jatuhkan kepala sebagai balasan. Mug yang masih terasa suam-suam itu di dekatkan dengan bibirnya lalu dicicip sedikit air horlicks.
"Ada, malam jumaat ni. Family dia ajak dinner. Hans minta juga papa dan kau datang sekali. Kau datang kan?"
"Insyallah aku datang je cuma berkaitan papa ni... kau faham-faham je lah." Dihujung ayat itu, perlahan sahaja Lais berbunyi. Mata dilarikan ke arah langit luar yang gelap.
Nafas yang terasa berat dia hembuskan perlahan. Bibirnya menarik senyum paksa sambil jarinya perlahan mengacau air.
"Ya, aku tahu. Benci sangat kan papa dengan aku? Aku minta maaf berkali-kali pun papa masih simpan dendam dengan aku sedangkan aku tak minta pun benda tu berlaku dekat mama." Itu lah hakikat paling pahit yang dia terpaksa telan sampai sekarang. Kelopak matanya terpejam rapat buat seketika.
"Ini bukan salah kau. Apa yang berlaku ni semua takdir. Kalau papa bencikan kau sekalipun, kau masih ada aku. Aku tak akan pernah tinggalkan kau. Ingat tu."
Hilyaa mencelikkan mata. Wajah Lais dihadapannya dipandang lama. Lelaki itu turut merenungnya dengan alis keningnya terangkat-angkat. Tanda mengusik. Melihatkan itu, Hilyaa menjeling sambil tertawa sinis. Sengaja dia berbuat begitu agar rasa sedihnya dapat dibendung.
Betul, sampai sekarang Lais tidak pernah tinggalkan dia walaupun mereka berjauhan. Dia masih bersyukur kerana masih ada Lais yang selalu hulurkan tangan untuk dia berdiri sampai ke saat ini.
"Poyo lah kau."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top