BAB 2
SATU mug tiba-tiba muncul di hadapannya membuatkan Hilyaa pantas angkat kepala. Segaris senyuman manis dihulurkan kepada Hilyaa yang beriak pelik.
"Hari ni aku tak buat coffee sebab muka kau terlalu pahit untuk dipandang jadi aku buat air coklat, baru lah tampak manis." Kias Khalish masih dengan senyuman. Bukan main berbunga-bunga ayat dia. Macam ada ciri-ciri mengurat pula.
Tapi tidak bagi Hilyaa.
Mendengarkan kata-kata itu, Hilyaa tayang riak loya. Banyak lah dia punya manis. Lagi murung ada lah.
"Kau ni, aku dah lah kurang minum coklat." Mug di atas meja tetap dicapai lalu disisipkan ke bibirnya sedikit.
Cukup sekadar merasa di bibir. Nak menolak, risau pula kalau Khalish terkecil hati dengannya.
"Sekali sekala aku buat air coklat. Biasa coffee tak pun latte. Hari ni bagi lah can untuk aku tukar menu minuman kau pula. Bosan tahu tak?"
Kerusi di hadapan Hilyaa ditarik lalu dia labuh kan duduk sambil menongkat dagu.
Anak matanya jatuh memandang segala ukiran di kertas satu persatu.
"Banyak lah kau." Malas sahaja gayanya menjawab. Mug kembali diletakkan ke tepi.
"Kau nak balik pukul berapa ni?" soal Khalish, saja.
Hilyaa angkat bahu lalu wajah Khalish dihadapannya dipandang. Pensil di tangannya perlahan mengetuk dagunya berkali-kali.
"Mungkin lewat sikit? Aku ada nak pergi lain pula lepas ni," ujarnya.
"Ouh... Boleh aku tahu kau nak pergi mana?" soal Khalish, sengaja nak cucuk jarum. Macam lah si Hilyaa ni murah hati nak bagitau ke mana dia pergi mana.
Dia dah kenal sangat dengan Hilyaa tapi sengaja bertanya. Mana tahu ada harapan gadis itu menjawab.
"Ada lah, rahsia," balas Hilyaa dengan senyuman senget di bibir sebelum perhatiannya kembali ke atas lukisan di hadapannya. Tangannya kembali bergerak-gerak di atas kertas untuk mencurahkan segala idea yang berligar di dalam kepalanya.
Sudah diagak dengan jawapan Hilyaa, dia hanya tayang muka toya. Khalish diam sambil perhatikan gerak geri Hilyaa yang kembali tenggelam dalam dunia seninya. Ada banyak jenis lakaran yang dia nampak dan tak dinafikan lukisan yang dilukis oleh Hilyaa sangat mengagumkan.
Khalish berfikir.
"Aku rasa kalau kau jual lukisan kau ni pun, dah dapat untung yang banyak tau," ucap Khalish tiba-tiba. Matanya masih melekat ke satu lukisan yang berukiran figura seseorang wanita berjalan berseorangan sambil berpayung di dalam hujan.
Hilyaa diam, tangan kekal bergerak melakarkan sebuah lukisan. Kata-kata yang keluar dari Khalish seakan angin berlalu buat seketika.
"Untung memang dapat banyak but unfortunately, it's just a dream not reality," balas Hilyaa setelah merasakan suasana diantara mereka cukup sepi. Pensil di letakkan ke tepi sebelum wajah diangkat.
"Kenapa?" soal Khalish kepelikan. Perhatian diberikan sepenuhnya kepada Hilyaa.
"Papa tak bagi dan sebagai seorang anak yang mithali, aku kena lah lepaskan segala keinginan aku untuk puaskan hati dia," tuturnya selamba.
"Tapi tu kan hak kau? Kau boleh tegakkan dan buktikan pada papa kau kut. Rugi lah kalau kau ada bakat sendiri tapi kau tak gunakan untuk pergi lebih jauh," ujar Khalish tampak sungguh tidak berpuas hati. Air mukanya kelihatan jelas tertanya-tanya.
Hilyaa mengeluh. Tepi lukisannya diusap perlahan.
"Kalau lah aku boleh buat macam tu, dah lama aku buat Khalish. Cukup lah aku dapat kendalikan studio ni pun, aku dah bersyukur. Ni pun salah satu impian aku, tau. Mungkin aku tak dapat jadi seorang pelukis yang aku idamkan tapi aku dapat jadi salah satu kebanggaan untuk orang yang aku sayang dunia dan akhirat."
Terdiam Khalish mendengar balasan Hilyaa. Air muka Hilyaa ditatap lama. Dia cuba melihat dari segi air muka Hilyaa tetapi tiada sebarang riak langsung terpancar di segenap wajah gadis itu.
Yang ada cuma riak kosong.
°°°
HILYAA tersenyum nipis. Perlahan-lahan ibu jarinya naik mengusap gambar yang terpapar di hadapan skrin kameranya.
Rindu, hanya itu sahaja cara untuk dia lepaskan kerinduan terhadap orang yang dia sayangi.
"Sejak mama tak ada, hidup Hilyaa jadi sunyi mama. Semua orang dah tinggalkan Hilyaa. Lais duduk jauh, papa pula bencikan Hilyaa." Hilyaa berbicara sendiri. Mata tidak lepas dari menatap gambar mamanya bersama dia dan Lais.
Betapa bahagianya dia saat ini sebelum kejadian itu berlaku.
"Hilyaa rindu mama, rindu Lais dan papa..." Dihujung ayat itu, dia mulai sebak. Pandangannya mulai kabur.
"Sejak mama pergi, papa berubah. Papa dah tak sayang Hilyaa macam dulu. Papa selalu marah Hilyaa dan berkasar dengan Hilyaa. Semua ni memang salah Hilyaa kan?" Wajahnya kian menunduk. Nafas dinginnya terhela lemah melihat ke bawah.
Kereta yang lalu lalang itu kelihatan kecil sahaja di matanya. Dengan cahaya lampu kalimantang membuatkan suasana malam lebih cantik.
Agak lama dia termenung sambil menatap ke bawah. Tiba-tiba telinganya menangkap satu bunyi aneh. Laju kepala Hilyaa pusing ke belakang. Takut kalau-kalau seseorang melihatnya berkeadaan seperti ini.
Tak pasal-pasal kena fitnah nak bunuh diri pula hahaha...
Tetapi lain pula sangkaannya. Satu bayang pun tiada apa-apa di belakangnya. Dahi Hilyaa berkerut hairan. Perlahan-lahan tubuhnya berpusing untuk turun semula dari tembok yang agak tinggi.
"Hello?" Hilyaa cuba menyapa dengan mengeluarkan suaranya, tetapi tiada siapa yang menyahut. Dahinya yang sememangnya berkerut semakin menjadi-jadi pula.
Dia tak rasa dia salah dengar, kedengaran bunyi tapak kaki seseorang cuba menghampirinya di dengar dengan jelas.
Takkan dia silap dengar? Ke dia berimaginasi?
Atau hantu?
Serentak itu merinding bulu roma lengannya menegak. Angin malam pula seakan-akan cuba merancakkan lagi suasana yang sememangnya suram.
Hilyaa melepaskan nafas lemah. Tidak mahu berlama di situ, semua barang-barangnya di atas tembok itu dicapai sebelum kaki berjalan meninggalkan ruang bangunan paling atas ini.
Mungkin benar, dia tersilap dengar.
°°°
Nah, saya belanja lagi satu bab. Bukan selalu saya update hari-hari hahaha. Lepas ni saya jarang pula update sebab ada benda saya perlu uruskan, masa tu jangan rindu ye, cehh... Macam lah orang nak rindu kite ni sob sob.
Okeh lah, happy reading🤍
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top