BAB 18
PEN ditangan dipusing-pusingkan beberapa kali. Dah macam-macam gaya dia pusingkan pen sampai tak sedar dah masuk sejam dia begini. Sepasang matanya menatap kosong kertas-kertas berselerak di atas mejanya. Jasadnya masih berada di pejabat tetapi fikirannya jauh memikirkan perkara lain.
Hans melepaskan keluhan lemah serentak itu pen di tangan diletakkan ke atas meja. Badan disandarkan kasar ke kerusi pejabatnya lalu kedua-dua kelopak matanya dipejam buat seketika. Kusut, itu yang dia rasakan saat ini.
Hampir 2 bulan dia menunggu, namun tiada langsung khabar berita dari pihak sana. Kadang kala Hans terfikir bahawa ini cara Hilyaa menolak lamarannya tetapi bila ditanya pada Lais, lelaki itu meminta dia bersabar sedikit.
Dia tak faham, benar-benar tak faham.
"Kali ni dah sampai mana? Ke Landon or Paris?"
Hans celikkan mata. Buka sahaja mata, pandangannya menyapa figura Eijaz yang elok duduk bersandar sambil tangan bersilang ke dada.
"Bila sampai? Aku tak sedar pun." kata-kata Eijaz sebentar tadi dihiraukan. Biar lah, dia dah biasa dengan segala perlian dari Eijaz.
"Macam mana nak sedar kalau orang tu berangan tak ingat dunia? Aku mati-matian fikir tak ada orang dalam pejabat ni tapi Personal Assistant kau, Helen elok je kata kau ada kat dalam," ujar Eijaz. Tidak lepas matanya memerhati riak dan perilaku Hans itu.
Hans diam sebentar sebelum tangan dia bawa ke muka lalu dia usap perlahan.
"Maaf, aku serabut sikit."
Tidak menjawab. Eijaz hanya melihat perilaku aneh dari Hans itu. Sesuatu yang janggal di matanya.
"Besar juga pengaruh Hilyaa pada kau kan?" Sepintas kata itu keluar dari mulutnya. Ringan.
"Maksud kau?" Hans toleh ke arah Eijaz dengan alis keningnya terangkat. Tak faham.
"Kau sendiri dapat rasa pada diri kau inikan pula aku. Ini kali pertama aku tengok kau tak tentu arah macam ni. Masih nak nafikan perasaan kau?" Entah itu satu kenyataan ataupun tidak, tetapi itu yang Eijaz nampak di matanya.
Terasa bagaikan ditampar, Hans terhenyak. Hendak menafikan tetapi suaranya tidak mampu terkeluar mahu menegakkan dirinya. Akhirnya, Hans hanya melepaskan nafas berat sebagai jawapan.
Dia berkata macam mana sekalipun, setiap patah perkataan yang keluar dari bibir milik Eijaz, ada kala membuatkan lidahnya kelu.
"Kau datang sini ada apa?" soal Hans terus tukar topik. Malas dia nak bahaskan perkara ini terlalu lama.
Semakin lama, semakin jauh Eijaz karut.
Eijaz tersengih. Kedudukan tubuhnya diperbetulkan seketika. "Nak ajak kau lepak malam ni. Kau free tak?"
Laju sepasang mata Hans memandang Eijaz. Kepalanya menggeleng perlahan.
"Kau datang sini semata-mata tu je?" Hans pandang Eijaz tak percaya. Biar betik sahabatnya ini.
Rajin bebenor datang ke sini walhal Hans cukup tahu jarak antara syarikatnya dengan Eijaz memakan masa 20 minit.
"Alang-alang makan angin dalam bangunan ni. Bukan selalu." Selamba Eijaz membalas. Dia punya cakap tu bukan main santai lagi.
"Tak, aku tak boleh. Aku dah janji dengan kakak dan anak sedara aku nak pergi masjid sama-sama. Maaf..." Hans terpaksa menolak ajakan Eijaz itu. Tak sampai hati sebenarnya tapi disebabkan dia sudah berjanji dengan kakaknya maka dia juga perlu lunaskan janji itu.
"Kiranya next time lah ni?" ucap Eijaz dengan riak muka frust. Mana tak frust kalau nak ajak lepak pun dia perlu pastikan jadualnya tidak padat dan hari ni Eijaz perlu batalkan niatnya gara-gara Hans pula yang sibuk.
"Kau ni, tak payah lah buat muka tikus kau tu. Macam lain kali kita tak boleh lepak dah." Hans geleng perlahan. Bibirnya sedari tadi cuba tahan senyum dari melihat riak muka Eijaz sedari tadi. Cemberut betul.
Eijaz lepaskan nafas kasar. Riak frust masih terpasang elok di mukanya.
"Kau tahu kan kita sama-sama sibuk sejak dua menjak ni? Bulan depan aku dah mula sibuk dengan hal perkahwinan lagi. Bila nya nak ada masa lagi?" Rungut Eijaz tak puas hati.
"Hujung minggu depan?" Hans memberi cadangan.
"Ada dinner dengan family Hawa." Jawab Eijaz laju je seakan-akan sudah tahu soalan apa yang keluar dari mulut Hans.
Hans diam. Berfikir sebentar sebelum jemarinya mengusap dagu.
"Kalau macam tu hujung minggu depan lagi satu? Jangan kata kau sibuk juga." Mata sengaja dikecilkan ke arah Eijaz. Entah alasan apa lagi yang bakal Eijaz keluarkan.
Eijaz angkat bahu. Wajahnya hanya bersahaja.
"Tak janji. Risau sibuk urgent tiba-tiba."
Terukir kerutan di dahi milik Hans. Wajah Eijaz ditatap tajam.
"Kau sibuk buat apa je sebenarnya?" soal Hans kepelikan. Terasa ingin tahu juga apa yang disibukkan sangat itu sampaikan macam tu sekali.
Eijaz berdecit halus. Dahinya yang tidak terasa gatal itu dia garu perlahan.
"Tolong mama aku lah. Siram pokok kesayangan dia, tolong masak untuk dia. Tak cerita lagi pasal nak bawa dia pergi shopping. Kau fikir aku hujung minggu duduk rilek ke?" Sembur Eijaz berbakul-bakul. Membebel dia kalah orang perempuan. Ini kalau Hawa dengar ni entah macam mana reaksi gadis itu.
"Kalau macam tu kau ikut aku malam ni pergi masjid sekali, amacam? Boleh?" Hans angkat sebelah kening. Kalau Eijaz menolaknya kali ni, dia dah tak tahu nak pujuk macam mana dah.
Dengan Eijaz pun dia kena pujuk, kalau tak seminggu lelaki tu tarik muka dengannya hahaha...
"Boleh ke? Tak menganggu?" soal Eijaz dengan mata bersinar. Bukan main teruja bila diajak oleh Hans.
Hans angguk.
"Tak menganggu pun, join je lah sekali."
Seketika Hans teringatkan sesuatu. Jam di pergelangan tangannya dikerling sebentar.
"Maafkan aku tapi kita cakap sampai sini je. Aku pergi dulu, lepas ni aku kena hold meeting." Hans mula memperkemaskan tubuhnya. Fail yang dibuka sebentar tadi kembali ditutup.
"Okay... apa-apa hal kau chat aku kan?" Eijaz juga mulai bangun. Ingin beredar.
Hans jatuhkan kepala entah kali keberapa. Tangannya juga tangkas menyambut tangan Eijaz lalu mereka berjabat tangan dengan berbagai gaya.
Dah namanya member, nak berjabat tangan pun memerlukan gaya yang unik hahaha...
°°°
TAK berhenti tangan milik Hilyaa menghulurkan beberapa bekas plastik berisi kan bihun goreng kepada tetamu-tetamu yang hadir di masjid. Senyuman manis turut terukir sambil bibirnya tidak lekang menjawab ucapan terima kasih daripada para tetamu.
Sepanjang hayat Hilyaa, ini kali pertama pengalaman yang dia rasakan. Sebelum-sebelum ni, dia cuma bersedekah dengan menghulurkan beberapa duit tetapi bila ditukarkan dengan makanan, perasaannya lain yang dia dapat rasakan.
Masih terakam elok betapa cerianya anak-anak kecil yang mendapat makanan percuma saat dia hulurkan. Terlalu manis sehingga tidak mampu Hilyaa lupakan semua itu. Mungkin kenangan itu akan tersemat elok dalam kepalanya.
Lais yang berdiri tidak jauh dari Hilyaa itu hanya tersenyum kecil melihat Hilyaa dan beberapa orang masjid menolong untuk mengagihkan makanan percuma kepada semua tetamu yang hadir. Tidak soal lagi penampilan Hilyaa yang manis bertudung litup sambil mengenakan abaya berwarna peach itu.
Dia tak pernah tengok sosok Hilyaa sebegini sehingga dia sebagai adik pun terpegun. Masih tidak percaya gerangan yang memakai tudung itu kakak kembarnya.
Cantik, itu sahaja yang dapat digambarkan pada hatinya saat ini.
"Seronok betul saya tengok miss bagi makanan dekat budak-budak tu."
Naura yang tiba-tiba bersuara berjaya menarikan perhatian Lais yang sedari tadi perhatikan Hilyaa. Sisi wajah Naura dipandang dari tepi.
Mata milik gadis itu melekat penuh ke arah Hilyaa dengan bibirnya tidak lekang dengan senyuman suka. Tampaknya begitu gembira.
Lais juga turut tersenyum sama, kepala dijatuhkan perlahan.
"Pengalaman pertama, mana tak gembira? Saya lagi terkejut tengok perubahan kakak saya," ujar Lais sambil melepaskan tawa kecil. Lega? Lebih dari apa yang dia rasa.
Betullah sesetengah orang berkata. Jangan pernah menilai permulaan seseorang sedangkan manusia itu boleh berubah bila-bila masa sahaja. Jika bukan usaha yang mahu berubah, siapa lagi yang mampu membantu kalau bukan diri sendiri?
"Itu lah, saya pun tak pernah sangka tapi saya gembira dapat tengok diri miss yang sekarang." Terharu? Tipu lah kata kalau dia tak terharu, malah dia cukup teruja.
Sejujurnya, Naura juga tak sangka dia dapat membantu Hilyaa sejauh ini. Hari demi hari, dia nampak satu demi satu perubahan dalam diri majikannya.
"Naura..."
"Ya tuan?"
Naura pandang Lais dengan senyuman di bibir namun empat mata itu saling bertembung membuatkan Naura terkedu sebelum kepalanya tunduk sedikit. Malu.
Lais juga tidak kurang sama, bibirnya menarik senyum kekok. Tidak cukup itu, tapak tangan kanannya mengusap belakang lehernya. Menghilangkan rasa janggal yang hadir.
"Kalau saya nak minta satu permintaan pada awak, awak boleh tunaikan?"
Naura angkat kepala. Walaupun mata Lais masih tertumpu ke arahnya tetapi dia cuba untuk fokus.
"Insyaallah, saya boleh. Permintaan apa tu?"
Lais diam seketika sebelum nafas dihela lemah. Berat bagi dia untuk sampaikan kepada Naura tapi kalau bukan sekarang, bila lagi?
"Lusa saya dah mula berangkat ke Jerman semula jadi untuk saya balik semula ke Malaysia mungkin ambil masa yang agak lama. Entah bila lagi saya boleh datang ke sini pun saya tak pasti." Sedih? Mungkin sedikit tapi apa yang lebih membimbangkan ialah Hilyaa.
Hilyaa sahaja yang dia fikirkan saat ini.
Naura kemam bibirnya perlahan. Dia ada juga dengar sebelum-sebelum ni daripada majikannya itu cuma bila tuan badan sendiri yang sampaikan itu buatkan Naura rasa sesuatu.
"Ya, miss ada bagitahu saya pasal tuan."
Lais angkat sebelah kening. Rupanya Hilyaa sudah sedia maklum kepada Naura.
Dia je yang lambat sampaikan.
"Saya nak minta pada awak sesuatu."
Naura diam. Menanti bicara Lais seterusnya.
"Tolong jagakan Hilyaa untuk saya. Saya tak minta banyak, saya cuma nak awak tengok-tengokkan dia dan kalau ada perkara yang pelik berlaku, cepat-cepat bagitahu saya, ya?" Dia tidak pernah mengharapkan sesiapa sebelum ni tetapi melihat keakraban Naura bersama Hilyaa buatkan dia percaya yang Naura boleh tengok-tengokkan kakaknya.
Pada mulanya Naura tayang wajah hairan tapi lama-lama dia baru teringatkan sesuatu. Riak Lais dipandang gugup.
"Ni ada kena mengena dengan kes miss masuk hospital hari tu ke?"
Lais jatuhkan kepala. Mengiyakan segala apa yang Naura fikir. Naura terdiam sebentar.
Tak sangka majikannya yang jarang mengambil peduli tentang hal orang lain itu dianiaya juga. Fikirnya orang seperti Hilyaa jarang mempunyai musuh memandangkan majikan itu bukanlah sejenis yang menunjukkan harta atau sebagainya.
Ternyata meleset sama sekali.
"Awak cuma tolong tengok-tengokkan dan selalu ada dengan Hilyaa je. Hal lain awak jangan risau, saya ada upah orang lain untuk lindungi Hilyaa dari jauh jadi apa-apa hal awak bagitahu saya, boleh?"
Naura garu pipinya perlahan sebelum dia tarik senyum manis. Kepala dijatuhkan berkali-kali.
"Boleh, semua berkaitan dengan miss insyaallah saya boleh lakukan. Lagipun mungkin ini peluang untuk saya balas budi tuan dan miss. Terima kasih sebab tuan dan miss banyak tolong saya."
Senyuman Naura dibalas. Secara jujurnya dia ikhlas membantu Naura. Bukan atas dasar bos dengan pekerja melainkan hatinya sendiri yang mahukan.
Begitu juga Hilyaa.
"My pleasure, thank you also for helping my sister a lot."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top