BAB 17
BIBIR dikemam rapat melihat Hilyaa termenung ke arah kotak sambil kedua-dua tangannya menapung dagu. Entah apa yang difikirkan itu pun Lais tidak tahu tetapi wajah Hilyaa jelas kelihatan kusut.
Tidak betah biarkan Hilyaa sebegitu, Lais mula bangun dari duduk di sofa lalu kaki membawa langkah mendekati Hilyaa di meja.
"Tak habis lagi ke tenung kotak tu? Ke nak sampai kotak tu tembus dulu?" Usik Lais sengaja mahu bergurau namun gurauannya tidak kena pada masanya.
Malah, dipancing rasa marah itu ada lah.
Jelingan tajam diberikan kepada Lais dengan kening berkerut marah. Hilyaa mendengus kecil.
"Sibuk je lah kau. Dah, tak payah kacau aku." Tangan dijatuhkan ke atas meja lalu Hilyaa sandarkan kepalanya. Wajahnya langsung disembunyikan dari dilihat oleh Lais.
Dia betul-betul tiada mood. Lais pula ajak dia bergurau macam tu. Memang mendidih lah darahnya.
Lais helakan nafas lemah. Kerusi di hadapan Hilyaa ditarik lalu dia labuhkan duduk di situ. Hilyaa masih begitu, tidak pedulikan dia.
"Dah dia bagi, ambil je lah. Apa susah?" kata Lais senang. Mudah betul dia berkata sedangkan Hilyaa pula dah macam-macam masalah dia fikirkan jika dia terima hadiah ni daripada Hans.
Laju Hilyaa angkat kepala. Wajah Lais direnung tajam dengan pandangan membunuh.
"Kau cakap sebab kau tak pernah kena," ucap Hilyaa kasar. Sakit sungguh hatinya.
"Siapa cakap, kau fikir adik kau ni tak laku ke?" Tangan di bawa silang ke dada. Pandangan Hilyaa turut dibalas.
"Aku dah banyak kali terima barang dari perempuan. Rilek je, kau terima je lah kalau dia bagi," kata Lais lagi. Kotak di hadapannya dijeling lagi sekali.
Pada mulanya dia pun turut terkejut dengan hadiah pemberian Hans. Dia ingatkan Hans akan bagi hadiah seperti bunga ataupun coklat memandangkan hadiah itu yang selalu diberi kepada para wanita di luar sana tetapi berlainan sungguh dengan si Hans ni.
Tak terjangka dek akal.
"Lais, kau tak boleh samakan aku dengan kau. Itu sebab peminat kau bagi, kalau aku ni sebab lain..." Jelas Hilyaa jelas kelihatan kusut. Kalau dilihat memang Hilyaa seperti mengalami masalah besar. Perasaan tertekan tu tak perlu dicakap lah bagaimana riaknya.
"Cuba kau cakap, kenapa susah sangat kau nak terima?" Tanya Lais tenang dengan sebelah keningnya diangkat meminta jawapan.
Hilyaa helakan nafas lemah. Sukar benar hatinya untuk menerima. Kotak yang memaparkan imej sebuah Camera Canon itu direnung berat.
Ya, Hans bagi dia Camera. Tipu lah kata dia tak jerit teruja tadi tetapi separuh hatinya mulai tidak tenang.
"Aku... aku takut kalau aku terima hadiah ni tapi aku tolak lamaran dia, mesti dia kecewa kan?" Wajah Lais dipandang sedih. Bertambah bersalah hatinya.
Semakin hari, dia rasakan untuk menolak lamaran Hans itu amat sukar tetapi saban hari dia juga takut untuk sampaikan rasa keputusannya dan akhirnya sampai ke sudah dia tidak memberikan apa-apa keputusan.
"Kau berniat nak tolak lamaran dia ke?" soal Lais. Terkejut.
Hilyaa geleng kepala perlahan kemudian tidak lama itu kedua-dua bahunya pula diangkat menandakan dia benar-benar dalam keadaan delima.
"Aku tak tahu Lais... aku tak tahu..." katanya lirih.
"Kau dah buat solat istikarah?" Lais pandang Hilyaa dengan pandangan redup. Lama dia menantikan jawapan dari mulut kakaknya tetapi hanya diam sebagai jawapan.
Diam Hilyaa buatkan Lais jatuhkan kepada. Dari situ Lais sudah dapat mengagak.
"Cuba buat, insyaallah Allah permudahkan segalanya. Lagipun hanya Allah je boleh bagi petunjuk dekat kau untuk buat keputusan ni. Kau kena doa banyak-banyak tau." Cadang Lais dengan senyuman kecil di bibirnya. Cuba memberi sedikit kata-kata semangat buat Hilyaa.
Hilyaa kakak kandungnya, adik mana yang tak nak tengok kakak dia bahagia, bukan? Jadi Lais cuma nakkan yang terbaik buat Hilyaa.
Lagipun keselamatan Hilyaa lebih dia utamakan segalanya. Selagi si pelaku itu tidak diketahui dan ditangkap, selagi itu dia tidak mampu untuk senang duduk. Lagi-lagi untuk tinggalkan Hilyaa seorang diri lagi sekali di bumi Malaysia ini.
Hilyaa perlukan seseorang untuk melindunginya tetapi Lais tidak mampu untuk memaksa Hilyaa. Cuma dia berharap hati Hilyaa lembut untuk menerima Hans.
Sebab itu sejak Hilyaa mula bekerja dia yang banyak menemani Hilyaa dan jika Hilyaa seorang diri selebihnya orang kanan yang dia berikan kepercayaan itu sering memerhatikan kakaknya ke sana sini. Hilyaa langsung tidak tahu mengenai ini kerana apabila dia beritahu semua perancangan ini kepada Hilyaa, pasti kakaknya bantah sekeras-kerasnya dan kemungkinan pergaduhan bakal tercetus boleh terjadi.
Jadi untuk mengelakkan dari berlaku semua itu, biarlah benda tu menjadi rahsia. Sampai satu saat dia akan beritahu juga kepada Hilyaa.
Pada mulanya dia ragu juga tetapi dia tahu pilihan Hans yang terbaik. Segalanya-galanya Hans yang uruskan dan dia cuma ikuti kalau itu yang terbaik buat Hilyaa.
Nama Hilyaa tidak pernah putus dalam doanya. Always...
Hilyaa pandang Lais dengan perasaan berbelah-bagi. Masih memikirkan dalam kata-kata Lais itu.
°°°
"MISS?"
Hilyaa toleh ke tepi. Kening sebelahnya terangkat seperti bertanya.
"Ya?"
"Saya nak solat kejap. Miss nak ikut?" soal Naura dengan senyuman mesra. Tangannya sudah siap sedia menggapai beg solatnya di belakang.
Serentak itu Hilyaa alihkan pandangan ke arah cermin kereta. Saat itu matanya terhidang dengan sebuah masjid yang berdiri megah di hadapannya.
Cantik dan masih sama tika dia jejakkan kaki buat kali pertama di sini.
"Naura..."
"Ya miss, miss ada masalah ke?" Kepalanya sedikit senget mencari riak muka Hilyaa yang agak tersorok itu. Tidak semena-mena perasaan risau mulai menyapa hatinya.
Hilyaa tarik nafas dalam sebelum dia angkat wajah. Tapak tangannya yang berpeluk diusap banyak kali.
"Saya nak tanya awak, kalau awak ada seorang kawan ni. Apa pendapat awak kalau ada orang nak berubah tapi dia tak tahu macam mana nak mulakan perubahan tu?" Riak Naura dikerling sedikit. Rasa debaran di dadanya kian terasa. Mahu tahu juga dia jawapan yang bakal keluar dari mulut Naura.
Naura diam seakan berfikir seketika sebelum bibirnya tarik senyuman halus dengarkan itu.
"Kalau kawan saya tu nak berubah, saya akan cuba bantu dia. Bagi saya hijrah seorang diri itu memang susah jadi bila ada kawan yang sama-sama mahu hijrah ke jalan Allah, bagi saya tu anugerah paling terindah yang pernah Allah berikan pada saya," ucap Naura sedikit semangat.
"Kenapa pula?" soal Hilyaa kepelikan. Rasa ingin tahu tu mendadak naik. Perhatian sepenuhnya ditumpukan kepada Naura.
Naura membetulkan kedudukannya. Beg solat di tangannya, dipeluk erat dengan senyuman manis.
"Sebab bila hijrah sama-sama ni, semangat kita nak berubah tu akan jadi lebih baik. Lagipun saya gembira kalau ada kawan yang macam tu. Sekurang-kurangnya dia dapat bantu saya untuk ubah versi diri saya jadi lebih baik," terang Naura sederhana. Itu harapannya apabila dia dapat berhijrah dengan kawan jika mempunyai peluang.
Tetapi buat masa sekarang, dia masih tidak mempunyai kesempatan itu.
"Kenapa miss tanya? Miss ada kawan yang nak berubah ke?" soal Naura tiba-tiba. Agak tertanya-tanya juga apabila majikannya ajukan soalan kepadanya sebegitu.
Dengarkan itu kelu lidah Hilyaa mahu menjawab pertanyaan Naura. Kepalanya tertunduk ke bawah mencari segala kekuatan yang semakin terhakis.
Bukan setakat terhakis sahaja, malah terasa mahu sahaja luntur keyakinan dia untuk bertanya lagi.
Hilyaa tarik nafas dalam.
"Kalau saya minta Naura tolong saya untuk berubah, Naura sudi?" Cukup perlahan nadanya. Entah dengar atau tidak, Hilyaa pun tidak pasti.
Dalam kepalanya tidak putus-putus terfikir tanggapan Naura terhadapnya kelak.
"Sudi, miss kan boss saya. Lagipun miss dah banyak bantu saya. Saya dah anggap miss ni macam kakak saya. Miss tak kisah kan?" Sengih Naura tak bersalah. Sejujurnya hatinya turut gembira dengarkan permintaan Hilyaa itu.
Hilyaa senyum kelat. Kepalanya menggeleng perlahan.
"Tak, saya okay je, tapi Naura..." Hilyaa ketap bibir. Kata-katanya yang terjeda tadi buatkan Naura menanti kata-katanya.
Air liur yang terasa berpasir ditelan perit. Wajah tertunduk ke bawah. Malu.
"Saya kosong. Saya tak ada ilmu agama yang luas. Solat pun saya tak pernah buat sebelum-sebelum ni. Terlalu jauh diri saya ni dengan tuhan sampai saya tak tahu nak mulakan dari mana untuk berubah," luah Hilyaa halus. Kepalanya tertunduk ke bawah. Malu dengan Naura, malu dengan dirinya. Terketar-ketar suaranya cuba menahan rasa sebak yang semakin bertandang tatkala dia teringat kembali dosa-dosa lampaunya sehingga kini.
Perlahan Naura menggosok lengan Hilyaa. Cuba menenangkan Hilyaa dalam kesedihan itu sedangkan dia pun terikut rasa sama hiba.
"Tak apa miss, kita boleh belajar dari mula. Memang berubah ni memerlukan masa yang lama tapi sekurang-kurangnya kita cuba baiki yang mana kita rasa patut baiki. Insyaallah, dengan adanya usaha kita untuk berubah, Allah akan tolong kita." Tidak putus-putus kata semangat itu keluar dari bibirnya. Dengarkan tentang majikan dia nak berubah pun satu kegembiraan yang tak mampu dia lafazkan rasa syukur itu.
Sejujurnya dia gembira. Gembira sangat.
"Ouh ya, kejap!" Sebelum Naura keluar dari kereta, sempat gadis itu menarik suiz bonet belakang kereta sebelum laju dia membuka pintu dan melangkah menuju ke arah belakang kereta.
Tingkah Naura yang sedang ambil sesuatu di bonet belakang itu Hilyaa perhatikan sehingga terkedek-kedek Naura memasuki ke dalam kereta semula beserta satu beg kecil di tangan.
Naura tersengih lalu beg kecil itu diselongkar sebelum satu selendang berwarna peach dan anak tudung dikeluarkan dari beg tersebut. Barang-barang itu dihulurkan ke arah Hilyaa.
Hilyaa terkebil sendiri apabila Naura menghulurkan dua barang itu. Sekali lagi Naura meminta Hilyaa mengambilnya apabila tiada tanda-tanda respon dari Hilyaa.
"Ini untuk miss, pakai lah. Saya baru je beli ni, tak pakai lagi jadi ni hadiah saya untuk miss tanda kegembiraan saya miss nak berubah. Nanti dekat tempat ambil wuduk saya ajar miss cara untuk ambil wuduk dulu lepastu solat."
Hilyaa pandang Naura lama. Fikirnya Naura mungkin akan terkejut bila dia beritahu segalanya pada Naura, namun ternyata Naura memang lain dari yang lain. Riak sindiran dan kutukan tidak pernah dilemparkan buatnya, malah Naura dengan baiknya sudi mengajar dia ikhlas untuk berubah.
Tidak semena-mena mata dia berkaca-kaca sambil pandangan tidak beralih dari menatap Naura buatkan Naura sedikit terkejut. Mati terus senyuman di bibir gadis itu digantikan dengan riak cemas.
"Miss? Kenapa menangis ni? Maaf miss, saya ada silap cakap ke, miss?" Tanya Naura agak gelabah. Riak resah itu mula terpancar di wajahnya buatkan Naura serba salah.
Tercetus tawa kecil di bibir Hilyaa melihatkan itu. Hujung jari kanannya mengesat lembut air matanya.
"Tak, saya cuma bersyukur sebab masih ada orang baik yang sudi bantu saya untuk berubah. Buat susah-susah je awak bagi saya selendang dengan anak tudung ni." Jawab Hilyaa masih dihurungi sebak. Semakin dia bercakap, semakin laju pula air matanya turun bagaikan air terjun.
Dia kipas matanya banyak kali dengan tangan pun, tetap air matanya degil mahu mengalir.
"Aaa... Miss..." Tidak sanggup hati kecilnya melihat Hilyaa menangis sebegitu, akhirnya Naura membawa Hilyaa ke dalam pelukannya.
Belakang Hilyaa ditepuk agar dapat menenangkan serba sedikit majikannya. Tubir matanya yang berair sedikit itu pun dikesat sambil bibirnya tidak putus memujuk Hilyaa dengan kata-kata agar semuanya akan baik-baik sahaja.
Inilah hidayah. Hidayah itu lebih mahal dari dunia dan isinya. Hidayah yang datang berkali-kali kepadanya mungkin kelihatan samar-samar sahaja tetapi kini dengan adanya Naura buatkan dia mulai sedar bahawa ini lah bentuk hidayah Allah yang paling bermakna buat kali pertama dia rasa setakat ini dan dari situ dia mengetahui Allah sangat pedulikan dia.
Sangat...
Dia pernah berdoa untuk berubah dan tak disangka-sangka Allah permudahkan urusannya dengan menghadirkan seseorang untuk membimbingnya.
Terima kasih ya Allah.
Terima kasih kerana masih memberi dia peluang untuk berubah.
“Wahai orang-orang yang beriman. Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.”
(At-Taubah : 119)
°°°
Maaf lewat update. Saya fikir nak update malam tadi tapi sedar-sedar dah pagi. Penat kerja punya pasal smpai saya tak makan malam hahahah.
Maaf sekali lagi:) btw happy reading!<3
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top