BAB 16

           SEPANJANG dalam perjalanan, suasana sunyi ini menambahkan rasa janggal yang sememangnya sedia janggal. Hanya kedengaran bunyi corong radio sahaja memecahkan keheningan malam di antara mereka.

Hans hanya fokus dengan pemanduannya manakala Hilyaa dengan dunianya sendiri, sepasang mata kehijauan itu hanya pandang ke hadapan. Sesekali sahaja dia curi-curi pandang Hans yang serius itu.

Masing-masing mulut terkunci rapat. Sebutir patah perkataan pun tidak mampu  terkeluar dari mulut salah seorang membuatkan Hilyaa dihurungi rasa serba tidak kena. Tidak semena-mena kedengaran nafas berat meniti di bibir gadis itu, kuat.

Dengarkan itu, laju Hans toleh ke arah Hilyaa sekilas sebelum dia kembali pandang ke hadapan.

"Kenapa? Tak selesa ke?" Akhirnya suara Hans memecahkan kedinginan diantara mereka. Raut wajah Hilyaa sempat ditilik.

"Sikit, tapi saya okey je." Jujur Hilyaa dengan sengihan kecil. Tak sangka Hans mula menegurnya.

Dia fikir sampai ke sudah mereka tidak bertegur sapa. Biar senyap sampai lah mereka sampai ke destinasi utamanya.

Hans senyap seketika sebelum bibirnya kembali terbuka, mahu mengeluarkan kata-kata lagi.

"Maaf kalau perbuatan aku ni buat kau tak selesa tapi aku nak kau tahu yang aku jadi macam ni sebab aku tak biasa bercakap banyak dengan perempuan. Aku memang tak ada kawan perempuan jadi aku harap kau faham dan tak terasa dengan layanan aku." Tenang Hans bercerita sambil mata masih fokus ke hadapan. Cukup membuatkan suasana canggung tadi semakin pudar.

Hilyaa toleh ke tepi. Kepalanya geleng perlahan menandakan dia tidak apa-apa.

"Saya faham sebab saya pun macam awak. Masa zaman sekolah, saya bukan tak ada kawan lelaki je tapi kawan perempuan pun sama tau." Kini Hilyaa pula menceritakan tentang dirinya. Dari zaman sekolah sampai ke zaman sambung belajar dia tak pernah merasa ada kawan rapat.

Tapi sejak menjadi pengerusi studio milik arwah mamanya, di situ kehidupannya berubah. Dia berjumpa dengan Khalish. Lelaki itu banyak mengubahnya dari pendiam kepada banyak bercakap. Dia gembira kerana sebelum-sebelum ni dia tak pernah merasa ada kawan lelaki. Khalish pula sejenis yang sempoi dan suka bercerita jadi dia tidak lah kekok sangat.

Kadang-kadang perangai Khalish itu lah membuatkan dia rapat dengan lelaki itu.

"Serius?" Sekejap-sekejap Hans kalih wajahnya ke arah Hilyaa. Riak mukanya saat ini menunjukkan yang dia benar-benar sukar percaya.

Kepala dijatuhkan berkali-kali. "Awak ingat saya ni tipu ke?"

Hans angkat bahu. Wajahnya kembali tanpa riak. Hilyaa pula sudah mula berubah posisi badannya menghadap Hans. Mahu mendengar alasan lelaki itu.

"Mustahil orang cantik macam kau tak ada kawan atau mana-mana lelaki minat. Macam mana aku nak percaya yang kau tak tipu aku." balas Hans mendatar. Dia bercakap berdasarkan apa yang dia nampak. Wajah kacukan itu pasti ramai diminati.

Terkedip-kedip mata Hilyaa dengarkan itu. Tiba-tiba terasa wajahnya bertukar panas. Hilyaa menggenggam tangan kanannya lalu dia bawa ke bibirnya. Cuba menutup bibirnya dari kelihatan tersenyum di hadapan Hans.

Hans sedar ke tidak apa yang dia katakan tadi?

Bibir dikemam rapat. Tenang Hilyaa, Hans cuma puji. Tak akan tu pun kau nak berdebar?

"Saya tak tipu." Masih dengan jawapan yang sama. Kenyataan yang dia tak pernah putarkan.

Hans menghembuskan nafas kasar.

"Kalau macam tu bagi sebab kenapa, atau orang anggap kau ni sombong?" soal Hans masih tidak berpuas hati.

Tidak semena-mena, senyuman tipis terukir di bibir Hilyaa. Tenang wajahnya berpaling ke cermin hadapan melihat cahaya lampu dari kereta lain dan lampu  jalan yang menghiasi di setiap laluan jalan mereka lalui.

"Ya, mungkin betul apa yang awak cakap tapi ada sebab kenapa orang tak nak dekat dengan saya dan kalau boleh saya cuba untuk elakkan dari benda tu berlaku." Perlahan, antara dengar atau tidak dengar sahaja kemudian senyuman di bibirnya juga mulai pudar.

Sepatutnya di zaman remajanya dipenuhi dengan kenangan manis dengan gelak tawa bersama kawan dan tika waktu belajar, namun berlainan sungguh dengan dunianya.

Kejap-kejap Hans pandang Hilyaa yang senyap di sebelahnya. Gadis itu seakan tenggelam dengan dunia dia sendiri.

"Ouh ya, sebelum saya terlupa. Saya nak number awak, boleh?" Terus dilupakan kenangan pahit itu. Topik lain pula dibahaskan. Hilyaa laju toleh kepala di sebelahnya.

"For what?" Alis kening milik Hans sedikit terangkat. Wajahnya beriak seperti bertanya.

Hilyaa tarik senyum tipis.

"Kan senang kalau awak dan saya ada number telefon masing-masing. Lain kali kalau awak nak ajak saya keluar, awak boleh je mesej tak pun call saya. Tak perlu lagi awak minta kebenaran Lais," ulas Hilyaa panjang. Sudah mula boleh biasakan diri walaupun rasa janggal itu tetap tersisa.

Tak banyak cakap, Hans mencapai handphone nya di tangan kiri lalu dia hulurkan kepada Hilyaa yang seakan terkebil dengan perilakunya. Wajah Hans dan handphone di tangan lelaki itu dipandang silih ganti.

"Isi number kau kat sini." Setelah lama huluran tangannya tidak bersambut, akhirnya Hans bersuara juga apabila kelihatan Hilyaa seakan terpinga-pinga.

"Ouh, aaa... baik..." Kalut Hilyaa mencapai handphone itu. Laju jari jemarinya menekan number miliknya sebelum dia membuat panggilan menggunakan handphone milik Hans.

Hans hanya diam memerhatikan gerak gerinya.

"Dah, sekarang number awak pula." Handphone milik Hilyaa pula dicapai. Panggilan yang diterima sebentar tadi dia tekan.

"Awak nak saya save number awak apa?" Tanya Hilyaa polos. Hans di sebelahnya dipandang kejap.

"Ikut kau lah, aku tak kisah pun," balas Hans mendatar. Betul-betul tidak kisah jika Hilyaa mahu simpan number dia sebagai nama apa pun.

"Okay..." Hilyaa angkat bahu kemudian kepalanya terangguk-angguk comel. Dalam diam kepalanya sudah awal-awal memikirkan nama yang mahu di save lelaki itu.

Tak semena-mena bibirnya tersengih jahat dengan jari laju menaip. Nakal!

"Hilyaa..."

"Ya?" Laju Hilyaa toleh ke arah Hans tatkala namanya diseru. Sepasang matanya masih menunggu ayat yang bakal dikeluarkan oleh Hans.

Namun, hampa apabila Hans tidak jadi bersuara. Bicaranya tergantung begitu sahaja. Kepalanya menggeleng perlahan.

"Nothing, kita dah sampai." Serentak itu Hans tarik hanbreak ke atas kemudian jemari Hans laju mencapai blazer yang tergantung di belakang kerusinya.

Laju sepasang mata milik Hilyaa lari ke arah cermin di sisinya. Kelihatan beberapa  ahli korporat saling berborak mesra di tepi pintu masuk. Begitu juga pasangan mereka yang tampak agak elegant di matanya membuatkan Hilyaa agak gemuruh. Terus lupa apa yang Hans mahu katakan sebentar tadi.

Hilyaa hembus nafas perlahan. Tiga kali dia buat benda yang sama sebelum dengan berani jemarinya mula memegang pemegang pintu. Bersedia mahu menolak keluar.

"Wait..."

Tidak sempat Hilyaa mahu menarik pemegang pintu, tiba-tiba Hans bersuara membuatkan pergerakan tangannya terhenti di situ. Terkebil-kebil matanya menatap Hans apabila lelaki itu dengan selamba keluar dari kereta kemudian berlari anak ke arah pintu bahagian  penumpangnya.

Tak berkelip matanya menatap Hans tidak percaya tatkala pintu penumpang miliknya ditarik dari luar. Bukan itu sahaja, layanan Hans kini mampu menarik perhatian beberapa orang tetamu yang menyaksikan adegen mereka di sini.

Tak pasal-pasal bahang di mukanya terasa mula aktif. Cepat-cepat Hilyaa menekup sebelah pipinya. Menyembunyikan pipinya dari dipandang umum.

"Awak ni... saya boleh bukakan pintu  sendiri lah," suara Hilyaa berbisik halus apabila dia berdiri betul-betul di sebelah Hans. Dress putih yang dipakainya di betulkan sedikit.

"Tahu, tapi mulai sekarang aku nak biasakan diri untuk buat benda yang aku  tak pernah buat sebelum ni." Perlahan, namun cukup padat.

Kaku jemari Hilyaa buat seketika. Kepalanya menoleh ke arah Hans yang diam menatap ahli korporat di hujung sana.

Air liurnya mula terasa berpasir.

"M...maksud awak?" Saat ini Hilyaa cuma rasakan debaran di dadanya begitu kuat berbanding suaranya. Beg di tangan digenggam kuat.

Kini tatapan dingin Hans beralih ke arahnya membuatkan sepasang dua mata itu saling bertaut. Hilyaa juga seakan terpukau dengan sepasang mata coklat cair itu.

Lama... Sehingga Hans berani membuka suaranya.

"Sebelum-sebelum ni aku tak pernah buat pada sesiapa jadi kau orang yang pertama." Iris mata kehijauan coklat itu direnung penuh minat sebelum Hans tundukkan wajahnya kemudian terus berpaling ke arah lain.

Dup!

"Kau jalan lah dulu, aku ikut kau dari belakang," ujar Hans serentak itu dia berdiri di belakang Hilyaa. Riak bekunya masih elok terpasang di wajahnya, namun jantungnya hanya diri dia sahaja tahu betapa lajunya mengepam darah.

Hans pun keliru dengan dirinya sendiri.

"O...okay..." Dengan perasaan penuh debaran Hilyaa kuatkan juga kakinya untuk terus melangkah. Jemarinya erat menggenggam beg tangan rapat ke dadanya.

Kalau hari-hari dia macam ni, jantungnya yang sebelum-sebelum ni sihat pun boleh jadi tak sihat.

Sangat tidak baik.

°°°

         TIDAK lekang senyuman di bibir Puan Kailani tatkala bertemu empat mata dengan Hilyaa. Saat yang sudah lama dia nanti-nantikan kini terlepas jua.

Hilyaa dengan senang hati turut membalas senyuman itu. Kepalanya sedikit tunduk tanda menyapa.

"Perkenalkan ni mummy I, mummy... ni Hilyaa." Hawa mula memperkenalkan Hilyaa dan Puan Kailani. Wajahnya jelas ceria kerana dapat memperkenalkan Hilyaa di depan mummy dia.

"Cantik... tak sangka secantik ni Hilyaa yang Hawa katakan tu." Hampir-hampir sahaja mata tuanya terpukau dengan kecantikan yang dimiliki oleh Hilyaa. Lagi-lagi sepasang mata milik Hilyaa. Menawan sungguh!

Dengarkan itu Hilyaa tersengih malu. Segan juga bila dipuji sebegitu di depan keluarga besar Hanlee. Tambahan pula dengan mata-mata yang memerhatikan gelagat mereka saat ini lagi membuatkan Hilyaa bertambah kurang selesa.

"Hawa selalu cerita pasal Hilyaa dekat aunty. Aunty ada dengar juga yang Hilyaa ada studio sendiri, betul ke?" soal Puan Kailani ingin tahu. Tatapan penuh minat dilontarkan buat Hilyaa menandakan dia benar-benar tertarik dengan personaliti kawan anak gadisnya ini.

Bibirnya menarik senyum janggal. Lengan di tangannya juga digosok agar dapat mengurangkan rasa gugupnya.

"Tak ada lah aunty, studio tu milik arwah mama saya. Saya cuma jalankan amanah arwah mama saya untuk kendalikan studio tu," balas Hilyaa penuh jujur. Memang itu hakikatnya yang dia tak pernah putar belitkan dan dia bahagia dengan keputusannya.

Walaupun dia terpaksa mengorban segala minatnya.

Puan Kailani tersenyum mendengarkan itu. Dengar jawapan itu dari mulut Hilyaa buatkan dia dapat mengagak bahawa Hilyaa sejenis yang berani menjalankan amanah dan tanggungjawab biarpun usianya begitu muda.

"Ouh ya, Hilyaa datang sini dengan siapa? Ke seorang diri je?" Kini topik lain pula dibahaskan. Mata sesekali meliar memandang sekeliling sebelum kembali terarah kepada Hilyaa. Hilyaa yang dengarkan itu mula sengih canggung. Serba salah pun ada.

Patut dia jujur ke ni?

"Kenapa mummy tanya macam tu? Kalau Hilyaa datang seorang pun kenapa?" Hawa  kerling ke arah Hilyaa sekilas, sempat dia kenyit sebelah mata tanda bergurau sebelum mummy nya kembali ditatap.

Melihatkan itu, Hilyaa tahan senyum di bibir. Kalau tengok riak muka Hawa saat ini, kemain nakal!

"Kalau datang seorang okey lah, boleh mummy kenalkan Hilyaa dengan angah, kan?" Bersinar mata Puan Kailani dengarkan itu. Sosok tubuh anak teruna nya mula dicari-cari buatkan Hawa sedikit panik.

Manakala, Hilyaa kejung dengarkan itu. Matanya sedikit membulat pandang Hawa dengan gelengan laju.

"Eh, mana boleh mummy!" bantah Hawa cemas. Kedua-dua tapak tangannya siap melambai-lambai laju ke udara menandakan betapa cuak nya dia.

"Kenapa pula tak boleh?" Pandangan pelik dari Puan Kailani dilontarkan buat anak gadisnya. Terselit juga nada marahnya tatkala hajatnya disekat sebegitu.

Hawa telan air liur perit. Mata dilarikan ke arah Hilyaa yang diam memerhatikan gelagat anak dan ibu. Bibir digerakkan seperti meminta pertolongan. Tidak cukup dengan itu wajah sayunya ditayang sekali.

Laju Hilyaa geleng kepalanya. Takut-takut dia nak menyampuk, apatah lagi sekarang ni statusnya kelihatan samar-samar tika ini. Nak buat keputusan pun dia tak pasti.

Tengah asyik mereka memikirkan jawapan selamat untuk diberikan kepada Puan Kailani, tiba-tiba suara Eijaz kedengaran.

"Mummy tak makan dengan daddy sekali?"

Mereka bertiga turut berpaling sama ke arah tuan suara itu. Namun, anak mata Hilyaa lebih tertarik pada seseorang yang berdiri disebelah Eijaz.

Wajah kusut Hawa sebentar tadi serta merta berubah tatkala melihat sang tunang dihadapannya. Laju langkah kaki gadis itu merapati Eijaz.

"Nak makan lah ni cuma tadi mummy sengaja berborak-borak dengan Hilyaa sekejap," ujar Puan Kailani dengan senyuman manis. Wajah anak gadisnya sebentar tadi direnung tajam tidak puas hati.

Namun, Hawa laju melarikan matanya. Tak nak tengok! Mata mummy terlalu menyeramkan!

"Ouh, mummy kenal dah dengan Hilyaa?"

"Ya... alang-alang tu mummy ingat nak perkenalkan Hilyaa dekat Furqan." Hasratnya sebentar tadi diluahkan kepada Eijaz. Sempat matanya menjeling anak gadisnya tajam.

Eijaz yang dengarkan itu agak kelu seketika sebelum Hans di sebelahnya dipandang. Kosong wajah kawan itu seakan tidak terkesan dengan kata-kata Puan Kailani. Haih, keliru!

"Tak boleh mummy." Eijaz membalas jawapan yang sama macam Hawa cuma nadanya cukup perlahan agar tidak memberi kesan pada hati Puan Kailani.

"Kenapa pula tak boleh? Bagi sebab dulu kenapa?" Tangannya memeluk tubuh sambil anak matanya tidak lepas merenung Hawa dan Eijaz dengan tajam.

Tadi dia kena sekat dengan Hawa, sekarang Eijaz pula yang sekat harapannya.

Mati kutu Eijaz dibuatnya. Tangan di bawa ke belakang tengkuk lalu diusap di situ. Eijaz tersenyum canggung. Sesekali Eijaz menjeling Hans di sebelah yang  lebih suka diam menjadi penonton di dalam babak ini.

Orang punya lah nak bantu si Hans ni, dia boleh buat muka tembok macam tu!

Eijaz ketap bibir perlahan. Geram.

"Eh, Hans. Aunty baru perasan kamu datang sini. Datang seorang je ke?" Perasan akan kerlingan Eijaz tadi, baru dia perasan ada lagi seseorang di sebelah Eijaz.

Hans membalas sapaan itu dengan senyuman mesra. Kepalanya sedikit tunduk tanda hormat.

"Tak ada lah aunty, saya datang dengan pasangan saya." Jawab Hans tenang. Langsung tiada getaran di dalam nadanya.

Hilyaa pada mulanya cuma memasang telinga itu mulai terkedu. Mendengar pengakuan Hans itu benar-benar buatkan dia tersentak.

"Pasangan? Siapa?" Puan Kailani kembali meliarkan mata. Mahu mencari pasangan yang disebut oleh Hans itu.

Padahal sebelah dia je kut.

"Mummy, yang berdiri sebelah mummy tu lah partner si Hans ni. Adu mummy..." ucap Hawa dengan menepuk dahinya perlahan. Punya lah gigih mummy dia mencari pasangan yang disebut oleh Hans itu padahal dari tadi dah terpacak memerhatikan perilaku mereka.

Terkedip-kedip mata Puan Kailani dengan itu. Laju kepalanya berpusing ke arah Hilyaa yang sedari tadi diam itu. Perasan akan mata-mata yang memandang, Hilyaa sekadar tersengih canggung.

Aaa... kenapa semua pandang dia serupa alien je ni?!

"Hilyaa? Partner Hans?"

Perlahan-lahan Hilyaa jatuhkan kepala. Saat ini Hilyaa dapat rasakan wajahnya kian memanas lagi-lagi mata-mata yang memandang dan terdengar bisikan-bisikan dari manusia yang turut menyaksikan adegen mereka.

Mesti tetamu pun pasang telinga sekali.

"Kenapa tak cakap dari awal? Kamu pun sama, Eijaz. Mummy tanya kenapa duk diam je semua." Bebel Puan Kailani dengan pinggang dicekak. Patut lah anaknya, Hawa bukan main melarangnya keras mahu memperkenalkan Hilyaa kepada anak teruna dia.

Ini rupanya sebab dia.

Eijaz pula hanya sekadar tersengih. Tidak tahu mahu menerang bagaimana. Silap cakap, buruk padahnya.

"Maaf lah mummy, kitaorang bukan tak nak cakap tapi sekarang ni mereka dalam proses kenal-kenalan," sampuk Hawa tiba-tiba. Kesian pun ada dekat tunangnya, tak pasal-pasal kena marah dengan mummy dia.

Harap mummy dia faham lah proses yang dikatakan itu sebab cuma itu sahaja yang mampu dia terangkan pada Puan Kailani.

Nak cop Hilyaa sebagai bakal tunang Hans pun, tiada apa-apa keputusan dari Hilyaa lagi. Mahu berkata kawan pun, dia tak berani berkata kerana perkenalan mereka bukan bermula dari kawan.

Tak terkata terus Puan Kailani saat ini. Dia faham, cukup faham apa yang anak gadisnya cuba untuk sampaikan.

"Tak apa lah, tak jadi mummy nak kenalkan dekat angah." Sedih sahaja nadanya berbunyi. Hawa pula laju berdiri di sebelah mummy dia kemudian bahu Puan Kailani dielus lembut.

"Alah mummy, bunga bukan sekuntum. Apa kata mummy perkenalkan angah dekat anak Cik Nayli." Kening diangkat berkali-kali. Dalam memujuk, sempat dia berikan idea kepada Puan Kailani.

Wajah anak gadisnya di tatap pelik. "Cik Nayli? Buat apa?"

"Mummy tanya buat apa? Kenalkan lah diorang, auch!" Di hujung ayat itu, Hawa mampu mengaduh sahaja apabila tangan mummy dia lebih laju menepuk bahunya.

Kuat pula tu!

"Mummy ni sakit lah!" Hawa mencebik dengan mimik muka masa. Tak puas hati. Manakala Puan Kailani pula kembali mencekak pinggang.

Ura-ura mahu mengeluarkan bunga-bunga bebel.

"Kamu ni tak tahu ke atau  buat-buat lupa? Anak Cik Nayli tu kan dah kahwin. Kamu ni pun!" Suara Puan Kailani dengan muka tahan geram.

Hawa terkejut. Melopong mulutnya buat seketika sebelum dia tekup. Betul-betul terkejut tu.

"Eh ye eh? Mana lah Hawa tahu..." Bisik Hawa perlahan. Malu pula kalau ada orang dengar, tak pasal-pasal orang tuduh dia ni nak runtuhkan masjid orang lain.

Ngeri!

Semua di situ pecah tawa mendengarkan bicara itu. Dengan mimik wajah Hawa takut-takut itu buatkan Hilyaa dan Eijaz geli hati melihatnya. Puan Kailani juga pada mulanya marah tidak kurang sama juga naik dengannya.

Sedang mereka berbual sesama sendiri. Tiba-tiba Hilyaa perasan gerak geri Hans yang agak berlainan itu. Jam di tangan lelaki itu dikerling beberapa sebelum Hilyaa laju melarikan anak matanya tatkala terasa sepasang mata itu merenungnya.

"Aunty, kami kena balik ni. Hari pun dah makin lewat." Sampuk Hans dengan senyuman mesra. Puan Kailani hanya jatuhkan kepala kemudian senyuman kecil ditarik ke bibir.

"Okay, hati-hati balik tu. Hilyaa... Nanti ada masa kita jumpa lah lagi, ya?"

Kepala dijatuhkan dengan bibir tidak henti dari tersenyum. Tangan Puan Kailani di salam penuh hormat.

"Boleh je aunty..."

Setelah kedua-dua pipinya berlaga. Mereka berdua mula meminta diri kali kedua sebelum tubuh mereka betul-betul menghilang dari pandangan mata mereka. Hilyaa yang berjalan di belakang Hans hanya diam sambil memerhatikan bentuk belakang tubuh Hans yang bergerak di depannya. Agak menarik.

Tidak semena-mena Hilyaa tundukkan wajahnya sedikit kemudian kepala menggeleng pantas.

Behave Hilyaa...

Behave!

"Thank you..." Perlahan sahaja ucapannya apabila Hans membuka pintu untuknya. Agak malu tapi dia cuba tebalkan mukanya.

Berkali-kali dia tolak pun, Hans tetap berkeras mahu membukanya. Boleh tahan keras kepala juga kalau bukan sebab dia mengalah.

"Apa ni?"

Terpempan Hilyaa apabila Hans hulurkan satu beg kertas kepadanya. Dia pun tak perasan bila Hans mengambilnya. Kedua-dua tangannya teragak-agak mahu menyambut huluran tersebut.

"This for you. Buka lah..." ujar Hans sederhana. Perlahan dia menolak beg kertas itu meminta Hilyaa mengambilnya.

Beg kertas yang kini bertukar tangan itu di buka lalu satu kotak yang agak besar dilihat agak lama. Lama Hilyaa tenung isi dalam tu sebelum air mukanya serta merta berubah. Laju dia angkat kepalanya. Bibirnya terbuka seakan mahu mengeluarkan suara. Namun, bicaranya pantas dipintas oleh Hans.

"Aku nak kau ambil. Ini ikhlas dari aku. Anggap sahaja ni hadiah awal perkenalan kita."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top