BAB 15
BERHATI-HATI Hilyaa menuruni anak tangga. Sampai sahaja ke anak tangga terakhir, kedengaran suara Lais menyapanya membuatkan Hilyaa laju angkat kepala.
"Tada!"
Tak berkelip sepasang mata Hilyaa melihat Lais dengan ceria mendepakan tangannya sambil mengangkat alis keningnya berkali-kali.
Sebenarnya bukan itu yang membuatkan dia terpegun tetapi melihat apron comel dikenakan pada tubuh adiknya itu buatkan dia rasa mahu tertawa lucu.
Nampak macam gugirl gitu.
"Hari ni aku masak sarapan khas untuk kita. Jemput lah duduk, jangan segan-segan." Kerusi di hadapan Hilyaa ditarik lalu tangannya bergerak mempelawa Hilyaa duduk.
Tergeleng kepala Hilyaa bila Lais melayan dia sebegitu. Sempat dia menumbuk bahu Lais tanda bergurau.
"Mengada." Jeling Hilyaa sengaja buat-buat menyampah padahal dia senang dengan layanan Lais terhadapnya.
Selama ni dia cuma sarapan dengan oat ataupun biskut. Kalau dia terlewat sarapan pun dia akan pastikan untuk makan sesuatu agar dapat isi perut sedikit pun tak apa.
Tetapi sejak dua hari Lais duduk sebumbung dengan dia, dia dah tak rasa sunyi. Boleh dikatakan Lais lah yang buat semua kerja rumah ni.
"Kau buat menu apa hari ni?" soal Hilyaa sengaja nak tahu padahal dia dah nampak ada dua keping roti yang kelihatan seperti bakar kemudian di atasnya pula ada satu butter kecil beserta madu.
Entah, Hilyaa pun tak tahu apa nama makanan ni.
"Aku buat armer ritter. Cuba lah rasa, confirm kau nak tambah lagi," kata Lais penuh teruja.
Terpinga-pinga Hilyaa dengarkan itu. Roti di dalam pinggannya dipandang pelik.
"Armer ritter? Pelik betul nama." Sepasang mata milik Hilyaa itu tidak henti-henti duk membelek roti itu.
"Eh, ni sarapan orang jerman makan tau. Masa aku kat jerman aku selalu sarapan benda ni. Tante Carla selalu buatkan," cerita Lais tanpa sedar cara percakapannya sedikit lari. Terdengar slang dutch di situ.
Hilyaa diam. Pinggan beserta roti aneh itu ditarik rapat mendekatinya. Tangan kanannya mencubit roti itu agar menjadi kecil sebelum dia masukkan ke dalam mulut. Mahu tahu juga dia bagaimana rasa armer ritter yang Lais cakapkan itu. Alang-alang perutnya sudah mula melancarkan mogak.
Secebis kecil itu dimasukkan ke dalam mulutnya. Diam Hilyaa cuba menciptakan rasa di lidahnya sehingga tangannya kaku seketika.
Omo... Sedap!
"Macam mana? Nak tambah ke?" soal Lais sengaja buat-buat tanya. Hampir sahaja senyuman di bibirnya kelihatan apabila tangan Hilyaa kini laju menyumbat cebisan ke dalam mulutnya.
"Roti ni lembut... Rasa creamy pun ya..." komen Hilyaa dengan kepala terangguk-angguk comel. Suka.
Dia approve!
Tidak dapat ditahan lagi, Lais akhirnya tersengih. Kerusi di hadapan Hilyaa, dia tarik lalu dia labuhkan duduk di situ. Pinggan yang memang disediakan untuk dirinya pula dicapai.
"Sebelum masak atas pan. aku celup roti ni dengan susu. That's why rasa dia creamy," jawab Lais sambil tangannya mengoyak roti agar menjadi cebisan-cebisan kecil sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya.
Hatinya cukup gembira melihat respon Hilyaa bertambah baik dari hari ke hari.
Sedar akan sesuatu kelainan, Lais jatuhkan pandangannya ke arah pemakaian di tubuh Hilyaa.
"Aku tengok kau pakai ni macam nak keluar je. Nak pergi mana?" Tanya Lais dengan mata tidak lepas meneliti Hilyaa.
Tangannya terhenti seketika sebelum dia sambung menyumbatkan roti ke dalam mulutnya kembali. Hilyaa tarik senyum nipis.
"Aku dah sedia nak bagi keterangan dekat polis tapi kau temankan aku, boleh?" mintanya mendatar. Riak setenang mungkin dia cuba pamer.
Lais yang dengarkan itu menarik senyum lebar. Tak henti-henti bibirnya mengucapkan lafaz syukur. Akhirnya, Hilyaa terbuka juga hati untuk memberi keterangan selepas beberapa hari kes ini berlaku.
Sepatutnya perkara ini perlu dibahaskan sejak Hilyaa sedar dari hospital tetapi memandangkan keadaan Hilyaa masih belum stabil, Lais meminta untuk semua memberikan Hilyaa ruang sehingga mereka sendiri yang akan tampil memberikan keterangan.
"Boleh! Bagi aku makan dulu lepastu aku naik, bersiap." Bukan main semangat Lais membalas. Sesekali Lais membuka topik yang sesuai untuk dibahaskan bersama Hilyaa.
Kakaknya itu pun layan dan dengar sahaja apa yang Lais celoteh kan. Kadang-kadang Hilyaa membalas, siap dengan tawanya lagi.
Sudah lama Lais tidak mendengarkan tawa itu. Sekarang, dia dapat dengarnya kembali.
Sekurang-kurangnya dia dapat melepaskan rindu.
°°°
PANTAS langkah kaki Hilyaa menyaingi Lais. Tidak cukup dengan itu mulutnya juga berkali-kali memanggil Lais.
"Lais, nanti! Aku boleh jelaskan!" Hilyaa ketap bibir. Rasa sakit di tumit kakinya dibiarkan memandangkan dia menggunakan heels saat ini.
Tapi semua tu dia tak peduli! Sekarang yang dia pedulikan ialah Lais. Dia masih ingat riak tidak puas hati adiknya semasa dia memberi ketenangan kepada pihak polis, tidak cukup itu sempat juga mereka bergaduh mulut tetapi nasib pegawai itu cuba untuk menenangkan keadaan yang bertukar tegang.
"Lais..."
"Get in the car. We will talk about this later. I don't want to make things worse." Dingin Lais bersuara. Cuba menahan amarahnya yang sedari tadi di tahan.
Kalau mereka bergaduh di tempat awam sebegini, risau ada mata-mata melihat mereka ataupun buat rakaman. Tak pasal-pasal viral satu Malaysia.
Hilyaa berhenti dari melangkah. Tubuh Lais yang sudah masuk ke dalam kereta itu dipandang sayu. Rasa sedih semakin menghimpit ke dadanya, namun ditahan jua. Dia tahu, saat ini Lais kecewa dengan dirinya tetapi dia buat begitu pun atas sebab tertentu. Dia benar-benar tersepit tika itu.
Dengan lemah, Hilyaa kembali berjalan mendekati kereta Lais. Tutup sahaja pintu kereta, Hilyaa terus berpaling ke arah Lais. Nafas ditarik panjang.
"Lais, jangan lah marah. Aku tak nak buat kau risau sebab tu--"
"Kau tahu tak, bila kau tak bagitahu aku yang selama ni kau rasa diperhati. Aku tak tahu tau yang selama ni kau dalam bahaya. Kau kata macam perkara ni biasa je bagi kau, ni dah dikategorikan kes membunuh!" Cantas Lais laju dengan suara sedikit tinggi. Tertahan-tahan nadanya dari mencetus sebarang pertelingkahan.
Selepas je berlaku penyiasatan, dia dapat nampak sedaya upaya Lais cuba menahan diri. Dia yang sudah dapat menangkap perubahan diri Lais cuba untuk memujuk tetapi Lais meminta dia untuk tidak berkata apa-apa.
Terasa berpasir air liurnya saat ini. Hendak bersuara pun dia rasa takut-takut tapi dia perlu juga memohon maaf.
Dia sedar, ini memang salahnya.
"Ya, aku tahu aku salah. Aku minta maaf..."
Hilyaa ketap bibir perlahan. Wajah Lais masih sama, dingin dan tegas.
Lengan Lais dipegang lembut. Apabila nampak tiada tanda-tanda Lais menolak sentuhannya, lengan itu digoncang lembut dengan bibir menarik muncung sedih.
"Aku janji aku tak berahsia apa-apa pada kau lagi. Please... kau je adik aku dan kawan aku sekarang ni, kalau tak ada kau siapa lagi nak layan aku dan jadi kawan aku?" Terkedip-kedip matanya meminta simpati. Hampir tersenyum Hilyaa apabila Lais memberikan riak positif.
Lais hela nafas perlahan sebelum kepalanya terus toleh ke kiri. Kelihatan Hilyaa masih memegang lengannya dengan muka sayu.
"Aku tak suka marah-marah sebab kau kakak aku tapi cara kau yang suka berahsia ni, aku tak suka. Apa gunanya aku kalau kau tak boleh cerita pada aku?"
Semakin menunduk kepala milik Hilyaa. Sedar dia sudah melakukan kesalahan yang besar. Tidak cukup dengan itu menggunung perasaan serba salahnya terhadap Lais.
"Tolong lah, kalau kau rasa selama ni diperhati, bagi je tahu aku. Selama ni aku cuma minta Abang Eijaz tengok-tengokkan kau, bukannya perhatikan kau sebagai bodyguard ke apa. Kalau aku tahu, dari awal aku cari bodyguard untuk kau."
Laju Hilyaa angkat kepala dengan mata membulat tidak percaya.
"Lais..." Tangan kanannya memegang kepalanya kemudian Hilyaa geleng.
Salah satu sebab ni dia tak suka bagitahu kerana Lais jenis risau tak bertempat dan mungkin bila dia bagitahu perkara ini, kehidupannya yang biasa bakal tersekat.
"Aku tak perlukan bodyguard or anything else. Aku masih boleh jaga diri aku." Bantah Hilyaa keras tidak suka.
Dia bukannya suka dikawal dan diawasi sepanjang masa.
"Sekarang ni tak kira lah kau boleh jaga diri kau atau tak tapi kalau dah lelaki yang sama tu serang kau, aku boleh hilang kau sekelip mata je tau," balas Lais tidak kurang sama.
Masing-masing terdiam selepas itu sehingga Lais ambil keputusan untuk teruskan memandu. Hanbreak diturunkan kemudian tangan naik ke atas stereng sebelum dipusing agar naik ke jalan raya.
Wajah dikalihkan ke arah Lais yang diam dengan riak dingin itu. Keluhan lemah dilepaskan dari bibirnya.
"Habistu macam mana ni?" soal Hilyaa kusut. Tidak senang duduknya apabila suasana janggal diantara mereka semakin terasa.
"Setuju dengan lamaran Hans. Sekurang-kurangnya dia boleh tengok-tengokkan kau." Selamba badak idea itu dikeluarkan membuatkan Hilyaa tidak terkedip.
Lais kata apa?
"Lais, kau ni dah gila ke apa?" Mencerung Hilyaa pandang Lais. Tak percaya itu yang Lais fikirkan sedari tadi.
Sedangkan dah berkali-kali dia bagitahu kepada Lais bahawa dia takut dengan keputusannya.
"Aku tak main-main, aku serius Hilyaa."
Hilyaa sempat menangkap anak mata Lais apabila Lais kerling ke arahnya sekilas. Cukup menunjukkan yang adiknya memang benar-benar serius. Tiada langsung gurauan dalam nadanya.
"Kau nak aku kahwin dengan Hans semata-mata untuk keselamatan aku terjamin?"
"If I say yes, that's what I mean." Tenang Lais membalas bagaikan tidak terganggu langsung dengan riak terkedu Hilyaa itu.
Hilyaa ketap bibir kuat. Kepalanya kembali sarat tentang lamaran Hans. Dia fikir dia cuba nak abaikan tapi semakin lama, semakin kuat ingatannya memaksa untuk dia fikir. Tambahnya pula dengan permintaan Lais membuatkan dia keliru.
Tengah asyik dia termenung tiba-tiba Lais kembali bersuara.
"Ha, sebelum aku lupa. Hans cakap dia nak bawa kau malam ni pergi keluar," kata Lais sambil memandu. Hilyaa yang dengarkan itu sudah mula tercengang.
Jantungnya tak usah dicakap!
"Malam ni? Keluar untuk apa?" Cepat-cepat Hilyaa bertanya. Jantungnya laju mengepam darah bila Lais berkata begitu.
Huwaaa! Dia tak sedia lagi nak bersemuka dengan Hans!
"Kau lupa ke or buat-buat lupa?" Hilyaa yang sedang muhasabah diri itu sempat dikerling sekilas sebelum Lais kembali fokus ke hadapan.
"Apa?"
"Malam ni kan ada dinner sempena anniversary Hanlee group. Kau lupa?"
Serentak itu dahinya berkerut seribu. Lais di tepinya dipandang was-was.
"Hari ni ke? Kenapa aku tak ingat." soal Hilyaa sendirian. Dahi dia tak payah cakap lah, berkerut seribu!
"Kesan lepas 3 hari koma kut." Sempat Lais memerli membuatkan Hilyaa pantas alihkan wajah kemudian dia memincingkan mata tajam.
Lais ni kadang-kadang boleh tahan juga mulut puakanya.
"Tapi aku tak nak pergi dengan dia, aku nak pergi dengan kau..." Hilyaa mencebik sedih. Dia masih tak sedia lah!
"Tak payah nak mengada, aku awal-awal kata kat Hans yang kau okey je so nak tak nak kau kena juga keluar dengan dia." kata Lais selamba. Langsung tidak ambil kisah pasal riak kakaknya yang mula berubah.
Hilyaa cekak pinggang. Kecil besar, kecil besar sahaja dia tengok Lais saat ini.
Suka suki dia je buat keputusan tanpa tanya tuan badan dulu!
"Eh, siapa cakap aku okey je? Aku tak cakap apa-apa pun." Marah Hilyaa dengan wajah memerah. Keningnya yang terukir cantik itu juga berkerut-kerut sehingga menghasilkan kedutan di dahinya.
Tanpa bersalah Lais angkat bahu.
"Siapa suruh kau tak minta number phone dia, jadi apa-apa berkaitan dengan kau dia akan tanya aku je. Aku cuma jawab okeh je bila aku rasa benda tu perkara yang baik. Lagipun dia minta izin aku, kira aku okey je lah." Semudah itu sahaja Lais memberi jawapan. Simple dan tidak memeningkan kepala.
Tapi yang tengah rasa dunia ni berputar tuan badan itu lah. Rasa gelisah, macam-macam ada saat ini.
Lais pun satu, baru hari ni nak bagitahu dia. Sekurang-kurangnya bagi lah dia prepare diri dia dalam sehari dua ke.
Dengan kasar Hilyaa sandarkan badan ke seat kereta. Wajah dipaling ke arah tingkap dengan riak mencuka. Tak puas hati!
Kalau tak difikirkan Lais tengah drive, dah lama dia bagi sepit ketam miliknya.
Geram je!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top