BAB 10

           KE hulu ke hilir Eijaz berjalan di hadapan bilik kecemasan. Masih menanti khabar berita dari dalam. Kelibat seorang doktor pun masih tidak kelihatan keluar dari merawat Hilyaa di dalam.

Sedari tadi sudah hampir 3 jam dia menunggu di sini. Apa yang dia tahu, dia sangat risaukan keadaan Hilyaa di sana.

Semasa dalam perjalanan ke hospital, Hilyaa terus tidak sedarkan diri. Detak jantungnya lari dari tempo asalnya buat seketika. Hanya Allah sahaja tahu macam mana rasa itu.

Dia sudah memberitahu Lais keadaan Hilyaa dan tanpa ragu-ragu, adik sepupunya itu mengambil keputusan untuk pulang segera ke Malaysia.

"Hans..."

Kepalanya yang tertunduk itu mula terangkat apabila Eijaz menyeru keras namanya. Wajah lelaki itu juga terbias  serius memandangnya.

"Aku tahu kau bukan senang-senang nak sentuh perempuan but Hilyaa... Kenapa?" soal Eijaz. Inginkan jawapan.

Hans ketap bibir. Matanya terpejam buat seketika.

Dia pun sebenarnya tak tahu kenapa dia bertindak di luar kawalan. Apa yang dia tahu, hatinya berdetak kuar untuk lakukan semua itu.

"Aku cuma nak selamatkan nyawa dia, kalau aku tak buat macam tu kemungkinan dia akan..." Hans jeda. Tidak sanggup dia hendak menyambung kata-katanya.

Kejadian itu masih terngiang-ngiang dalam kepalanya. Hanya dia seorang sahaja melihat bagaimana lelaki itu cuba mencabut nyawa Hilyaa di hadapannya. Kalau dia lambat seminit...

Dia tak dapat bayangkan macam mana pengakhirannya.

"Tak, itu bukan alasan kukuh kau. Aku kenal kau bagaimana, Hans..." Eijaz masih merenung Hans tajam. Alasan Hans sukar untuk dia percayai kerana dia tahu, segala perbuatan yang Hans lakukan pasti ada alasan.

Hans diam. Dia memeluk tubuh sambil membalas tatapan mata tajam milik Eijaz itu.

Sejujurnya dia pun tiada sebab. Hans tidak tahu kenapa dia bertindak sedemikian tetapi dia sangat yakin dengan keputusannya.

Keputusannya yang dia akan tanggung risiko ini sejak dari awal.

Dan tanpa dia sedar, ini kali pertama dia berasa ketakutan seperti ini.

Satu perasaan yang hadir itu membuatkan dia sampai sekarang berasa celaru memikirkan, kenapa dia perlu takut?

"Aku..."

"Eijaz?"

Kedua-duanya laju toleh ke arah gerangannya yang memanggil nama Eijaz. Suasana yang tegang tadi mula terhenti apabila kelihatan Hawa berjalan mendekati ke arah mereka.

Eijaz usap wajahnya yang terasa ketat. Tubuhnya yang terasa tegang mulai kendur.

Terhenti sahaja langkah Hawa di hadapan mereka berdua, bersilih-ganti Hawa pandang Eijaz dan Hans yang berwajah serius itu.

I smell something fishy...

"Korang ada masalah ke? I mengganggu korang ke?" soal Hawa takut-takut. Terasa diri ini tiba-tiba menyibuk.

Eijaz lepaskan keluhan berat. Dia sempat menjeling Hans sekilas sebelum dia berjalan ke arah kerusi lalu dia duduk.

Terkebil-kebil Hawa tatkala dipalau oleh Eijaz. Hans yang masih berdiri kaku itu kini dipandang.

"Korang berdua gaduh ke?" bisik Hawa sangat perlahan. Tidak mahu soalannya ditangkap oleh Eijaz. Tak pasal-pasal mood lelaki itu berubah.

Hans diam tidak berjawab. Hanya tatapan kosong sebagai jawapan.

"Tanya dia sendiri."

Selamba Hans berjalan melintasi Hawa. Tiada serba salah langsung. Hawa terdiam. Laju dia pusingkan badan melihat belakang badan Hans dengan mata mengecil. Bibirnya mencebik menyampah.

Orang tanya elok-elok, dia jawab macam tak makan setahun.

"Dasar sombong..." kutuk Hawa sedikit kuat. Biar lah orang jauh sana dengar kutukan dia pun.

Janji dia puas.

°°°

          TANGAN dingin Hilyaa digenggam erat. Berharap agar tapak tangan hangat ini dapat dipindahkan sedikit pada Hilyaa.

Tubuh Hilyaa yang terbaring kaku itu dipandang tanpa jemu. Lama dia tenung wajah itu tanpa berkelip. Terasa masih sukar untuk dia mempercayai yang tubuh terbaring kaku ini milik kakaknya.

Tidak sangka dalam beberapa tahun ini, dia dapat lihat perubahan Hilyaa yang sangat ketara.

"Hey... kau tak rindu aku ke?" Lais membuka suara setelah lama berdiam diri walaupun dia tahu, pertanyaan dia akan dibiarkan begitu.

Sepi...

"Aku dah hari-hari balik sini tapi kau langsung tak nak bersapa dengan aku. Berlagak kan kau sekarang. Mentang-mentang sekarang makin lawa, terus tak nak jumpa aku dah." Suaranya lagi.

Masih sepi...

Lais tarik senyum kelat. Kalau lah sekarang ni Hilyaa sedar, pasti setiap kata-kata yang dia hambur kan akan dibalas dengan kata-kata kasar penuh emosi milik kakaknya.

"Maafkan aku, aku tak dapat jaga kau seperti mana yang kau harapkan. Aku tak boleh jadi seorang adik yang sangat bertanggungjawab terhadap seorang kakak seperti kau. Mesti banyak kan kau tempuhi selama ni tanpa aku di sisi kau?" Lais genggam tangan Hilyaa, kuat.

Lais melepaskan keluhan lemah. Dia tak tahu nak hadap dengan Hilyaa macam mana jika suatu saat nanti Hilyaa sedar. Dia sangat serba salah. Bahkan, dia rasakan yang dia seorang adik yang gagal.

Ya, Eijaz dah menceritakan segalanya. Dia memang bertekad hendak balik ke sini dan membawa Hilyaa ke sana tapi dia dapat rasakan Hilyaa tak akan semudah itu mengikutinya ke sana kerana Hilyaa mahu mempertahankan peninggalan arwah mama mereka.

Dia tahu, dia tahu semuanya.

Dan itu membuatkan rasa marahnya semakin membuak-buak. Kalau tak difikirkan itu ayah kandung mereka, sudah lama dia bergerak sendiri.

"Lais..."

Laju Lais angkat wajah apabila namanya dipetik. Kepalanya berpusing ke arah pintu.

Kelihatan Eijaz dan seorang lelaki yang tidak dikenali itu mula berjalan mendekatinya. Mata Lais hanya terpaku pada lelaki yang berdiri di sebelah Eijaz sahaja.

Dia macam pernah lihat wajah ini.

Tapi dimana ya?

"Macam mana keadaan Hilyaa?" Soal Eijaz sambil menatap Hilyaa yang diam terbaring kaku itu.

Masih sama.

Lais kalihkan wajah ke arah Eijaz setelah lama amati wajah agak familiar itu.  Wajahnya tertunduk sedikit sambil melepaskan nafas berat.

"Macam tu lah bang. Bila Lais tanya doktor, dia kata kakak tak apa-apa tapi lama sangat tidur ni bang. Dah nak dekat seminggu," suara Lais penuh risau. Itu yang dia rasakan sepanjang menjaga Hilyaa di sini.

Hilyaa kelihatan seperti mayat hidup. Nyawa masih ada, namun jasad masih terkaku baring tanpa sebarang pergerakan. Hanya kedengaran bunyi  monitor yang mengeluarkan detak jantung. Hilyaa juga bergantung nafas dengan mesin ventilator memandangkan kakaknya ada masalah pernafasan.

"Lais ada bagitahu papa pasal ni tapi sepanjang Lais kat sini, tak pernah papa lawat Hilyaa."

Wajahnya semakin menunduk. Hujung bibirnya digigit geram melepaskan rasa geram teramat. Jemari kanannya juga  mengepal erat menandakan kemarahannya naik meruap-ruap saat ini. 

Dari riak itu pun, Eijaz sudah dapat menangkap yang adik sepupunya sedang menahan amarah. Bahu Lais ditepuk perlahan membuatkan Lais mengendurkan wajahnya.

"Bila Lais balik? Siapa yang uruskan syarikat di sana?" soal Eijaz setelah lama dia memikirkan hal ini.

"Jangan risau, keluarga arwah mama akan handle cuma nak lama-lama di sini tak boleh juga," balas Lais dengan senyuman kecil. Tangan kanannya membawa ke dahi lalu dia urut perlahan.

Dia buntu.

"Lais kalau diikutkan hati nak je bawa kakak ke sana tapi Lais tahu, kakak tak akan setuju." Lais pandang Hilyaa yang masih terbaring lesu tidak sedarkan diri.

Hatinya memberontak ingin membawa Hilyaa pulang bersama nya tapi dia juga tahu yang Hilyaa akan sekeras-kerasnya membantah.

Semasa dia pergi ke Jerman pada ketika dahulu pun, Hilyaa tetap mahu tinggal di sini bersama Dato Ku Jazman. Walaupun layanan papanya kasar terhadap Hilyaa tapi kakaknya yang seorang itu tetap berkeras mahu tinggal di sini.

Hanya semata-mata untuk apa?

Adeliora Studio.

Gara-gara studio itu, kakaknya bertahan hingga ke hari ini.

"Sebenarnya abang ada nak cakap sesuatu pada Lais."

Lais diam. Menanti ayat sambungan Eijaz. Hatinya tiba-tiba berdetak kuat seakan ada sesuatu yang Eijaz cuba sampaikan.

"Dari apa yang abang dapat maklumat, Hilyaa memang dah lama diperhatikan cuma kali ini dia dah mula berani memunculkan diri dan cuba mengancam nyawa kakak."

"Abang dapat maklumat dari mana ni?" soal Lais dengan riak wajah tertanya-tanya.

Eijaz tarik senyum tipis. Kepala menoleh ke arah Hans di sebelah yang diam terkutik itu. Lais juga turut terikut sama  pandang ke arah gerangan itu.

"Abang siasat, abang minta pertolongan kawan abang. Hans namanya. Dia lah yang tengok-tengokkan kakak selama ni."

Lais tidak bersuara. Matanya saja tajam menganalisis Hans. Wajah dingin Hans diamati dengan berbagai rasa.

Tahu akan pandangan adik sepupunya itu, pantas Eijaz bersuara.

"Abang tahu, Lais harapkan abang untuk tengokkan kakak tapi maaf. Abang kesuntukan masa. Lagi-lagi abang bakal berkahwin jadi untuk selalu ada dengan kakak tu tipis sekali." Jujur Eijaz. Selama ini dia memang jalankan amanah yang Lais berikan kepadanya dan dia ikhlas.

Lagipun dia sudah anggap Lais dan Hilyaa sebahagian adiknya. Walaupun hubungan mereka sekadar sepupu tetapi Eijaz betul-, aku memaksudkannya.

Lais lepaskan nafas perlahan. Bibirnya menarik senyum tawar.

"Lais faham dan Lais tak marahkan abang pun. Abang dah buat yang terbaik untuk kakak. Lais tahu tu." Lais bukan sekadar berkata tetapi jujur dari hatinya.

Tidak semena-mena matanya berlaga dengan mata dingin itu. Lais tidak tahu mengapa tetapi sejak dari tadi wajah itu tidak asing darinya dan mata itu...

Benar-benar membuatkan fikirannya bercelaru.

"Abang datang sini bukan sekadar nak melawat kakak tapi Hans nak jumpa dengan Lais."

Lais angkat sebelah keningnya. Menagih jawapan.

"Untuk?"

"Ada sesuatu yang saya perlu bincang dengan awak. Just both of us." Celah Hans setelah lama dia diamkan diri.

Eijaz mula mengambil langkah menapak ke belakang. Lais yang sedar akan itu hanya memerhati. Abang sepupunya seakan mahu keluar meninggalkan mereka bertiga di dalam wad ini.

Sebelum Eijaz berlalu pergi, sempat dia menepuk bahu Hans sebanyak tiga kali.

Kini hanya tinggal mereka bertiga di dalam wad ini.

Suasana kembali sunyi. Hanya dengar bunyi mesin sahaja memecahkan keheningan.

Lais mula berdiri. Wajah Hilyaa yang masih tidak sedarkan diri itu dipandang redup sebelum dia kembali pandang wajah dingin di hadapannya.

Nafas dihela lemah.

"Kita bercakap dekat luar."

Hans jatuhkan kepala. Dia sudah cukup faham. Lais tidak mahu sesiapa dengar apa yang mereka bualkan.

Termasuk Hilyaa sendiri.

"Okay."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top