CHAPTER 4

Cahaya pagi terik menyelinap dari celah langsir tingkap lalu memanah terus ke bebola matanya. Tidur Hoseok terganggu dek silauan cahaya yang menyakitkan mata.  Dia menggeliat puas. Telefon digapai. Pukul 9.00 pagi. Shit! Dia menyumpah  dirinya kerana terlajak tidur.

Saat punggung diangkat dari kerusi, belakang tubuhnya terasa sengal kerana tidur dalam posisi terbongkok dengan kepala beralaskan meja. Laptop yang telah mati kehabisan bateri disambungkan ke kabel charger. Dia ambil tuala masuk ke dalam bilik air untuk cuci muka dan dan gosok gigi sebelum turun bersarapan di bawah.

Memandangkan waktu telah terlajak pagi, dia buat keputusan tidak pergi ke sekolah hari ni. Lagipun tinggal beberapa hari saja nak masuk cuti hujung tahun. Final exam pon dah habis seminggu yang lalu. Tak perlu lah nak dirisaukan sangat. Kalau pergi sekolah pun, just duduk lepak dengan kawan kawan je.

"Baru bangun?"tegur Puan Jung yang sedang menyediakan sarapan untuk Hoseok di pantri.

"Ye,"Hoseok buka peti sejuk dan ambil sekotak susu coklat. "Omma tak kerja ke hari ni,"

"Pagi tadi Ahjumma Min call omma. Katanya haelmoni masuk hospital lagi. Omma ambik cuti beberapa hari nak balik kampung tengok haelmoni. Kamu tak nak ikut,"Puan Jung menghidangkan sekeping roti bakar disapu mentega bersama telur separuh masak kepada anak bujangnya itu.

"Tak kot,"geleng Hoseok. Dia carik sedikit roti lalu dimasukkan ke dalam mulut.

"Aikk kenapa pulak? Cuti sekolah dah nak dekat kan,"

"Seok ada kerja sikit nak kena buat dengan kawan kawan,

"Hmmm yelah...kawan kawan lagi penting kan dari family sendiri,"sindir Puan Jung.

"Alah omma jangan lah cakap cam tu. Bagi Seok masa sikit. Bila dah settle kerja ni, Seok balik kampung ok,"pujuk Hoseok. Puan Jung sekadar mengangguk. Biasalah anak anak muda kan, dia faham. "Seok jaga rumah baik baik waktu omma takde seminggu ni. Jangan buat benda bukan bukan especially bawak masuk yeoja dalam rumah,"Hoseok mengangguk dengan amaran keras Puan Jung.

"Pasal makan pakai kamu, omma dah upah maid yang tolong uruskan kamu ye,"kata Puan Jung seraya memeluk Hoseok. Hoseok mengiringi Puan Jung ke ruang tamu. Tangan wanita itu dikucup sebelum Puan Jung masuk ke dalam perut kereta. "Kirim salam Seok kat haelmoni ye,"

*    *    *    *

Ketika Hoseok menuju semula ke dapur, telinganya menangkap bunyi dentingan pinggan pinggan berlaga. Dia mula rasa tak sedap hati membayangkan mungkin ada perompak pecah masuk ke dalam rumahnya. Kakinya menapak perlahan. Dia mengenggam sebatang penyapu yang dijadikan senjata.

Hoseok tercegat di hujung meja yang memisahkan sinki dengan kedudukannya sekarang. Tingkap di sinki terkuak luas. Dan seekor kucing berbulu hitam menguis celah celah pinggan mangkuk di ruang sebelah sinki. Kucing je, nasib bukan perompak.

"Sial punya kucing kurap!"Hoseok mengibas kepala penyapu yang dipegangnya untuk menghalau kucing tersebut keluar. Kucing itu kelihatan seperti kucing yang terbiar kerana telinga dan wajahnya berkurap dan bernanah. Baunya sangat busuk. Ia mengiaw garang melihat Hoseok. Sebelah matanya kelihatan lohong tanpa bebola mata.

"Keluarlah kucing hodoh!"Hoseok cuba menolak kucing itu ke tingkap yang terbuka. Sial bukan main degil ia mencakar batang penyapu. Kucing tersebut melompat dari sinki ke meja makan. Dia menghidu roti di atas pinggan yang Hoseok tinggalkan sekejap tadi.  Sejenis cecair merah menitik keluar dari mulutnya. Dia mengangakan mulut, dan seekor katak yang digigit diletakkan di atas pinggan. Katak tersebut hancur menjadi segumpal daging tapi empat kakinya kelihatan masih sempurna. Kucing tersebut menjilat darah katak dengan rakus.

Hoseok tahan loya. Tekaknya jadi beraluan melihat darah. Dia terus menghayunkan batang penyapu pada kepala kucing tu ketika ia ralit menjamah makanan. Kucing tersebut terpelanting dari meja, jatuh ke lantai menghempap pintu peti sejuk di sebelah meja makan. Setompok darah terpalit di pintu peti sejuk. Ia menggelepar sakit sebelum kejung dengan mulut terngaga dan tercirit najis.

"Saper suruh masuk rumah aku kucing tak guna,"Hoseok kuis tubuh kucing tu dengan hujung jari kakinya. Tubuhnya sedikit bergerak. "Tak mati lagi!"Hoseok ambil plastik sampah dari laci kabinet dapur. Saat dia melihat semula kucing hitam itu, perut kucing tu sudah mengembang besar.

Hoseok menggaru kepalanya, hairan. Dia perhatikan perut kucing tu semakin menggelembung seperti belon.

Yang membuatkan Hoseok lebih terkejut, sesuatu tergeletak keluar dari lubang mata kucing tu. Seekor katak kecil berwarna hitam berkilat.

Lebih banyak katak lagi keluar dari mata, mulut dan punggung kucing tersebut. Perut kucing itu meletup pecah, memercikkan cecair hitam busuk bersama bilangan katak katak yang beribu ekor menutupi lantai seperti tentera semut.

Katak katak itu melompat ke tubuh Hoseok. Hoseok terus lari meninggalkan dapur. Katak katak yang memanjat tubuhnya ditepis geli. Ada yang sampai masuk ke dalam baju dan seluarnya. Katak katak itu juga berbisa kerana ia mengigit seluruh tubuh Hoseok.

Hoseok kunci pintu biliknya. Celah di bawah pintu ditutup dengan timbunan buku dan bantal. Dia menghadap ke cermin. Seekor katak menggigit di dadanya. Rasanya sangat sakit. Katak itu seperti mengorek isi dagingnya untuk masuk ke dalam tubuhnya. Dia tarik katak tersebut dengan muka berkerut sambil tahan sakit. Berjaya makhluk bodoh itu ditanggalkan, dia pijak katak tu ke lantai sampai penyek. Terdapat kesan luka sebesar duit syiling yang cukup dalam pada dadanya. Dia tekup kesan luka yang berdenyut untuk menahan darah dari keluar.

Krruuu~

Ahh sudah, pada refleksi cermin Hoseok lihat ada satu bentuk tubuh duduk mencangkung di bingkai tingkap yang menghadap meja belajar. Siall, makhluk makhluk ni memang suka masuk ikut dari tingkap ke.

Hoseok membeku pandang fizikal makhluk tersebut dari pantulan cermin. Sesekali dia jeling pintu bilik—berkira kira dalam hati untuk berlari keluar. Tapi dia telan balik hasratnya bila mengingatkan katak katak yang banyak tadi yang lagi berbahaya.

Hoseok kumpul sedikit kekuatan yang ada dalam dirinya untuk menolehkan kepala menghadap makhluk berupa perempuan itu.

"Kau nak apa? Jjjangan...ganggu aku,"Hoseok bersuara meskipun terketar ketar. Makhluk itu memilliki rambut yang sangat panjang sampai helaian helaian rambutnya berselerak di atas meja. Nasib mukanya ditutupi rambut, Hoseok tak sanggup tak tengok wajah hantu yang menakutkan seperti dalam filem filem James Wan. Kepala makhluk itu tergerak gerak sedikit.  Dia mengngkat sebelah tangannya yang menunding ke satu arah. Ekor mata Hoseok mengikut arah jari telunjuknya.

Laptop di atas meja menyala dengan sendiri, memaparkan skrin putih. Kekunci keyboard mula bergerak seperti ada jari jari ghaib yang sedang menekannya.

Hoseok menunggu dengan penuh debar. Matanya mengecil cuba untuk membaca setiap patah perkataan yang muncul di skrin laptop.

"𝚈𝙾𝚄 𝙽𝙴𝙴𝙳 𝚃𝙾 𝙷𝙴𝙻𝙿 𝙼𝙴,"

"Kau nak aku tolong apa? Kau hantu sial! Nak suruh aku gali lubang kubur kau? Dah ahh tak payah ganggu aku la,"balas Hoseok.

"𝙱𝙰𝙴𝙻,"

"𝚃𝙷𝙴𝚈 𝙰𝚁𝙴 𝚆𝙰𝚃𝙲𝙷𝙸𝙽𝙶 𝚈𝙾𝚄 𝙽𝙾𝚆!"

"Apa yang kau tahu pasal pemuja Bael tu?"

"𝚁𝙴𝚅𝙴𝙰𝙻 𝚃𝙷𝙴 𝚃𝚁𝚄𝚃𝙷 𝙱𝙴𝙵𝙾𝚁𝙴 𝚃𝙷𝙴𝚈 𝙶𝙾𝚃 𝚈𝙾𝚄. 𝙰𝚂𝙰𝙿. 𝚈𝙾𝚄 𝙳𝙾𝙽𝚃 𝙷𝙰𝚅𝙴 𝙼𝚄𝙲𝙷 𝚃𝙸𝙼𝙴,"

"Truth? Kebenaran apa?"Hoseok menggaru kepalanya. Ahh kenapa hantu ni tak bercakap je kan senang. Ni nak type type kat laptop bagai. Hantu zaman moden ke apa?

"Kim Yuna,"perkataan terakhir muncul di skrin sebelum makhluk tersebut terjun dari tingkap. Hoseok bergegas menjenguk ke luar tingkap, takde apa pun yang kelihatan berada di bawah sana. Dia terus tutup tingkap dan tarik langsir. Dia pandang ayat ayat di skrin laptop. Jarinya menekan kepala cuba untuk berfikir sesuatu. "Kebenaran apa yang benda tu suruh aku reveal,"dia tertanya tanya. Lantas ikon Google Chrome diklik. Satu nama ditaip di panel carian.

𝚂𝚎𝚊𝚛𝚌𝚑: 𝙺𝚒𝚖 𝚈𝚞𝚗𝚊

𝚁𝚎𝚜𝚞𝚕𝚝:

𝙺𝚒𝚖 𝚈𝚞𝚗𝚊 𝚙𝚎𝚕𝚊𝚔𝚘𝚗 𝚙𝚘𝚛𝚗𝚘 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚝𝚎𝚛𝚔𝚎𝚗𝚊𝚕 𝚔𝚎𝚛𝚊𝚗𝚊 𝚖𝚎𝚗𝚢𝚞𝚖𝚋𝚊𝚗𝚐𝚔𝚊𝚗 𝚍𝚊𝚗𝚊 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚙𝚎𝚖𝚋𝚒𝚗𝚊𝚊𝚗 𝚓𝚎𝚓𝚊𝚗𝚝𝚊𝚜. 

𝙰𝚗𝚊𝚔 𝚙𝚛𝚎𝚜𝚒𝚍𝚎𝚗𝚝, 𝙺𝚒𝚖 𝚈𝚞𝚗𝚊, 𝟺𝟹 𝚝𝚊𝚑𝚞𝚗 𝚜𝚎𝚕𝚊𝚖𝚊𝚝 𝚋𝚎𝚛𝚔𝚊𝚑𝚠𝚒𝚗 𝚍𝚎𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚜𝚎𝚘𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚒𝚍𝚘𝚕 𝚍𝚊𝚛𝚒 𝚋𝚊𝚗𝚍 𝙴𝚇𝙾. 

𝙺𝚒𝚖 𝚈𝚞𝚗𝚊 𝚌𝚘𝚖𝚎𝚜𝚝𝚒𝚌, 𝚙𝚛𝚘𝚍𝚞𝚔 𝚖𝚎𝚗𝚐𝚑𝚒𝚕𝚊𝚗𝚐𝚔𝚊𝚗 𝚔𝚎𝚙𝚞𝚝𝚒𝚑𝚊𝚗 𝚠𝚊𝚗𝚒𝚝𝚊.

Scroll lagi.

𝚂𝚎𝚘𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚠𝚊𝚛𝚝𝚊𝚠𝚊𝚗 𝚍𝚊𝚛𝚒 𝙹𝙱𝙱 𝙽𝚎𝚠𝚜 𝚝𝚎𝚕𝚊𝚑 𝚍𝚒𝚋𝚞𝚗𝚞𝚑 𝚘𝚕𝚎𝚑 𝚙𝚊𝚜𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚔𝚎𝚔𝚊𝚜𝚒𝚑𝚗𝚢𝚊. 𝙼𝚊𝚢𝚊𝚝 𝚖𝚊𝚗𝚐𝚜𝚊 𝚍𝚒𝚔𝚎𝚛𝚊𝚝 𝟷𝟾 𝚋𝚊𝚑𝚊𝚐𝚒𝚊𝚗, 𝚍𝚒𝚝𝚎𝚖𝚞𝚊𝚒 𝚝𝚎𝚛𝚝𝚊𝚗𝚊𝚖 𝚍𝚒 𝚍𝚊𝚕𝚊𝚖 𝚕𝚊𝚗𝚝𝚊𝚒 𝚔𝚘𝚗𝚔𝚛𝚒𝚝.

Klik!

*    *    *    *

𝟷𝟽 𝙹𝚊𝚗𝚞𝚊𝚛𝚒 𝟸𝟶𝟷𝟿, 𝙺𝚒𝚖 𝚈𝚞𝚗𝚊, 𝟸𝟸 𝚝𝚊𝚑𝚞𝚗 𝚜𝚎𝚘𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚠𝚊𝚛𝚝𝚊𝚠𝚊𝚗 𝚍𝚊𝚛𝚒 𝙹𝙱𝙱 𝙽𝚎𝚠𝚜 𝚍𝚒𝚕𝚊𝚙𝚘𝚛𝚔𝚊𝚗 𝚝𝚎𝚕𝚊𝚑 𝚑𝚒𝚕𝚊𝚗𝚐 𝚜𝚎𝚕𝚊𝚖𝚊 𝚜𝚎𝚖𝚒𝚗𝚐𝚐𝚞. 𝙺𝚎𝚕𝚞𝚊𝚛𝚐𝚊 𝚈𝚞𝚗𝚊 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚖𝚎𝚗𝚢𝚎𝚍𝚊𝚛𝚒 𝚙𝚎𝚛𝚔𝚊𝚛𝚊 𝚝𝚎𝚛𝚜𝚎𝚋𝚞𝚝 𝚜𝚎𝚐𝚎𝚛𝚊 𝚖𝚎𝚖𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚙𝚒𝚑𝚊𝚔 𝚙𝚘𝚕𝚒𝚜 𝚖𝚎𝚗𝚌𝚊𝚛𝚒 𝚈𝚞𝚗𝚊. 𝙷𝚊𝚜𝚒𝚕 𝚜𝚒𝚊𝚜𝚊𝚝𝚊𝚗 𝚙𝚘𝚕𝚒𝚜 𝚍𝚊𝚗 𝚔𝚎𝚗𝚢𝚊𝚝𝚊𝚊𝚗 𝚍𝚊𝚛𝚒 𝚋𝚎𝚋𝚎𝚛𝚊𝚙𝚊 𝚘𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚜𝚊𝚔𝚜𝚒 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚖𝚎𝚗𝚐𝚎𝚗𝚊𝚕𝚒 𝚈𝚞𝚗𝚊, 𝚖𝚎𝚗𝚍𝚊𝚙𝚊𝚝𝚒 𝚔𝚊𝚕𝚒 𝚝𝚎𝚛𝚊𝚔𝚑𝚒𝚛 𝚈𝚞𝚗𝚊 𝚍𝚒𝚕𝚒𝚑𝚊𝚝 𝚋𝚎𝚛𝚜𝚊𝚖𝚊 𝚍𝚎𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚔𝚎𝚔𝚊𝚜𝚒𝚑𝚗𝚢𝚊, 𝙹𝚘𝚜𝚎𝚙𝚑 𝙻𝚎𝚎, 𝟹𝟸 𝚝𝚊𝚑𝚞𝚗. 𝙿𝚒𝚑𝚊𝚔 𝚙𝚘𝚕𝚒𝚜 𝚝𝚎𝚕𝚊𝚑 𝚖𝚎𝚗𝚐𝚐𝚎𝚕𝚎𝚍𝚊𝚑 𝚛𝚞𝚖𝚊𝚑 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚍𝚒𝚝𝚒𝚗𝚐𝚐𝚊𝚕𝚔𝚊𝚗 𝙹𝚘𝚜𝚎𝚙𝚑 𝚗𝚊𝚖𝚞𝚗 𝚝𝚒𝚍𝚊𝚔 𝚖𝚎𝚗𝚎𝚖𝚞𝚊𝚒 𝚊𝚙𝚊 𝚊𝚙𝚊 𝚙𝚞𝚗 𝚋𝚞𝚔𝚝𝚒. 𝚈𝚞𝚗𝚊 𝚍𝚒𝚜𝚢𝚊𝚔𝚒 𝚝𝚎𝚕𝚊𝚑 𝚍𝚒𝚌𝚞𝚕𝚒𝚔 𝚘𝚕𝚎𝚑 𝙹𝚘𝚜𝚎𝚙𝚑 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚍𝚒𝚕𝚊𝚙𝚘𝚛𝚔𝚊𝚗 𝚝𝚞𝚛𝚞𝚝 𝚑𝚒𝚕𝚊𝚗𝚐 𝚙𝚊𝚍𝚊 𝚑𝚊𝚛𝚒 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚜𝚊𝚖𝚊. 

𝟶𝟸 𝙰𝚙𝚛𝚒𝚕 𝟸𝟶𝟷𝟿, 𝚙𝚒𝚑𝚊𝚔 𝚙𝚘𝚕𝚒𝚜 𝚖𝚊𝚜𝚒𝚑 𝚐𝚊𝚐𝚊𝚕 𝚖𝚎𝚗𝚓𝚎𝚓𝚊𝚔𝚒 𝙺𝚒𝚖 𝚈𝚞𝚗𝚊 𝚍𝚊𝚗 𝙹𝚘𝚜𝚎𝚙𝚑 𝙻𝚎𝚎 𝚜𝚎𝚕𝚎𝚙𝚊𝚜 𝚋𝚎𝚋𝚎𝚛𝚊𝚙𝚊 𝚋𝚞𝚕𝚊𝚗 𝚙𝚎𝚗𝚌𝚊𝚛𝚒𝚊𝚗 𝚝𝚊𝚗𝚙𝚊 𝚑𝚎𝚗𝚝𝚒 𝚍𝚒𝚕𝚊𝚔𝚞𝚔𝚊𝚗. 𝙺𝚎𝚕𝚞𝚊𝚛𝚐𝚊 𝚈𝚞𝚗𝚊 𝚖𝚊𝚜𝚒𝚑 𝚖𝚎𝚗𝚞𝚗𝚐𝚐𝚞 𝚓𝚊𝚠𝚊𝚙𝚊𝚗, 𝚗𝚊𝚖𝚞𝚗 𝚝𝚒𝚊𝚍𝚊 𝚙𝚎𝚛𝚔𝚎𝚖𝚋𝚊𝚐𝚊𝚗 𝚙𝚘𝚜𝚒𝚝𝚒𝚏 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚍𝚒𝚝𝚎𝚖𝚞𝚔𝚊𝚗. 𝙺𝚎𝚝𝚞𝚊 𝙿𝚘𝚕𝚒𝚜 𝚂𝚎𝚘𝚞𝚕  𝙿𝚊𝚛𝚔 𝙹𝚞𝚗 𝚆𝚘𝚘 𝚝𝚎𝚛𝚙𝚊𝚔𝚜𝚊 𝚖𝚎𝚗𝚞𝚝𝚞𝚙 𝚔𝚎𝚜 𝚔𝚎𝚑𝚒𝚕𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚈𝚞𝚗𝚊 𝚍𝚊𝚗 𝙹𝚘𝚜𝚎𝚙𝚑.

𝟷𝟸 𝙰𝚙𝚛𝚒𝚕 𝟸𝟶𝟷𝟿, 𝙰𝚝𝚊𝚜 𝚙𝚎𝚛𝚖𝚒𝚗𝚝𝚊𝚊𝚗 𝚊𝚑𝚕𝚒 𝚔𝚎𝚕𝚞𝚊𝚛𝚐𝚊 𝚈𝚞𝚗𝚊 𝚜𝚞𝚙𝚊𝚢𝚊 𝚛𝚞𝚖𝚊𝚑 𝙹𝚘𝚜𝚎𝚙𝚑 𝚍𝚒𝚐𝚎𝚕𝚎𝚍𝚊𝚑 𝚔𝚊𝚕𝚒 𝚔𝚎𝚍𝚞𝚊, 𝚙𝚒𝚑𝚊𝚔 𝚙𝚘𝚕𝚒𝚜 𝚖𝚎𝚗𝚎𝚖𝚞𝚔𝚊𝚗 𝚔𝚎𝚛𝚊𝚝𝚊𝚗 𝚝𝚞𝚋𝚞𝚑 𝚈𝚞𝚗𝚊 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚍𝚒𝚝𝚊𝚗𝚊𝚖 𝚍𝚊𝚕𝚊𝚖 𝚕𝚊𝚗𝚝𝚊𝚒 𝚔𝚘𝚗𝚔𝚛𝚒𝚝 𝚋𝚒𝚕𝚒𝚔 𝚊𝚒𝚛. 𝙿𝚘𝚕𝚒𝚜 𝚖𝚎𝚗𝚓𝚎𝚖𝚞𝚊𝚒 𝚔𝚎𝚜𝚎𝚖𝚞𝚊 𝚋𝚊𝚑𝚊𝚐𝚒𝚊𝚗 𝚝𝚞𝚋𝚞𝚑 𝚈𝚞𝚗𝚊 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚍𝚒𝚔𝚎𝚛𝚊𝚝 𝟷𝟾 𝚋𝚊𝚑𝚊𝚐𝚒𝚊𝚗. 𝙷𝚊𝚜𝚒𝚕 𝚋𝚎𝚍𝚊𝚑 𝚜𝚒𝚊𝚜𝚊𝚝 𝚘𝚕𝚎𝚑 𝚙𝚊𝚔𝚊𝚛 𝚏𝚘𝚛𝚎𝚗𝚜𝚒𝚔 𝚖𝚎𝚗𝚍𝚊𝚙𝚊𝚝𝚒, 𝚈𝚞𝚗𝚊 𝚍𝚒𝚜𝚎𝚔𝚜𝚊 𝚋𝚎𝚕𝚞𝚖 𝚍𝚒𝚋𝚞𝚗𝚞𝚑 𝚋𝚎𝚛𝚍𝚊𝚜𝚊𝚛𝚔𝚊𝚗 𝚝𝚎𝚛𝚍𝚊𝚙𝚊𝚝 𝚔𝚎𝚜𝚊𝚗 𝚛𝚎𝚝𝚊𝚔 𝚍𝚒 𝚝𝚎𝚗𝚐𝚔𝚘𝚛𝚊𝚔 𝚈𝚞𝚗𝚊. 𝙿𝚊𝚍𝚊 𝚑𝚊𝚛𝚒 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚜𝚊𝚖𝚊, 𝙹𝚘𝚜𝚎𝚙𝚑 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚔𝚎𝚖𝚋𝚊𝚕𝚒 𝚙𝚞𝚕𝚊𝚗𝚐 𝚔𝚎𝚙𝚊𝚍𝚊 𝚔𝚎𝚕𝚞𝚊𝚛𝚐𝚊𝚗𝚢𝚊 𝚝𝚞𝚛𝚞𝚝 𝚍𝚒𝚝𝚊𝚑𝚊𝚗. 𝙹𝚘𝚜𝚎𝚙𝚑 𝚝𝚒𝚍𝚊𝚔 𝚖𝚎𝚖𝚋𝚎𝚛𝚒 𝚊𝚙𝚊 𝚊𝚙𝚊 𝚙𝚞𝚗 𝚔𝚎𝚗𝚢𝚊𝚝𝚊𝚊𝚗 𝚜𝚎𝚠𝚊𝚔𝚝𝚞 𝚙𝚎𝚖𝚋𝚒𝚌𝚊𝚛𝚊𝚊𝚗 𝚍𝚒 𝚖𝚊𝚑𝚔𝚊𝚖𝚊𝚑. 𝙹𝚘𝚜𝚎𝚙𝚑 𝚍𝚒𝚜𝚊𝚑𝚔𝚊𝚗 𝚖𝚎𝚗𝚐𝚑𝚒𝚍𝚊𝚙 𝚙𝚎𝚗𝚢𝚊𝚔𝚒𝚝 𝚖𝚎𝚗𝚝𝚊𝚕.

*    *    *    *


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top