CHAPTER 2

"Macam ni ke orang angau kat awek,"Jung Kook datang menerjah belakang Jimin. Jimin yang ralit menatap gambar Emma di skrin telefon terus terhenjut dari kerusi.

"Astaga kau ni, kalau aku ada sakit jantung mahunya aku mati tadi,"dia melurut dadanya. Jung Kook jeling skrin telefon Jimin sekilas.

Fuhh, sampai wallpaper phone dia sanggup tukar dari gambar member kepada gambar Emma?

"Amacam kau dengan Emma?"Jung Kook duduk di atas lantai. Katil Jimin yang dulu jadi tempat baring Jung Kook dah kena rampas dengan si Oyen. Oyen nyenyak tidur di atas katil. Kadang kadang Oyen berebut dengan Jung Kook nakkan katil. Tapi lastly, Jung Kook yang kena mengalah sebab Oyen selalu dapat back up dari Jimin.

Jimin senyum petak. "Amacam apa? Kitorang kawan jelah,"

"Puiii, aku tak buta lagi ok. Yang kau tu dah tiga minggu duk berkepit dengan Emma still cakap kawan. I dont trust you"Jung Kook syak Jimin dah menjalinkan hubungan yang istimewa dengan Emma. Silent couple gitu. Jimin sekarang pun lebih banyak meluangkan masa bersama Emma. Pernah beberapa kali Jimin mengajak Emma datang ke rumahnya. Jung Kook pulak yang jadi kekok dengan kemesraan mereka berdua.

"Hahhaha..."Jimin menundukkan wajahnya yang sedikit merah. "Ok fine, aku ada la sikit suka kat Emma tu. Dia hot kot, cantik, body macam model. And now, aku still nak kenal dia lebih dekat lagi. Kalau ok...we can go further la kan...." dia senyum bahagia. Kali pertama Jung Kook melihat senyuman itu ketika Jimin dilamun cinta pandang pertama pada seorang perempuan yang tiga tahun lebih tua daripadanya. Waktu tu Jimin tak matang lagi, and perempuan tersebut cuma mempermainkan Jimin. Jung Kook harap Emma bukanlah typical yang macam tu.

"Baguslah....sesuai Emma dengan kau,"suara Jung Kook kendur. Entah kenapa perasaan cemburu ni tiba tiba muncul.

"Kan. Oyen pun suka Emma. But Oyen tak suka kau,"sindir Jimin dengan gelak tawa.

"Tu ke sebab kau pun tak....."

Bunyi doorbell pintu menghentikan pembualan Jimin dan Jung Kook. "Aku pergi tengok jap saper  yang datang tu,"Jimin bangun dari kerusi dan keluar menjenguk pintu utama.

*    *    *    *

"Sign sini ye,"

"Ok. Thank you tau,"kotak yang besar itu bertukar tangan. Jimin angkat kotak tersebut masuk ke dalam rumah.

"Fuyooo barang dari darkweb dah sampai,"dibeleknya bahagian luar kotak. Dia teruja mahu mengetahui isi dalamannya kerana bungkusan tersebut dibeli dari darkweb tiga minggu lepas.

"Bro bro sekalian, barang dari Darkweb tu dah sampai. Datang rumah aku malam ni. Kita unboxing barang dari darkweb ye anak anak pungut,"Jimin send voice note di group whatsapp BTS.

"Siyes ni wei? Gempak!" Yoongi turut teruja. Dia jamin content terbaru ni akan meletup sampai trendding di youtube.

*    *    *    *

Mereka mengelilingi kotak yang terletak di tengah atas meja.Tangan masing masing membelai badan kotak tersebut dengan penuh teruja.

"Ada apa dalam ni?"Hoseok ketuk bahagian luar kotak sambil melekapkan telinganya pada kotak.

"Ada Godzilla dalam tu. Nanti dia telan budak bodoh macam kau Hoseok,"sarkastik Jin.

Hoseok jeling tak puas hati. "Aku tak tanya kau la bapok!"Pasal kes Jin muntah atas baju Hoseok hari tu, sampai berminggu minggu diorang berdua bermasam muka.

"Cepatlah bukak! Tak sabar ni,"ujar Taehyung. Dia mengambil beberapa keping gambar. Si Oyen ikut sama menyibuk melompat naik di atas kotak tersebut.

"Alahai Oyen nak join unboxing jugak ke,"Yoongi mengangkat Oyen. Lalu dia mencium kepala Oyen.

"Oyen meh sini kat mama!"Jin cuba sentuh tubuh Oyen tapi Oyen  mendengus marah dan nyaris cakar tangan Jin.

"Pehal kucing kau ni Jimin. Sewel ke?"kutuk Jin.

"Weh, letak jauh jauh la kucing tu. Aku tak tahan dengan bulu dia,"rungut Jung Kook yang sedikit menjauh.

"Yelah yelah,"Yoongi turunkan Oyen ke lantai.

"Ready ye!"Jimin tengah setting camera untuk rakaman. "Aku akan rakam so saper volunteer buat unboxing,"soal Jimin. Semua yang ada di situ menggeleng kecuali Namjoon. Diorang tak berani sebab kalau tengok video unboxing youtuber youtuber lain, mereka kena kacau lepas unboxing mystery box dari Darkweb.

"Siyes ni kau volunteer?"

"Yee,"balas Namjoon dengan penuh yakin. Namjoon duduk di kerusi berhadapan kotak. Dia menyarungkan sarung tangan getah dan pakai face mask. Dalam kiraan tiga, Jimin terus merekod.

"Whatzupp guys! Welcome back to our channel,"Namjoon bagi pembuka kata.

"Bangtans Boys!"diorang kat belakang Namjoon jerit sama sama nama kumpulan mereka.

"First of all kami nak mintak maaf sebab penipuan secara tak sengaja berkaitan dengan video yang lalu. So, hari ni kitorang bawakan content yang gempak gila untuk korang? Guess what kitorang nak buat apa?"

Jimin menghalakan kemera lebih dekat ke arah kotak.

"Yeahh, it's Mystery Box from Darkweb. Gempak kan? So, hari ni kami akan unboxing mystery box ni. Yang ni sumpah real mysrery box. Jimin sendiri beli benda ni dari darkweb. Dah tak sabar nak tahu apa dalam kotak ni? Here we gooo!" Namjoon mengoyakkan kertas minyak yang membalut bahagian luar kotak. Kotak bersaiz sepemeluk manusia itu berwarna hitam.

"Bagi jap benda tu,"Namjoon ambil gunting dari tangan Jin. Dia potong sallotape yang melekat pada tempat buka kotak. Lama jugak nak buang kesemua sallotape.

"See that!"Selepas kotak dibuka, Namjoon keluarkan sehelai kertas separa terbakar dan lima batang lilin. Dia tak tahu apa function kedua dua benda tersebut. Dia terus menggeledah isi dalam kotak.

Kemudian dia keluarkan lagi beberapa item lain. Setiap item dibungkus rapi dengan kain guni dan diikat dengan benang. Dia mengalihkan kotak hitam besar ke bawah meja dan susun kesemua tujuh item atas meja.

"Ni macam nota amaran? Atau mentera?" Namjoon cuba baca tulisan pada kertas tersebut, tapi dia tak faham satu pun perkataan yang ditulis.

"Tulisan apa ni? Tak faham la nak baca,"Dia pass kepada Jung Kook. Jung Kook teliti kertas tersebut beberapa saat sebelum pass kepada Hoseok. Dan seterusnya sampailah kertas tu kembali ke tangan Namjoon semula.

"Sorry, kitorang pun tak faham tulisan tu,"

"Takpe! Just ignore it!"Namjoon ketepikan nota itu dulu. Dia lebih berdebar debar untuk membuka item yang sedang dipegang.

"Open it!"arah Jimin.

Namjoon angguk. Dia gunting benang dan tanggalkan kain guni yang membalut item. Ianya bingkai gambar berwarna hitam yang dicalit cecair keras berwarna merah di sekelilingnya.


"Gambar spe punya tu?"soal Yoongi yang lebih mendekat ingin melihat gambar sebuah keluarga dalam frame tersebut. Wajah kesemua ahli keluarga dalam gambar diconteng dengan pen merah kecuali  seorang perempuan yang tersenyum lebar.

"Aku tak tahu ni gambar siapa. Nanti kitorang try siasat. Mybe perempuan ni ada kena mengena dengan barang barang yang lain. Ok next item,"Namjoon buka item kedua. Dia angkat dan terbalikan sebuah botol kaca berisi cecair merah.


"Cecair merah tu darah ke wei,"

Untuk kepastian, Namjoon tuangkan cecair merah dari botol ke dalam piring. Dia campurkan beberapa titis hidrogen peroxide. Campuran tersebut menghasilkan buih buih. "Oh no! Real blood,"ujarya berasa gerun.

Jung Kook ambil botol tersebut dari Namjoon. "Wo wo....ni rambut kan. Ada rambut dalam ni sial,"dia tunjuk gumpulan hitam termendap pada dasar botol.

"Yelah..macam rambut popuan,"tambah Hoseok. Botol tersebut dipass kepada kawan kawan yang lain sementara Namjoon buka item ketiga.

"Ada camera siottt!"Namjoon on kan kamera tersebut. Ia masih berfungsi. Dia tangkap gambar Jimin yang sedang merakam di hadapan. "Boleh guna lagi ni. Guyss, selfie jap!"kamera dipusingkan ke belakang. Namjoon menangkap gambar kawan kawannya tanpa diorang sedar.

"Hoi, sesuka hati je ambik gambar aku. Kalau kamera tu tarik nyawa aku jap agi siap kau,"bengang Taehyung.

"Kemera biasa je pun!"Namjoon menolak kamera ke tepi meja.

Badan Jung Kook menggigil geli. Dia rasa bulu bulu halus menyentuh kakinya. Saat dipandang ke bawah, dia terlompat kerana Oyen menggeselkan kepala pada kaki Jung Kook. "Wei ambik kucing ni. AKU TAK SUKA LAHH. ARGGGHHhh!" Kaki Jung Kook menolak meja ketika dia cuba lari dari Oyen. Bingkai gambar yang berada di pinggir meja jatuh ke lantai. Bahagian belakang bingkai gambar terkopek memperlihatkan satu objek kecil berbentuk petak.

"Huishh ada memory card la dalam frame ni,"Taehyung kutip memori card tersebut. Dia minta kemera dari Namjoon. Memori card dimasukkan ke dalam kemera. Dia periksa foto foto dan video yang ada dalam memori card. Kebanyakan gambar milik perempuan di frame gambar tadi. Dia mainkan satu audio. Kamera dirapatkan ke telinga. Yang lain melihat Taehyung dengan tertanya tanya.

"Wei, cer dengar!"Taehyung kuatkan volume. Mereka fokus mendengar. Audio 50 saat itu cuma memainkan bunyi suara jeritan yang nyaring.

"Scary bodo! Entah entah suara perempuan tu masa kena seksa,"ujar Yoongi.

"Kemera ni biar aku simpan eh,"kata Taehyung.

Namjoon sambung membuka barang barang lain. Sebuah balang kaca yang berisi cecair merah bercampur objek yang kelihatan seperti organ dalaman manusia mengejutkan mereka.

"Nak bukak tak?"soal Namjoon ragu ragu.

"Macam usus kat dalam tu. Gila ah,"

"Cuba check tengok. Aku rasa macam otak,"

Namjoon akur arahan Jimin. Penutup balang dipulas dengan terketar ketar. Baru separuh penutup diangkat, bau busuk seperti bangkai menusuk hidung.

"Better tak payah. Kang aku muntah kat sini, korang punya pasal. Jangan salahkan aku,"Jin membantah menyebabkan Namjoon tutup semula balang dan letak kat atas lantai. Ada tiga lagi barang yang belum diperiksa. Namjoon tarik nafas dalam dalam.

Tiga barang barang tersebut dia suruh Taehyung, Hoseok dan Jung Kook pulak ambik alih.

"Balang again....but yang merah ni pebenda wei,"Jung Kook dapat balang yang sedikit pelik daripada tadi punya. Balang itu diselaputi benda keras berwarna merah di luar dan dililit benang sekelilingnya. Dia pejamkan mata ketika memulas penutup balang. Ada benda yang berbalut plastik tebal di dalam balang.

"Damn! Apa pulak ni,"dia kuis objek tersebut dengan hujung mata pisau. Dia carik sedikit plastik yang membalut bungkusan itu. Menjulur keluar satu bentuk seakan jari kelingking yang berkuku tajam. "Fuck, ni jari!"Jung Kook terus campak benda tersebut ke dalam tong sampah.

"Jap...tu bukan jarilah!"Namjoon kutip balik benda yang Jung Kook buang.

"Ni kaki ayam la bongok. Kau ni pun....tak pernah tengok kaki ayam ke!"

"Buang jelah! Geli aku. Apa jadah letak kaki ayam dalam balang. Gila,"

"Errr, cermin ni function untuk apa ye,"Taehyung angkat cermin hitam di tangannya. Mereka beralih menumpukan perhatian kepada Taehyung.

"Hah....aku rasa cermin ni guna untuk baca....,"Namjoon ambil kertas nota. "Untuk baca tulisan ni,"dia serongkan cermin dekat dengan tulisan pada kertas. "Get it. Betul kan,"

"Baca kuat kuat tulisan tu,"

"Beware.

Purchasing this box that is curse by a demon summons is your own fault.

Sorry.

I wasnt able to find the demons name and hope you have better luck.

Becareful.

The demon is watching you!"

"Kotak yang disumpah? Kotak yang mana satu? Takde jumpa pun lagi kotak?"kalut Jimin.

"Yang tu kot,"Yoongi tuding ke arah item terakhir yang dipegang Hoseok.

"Mybe,"

"This is the last one kan,"usai Hoseok potong tali dan leraikan balutan kain guni, memang betul tekaan mereka yang dipegang Hoseok tu merupakan sebuah kotak kayu berwarna hitam. Bahagian atas kotak ada ukiran simbol bintang lima bucu dalam bulatan. Tulisan yang panjang berwarna merah memagar simbol tersebut. Ada juga beberapa simbol lain yang sangat pelik di permukaan lain. Tempat buka kotak dilekat dengan stapler sekelilingnya.







"Ni kotak zaman purba ke?"Hoseok membelek kotak ke kamera. Tanpa teragak agak, dia menanggalkan kesemua lekatan stapler dengan playar.

"Notes tadi just main main kan. Aku tak rasa apa apa pun pegang kotak ni,"ujar Hoseok.

"Trick marketing je kot,"tambah Taehyung.

"Hmm boleh tak aku nak sentuh kotak tu kejap,"celah Jung Kook.

"Silakan,"

Jung Kook merapat ke sebelah Hoseok. Tapak tangannya mengusap bahagian atas kotak. Kepalanya rasa berputar serta merta. Dia nampak beberapa lintas bayangan.

Api yang sangat besar menjulang naik ke udara. Beberapa orang berjubah hitam mengelilingi simbol berbentuk bulat. Bunyi suara jeritan sama seperti yang didengar dari kamera. Seorang perempuan disalib secara terbalik di atas altar. Darah berlumuran pada permukaan altar.

"Jung Kook letak gunting tu! Jung Kook!"Taehyung menolak bahu Jung Kook. Yoongi pula menahan tangan Jung Kook yang menggenggam erat gunting. Jung Kook cuba menikam tangan kanannya sendiri di atas kotak. Jung Kook yang tersedar, terpinga pinga memandang kawan kawannya.

"Kau ok tak ni?"soal Yoongi.

"Apa dah jadi?"Dia melepaskan gunting.

"Kau nyaris nak tikam tangan kau sendiri masa pegang kotak ni,"jelas Taehyung.

"Hah?"Jung Kook keliru.

"Dah dah...Jung Kook angau je tadi tu. Seok, cepatlah buka kotak tu. Kot kot ada harta karun ke dalam tu,"gesa Jin.

"Kau ok tak aku bukak ni,"Hoseok tanya Jung Kook.

"Okay je,"Jung Kook angguk lemah. Kepalanya sedikit sakit selepas melihat gambaran tadi.

"Tada!"Hoseok angkat penutup kotak. Bau semerbak menyerbu.

"Meowwww!" Ketika itu juga Oyen mengiau dengan kuat. Oyen berlari ke belakang Jimin dan berdengus bengis pandang Hoseok. "Gggrrrrrr!"

"Guys, aku rasa Oyen tak suka kotak tu,"celah Jimin.

"Too late. Aku dah bukak dah pun ni,"Hoseok keluarkan anak patung yang dibuat dari jerami yang dililit benang. Ada barang barang lain di dalam kotak tersebut seperti plastik yang berisi pisau berlumuran darah, picagari yang ada darah, paku dan paket serbuk warna putih.







"Pisau tu ada darah! Serius aku rasa tak sedap hati ni. Ni semua mungkin barang barang milik someone yang kena bunuh. Exactly that woman dalam gambar tu,"Yoongi cuak membuat spekulasi.

"Ok itu je untuk hari ni. Barang barang ni semua kitorang akan selidik satu persatu. Kalau ada apa apa petunjuk kitorang akan share dengan korang dalam next video. Jangan lupa like and sucribe channel kitorang. Annyeong,"

"Nice!"Jimin angkat ibu jari sebaik rakam selesai."Good job guys!"dia tepuk bahu kawan kawannya.

Hoseok masih membelek anak patung tersebut. "Auchhhh! Shittt!"dia menjerit kecil kerana jarinya tercucuk paku yang tersorok pada tubuh anak patung. Darah menitik keluar dari hujung jari Hoseok.

Gggegggeegg! Meja yang dikelilingi mereka bergegar kuat. Kotak hitam terapung dengan sendiri. Kerana terkejut, mereka terus menjauh dari meja. Lampu berkelip kelip. Diorang pandang antara satu sama lain dengan muka pucat.

"Apa dah jadi ni?"Jimin perlahan lahan mendekati pintu. Oyen terlebih dahulu laju berlari keluar dari bilik.

Pangggg! Lampu pendaflor di siling meletup pecah. Mereka terus cabut keluar. Tergesa gesa mereka berlari menuruni anak tangga.

"Wait! Wait! Jin mana?"Taehyung sedar Jin tiada bersama mereka.

"Dia ada kat dalam bilik lagi kot,"

"Ah shitttt!"Taehyung menuju semula ke bilik. Dari bukaan pintu, dia melihat Jin masih berdiri di hujung meja. Jin tersenyum lebar menampakkan gigi putihnya.

"Jin! Kau buat apa kat situ! Cepat keluar sekarangggg!"Taehyung berlari masuk mendapatkan Jin di dalam bilik. Tapi pintu bilik laju tertutup.

"Jin! Jin! Kau ok tak!"Taehyung yang cemas menumbuk pintu tanpa henti. Cubaannya gagal, lalu dia turun semula ke ruang tamu.

"Jimin, kau ada kunci spare tak. Jin terperangkap dalam bilik kau,"

"Hah?"

♫♪ Cause, ah-ah, I'm in the stars tonight
So watch me bring the fire and set the night alight ♫♪

Deringan telefon Jimin mencemaskan lagi suasana. Jimin keluarkan telefonnya dari poket seluar. Tertera nama Jin di skrin. Dia terus leret buntang hijau. "Kau tunggu kejap. Kitorang akan cuba keluarkan kau! Kau ok ke tak tu?"

"Kau mengarut apa ni pendek. Bukak pintu rumah kau ni. Dah 30 minit aku tunggu kat luar ni. Cepatlah pantat,"maki Jin di corong telefon.

Jimin dan Taehyung ternganga. Dia bagi telefon kepada Taehyung. "Kau kat mana sekarang Jin?"

"Kat luar rumah Jimin. Aku baru sampai tadi. Kan aku dah mesej Jimin cakap tak boleh datang awal! Bukak pintu la wei! Asal tak bagi aku masuk. Korang senyap senyap buat pesta bogel ke apa,"leter Jin. Taehyung mematikan telefon.

"Come on tadi Tae cakap Jin trapped dalam bilik Jimin. Tu Jin yang mana pulak. Takan ada dua Jin,"Namjoon bingun.

Pintu rumah diketuk bertalu talu dari luar. Jimin tarik pintu dengan takut takut.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top