14 - IGNACE DAN ULUXE
Bulan dan matahari seringkali bergilir-gilir menghiasi langit.
Kamar tidur Ignace
Sejak peristiwa hari itu, Ignace sentiasa meluangkan masa dengan Acantha. Mereka banyak menghabiskan masa berbual tentang buku yang dibaca.
Kebanyakkan masa, Acantha meminta Ignace baca buku cerita yang dibacanya dan menyuruh Ignace memberikan pendapat tentangnya.
Kadang-kala Acantha tidak berpuas hati dengan tindakan si lelaki yang mencederakan dirinya demi wanita yang mengkhianatinya.
"Itu cuma ceritalah Acantha, janganlah marah sangat." Ignace tersenyum. Tak sangka Acantha begitu beremosi membaca buku.
"Tapi perempuan tu tinggalkan dia sebab kekayaan." Acantha yang sedang bersimpuh di atas katil mencebik. Watak perempuan di dalam cerita itu terlalu jahat. Buku yang diletakkan di atas bantal diselak-selak.
"Tapi itulah cinta Acantha. Mungkin perempuan tu tak cintakan lelaki tu. Tetapi ya. Lelaki itu cintakannya." Ignace yang sedang duduk di atas lantai yang beralaskan permaidani memberikan komennya. Siku diletakkan di atas katil. Kepalanya ditongkatkan.
"Cinta buat kita lemah.." Acantha mencebikkan bibirnya. Seolah-olah tidak puas hati dengan kesan apabila jatuh cinta. Buku ditutup kasar. "Cinta sebab harta..."
"Dan juga buat kita buta.." Sambung Ignace pula. Matanya merenung judul buku itu. Tak pernah sia-sia.
"Paling teruk, cinta buat kita alpa.." Balas Acantha lagi.
"Paling dasyat, cinta akan buat kita jadi bodoh." Ignace kemudiannya merenung Acantha. Tersengeh seperti kerang busuk. Bodoh? Tiba-tiba dirinya terasa begitu. Aku terasa seolah-olah aku begitu lemah, aku buta, aku alpa dan bodoh. Hati Ignace berbisik. Tak guna punya buku.
"Kenapa Ignace? Awak nak tulis cerita?" Acantha kemudian merenung wajah Ignace.
"Apa? Tulis cerita?" Ignace terpinga-pinga.
"Ya, Bolehlah saya baca. Awak terlalu banyak mereka cipta senjata. Awak sepatutnya mereka cerita." Tanya Acantha sambil merenung wajah Ignace.
"Ya, mungkin saya patut tulis." Alahai. Ignace pantas mengalihkan pandangan matanya. Paling tak suka apabila Acantha membalas renungan matanya.
"Cerita macam mana?" Acantha tak sabar ingin mengetahuinya. Buku diletakkan di atas tilam. Bantal diambil dan lantas dipeluknya.
Adakah Acantha cuba menggoda dengan kecomelannya? Awas. Tak pasal-pasal buaya darat jadian merasuk.
Ignace pantas menurunkan tangannya. Posisi duduknya ditukar. Kini Ignace menyandarkan belakangnya pada katil. Sebelah kakinya dilunjurkan. Tak lah lenguh. Cuma tak mahu pandang wajah Acantha.
"Ignace, cerita macam mana?" Sekali lagi Acantha bertanya.
"Mungkin cerita cinta?" Alamak cerita cinta pula. Ignace menepuk dahinya sendiri. Kenapa itu yang terkeluar daripada mulutnya? Sah! Aku adalah watak dalam kisah cinta.
"Kenapa Ignace?" Acantha berkerut. Kenapa ditepuknya dahinya?
"Nyamuk..." Ignace tersengeh seperti kerang busuk. Tak guna. Malu betul.
Mujur wajahnya tidak menghadap wajah Acantha.
"Jadi? Cerita cinta macam mana awak nak tulis?" Acantha terus memerhati Ignace daripada belakang. Mengasak Ignace dengan soalannya.
"Hmm, mungkin cerita cinta yang tak macam kita baca."
"Macam mana tu.." Acantha mula melentokkan kepalanya pada bantal besar yang dipeluknya. Nampak sangat dirinya ingin mengetahui jalan cerita yang terlintas di fikiran Ignace.
"Mungkin cerita cinta yang tidak akan buat kita lemah, buta, alpa dan bodoh. Tetapi kisah cinta yang akan buat kita kuat, celik, waras dan berwaspada." Ya, itulah yang terlintas di fikiran Ignace. Bukan. Tetapi itu yang terlintas di hati Ignace. Ignace mahu melindungi Acantha. Jadi dirinya perlu menjadi kuat, celik, waras, dan berwaspada. Betul kan?
"Apa maksud awak kita?" Tanya Acantha pula tulus. Acantha tiba-tiba membongkokkan sedikit tubuhnya. Ingin melihat wajah Ignace lebih dekat ketika menjawab soalannya.
"Ah? Kita?!" Wajah Ignace mula kemerahan.Lelaki itu kemudian menoleh. Apa? Wajah Acantha disebelah wajahnya?! Wajah gadis itu begitu hampir. Rambut hitamnya terjurai jatuh apabila kepalanya ditundukkan. Berdebar jantung Ignace tiba-tiba melonjak.?! Kenapa perlu membongkok untuk melihat wajahnya?!
"Ya, kita? Adakah saya dan awak?"
"Tak..Bukan macam tu. Maksud kita. Kita di sini. Maksudnya di sini ialah pasangan yang bercinta. Tidak kisah sesiapa." Agak gugup ingin menjelaskannya. Kenapa Acantha tanya begitu? Terasa ingin tercabut jantung Ignace dibuatnya.
"Oh, jadi bila awak nak tulis?" Tanya Acantha pula.
"Eh? Maaf, Acantha. Saya agak sibuk dengan dunia reka cipta. Mungkin saya tak akan tulis." Ignace mengalihkan pandangan wajahnya daripada Acantha.
"Ohh..." Acantha mencebik. Hampa jelas kelihatan pada wajahnya. Baru ingin baca cerita cinta yang ingin ditulisnya. Terus Acantha membenamkan wajahnya pada bantal besar yang berada di dalam dakapannya.
Acantha kelihatan kecewa. Kesalnya. Ignace tidak bermaksud ingin membuat Acantha bersedih.
Bukan aku tak nak tulis, sekiranya aku tulis aku akan gunakan nama watak Ignace dan Acantha. Tak naklah! Segan! Dan kenapa perlu tulis kisah cinta? Sedangkan aku kini melalui kisah cinta aku sendiri.
"Em, Acantha... Malam ni kita ke hutan kunang-kunang air nak? Saya nak teroka lebih dalam." Ignace memberi cadangan. Harap-harap Acantha akan kembali ceria.
"Malam ni?" Kepala Acantha di angkat semula.
"Ya. Nak tak?" Opps, lagi sekali tunjuk muka comel tu. Kalau gugur jantung aku..macam mana?
Acantha mengangguk. Dirnya tersenyum.
💙
Hutan Raegan, 01:15 pagi.
"Ignace?" Wajah Acantha kelihatan risau.
"Ya?" Dahi Ignace merenung sekeliling. Dahinya berkerut seribu. Anehnya. Mereka seolah-olahnya tersesat.
"Kenapa terasa perjalanan kali ini jauh?" Mata jingga Acantha memandang sekeliling. Takut.
Tiada jawapan daripada Ignace. Matanya merenung denai-denai. Tidak. Ini bukan laluan yang dilaluinya. Ignace mula tidak sedap hati. Adakah mereka telah jatuh ke perangkap sihir? Sihir yang menyesatkan mereka.
Acantha mula rasa takut dan cemas.
Terasa seram sejuk. Tangannya ingin memegang lengan Ignace. Tidak mahu terpisah. Namun belum sempat dirinya ingin menyentuh lengan Ignace tiba-tiba sahaja tubuh Acantha direntap kasar oleh satu bayangan gelap!
"IGNAAACEEEEE!!!!" Acantha menjerit sekuat hati apabila tubuhnya ditarik ke atas!
"Acantha?!" Ignace pantas menoleh! Tidak! Acantha sudah hilang daripada pandangan mata! Ignace mendongak. Acantha ditarik laju ke atas oleh bayangan gelap. Pantas pistolnya dicapai daripada sisipan pinggangnya dan tanpa ragu-ragu Ignace melepaskan satu tembakkan. Peluru yang melepasi satu medan sihir bertukar menjadi panas lalu berapi . Ianya tepat megena bayangan gelap itu.
Tubuh Acantha terlepas di udara oleh bayangan gelap. Ignace pantas ingin menyambut Acantha. Namun gagal! Lehernya direngkuh oleh bayangan gelap. Tubuh Ignace terhempas pada dahan pokok. Pistol pada genggamannya terlerai jatuh di atas tanah.
Tubuh Acantha gagal disambut lalu terhempas pada tanah. Kepalanya terhantuk pada batu dan berdarah. Acantha kemudian langsung tidak menyedarkan diri.
"A..acantha!" Ignace berusaha ingin meleraikan bayangan hitam yang sedang menggenggam erat lehernya.
"Kau mengganggu kerjaku ... Ignace, ..." Satu suara halus tiba-tiba kedengaran di sebalik bayangan gelap.
Biji mata Ignace terbuntang luas. Suara itu. Ignace mengenalinya.
Bayangan gelap yang menggenggam leher Ignace bertukar menjadi tangan seseorang. Tangan putih yang bersisik halus. Perlahan-lahan bayangan gelap menghilang memperlihatkan tubuh seseorang berhadapan dengan Ignace.
Seorang pemuda berkerudung sedang menggenggam leher Ignace dengan erat. Matanya bewarna kuning kehijauan seakan-akan mata seekor ular merenung wajah Ignace dengan penuh perasaan marah.
Biji mata Ignace terbuntang luas.
Pada dahi pemuda itu kelihatan asap halus. Bekas hangus terbakar diiringi darah yang mengalir. Barangkali kesan daripada peluru berapi yang baru sahaja ditembak oleh Ignace.
Ignace terus terkaku melihat wajah pemuda berdarah ular jadian itu.
"Ul..uluxe lief...?!" Tersekat-sekat Ignace menyebut nama pemuda itu. Dia mengenalinya.
"Ya, kita berjumpa lagi... Ignace Rainault.." Ujar pemuda berdarah sejuk itu. Mereka saling mengenali
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top