13 - RAHSIA UBAT MIMPI


Embun-embun kristal berderai diruang udara.

Biji mata Ignace terbuntang luas. Acantha berada di atas tubuhnya. Wajahnya ditekup pada dada Ignace.

Degupan jantung Ignace berdegup dengan kencang. Terlalu kencang. Wap sejuk kerap kali kelihatan terkeluar daripada mulut Ignace.

Perlahan-lahan wajah Acantha diangkat.

Wajah Ignace begitu hampir dengan wajahnya.

Rona pada pipi Acantha kelihatan semakin merah.

Jelas. Mata jingga Acantha terlalu hampir dan memukau.
Ignace ternyata terpaku. Namun, kali ini entah kenapa Ignace mempunyai keberanian untuk merenung mata jingga gadis itu.

Acantha terkedu. Kenapa Ignace merenungnya begitu. Acantha pantas cuba untuk bangun.

Namun sebelah lengannya tiba-tiba digenggam erat oleh Ignace. Menghalang dirinya untuk terus bangun.

"Ignace?" Acantha berkerut. Kenapa dengan Ignace.

Ignace mengamati wajah Acantha. Jarak yang begitu dekat ini telah membangkitkan keberaniannya untuk merenung mata jingga Acantha. Bahkan, dirinya seolah-olah tidak mahu berhenti mengamati wajah Acantha.

Matanya. Mata Acantha terlalu cantik untuk tidak direnung. Nafas Ignace semakin kencang. Wap daripada mulutnya tidak henti-henti keluar.

Begitu juga dengan Acantha. Nafasnya juga laju kedengaran. Risau. Dahinya berkerut. Kenapa dengan Ignace? Apa yang berlaku? Ignace?

PAK!!!

Acantha terus menampar kuat pipi Ignace!

Lamunan Ignace serta-merta berkecai. Genggaman pada lengan Acantha terus terlerai. Dahi Ignace berkerut. Apa yang aku buat? Dirinya pantas duduk memegang pipinya yang baru sahaja ditampar.

Acantha pantas berdiri. Cemas.
"Ignace awak tak apa-apa?" Tanya Acantha risau.

Apa? Ignace semakin pelik? Dia tampar aku? Dia tanya aku tak apa-apa? Sakitlah.

Ignace hanya mengangguk dan pantas berdiri.

"Mari kita pulang." Ujar Ignace mendatar. Lelaki itu berdiri.

"Ignace.." Acantha pantas menarik lengan Ignace.

"Ya?" Ignace menoleh pada Acantha.

"Dia dah pergi?" Tanya Acantha risau. Merenung pandangan mata Ignace.

Ignace berkerut seribu. "Dia siapa?"

"Bukankah awak dirasuk tadi?"

"Dirasuk?" Ignace semakin keliru. Merepek apa ni?

"Awak dirasuk buaya darat jadian kan? Nachel kata macam tu. Nachel beritahu saya kalau awak tiba-tiba merenung terkaku dengan nafas yang kencang bermakna awak dirasuk buaya darat jadian." Bersungguh-sungguh Acantha menerangkan apa yang berlaku. Dirinya ternyata risau.

Mendengar sahaja itu. Biji mata Ignace terbuntang luas. Rona pada pipinya semakin merah. Tak guna Nachel! Dia telah duga apa yang bakal berlaku?!

"Dan Nachel beritahu saya awak perlu ditampar dengan kuat supaya awak sedar. Maafkan saya Ignace.." Acantha memohon maaf. Risau.

Ignace berkerut. Jahatnya Nachel?! Acantha mempercayai kata-kata Nachel begitu sahaja. Sedangkan sesiapa faham kiasan Nachel. Ada sesuatu yang tidak kena dengan Acantha. Dia terlalu lurus.

"Ignace awak marah?" Acantha risau melihat Ignace hanya mendiamkan dirinya. Adakah Ignace sakit hati?

"Tak..maafkan saya." Ujar Ignace pula. Dirinya terasa serba salah. Acantha mudah mempercayai. Sifat dan fikirannya tidak seperti gadis biasa.

Terdetik pada hati Ignace akan satu perasaan. Perasaan ingin melindungi.

Aku perlu melindungi Acantha. Walau apapun aku perlu melindunginya daripada sebarang bahaya.

Aku tidak mahu sebarang bahaya menimpa dirinya.

💙

Setelah sekian lama kau bersama seseorang, kau tidak pernah sedar bahawa kau begitu sayangkan dia. Sehinggalah tiba di saat perpisahan. Baru kau akan menyedarinya.

Nachel mengeluh merenung sebotol posyen kecil bewarna biru. Ianya diperbuat dengan herba dan juga bantuan sedikit kuasa sihir penawar.

Akhirnya ubat ini siap juga. Ia memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya. Malahan kosnya juga tinggi. Ia memerlukan lesen untuk membuat posyen tersebut. Namun, Nachel telah membuatnya secara haram.

Pintu biliknya tiba-tiba dibuka. Pantas Nachel menyembunyikan ubat tersebut ke dalam saku kot putih yang tersarung pada tubuhnya.

"Nachel? Tak balik lagi? Bukan ke waktu kerja kau dah tamat?" Seorang pembantu selaku rakan sekerjanya bersuara. Earin namanya.

Nachel tersenyum kelat. "Belum lagi. Rehat-rehat sekejap." Nachel buat-buat menggeliat. Kononnya meregangkan otot.

"Alasan apa tu? Rumah ada, balik tidurlah." Earin berjalan menghampiri meja Nachel.

"Eh?" Dahi Earin berkerut.

"Ya, aku tahulah balik. Jangan risau." Nachel mencebik.

"Kau baca apa ni Nachel?!" Earin terkejut. Dirinya pantas menyergah Nachel. Sehelai kertas di atas meja diambil. Terdapat beberapa tulisan di atas kertas itu.

Nachel turut terkejut. Bagaimana dirinya begitu cuai?! Namun, tingkah lakunya dikawal. Jangan gelabah! Pujuk hatinya.

"Kenapa salah ke?" Nachel mengangkat bahunya. Pura-pura seolah-olah tiada apa berlaku.

"Ini panduan untuk buat ubat mimpi?"

"Ya, kenapa? Aku baca je. Bukan aku nak buat pun." Nachel berpura-pura bertenang. Dirinya berdusta. Ubat mimpi itu kini berada di dalam saku kot putihnya.

"Ini dilarang!. Kau cuba untuk buat satu?! Nachel?! Kau ada masalah ke?! Jangan ambil ubat tu!" Kedua-dua tangan Earin dihempaskan pada meja. Dirinya risau!

"Tolonglah, Earin." Nachel memutarkan biji matanya. "Aku bahagia. Jadi buat apa aku ingin bunuh diri. Aku cuma tertarik sahaja dengan sejarah ubat mimpi tu. Sahaja-sahaja nak menelaah ilmu. " Nachel terus berdiri dan merampas kertas panduan itu. Dirinya tersenyum. Kertas itu dilipat dan dimasukkan ke dalam saku kotnya.

"Jangan risau Earin. Ada apa-apa masalah aku akan beritahu kau. Kau risau sangatlah. Aku baca-baca saja." Nachel tersenyum.

"Baguslah macam tu. Lega aku dengar." Aerin tersenyum. Dadanya dilurut. Sangkanya rakan sekerjanya ingin membunuh diri.

"Aku balik dulu. Terima kasih risaukan aku." Nachel menepuk bahu Earin dan terus berjalan keluar.

💙

Ubat mimpi bukanlah ubat yang mudah didapati. Barang siapa yang mengambil ubat mimpi dirinya akan berasa tenang. Kemudiannya dirinya akan mula mengantuk dan akhirnya terlena dibuai mimpi. Mimpi yang indah. Dan ia adalah mimpi yang berkekalan. Dalam erti kata lain. Mati.

Ubat mimpi dahulunya dicipta buat mereka yang terseksa ingin hidup atas kecacatan atau kecederaan yang melampau. Ia memudahkan mati seseorang. Seseorang akan mati dengan tenang. Namun semakin lama ia semakin disalah guna. Ramai yang mengambilnya apabila mengalami tekanan. Dengan itu ubat mimpi diharamkan dan tidak langsung boleh diguna secara berleluasa. Ia memerlukan lesen khas untuk membuat ubat mimpi dan undang-undangnya amatlah ketat.

Nachel meneguk air liurnya.

Aku tak mahu lakukannya. Namun, aku terpaksa.

Akhirnya air matanya tertumpah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top