12 - RAMALAN LAGENDA RAEGAN

Cahaya sang rembulan begitu terang menghiasi langit malam yang gelap. Segelap bayang kita sendiri.

Bunyi desiran daun ditiup angin malam sungguh menenangkan. Sentuhan angin sungguh mempesonakan.

Suasana di dalam penghujung hutan Raegan sunyi sepi. Hanya ditemani dengan bunyi desiran daun pokok dan juga bunyi si penjalan kaki yang memijak rumput-rumput.

"Ignace..kita nak ke mana?" Acantha bertanya setelah mereka berdua lama mendiamkan diri. Kedua tangannya erat memegang kot hitam yang disarungkan pada tubuhnya. Agak besar sedikit. Kerap kali menggelebeh jatuh. Ia adalah milik Ignace.

"Hmm, ke sebuah tempat rahsia." Jawab Ignace ringkas. Dirinya terus melangkah. Pada tangannya memegang lampu pelita. Ia digunakan untuk menerangi laluan gelap di dalam hutan tersebut.

"Tempat rahsia?" Acantha terpinga-pinga. Seringkali dirinya membaca tentang taman rahsia di dalam kisah dongeng. Adakah ia benar-benar wujud?

"Ya, tempat rahsia. Saya terjumpa sewaktu saya kecil. Dan laluan ke situ hanya saya seorang sahaja yang tau." Ignace tersenyum. Namun lelaki itu langsung tidak menoleh pada Acantha.

Acantha dapat melihat senyuman Ignace melalui cahaya lampu pelita yang dibawa lelaki itu. Sudah lama tidak melihat senyumannya. Terasa tenang pula.

"Hanya awak je yang tau? Nachel tak tau?" Acantha bertanya.

"Tak. Nachel terlalu sibuk. Tapi saya rasa Nachel bukan pedulipun tentang semua ni. Lagipun tu tempat rahsia. Kalau saya beritahu Nachel maknanya tempat  tu tak akanlah lagi jadi tempat rahsia saya. Tempat sumber inspirasi saya. Saya akan berasa tenang di sana. Banyak perkara saya lakukan di situ. Saya belajar. Saya mencari inspirasi dan saya juga pernah membuat rekaan terbaru saya di sana." Ignace menerangkan dengan panjang lebar saat kakinya terus melangkah.

"Tapi... " Acantha berhenti melangkah.

"Acantha?" Ignace turut berhenti melangkah. Tangannya yang membawa lampu pelita dihalakan pada arah Acantha. Wajah Acantha kini jelas kelihatan risau. Gadis itu menundukkan pandangan wajahnya.

"Kenapa Acantha?" Ignace pelik.

"Saya risau.."

"Risau kenapa pula?"

"Adakah saya mengganggu awak Ignace?" Acantha bertanya. Acantha merasakan dirinya seorang pengganggu. Barangkali Ignace terpaksa membawanya atas dasar tanggungjawab ingin melindunginya. Acantha tidak mahu dirinya dianggap sedemikian. Tak selesa. Rasa serba salah. Acantha tidak mahu menjadi pengganggu saat Ignace mahukan ketenangan bagi mencari inspirasi.

Dahi Ignace berkerut. "Kenapa awak rasa macam tu?"

"Awak terpaksa bawa saya ke sana ke?"
"Tak Acantha. Kenapa? Jangan risau. Ini pilihan saya. Saya sendiri yank nak bawa awak ke sana."

Acantha merenung pandangan mata Ignace.

Begitu juga dengan Ignace.

"Tapi... tapi kalau awak bawa saya ke sana, tempat tu bukanlah lagi tempat rahsia awak." Tulus Acantha memberitahu kerisauannya. Sekiranya tempat rahsia itu diberitahu. Ianya bukan lagi tempat yang istimewa mahupun tempat rahsia buat Ignace.

Ignace mengeluh.Apa ke situ pula dia fikir?

"Ya, bukan lagi tempat rahsia saya. .." Ignace tersenyum kelat. Kenapa itu yang dirisaunya?

"Tapi tempat itu akan menjadi tempat rahsia kita." Tangannya kemudian dihulurkan kepada Acantha. Seulas senyuman terukir di bibirnya.

Mata Acantha kekal merenung mata milik Ignace.

"Mari.." Tangan Ignace masih dihulurkan.

Perlahan-lahan Acantha menyambutnya. Tiba-tiba hatinya terasa sesuatu.

Sesuatu yang mengharukan.

💙

Bunyi anak sungai mengalir tenang mula kedengaran di gegendang telinga Acantha.


Pokok-pokok di kawasan tersebut mula kelihatan dalam jarak yang luas. Tidak berada terlalu dekat. Dengan itu, ia bagaikan seolah-olah terdapat padang rumput kecil di dalam kawasan hutan tersebut.

Mereka berdua berhenti melangkah di tengah-tengah kawasan tersebut.

"Acantha, tengok bawah." Ignace meletakkan lampu di atas rumput.

Kawasan rumput tersebut disinari dengan cahaya peilta.

Acantha merenung bawah. Dia tersedar sesuatu. Rumput itu bewarna biru dan ia sungguh cantik.
Kelihatan embun kristal melekat pada rumput tersebut.

"Sedar tak? Kawasan ni sentiasa sejuk dan berkabus. Hanya pada kawasan ini sahaja." Ignace memberitahu Acantha.

"Ya. Sejuk." Acantha mengangguk. Baru dirinya tersedar. Wap sejuk terhembus setiap kali mereka bernafas.

"Kalau tahu sejuk. Pakailah betul-betul." Ignace membetulkan kot besar yang senget dan menggelebeh pada tubuh Acantha. Ditarikkan ke hadapan dan menutup tubuh Acantha. Bagaikan dipasung.

Acantha terkedu. Rona pada pipinya mula kemerahan. Ignace mengambil berat tentang dirinya?

"Kawasan ini dilindungi oleh semangat penjaga embun. Embun di sini sedikit membeku kerana ada sedikit kuasa peredaran waktu dan cuaca yang mengganggu. Saya tak tahu betul ke tidak. Tapi itu yang tertulis dalam kisah dongeng Raegan. Ada yang kata ia benar dan sebaliknya." Ujar Ignace sambil tersenyum.

"Semangat penjaga embun?"

"Saya pun tak pasti. Ramalan tertulis dekat sini akan ada seseorang  yang mampu bertemu dengan mereka yang sudah mati atas beberapa syarat."

"Mati?" Acantha berkerut.  "Apa maksud awak Ignace?"

"Saya ada baca, sekiranya orang itu adalah orang yang kita sayang dan cinta sehinggakan kita sendiri tidak sedar betapa kita cintakannya...kita mampu bertemu dengan dia di sini. Tapi pertemuan yang macam mana saya tak pasti."

"Kita akan terserempak dengan roh ke Ignace?"

Ignace tertawa. "Saya rasa kan. Cerita tu direka. Nenek moyang dekat Raegan ni tak nak manusia teroka dan merosakkan kawasan seindah ni. Jadi mereka takutkan dengan cerita macam tu. Yelah, siapa berani nak berjumpa dengan roh kan?"

"Tapi..kalau roh orang yang kita sayang?" Acantha bertanya tulus.

Ignace terdiam.

"Mati adalah perpisahan..sebab tu saya takut mati.."

"Jangan risau Acantha... Ada kehidupan selepas kematian yang menanti kita."

"Ada ke?" Acantha tertanya-tanya.

"Ada..saya percaya."

"Tapi.. mereka cuba bunuh saya..mereka cuba pisahkan say---"

"Acantha.." Bahu Acantha disentuh perlahan.

"Saya takut.." Acantha tertunduk.

"Acantha...tengok keliling awak. Betapa indahnya kawasan ni." Ignace cuba mengalihkan perhatian Acantha.

"Sangat indah." Puji Acantha.

"Hikayat mengatakan bahawa penjaga semangat embun melindungi kawasan ini kerana kunang-kunang air. Kunang-kunang air yang tidak harus diambil oleh manusia."

"Kunang-kunang air?"

"Mari.." Ignace tersenyum sambil berjalan kearah bunyi anak sungai. Perlahan-lahan Acantha mengekori Ignace dari belakang.

Mereka berdua kini berdiri betul-betul
di tepi anak sungai.

Ignace perlahan-lahan merebahkan sebelah lututnya pada atas rumput yang bewarna biru.

"Acantha, cuba awak renung dalam-dalam."

Acantha berkerut. Tengok dalam-dalam. Boleh ke nampak ? Gelap.
Namun, Acantha hanya menuruti. Kedua lututnya direbahnya di atas rumput. Cuba merenung lebih dalam.

"Nampak tak?" Ignace bertanya.

Acntha mencebik dan menggelengkan kepalanya. Tak nampak apa-apa walau ditenung sedalam-dalamnya. Ianya gelap.

"Kenapa awak tenung dalam-dalam? Anak sungai ni cetek. Hanya paras buku lali kita sahaja. Cuma bahagian hujung sana akan bertemu dengan tasik." Ignace ketawa kecil.

"Apa?" Acantha terkedu. Rona pada pipinya mula kemerahan. Ignace kenakan dirinya?! Sampai hati.

"Maaf." Ujar Ignace perlahan. Aduh sensitif betul Acantha.

Acantha hanya mengangguk.

"Awak nak tengok kunang-kunang air?"

"Ya, tapi dekat mana?" Acantha meneliti anak sungai itu. Macam tak ada. Dan wujud ke kunang-kunang air?

"Mereka ada di dalam anak sungai." Ignace memberitahu.

Direnungnya lagi dalam anak sungai tersebut.

"Acantha, awak tak akan dapat tengok kalau macam tu." Ignace tersenyum. Acantha kelihatan sungguh comel.

"Macam mana?"

"Awak perlu masukkan tangan awak ke dalam anak sungai."

"Tak naklah. Nanti mereka marah." Acantha risau.

"Tak, mereka tak akan marah. Jangan risau." Ignace cuba meyakinkan Acantha.

Acantha menggelengkan kepalanya.

"Cepatlah, awak nak tengok tak?"

"Tak apalah. Tak nak."

"Acantha jangan risau. Awak bukannya mengganggu kunang-kunang air tu pun. Lagipun kunang-kunang air tak akan muncul sekiranya aliran anak sungai tidak berubah."

"Maksudnya? Apabila air berkocak mereka akan muncul."

Banyak mulut  betul Acantha ni

Tanpa membuang masa terus Ignace mengambil tangan Acantha dan dimasukkan ke dalam anak sungai.

Serta-merta cahaya kelip-kelip muncul di dalam anak sungai. Ia berkelip-kelip disekitar tangan Acantha yang dicelupkan ke dalam anak sungai. Sungguh terang cahaya birunya. Ia berkelip-kelip mengikut irama yang perlahan.

Cahayanya mampu menerangi air sungai sehingga jelas kelihatan bayangan wajah Acantha pada biasan anak sungai. Acantha kagum. Senyuman mula terukir dibibirnya.

"Cantik..." Ujar Acantha perlahan.

Ignace tersenyum. Melihat senyuman Acantha ternyata membuat hatinya tenang. Perlahan-lahan matanya beralih pada anak sungai yang dihiasi cahaya kelip-kelip. Biasan wajah Acantha jelas kelihatan pada permukaan anak sungai yang bercahaya.

Wajah Acantha yang terpaku melihat keindahan kunang-kunang air. Dan aku pula terpaku melihat keindahan gadis bernama Acantha. Lama Ignace curi-curi pandang wajah Acantha. Maknanya Acantha lebih cantik daripada kunang-kunang air?

Baru Ignace sedar. Dirinya suka mengamati wajah Acantha. Cuma renungan mata gadis itu sahaja dirinya tidak sanggup.

Eh?

Sedang dirinya merenung. Tiba-tiba Ignace tersedar sesuatu! Apa? Tangannya memegang erat tangan Acantha yang direndamkan ke dalam air. Apa?! Daripada tadi dirinya tak melepaskan tangan Acantha?! Patutlah terasa hangat!

Hangat? Jantung Ignace berdegup kencang. Rona pada pipinya merah!

Pantas Ignace menarik tangannya keluar! Dengan kasarnya Ignace merentap tangannya. Air habis terpercik! Serta-merta cahaya kunang-kunang air merebak pada kawasan air yang berkocak.

Biji mata Acantha terbuntang luas terkejut. Pantas matanya merenung wajah Ignace.

"Maaf..Saya tak sengaja." Ujar Ignace gugup. Berkepul-kepul wap keluar daripada mulut Ignace. Entah kenapa terketar-ketar pun tak tahu.

"Kenapa Ignace? Ada sesuatu?" Kenapa Ignace begitu terkejut? Adakah kunang-kunang air telah menggigit jarinya?

"Tak ada apa-apa. Jangan risau." Ignace menafikannya.

"Tangan awak? Digigit?" Tulus Acantha bertanya.

"Tak..cuma." Pandangan mata Ignace dialihkan."Saya terasa kejang. Sejuk." Ignace berdusta. Lantas lelaki itu berdiri dan mula mengatur langkah.

"Ignace..." Acantha turut berdiri. Mengekori Ignace daripada belakang. Dirinya tahu Ignace berdusta.

"Ada sesuatu yang berlaku?"

Ignace hanya diam terus melangkah. Bagaimana ingin buat Acantha berhenti bertanya?

Baiklah!

Beritahu Acantha bahawa hari sudah lewat dan kita perlu pulang!

"Acantha.." Ignace tiba-tba berhenti melangkah dan terus berpaling menghadap Acantha.

Ah!

Acantha terkejut apabila Ignace tiba-tiba berhenti melangkah. Dan secara tak sengaja kakinya tersandung akar pokok yang terkeluar. Tubuhnya terjatuh pada tubuh Ignace.

Ignace pantas menahan tubuh Acantha daripada terus tersungkur. Namun dirinya pula terlangkah beberapa tapak kebelakang dan malangnya Ignace turut tersandung!

Aduhai?! Kenapa ini terjadi?!

Kedua mereka akhirnya terjatuh di atas rumput biru. Habis embun-embun
kristal yang sedikit membeku berderai di ruang udara.


Aduh! Ini drama cinta apa pulak?!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top