09 - MEREKA IBARAT MINUMAN
"Acantha? Boleh saya masuk?" Nachel mengetuk Pintu bilik Ignace. Pintu langsung tidak dibuka sejak daripada pagi tadi. Nachel mula risau. Apa yang Acantha buat begitu lama di dalam bilik Ignace?
"Acantha? Awak masih tidur?" Nachel berkerur.
Tiada jawapan dari dalam.
"Acantha?"
Tiba-tiba pintu dibuka perlahan dari dalam. Acantha terus mendakap tubuh Nachel.
"A..acantha? Kenapa ni?" Nachel terpinga-pinga. Tubuh Acantha didakap perlahan.
"Saya.. takut.. Mereka di luar.." Ujar Acantha tersekat-sekat.
"Acantha.." Nachel meleraikan dakapan Acantha. Matanya merenung wajah Acantha yang agak sugul. "Tiada siapa-sia-"
"Kenapa tinggalkan saya bersendirian.." Acantha memotong cakap Nachel.
"Acantha.. jangan risau. Rumah ini hanya ada awak, saya dan Iggy." Nachel cuba menenangkan Acantha.
Acantha seolah-olah takut apabila tidak mendengar sebarang bunyi dari luar. Disebabkan itu dirinya risau. Risau sekiranya para pembunuh hadir.
"Iggy? Ignace ke?" Acantha terpinga-pinga. Selama ini selalu juga Acantha mendengar Nachel memanggil Ignace dengan panggilan Iggy. Tetapi dirinya tidak tahu apakah Iggy sebenarnya.
"Ya, Iggy adalah Ignace. Nama manjanya." Nachel tersenyum. Tak sangka Acantha tidak tahu.
"Di mana Ignace?" Acantha memandang sekeliling.
"Oh, Iggy sudah keluar. Dia ada urusan yang perlu diselesaikan." Nachel memberitahu.
Acantha hanya mengangguk perlahan. Entah kenapa dirinya terasa terancam tanpa Ignace. Hati Acantha sudah mengatakan bahawa Ignace merupakan pelindungnya. Yang akan menyelamatkan dirinya daripada segala bahaya.
"Acantha, tunggu apa lagi? Pergilah mandi dan kita boleh makan sekali." Nachel kemudian sengaja menyingkap kain Acantha. Cuba ingin membawa suasana yang ceria.
"Baiklah.." Ujar Acantha mendatar. Langsung tidak terhibur dengan gurauan Nachel. Namun dirinya tetap tersenyum kerana dipelawa untuk makan bersama.
"Ketawalah, Acantha.." Nachel membuat muka bosan. Kain Acantha kali ini ditarik ke atas sehingga menampakkan pehanya.
Acantha hanya sekadar terkebil-kebil.
"Ketawa?"
"Ya, ketawa. Gelaklah sikit. Tak kesian ke saya buat lawak tak jadi." Nachel memutarkan bola matanya. Kain Acantha masih lagi tidak dilepaskan. Alahai Acantha kenapa macam patung tidak berperasaan.
"Eh, sekejap?!" Dahi Nachel berkerut. Berkerut seribu apabila dirinya terlihat pada betis Acantha akan kesan lebam yang besar bewarna biru.
"Kenapa?" Acantha turut terkejut terpinga-pinga.
"Apa yang berlaku?!" Kain Acantha dilepaskan. Nachel terus melutut dan meneliti betis Acantha dengan lebih dekat. Kedua-dua belahnya lebam.
"Acantha?! Kesan lebam ni? Macam mana boleh datang?"
"Saya ... tak tahu.." Acantha menggelengkan kepalanya.
"Ada sesuatu yang pelik berlaku? Awak jatuh ke? Atau awak terlanggar sesuatu?" Nachel kemudian berdiri merenung wajah Acantha.
"Cuma..semalam, sewaktu saya tidur. Kaki saya terasa kejang sangat." Acantha memberitahu.
"Acantha, Tolong duduk dulu. Saya nak tengok apa yang saya boleh buat."
"Buat apa?"
"Jangan risau. Saya seorang doktor." Nachel tersenyum.
♡
Varnel menghirup teh panas sambil tersenyum merenung permandangan di luar jendela. Sekali-sekala dirinya tertawa sendirian.
"Apa yang lucu sangat?" Ujar suara seorang wanita dingin. Wanita yang bersanggul tidak kemas itu hanya sekadar merenung Varnel dari belakang.
Varnel kemudian berhenti ketawa. Wajahnya serta-merta bertukar dingin.
"Apa yang kau faham tentang hiburan?" Varnel ketawa sinis. Langsung tidak memalingkan wajahnya daripada jendela.
"Ya, sebab aku tak fahamlah aku tanya." Balas wanita itu semula.
"Jadi, kau nak tahu kenapa aku ketawa, Laurien?" Varnel kini memalingkan wajahnya pada wanita itu. Wanita yang bernama Laurien.
"Ya. Kenapa?" Laurien merenung tajam wajah Varnel.
"Aku ketawa kerana aku berjaya buat makhluk ular jadian itu tertunduk pada arahan aku semula." Varnel memberitahu sambil tersenyum sinis.
"Uluxe?" Laurien berkerut.
"Ya, makhluk ular jadian yang dambakan cinta daripada manusia." Varnel kemudian terus ketawa. Hatinya seronok melihat perasaan seseorang resah apatah lagi terpaksa tunduk akan arahannya demi mendapatkan sesuatu.
"Berhenti ketawa!" Laurien mengherdik. Sakit hatinya melihat Varnel seronok ketawa atas kepedihan seseorang. Varnel seorang lelaki yang gila.
"Kenapa? Kau tak rasa ia menghiburkan?"
"Apa yang kau suruh Uluxe lakukan?" Tanya Laurien dengan nada geram. Laurien amat mengenali Varnel. Varnel gemar mempermainkan orang lain. Merperbodohkan mereka. Memperalatkan mereka! Termasuklah dirinya.
"Tak ada apa yang hebat sangat pun. Aku hanya mengarahkan dia untuk bunuh seseorang." Jawab Varnel bersahaja. Bahunya diangkat sedikit.
"Siapa?"
"Siapa lagi kalau bukan Acantha." Varnel tersenyum sinis.
"Kenapa kau perlu buat macam tu? Bukan ke kau perlukan Acantha?"
"Ya, aku perlukan Acantha. Tetapi tidak lagi. Malangnya dia merupakan ciptaan yang bodoh. Jadi adalah lebih baik dia mati." Perlahan-lahan Varnel jalan menghampiri Laurien.
"Lagipun aku agak..aku dah dapat apa yang aku nak." Varnel menjongketkan keningnya."Aku perlu dapatkan ia daripada Acantha dan bunuh dia." Varnel bermadah bersahaja.
Laurien hanya merenung tajam wajah Varnel. Sakit hatinya mendengar kata-kata Varnel.
"Laurien, kau ingat aku tak tahu kau cuba selamatkan Acantha?"
"Acantha tidak boleh diselamatkan lagi. Tapi aku mahu dia selamat daripada mati dalam keadaan derita."
"Kenapa? Dia perlu mati. Jadi apa bezanya antara mati dan mati tanpa derita? Mereka ibarat...." Sengaja Varnel menggantungkan ayatnya. Seraya itu air teh didalam cangkir kaca dicurahkan perlahan-lahan ke atas lantai yang beralas dengan permaidani. Habis air minuman itu meresap masuk ke dalam alas permaidani.
"Mereka ibarat minuman. Kau suka kau minum. Kau tak suka? Kau buang. Walaupun masih elok." Gelas itu kemudian dilepaskan. Tidak pecah kerana ia jatuh di atas alas permaidani yang tebal.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top