06 - HIDUP TERKURUNG ACANTHA


Cahaya sang suria singgah masuk ke dalam kamar tidur Ignace. Nachel membuka matanya. Tangannya diangkat tinggi dan menggeliat.

"Sedap betul tidur atas katil Iggy... Bantal besar-besar..." Nachel melemparkan bantal-bantal ketepi. Kalau dipeluk lagi pasti akan terlena semula.

Nachel terus bangun dan menyandarkan tubuhnya pada penghadang katil. Matanya melirik pada kerusi sofa. Selimut tidak berlipat bergulung di atas permaidani biru tua.

"Iggy dah bangun? Awalnya... Tak guna... selimut pun tak tau nak lipat."
Nachel merngut seorang diri.

"Eh, sekejap. Jarang sangat Iggy bangun awal." Nachel berkerut. Bahaya ni!

Selimut yang membaluti sebahagian tubuhnya dialihkan, Nachel bingkas berdiri. Sama seperti Ignace, dia juga tidak melipat selimut tidur yang digunanya. Bahkan, bantal-bantal juga tidak disusun.

Nachel berjalan keluar dari kamar tidur Ignace berjalan menerusi kaki lima sehinggalah ternampak pintu bilik tidurnya yang terbuka luas.

"Eh, Acantha pun dan bangun?" Nachel terpisat-pisat. "Tapi sunyin je rumah ni." Nachel berbisik sendirian. Nachel kemudian terus melangkah mmemasuki pintu biliknya.

APA?!

Nachel terus tersentak! Biji matanya terbuntang luas. Apa yang berlaku?! Tidak!!!

Acantha sedang tidur bersama linangan air mata dan...dan... Ignace?! Ignace tertidur duduk di atas lantai tersandar pada katil?! Pelbagai spekulasi bermain di minda Nachel sekarang! Semuanya berunsur negatif!

Apa yang telah Ignace lakukan pada Acantha?!

"IGGGGGYYYYYYYYYYYYYYY!!!!"

Satu penampar hinggap di pipi Iggy!

Wajah Ignace masam mencuka. Celaka betul. Merah di pipinya masih lagi tidak hilang.

"Saya menangis bukan sebab Ignace." Acantha menjelaskan kepada Nache.
"Saya yang minta Ignace temankan saya.."

Nachel lantas ketawa. Ketawa kerana dirinya telah menampar wajah Ignace tanpa soal selidik. Kuat pulak tu.

"Lawaklah sangat." Ignace membuat muka meluat. Bukan dia bermaksud nak tidur bersama Acantha cuma Acantha lambat sangat tidur, sudahnya dirinya yang tertidur dulu.

"Baiklah! Aku mandi dulu! Aku nak pergi kerja." Nachel terus mencapai tuala mandinya dan keluar menuju ke arah bilik air.

Ignace merengus. Tak guna. Minta maaf pun tidak.

Untuk seketika suasana menjadi sunyi.

"Ignace.." Acantha memanggil Ignace.

Ignace hanya sekadar mengangkat keningnya.

"Maafkan saya.. " Acantha terasa serba salah apabila Ignace ditampar Nachel kerana dirinya.

"Lupakanlah...itu cuma salah faham." Ignace memberitahu.

Acantha hanya mengangguk perlahan.

"Acantha, selepas sarapan saya akan temankan awak pulang ke rumah."

Acantha tersentak. "Pulang?"

"Ya, jangan risau saya akan tolong awak cari rumah awak." Ignace tidak kisah. Walaupun Acantha tidak ingat jalan pulang ke rumah, dia akan berusaha membantunya.

"Tak nak... saya tak nak pulang!" Acantha menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Apa maksud awak? Ibubapa awak pasti akan risaukan awak."

"Ibubapa? Tak nak.. Mereka bukan ibubapa saya.. Mereka bukan..!" Air mata Acantha mula bergenang. Perasaan takut mula menghantui dirinya.

"Apa?"

"Saya tak nak jumpa mereka semua. Mereka pasti akan bunuh saya.." Nada suara Acantha mula kedengaran terketar-ketar. Air matanya mula mengalir.

"Tak! Acantha! Bukan macam tu!" Ignace kelam kabut melihat Acantha mula ingin menangis.

"Saya bukan nak hantar awak ke situ. Saya nak hantar awak ke rumah awak."

"Tolong jangan hantar saya pulang ke situ! Saya takut!" Kedua tangan Acantha meraup wajahnya sendiri. Gadis itu terus menangis teresak-esak.

"Maksud saya, di mana awak tinggal selama ni. Saya akan hantar awak pulang ke rumah awak. Bukan di tempat yang awak takutkan tu. Tolong jangan salah faham." Ignace memegang bahu Acantha cuba menenangkannya.

Esakkan Acantha kian mereda.

"Tapi selama ini saya hanya hidup terkurung disitu.. mereka tak pernah bebaskan saya. Saya tak nak kembali ke situ " Acantha menjelaskan segala perasaan takutnya bersama esakkan.

Ignace terdiam. Dahinya berkerut. Apa? Apa maksudnya? Terkurung.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top