DAJ 5

Tahun 2000
*Danny berumur sembilan tahun, Andrea berumur sepuluh tahun.
*Andrea baru sahaja menjadi sebahagian daripada family James.

"Mama... Siapa gadis tu?" Soal si anak tunggal dengan sikap ingin tahu. Kakinya menuju kearah budak perempuan yang sebaya dengannya.

Puan Camella datang kearah anak lelakinya lalu berbisik sesuatu.

" Danny sayang... gadis kecil ni dah tak ada sesiapa di dunia ni. Sebab mama papa dia dah pergi meninggalkan dunia ini" Puan Camella sebak. Dia kesihankan gadis kecil itu. Ya Tuhan. Kau berikan kekuatan kepada gadis kecil ini. Amen...

Danny hanya sekadar mengangguk. Matanya tidak lepas merenung tajam gadis itu. Dia sedang menunduk dan berpeluk beg sandang doraemonnya. Dia kelihatan takut.

Puan Camella berkerut dahi sejenak. Apakah anak lelakinya tidak menyukai kehadiran si gadis kecil? Atau... Dia aim gadis itu?

Tiba tiba Danny menyoal Puan Camella dengan soalan maut.

"Mama... Danny jaga dia eh? Bila besar nanti Danny nak belikan bunga ros banyak banyak. Danny tahu perempuan mesti suka bunga rose sebab mama pun suka bunga rose kan?"

Puan Camella terpaku seketika. Otaknya ligat mentafsirkan bait bicara anak lelakinya. Beberapa minit kemudian dia senyum manis kearah gadis kecil itu.

"Sayang... Siapa nama sayang?" Soal Puan Camella sambil mengelus lembut rambut perang gadis kecil itu. Cantik.

Si gadis kecil terkebil kebil merenung tepat pada wajah wanita itu. Senyuman manis yang terukir pada bibir wanita yang bernama Camella.

"Na.. Nama saya Andrea Zachary auntie" Ujar Andrea senyum kekok. Dari tadi dia tidak selesa dengan pandangan anak lelaki auntie Camella itu. Pandangan itu seolah olah menikamnya.

"Hmm... Cantik nama kamu sayang... Kalau tak berat hati, anak ni sudi tak jadi anak angkat auntie? Auntie Camella takda anak perempuan. Bukan apa sayang... Auntie Camella dengan Uncle James bukannya taknak berusaha. Cuma..." Puan Camella terdiam seketika.

"Cuma apa auntie Camella" Andrea menyoal dengan nada lembut. Yalah. Kesian pula dia tengok reaksi auntie Camella berubah muram.

Puan Camella senyum.

"Rahim Auntie dah takda sayang. Auntie diumumkan bahawa ada kemungkinan menjadi kanser jika auntie tidak membuat pembedahan"

Andrea mendiamkan diri. Sayu sungguh hatinya bila melihat wajah Puan Camella yang tenang. Dia tahu bahawa jauh disudut hati Puan Camella sedang menanggung sakit.

"Ishh tak payah lah kita cerita pasal ni Andrea. Ni auntie nak tanya kamu. Kamu nak jadi anak angkat auntie?"

Puam Camella menyoal dengan nada yang lembut. Dia tidak mahu memaksa gadis kecil ini kerana gadis kecil ini baru sahaja kehilangan ibu bapanya.

"Boleh auntie Camella. Andrea setuju. Lagipun Andrea dah takda siapa siapa dalam dunia ni. Andrea cukup terima kasih dengan uncle dan auntie. Kalau tak Andrea terpaksa mengemis di jalanan" Ujar Andrea sambil senyum. Syukur pada Tuhan kerana dah makbulkan doanya. Kini dia telah menemui sepasang suami isteri yang baik hati.

Dan senyuman itu dapat perhatian daripada Danny. Yang mendiamkan diri sejak tadi.

'Cantik betul gadis ni! Mama tepilah sikit Danny mahu bercakap dengan bidadari' Omel Danny dalam hati. Ya, masa tu umur dia baru sahaja sembilan. Dia masih belum mengetahui umur gadis yang dihadapannya itu.

Puan Camella senyum mendengar jawapan dari bibir Andrea. Syukur kepada Tuhan. Aku dah dapat anak perempuan. Kini lelaki dan perempuan pun ada.

Puan Camella mengerlingkan matanya kearah Danny. Dia semakin bingung kerana mata Danny yang asyik merenung tajam pada Andrea.

Danny yang perasan dengan renungan mamanya lantas dia senyum kekok.

"Mama... Umur dia berapa ma?" Soal Danny. Tangannya mengambil keropok berperisa ikan laku disuakan kemulutnya. Langsung tidak kongsi pada gadis itu. Puan Camella hanya senyum dan menggelengkan kepalanya.

"Andrea dah sepuluh tahun"

Andrea menjawab bagi pihak Puan Camella. Dia juga tersenyum manis pada Danny, walaupun lelaki kecil itu asyik merenung tajam kearahnya.

Hati Danny cair seketika. Jangan meletup!

"Ehem... Hmm yelah Andrea. Kau boleh anggap aku adik kau. Jangan risau, aku tak makan orang. Aku cuma suka tengok mata kau. Cantik" Andrea senyum malu dan Danny pula terlepas cakap. Ingin sahaja dia mengetuk kuat mulutnya kerana tidak pandai menyimpan kata. Ish.

Demi cover malu. Danny kembali membetulkan ayatnya.

"I mean... Mata Andrea yang coklat gelap tu. I like it. Macam mata mama" Fuh. Nasib baik boleh pakai.

Membulat mata Puan Camella. Apa dia salah dengar atau sebaliknya?

"Mama... Bolehkan Andrea jadi kakak Danny?" Soal Danny lagi selepas mereka bertiga mendiamkan diri.

"Boleh sayang" Puan Camella senyum.

"Yeayyy Danny ada kakak baru!!!"

Andrea hanya senyum kecil. Manakala Puan Camella sudah menggelengkan kepalanya apabila melihat tingkah laku anak lelakinya. Haihla.. Nakal semacam.

Tuan James hanya merenung mereka dari jauh. Perlahan lahan bibirnya menguntum sengihan.

'Danny kau tak boleh tipu papa. Papa tahu kau suka dengan budak Andrea tu kan?' Desisnya dalam hati. Membayangkan bagaimana reaksi anak lelakinya jika dia menyoal dihadapan Andrea.

Tuan James senyum kambing.

°°°°°°

Danny ketawa kecil. Teringat kembali kenangan dulu. Bagaimana Andrea dibawa pulang kerumahnya sewaktu dia masih sembilan tahun. Dan pada masa itu dia rasa terpukau dengan kecantikkan Andrea. Kecomelannya.. Senyum manisnya... Aduh aduh... Aku dah angaukan dia.

Danny bangun lalu menuju kearah meja lalu membuka lacinya. Dia mengambil seutas gelang tangan yang berwarna gold-silver. Dia teringatkan peristiwa dahulu bagaimana cintanya dia ditolak oleh Andrea.

Tahun 2000
(Danny berumur 9 tahun)

Dia gembira dengan hadiah yang dibelinya. Dia pasti. Pasti Andrea akan menerima hadiahnya.

Dia mahu meluahkan perasaannya kepada Andrea. Andrea akan menjadi miliknya sekiranya Andrea bersetuju menerimanya.

Sampainya dirumah, Danny tersenyum gembira apabila ibu bapanya tidak berada disitu. Dia pasti mereka masih berada di pejabat. Danny mulai menjerit memanggil nama Andrea.

Andrea yang tergesa gesa keluar dari dapur itu kelihatan cemas. Ia mengundangkan tawa Danny.

"Danny kenapa ni huh?! Ada apa apa yang terjadi ke hmm?! Danny kena buli ke kat sekolah? Kalau betul bagitau kakak siapa yang buli Danny ni"

Lagi galak Danny ketawakan sikap Andrea yang kelihatan cemas terhadap dirinya.

Andrea mengerutkan dahi. Pelik dengan sikap adik angkatnya yang asyik ketawa dari tadi.

"Adik.. Kenapa adik ketawa?"

Danny tidak membalas soalan Andrea. Sebaliknya dia menarik pergelangan tangan Andrea supaya duduk diatas sofa.

"Andrea Marcella James. May I say something to you?" Soal Damny romantis. Jarinya bertaut dengan jemari jemari Andrea.

Andrea hanya senyum. Sebenarnya dia masih pelik dengan sikap Danny yang bersikap romantis itu.

"Yes you can"

"Ehem... Emm sounds like this, will you be my girlfriend? Aku tahu benda ni nonsense but I'm sure...hmm I think I like you"

Tak semena menanya Andrea ketawa kecil. Gila. Mereka masih dikira bawah umur kot. Mana boleh bercinta. Lagi lagi status diantara dia dan Danny.

Danny mulai berang apabila melihat Andrea yang selamba sahaja ketawakan dirinya.

"Dah puas gelak?"

"Takdelah hahaha!!! Danny ni kan?! Lawak sangat takkanlah adik beradik boleh bercinta" Ujar Andrea dengan sisa tawanya. Yalah apa tidaknya, Danny baru sahaja meluahkan perasaannya.

Danny terdiam dan terkelu. Dia tidak sangka cintanya ditolak mentah. Hadiah yang berada ditangannya ditenung lama. Mampukah dia merawat hatinya yang terguris?

Marah? Siapa yang tak marah? Kecewa? Lagilah!

Tetapi, masalah seperti ini bukanlah masalah yang sukar bagi dirinya. Dia sanggup buat apa sahaja demi cinta hatinya!




















Part ini adalah flashback Danny. Dimana semasa Andrea dibawa pulang bersama Tuan James dengan Puan Camella.
Danny jatuh cinta pandang pertama 😂

Maaf merepek 😫

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top