DAJ 30
Tak sangka kan. Tak sangka betul. Siapa sangka? Aku sangka? Kau sangka? Dia sangka?
Tergamak Danny buat aku macam ni. Hanya disebabkan nak dapatkan aku je, dia sanggup upah ex girlfriend Lucas untuk musnahkan hubungan kami. Kawan baik aku sendiri pulak tu. Tapi yang aku peliknya, si Yana tu sanggup nak gadaikan maruahnya sendiri. Keluarganya bukanlah orang susah pun. Orang berada. Jadi kenapa harus dia rosakkan dirinya sendiri?
Pasal Danny pula, aku pun pelik juga. Dah lah dia buat macam tu, lepas tu dia baik dengan aku. Tak ke pelik? Tak pelik pun. Kerana apa yang dia lakukan semua itu adalah, dia hanya mahu mempertahankan cinta hatinya. Memang tak salah dia buat macam tu, cuma yang salahnya dia tak patut rosakkan imej dia sendiri. Namun sekarang, aku dah tak bencikan Danny lagi dah. Aku dah nampak keikhlasan dia.
Apakah patut aku buka hati aku untuk Danny? Kerana apa yang aku nampak, Danny bermati-matian nak kan aku. Lucas? Dia seperti nak tak nak je.
Dan apa yang aku dapat semalam, semasa telefon Lucas berada dalam tangan aku. Mereka nak jatuhkan papa dan mama. Aku baca mesej diantara Lucas dan seseorang, katanya nak bunuh papa. Lepas tu baru giliran mama. What should I do? Macam mana aku nak lepaskan diri? Sedangkan aku terperangkap dalam markas ni? Kawasan markas ni dikelilingi oleh bodyguard bodyguard yang bertubuh tegap. Guard habis!
Tak apalah. Mungkin ini nasib aku yang malang. Mungkin juga aku perlu berada disisi Lucas sampai bila bila. Dan... Aku rasa peluang amatlah tipis untuk aku keluar dari neraka ini. Tanpa ku sedari, air mata mulai bertakung di kelopak mata.
Aku lemah...
°°°°°°
"So? Kau dah bebas sekarang ni. Kau ada plan?" Soal lelaki itu. Dia menggunakan bahasa Melayu dan bukan lagi bahasa France bagi senang untuk mereka berkomunikasi. Danny tidak menjawab soalannya sebaliknya pula dia sibuk membetulkan baju dan seluar ripped jeans nya. Dan kelakuan Danny itu mendatangkan jelingan daripada lelaki itu.
"Aku tanya kau ni babi!" Marah lelaki itu. Tangannya naik menyiku kepala Danny. Geram betullah bercakap dengan manusia pekak ni. Dadanya sudah turun naik dengan pentas.
"Aku dengar lah sial!" Danny menggosok kasar kepalanya yang disiku itu.
"Dah tu?! So jawablah soalan aku! Bukannya susah sangat pun! Kalau aku tahu, aku takkan selamatkan kau Danny. Buang masa aku je huh!" Sinis lelaki itu. Danny hanya sengih. Eleh. Poyo betullah mamat senget ni. Nasib baik sayang kawan. Kalau tak? Aku dah lama sunat kan kau!
"Eleh... Cakap je lebih. Aku tahulah, kau takkan sanggup punya sebab kau kan sayang aku..." Seloroh Danny. Lelaki itu hanya menjulingkan biji matanya keatas. Danny ni perasan tak habis habis.
"Oh ya Qarl, aku nak minta tolong kau sikit boleh?" Soal Danny sambil sengih. Tangannya dimasukkan dalam poket seluar ripped jeans nya. Ryqarl yang melihat itu tingkah laku Danny itu menyenget kan bibirnya. Kacak!
Tidak dinafikan wajah Danny yang yang bersih itu memang kacak!
*Sy pakai gambar si Maxence la arrr!😝 Sebab dia handsome bah ya ampun!!!!!!😌😌
Apatahlagi jika Danny pakai t-shirt yang fit. Lagi lagilah terserlah kemachoannya. Fuh! Nasib baiklah aku lelaki! Kalau aku perempuan dah lama aku NGAP kau!!!
Danny yang merasakan soalannya yang tidak dijawab oleh Ryqarl itu terus memalingkan wajahnya. Dia pelik melihat Ryqarl hanya merenungnya tanpa berkelip.
"Kau asal tengok aku macam nak makan?"
Ryqarl tersentak. Alamak! Dia perasan lah!
"Boleh ke aku makan kau?" Duga Ryqarl. Menahan tawa dalam hati. Sengaja mahu melihat reaksi Danny.
Danny membeliakkan biji matanya. Gila! Kawannya dah sewel ke? Aku bukan gay lah!
"Aku belum sempat nak jadi gila sampaikan nak satu daerah dengan kau lah babi!!!" Marah Danny. Dia meraup kasar rambutnya seperti Maxence yang sememangnya rambut 'messy'.
"Hahaha!!!!!" Terhambur tawa Ryqarl. Sah! Lawak sangat rupa Danny sekarang ni.
"Huh!' Jeling Danny. Geram dengan sikap Ryqarl yang suka main main dengannya.
"Kau janganlah marah. Aku gurau je" Pujuk Ryqarl setelah tawanya berhenti. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa kecil. Sebelum itu, Ryqa menepuk kuat sofa itu. Sofa itu agak banyak habuk kerana, stor ini sudah kama tidak digunakan. Lucas menyimpan Danny di stor ini kerana, dia tidak mahu Danny bertemu dengan Andrea. Itulah salah satu sebabnya.
Danny hanya mencebik. Tidak percaya kawan baiknya ini. Ryqarl menepuk dahi, aduh mamat senget ni.
"Dah dah dah. Buruk sangat muka senget kau tu. Aku straight to the point sajalah. So, apa plan kau? Nak pergi cari Ann ke?" Soal Ryqarl sambil menggaru-garu kepalanya.
Terbeliak biji mata Danny. Aku tak salah dengar kan?
"Woi! Asal kau panggil Andrea 'Ann' huh?! Nama tu hanya aku je yang boleh! Not for anyone! Nama Ann tu special bagi aku so, jangan memandai kalau kau tak nak mandul seumur hidup" Jerkah Danny garang. Dia mendekati Ryqarl sebelum tangannya disilangkan pada dada.
Ryqarl tergamam. Omg lelaki ni! Betul betul senget dah otak dia tu. Ryqarl hanya mengangkat kedua-dua tangannya tanda surrender. Malas mahu berdebat dengan Danny.
"Fine. Marcella. Aku panggil wife kau Marcella. Puas hati?" Bentak Ryqarl geram. Perkataan 'wife' itu ditekankan sikit.
Danny tersenyum apabila mendengar perkataan 'wife' itu. Rasa geramnya beransur kendur.
"Bawak aku jumpa Ann sekarang. Aku nak bawak dia keluar daripada setan tu!" Danny berdiri membetulkan t-shirt nya. Kalau tadi bibirnya tersenyum, sekarang berubah menjadi lebih tegang. Seluar ripped jeans nya juga di tarik sedikit supaya kelihatan kemas. Wajahnya kelihatan mulai bengis. Lengannya mulai timbul dengan urat urat hijau. Rahangnya diketap. Jelas kelihatan rahangnya bergerak.
Ryqarl yang melihat itu hanya mampu menggelengkan kepalanya. Lucas Lucas... kau berani 'bangunkan' singa yang sedang tidur lena, maknanya kau sedang menempah 'maut' . Bala kau akan tiba sebentar lagi. Gumam hati Ryqarl. Dia agak gerun melihat Danny sekarang ni. Tidak berani bersuara.
"Jom" Ajak Ryqarl. Tidak mahu melengahkan masa.
°°°°°°°°
Andrea termenung jauh mengenangkan nasib nya. Sampai bila dia harus dikurung seperti ini? Tidak lain tidak bukan, Lucas jugalah yang buat dia begini. Dia dan Danny memang tak ada bezanya. Sanggup rosakkan maruah nya. Tapi, ada yang dia sedari. Dulu, kalau Danny yang rosakkan dia, sekurang-kurangnya dia ada sebab. Sebabnya adalah, dia mahu aku menjadi sebahagian daripada hidupnya. Lucas? Dia buat seperti itu sebab dendam yang mendalam. Dia marah sebab aku tidak percaya dengan penjelasannya. Sebab itulah dia berdendam dengan aku. Ya.
Aku harus mencari jalan supaya aku dapat keluar dari neraka ini. Nekad Andrea. Dia berjalan ke hulu hilir dengan hati yang resah. Dia tidak dapat duduk diam, jika duduk diam hatinya tidak tenteram.
"Okay. Buat apa yang aku suruh. Kalau tak, korang semua tak payah hidup"
Kedengaran suara garau seseorang yang semakin hampir dengan bilik markas. Andrea tersentak. Lalu dengan lajunya dia berlalu kearah katil terus menyelinap masuk pada selimut tebal itu.
Krekk... Pintu dibuka. Serentak itu Andrea memejam mata seerat mungkin.
"Baby... Bangunlah..." Bisik seseorang seraya memeluk kuat pinggangnya. Hmm siapa lagi berani sentuhnya kecuali bapak syaitan tu? Lagi lagi dengan panggilan baby. Eee.
Andrea masih berpura-pura tidak mendengar. Ternyata perlakuan nya itu membawa padah. Lucas menarik kuat selimut tebal itu lalu dia kembali memeluk tubuh Andrea. Erat.
"Baby... Aku tahu kau tak tidur. Bangunlah..." Bisik Lucas manja. Aduh. Andrea semakin tidak tahan dengan suara manja itu. Sejujurnya dia rindu dengan suara itu tetapi apakan daya. Dia tidak punyai kuasa untuk putar masa.
Andrea memalingkan tubuhnya kearah Lucas. Kini, mereka sedang bertentang mata. Alangkah indahnya ciptaan Tuhan. Mata Lucas yang berwarna hazel itu direnung sedalam mungkin. Kedudukan mereka sangat dekat sehinggakan hidung mereka bersentuhan. Lucas tersenyum. Andrea semakin cantik. Comel pulak tu! Tapi... Adakah aku masih bertakhta di hatinya? Perlahan-lahan, senyuman ku hilang.
"Sayang... Please stay with me forever? I wanna marry you... aku tahu kau masih sayangkan aku right?" Pujuk Lucas lembut. Walaupun dia tidak pasti bahawa Andrea masih menyimpan perasaan istimewa terhadapnya ataupun tidak, dia tidak peduli. Yang penting dia mahu Andrea menjadi hak miliknya.
Andrea tergamam. Otaknya seakan tidak dapat berfungsi. Tidak tahu hendak memberi jawapan.
"Bagi aku masa... Aku tidak mahu membuat keputusan terburu buru." Akhirnya Andrea memberikan jawapan yang dirasakan paling munasabah. Tanpa Andrea sedari, Lucas menahan rasa amarah dalam hati.
'Jangan harap aku akan lepaskan kau sayang' Pelukkan dieratkan.
To be continued→
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top