DAJ 26


"Awak... Patut ke kita buat macam tu?"

Tuan James mendiamkan diri. Dia malas mau membalas bicara isterinya. Namun apa sahaja yang dipertikaikan oleh isterinya, dia tetap akan membantah.

"James! Saya tak nak anak anak kita sengsara! Saya nak mereka hidup bahagia!"

"Nak hidup bahagia macam mana lagi Camella?! Awak pun tahu kan yang Raine tu dah nak mulakan rancangan dia?! Awak jangan jadi naif boleh tak?!" Tengking Tuan James. Bukan sengaja dia mahu pulau kan Danny dengan Andrea. Tetapi keadaan memang tidak mengizinkan. Dan mungkin sekarang adalah masanya dia membuat sesuatu untuk melindungi keluarganya.

Puan Camella menangis teresak esak. Kejadian dua puluh empat tahun lalu kini kembali menerpa fikirannya.

IMBAS KEMBALI 24 TAHUN LALU...

"Awak... Kalau anak awak ni lelaki, awak nak letak nama apa?"

Puan Camella senyum. Dia mengusap perutnya yang membuncit. Kini kandungannya sudah mencecah lapan bulan. Dan dia disahkan hanya menunggu masa yang sesuai untuk bersalin. Tidak sabar hendak menjadi seorang ibu.

"Hmm... Nak letak... Nama Danny lah. Sebab Danny tu cute apa?" Ujar Puan Camella sambil ketawa kecil. Tangan suaminya dipegang erat.

"Danny? Hmm saya tak nak. Kalau nak, letak je nama Danial. Saya tak nak awak letak nama Danny. Kalau degil, gugur kan je anak awak tu."

Puan Camella terdiam. Sukar benar dia hendak mengikut cakap suaminya kini. Apa sahaja dia cakap mesti dibantah mentah oleh suaminya.

"James! Awak ni dah kenapa?! Apa saya cakap awak mesti bantah! Susah sangat ke nak dengar cakap saya kali ni?! Memang anak ni bukan anak awak, tapi darah yang mengalir dalam kandungan ini adalah keturunan darah awak sendiri juga! Adik awak dah rogol saya awak tahu tak?!"

Tuan James diam. Sukar dia hendak mengakui hakikat itu. Walaupun perit, dia harus menghadapinya. Ini bukan prinsip hidupnya jika dia mengalah dalam hidup. Siapa yang tak kecewa bila adik sendiri yang rogol isteri sendiri? Dan kini, memang tunggu hari je lagi.

Dia berpaling ke arah isterinya yang sedang menangis teresak esak itu. Tuan James melepaskan keluhan sebelum mendakap tubuh itu dengan erat.

Puan Camella mengesotkan dirinya. Tidak mahu di sentuh oleh suaminya.

"Sayang.... Jangan macam ni please? Saya tahu saya salah. Saya tak dengar cakap awak, saya ego. Saya tak terima kandungan awak. Tapi awak percayalah, saya memang sayangkan awak Camella."

Puan Camella mendongakkan kepalanya. Mencari kejujuran dalam sinar mata milik suaminya. Dan apa yang dia dapat lihat adalah ketulusan dari suaminya itu. San Puan Camella mengeluh perlahan.

"Dah tu? Kalau si Lucas tu tahu yang Danny ni adik kandung dia, dia terima ke? Dah lah awak tak balas dendam bagi pihak saya. Awak diamkan diri je sekarang. Mana saya nak letak muka saya ni?!" Puan Camella mulai berang.

Tuan James hanya menggelengkan kepalanya.

"Saya tahu Camella. Saya bukan tak nak balas dendam untuk awak. Tapi masa belum cukup sesuai. Saya tak nak keadaan menjadi huru hara nanti. Tapi percayalah, saya akan buat untuk awak."

Puan Camella mengangguk lemah.

"Jadi, sekarang ni lepas awak bersalin. Kita ambil anak angkat ya?! Kita ambil perempuan punya. Bila dah besar nanti kita menyatukan mereka. Nak tak?! Pastu awak dah tak payah lah nak susah susah cari calon menantu." Ujar Tuan James penuh bermakna.

Puan Camella diam. Tidak lama selepas itu, dia mulai senyum. Mengiyakan bait bicara suaminya.

End.

"Pasal tu je ke awak?" Puan Camella menyoal dalam nada teresak esak. Tersedu sedan dibuatnya.

"Ya sayang. Saya takut Raine datang balas dendam. Sebab... Yalah. Saya kan dah hapuskan syarikat dia. Sebab dia bunuh arwah papa kami."

Ujar Tuan James. Tangannya digepalkan. Lepas ni dia nak hantar Danny dan Andrea jauh dari Malaysia. Supaya Raine tidak dapat menjejaki mereka. Ya Tuhan! Serabutnya aku!

Sejak kebelakangan ini, Tuan James sudah mendapati Raine sudah mengambil langkah pertama. Iaitu, membawa Lucas memasuki dunia mafianya. Pernah juga Raine mengajak Lucas semasa umurnya masih sepuluh. Namun Lucas tidak mahu. Dan kali ini, Lucas mengambil alih Raine untuk menjaga tempatnya iaitu Clubhouse De' Luc. Sebabnya Raine letak nama 'Luc' pada nama clubhouse itu adalah, apabila umur Lucas menjelang dua puluh lebih, ia akan undur diri dan membiarkan Lucas mengambil alih.

Nampaknya Raine benar benar mengotakan janjinya.

Tuan James mengeluh. Dan kali ini dia harus melakukan sesuatu sebelum apa apa yang terjadi pada kedua dua anaknya.

°°°°°°°

"Hahaha!!! Jangan lah!!! Hahaha!!!" Andrea merengek geli. Terasa air matanya banyak mengalir akibat terlampau ketawa. Ketawanya bahak bahak kerana Danny yang sedang mengeletek pinggangnya. Sudahlah dia paling sensitif pada bahagian itu.

Danny turut ketawa kecil. Comel benar lah Andrea ketawa macam tu. Entah bila rasanya mereka akan berumah tangga seperti yang diimpikan olehnya?

Stop dreaming Danny.

"Dah lah woii!!! Hahahahahahaha!!!" Sekejap kaki nya terawang awang, dan sekejap kakinya menendang dan...

Bukk!!

"Aduhhhhhh!!!" Jerit Danny. Andrea pantas mengelap tubir matanya yang dipenuhi air mata yang mengalir. Tanpa ditahan tahan, Andrea ketawa lagi. Danny sudah berwajah masam.

"Hahahahaha!!! Hahahahaha!!!" Andrea menekan nekan perutnya yang sudah terasa senak akibat ketawa yang berlebihan. Aduh... Kenapalah Danny ni lawak sangat?

"Sampai hati kau eh ketawakan aku. Kau sayang aku ke tak ni huh?!" Sindir Danny. Mungkin masa inilah dia mengorek rahsia Andrea yang terbuku dalam hati. Dia mahu tahu apakah pandangan Andrea terhadapnya. Adakah suka? Sayang? Cinta? Benci?

Oh tidak. Janganlah Andrea bencikan dirinya. Tak sanggup rasanya dia hendak menanggung rasa itu.

"Hahaha aduhh... Ehem... Alah kau ni pun. Buat drama je lebih." Ejek Andrea. Sinis!

"Tak apalah! Aku tahu siapa aku. Huh!" Rajuk Danny lalu berpaling. Dia berdiri dan meninggalkan Andrea yang sudah senyum kecil itu. Dengan riak wajah yang selamba, Andrea membuntuti langkah Danny dan memeluk pinggang lelaki itu. Danny tersentak. Jantung sudah berirama.

"Ceh. Buruk betullah wajah kau tadi. Jangan risaulah Danny. Aku sayang kau. Hehe. Dah lah. Tak mau buat lagi muka macam tadi. Susah aku nanti." Tersengih Andrea apabila Danny sudah memusingkan tubuhnya dengan wajah yang serious. Tanpa ditahan tahan, Danny ketawa kecil.

"Hah...  Macam tulah kesayangan Andrea Marcella..." Ujar Andrea sambil menggosok perlahan kepala Danny. Suka benar dia buat begitu. Terasa Danny ni manja sangat dengannya. Alangkah rindunya kenangan lalu semasa mereka masih kecil lagi.

Danny menarik tangan Andrea lalu ke sofa. Dia membiarkan Andrea duduk diatas sofa manakala dia pula duduk diatas lantai. Atau atas karpet lebih tepat. Kali ini giliran Danny yang tersenyum. Andrea mengangkat keningnya.

"Aku sayang sangat dekat kau Ann." Ujar Danny lalu memeluk erat pinggang Andrea. Mahu Andrea mengusap kepalanya lagi.

Andrea tercengang.

"Sampai aku mati sekalipun, aku takkan lepaskan kau Ann..." Bisik Danny dalam dakapan Andrea. Andrea mengusap kepala Danny sekali lagi sebelum memeluk kepala Danny. Penuh kasih.

Akhirnya, Andrea sedang berperang dengan perasaannya yang datang entah dari mana.



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top