DAJ 25

Hari ni aku dah boleh discharge. Bukan main lagi aku dan Ann celebrate. Dalam masa sebulan ni, aku happy sangat tau! Nak tahu apa sebabnya? Sebab...

Aku dah boleh tackle Ann!

Hahaha!

Tak adalah. Gurau je. Hubungan kitorang still camtu. Tapi satu je aku perasan, dia dah tak cold dengan aku. Part yang aku paling suka adalah, dia suka usap kepala aku. Seolah olah aku ni benda berharga bagi dia. Ececeh. Feeling feeling gittew.

Aku tunggu Ann dalam wad aku. Papa dan mama tak datang pun. Dalam masa aku terlantar di wad, papa mama datang jenguk aku dua kali je. Padahal hampir sebulan aku bermalam kat hospital. Stay kat hospital usah cakaplah. Datang sini hanya beberapa minit pastu balik. Muka pun ketat semacam je. Aku betul betul tak faham dengan dorang ni. Apa salah aku? Aku ada buat salah ke? Kalau papa still nak marahkan aku, boleh tak jangan masa sekarang? Aku tak nak rosakkan mood aku dengan Ann. Aku nak hidup bahagia dengan Ann.

"Hoii!!! Termenung!"

"Oh makcik ku kahwin lagi!" Aku termelatah. Entah hilang kemana selepas Ann sergah aku time aku dok termenung. Haih jatuh saham aku.

Kedengaran Ann sedang galak gelakkan aku. Cis. Geramnya aku! Comel pulak dia ketawa camtu. Rasa macam nak gigit je pipi dia tu!

"Dah? Dah puas dah ketawakan aku? Kenyang dah?" Aku perli. Yalah. Mana tahan beb. Muka aku merah habis. Mana nak letak muka aku ni oh my God!

"Dah. Dah kenyang dah pun. Tahap nak muntah dah ni" Selamba saja dia jawab aku. Itupun dalam sisa tawa dia lah! Eii geram betullah!

Aku tayang muka cemberut depan dia.

Kali ni dia tawa dia berhenti.

"Yelah yelah. Sorry lah Danny... Hish rupa kau tu buruk sangat tau. Ish buruk benor lah hahahahah!!!" Dia sambung tawa dia yang terjeda tadi. Celaka!

"Hah! Gelakkan aku je. Silakan! Kau dipersilakan gelak aku! Patutnya aku happy je hari ni sebab hari ni kan aku discharge" Aku perli dia dengan muka rajukku. Entahlah... sejak aku sedar dari koma hari tu, perangai aku terus jadi macam ni. Mengada. Manja. Suka merajuk.

"Aku minta maaf okay? Dah lah... Jangan merajuk lagi. Orang tua kalau merajuk, buruk sangat tau? Aku janji tak gelakkan kau lagi. Promise?" Dia tunjukkan jari kelengkeng dia. Aku pandang dia. Dan dia senyum manis. Aku terus angguk dan senyum sebelum aku tautkan jari kelengkeng diantara aku dan dia. Selepas itu dia usap kepala aku.

Ini yang aku suka!

"Dah siap kemas barang?"

Aku geleng. Dan ku dapat lihat Ann senyum.

"Tak apalah. Aku tolong kau okay? Kau perlukan rehat." Ujarnya sambil tangannya mulai lipat pakaian aku dan masukkan pakaian aku ke dalam beg. Aku malu sejenak apabila boxer aku dipegang oleh Ann.

"Dah siap. Jom!" Dia genggam tanganku lalu sebelah tangan dia mengangkat beg ku yang berisi bajuku itu. Setelah itu, Andrea membawa ku menuju kearah kaunter untuk melaporkan diri. Kelihatan nurse itu senyum senyum memandang ku.

"Nurse. Hari ni dia dah boleh discharge right?" Soal Ann kepada dua orang nurse perempuan itu sambil tangan dia menuding kearahku.

"Er... Apa nama adik cik ni ya?" Nurse itu asyik senyum senyum padaku. Ish. Gedik! Dan aku sengaja bertaut jari jemariku dengan jemari jemari Andrea.

"Danny Adrian" Jawab Ann sepatah. Mulai rimas dengan jelingan gedik dua orang nurse itu. Dan dia sengaja membiarkan jemari jemarinya ditaut oleh Danny.

"Sebentar ya Cik." Kelihatan dua orang nurse itu sedang membelek-belek fail yang berada di kaunter itu. Beberapa minit kemudian, nurse itu bersuara gedik. Dapat ku lihat Andrea sudah menjeling tajam.

"Ya Cik. Encik Adrian ni memang dah boleh discharge pada hari ni. Tapi sebelum tu, Encik kena tandatangan pada fail ini ya?" Nurse itu menghulurkan pen padaku. Dan dapat kurasa nurse itu memang sengaja nak bersentuhan dengan tanganku. Eww.

"Dik. Boleh tak jangan nak menggatal dengan husband orang? Korang berdua tahu tak yang dia ni husband aku? Berani korang menggedik dengan husband aku depan aku ya? Jangan sampaikan aku ceraikan kepala korang dari badan korang ya!" Kan? Belum aku sound dua orang pontianak itu, Ann dah ambil langkah sound nurse itu. Dan nurse itu menunduk. Merah wajah usah kata.

"Ma... Maaf Cik. Kami tak tahu pulak yang Encik Adrian ni adalah suami Cik. Maafkan kami ya?" Ujar dua orang nurse itu takut takut. Buat apa berpelajaran tinggi jika pantang bertemu dengan lelaki handsome? Andrea mengomel dalam hati. Eh? Handsome kah Danny?

Tanpa melengahkan masa, Andrea menarik tangan Danny lalu menuju kearah lot parking. Dalam lif, Danny diamkan diri.

°°°°°

"Bukan main lagi kau marah kat nurse tadi tu eh?"

Andrea toleh kearah Danny. Ish dia pun... Dalam kereta asyik tanya benda yang sama. Sekarang pun sama.

"Tak adalah. Aku marah je sebab mata aku sakit tengok dia nak menggatal dengan kau." Andrea menyembunyikan rasa cemburunya. Entah kenapa. Hatinya terasa cemburu dengan tiba tiba.

Danny menahan senyum. Dia tahu Andrea sedang menipunya.

"Ya ke?" Soal Danny disertakan pandangan yang sukar ditafsirkan. Sambil mendekatkan wajahnya kearah wajah Andrea yang sedang memerah itu.

"Aa... Apa?!" Andrea sudah mulai kalut.

"Apaa.... Yang apa?" Danny sengaja bermain soalan.

"Yang tadi tu lah! Ish dah lah! Aku malas nak bercakap dengan kau. Baik aku gi tido je!"

Usai sahaja berkata, Andrea bangun dan berkira hendak berlalu dari situ. Namun tiba tiba sahaja, Danny bertindak menarik pergelangan tangannya lalu Andrea jatuh terduduk di atas riba Danny. Dan kedua dua tangan sasa milik Danny memeluk erat pinggang Andrea. Jantung Andrea sudah mengepam laju.

"Yang tadi tu kau jealous right? Sebab tu kau marah marah"

Andrea membulatkan matanya. Jealous? Dari mana Danny dapat idea macam tu hah?!

"Please lah Danny! Aku tak jealous lah! Aku sakit mata je..." Andrea nafikan.

Agaknya pakcik ni tak faham bahasa kot? Aku tak jealous lah!

Danny tersenyum. Dia mengetatkan lagi pelukkannya di pinggang Andrea.

"Shhhhh... Balik balik itu sajalah jawapan kau. Tak apa kalau tak nak mengaku. Tapi... Kau jangan nak blushing eh kalau aku buat something" ujarku sambil senyum sinis.

Do something? Oh no jangan nak fikir yang bukan bukan ya anak anak sekalian. Do something itu maksud Danny... Dia cuma nak cium pipi Andrea je supaya dia nak tahu bahawa Andrea menyukainya ataupun tidak 😆

"Aip! No no no... Kau jangan nak merepek lah! Aku takkan dan tak pernah pun!" Begitu yakin Andrea berkata kata. Danny hanya senyum sinis.

Cupp! Sebuah ciuman hangat dilabuhkan diatas bibir Andrea. Dup dap dup dap...

"Jangan nak tipu aku Ann. Aku tahu kau jealous. Kau dah start suka aku right? Just admit about you feelings dear. Jangan pendam. Tak elok kesihatan hati kau tu" Aku sinis dia. Hahaha lawak lah muka dia ni.

Pantas. Andrea meloloskan diri daripada pelukkan Danny dengan tangan yang berada dipinggangnya lalu dia berlari kearah dapur. Fuh kus semangat. Dari jauh, Andrea terdengar tawa Danny. Lantas, tangannya naik mengusap bibirnya. Tanpa amaran, Andrea senyum sendiri.

"I love you Ann!" Laung Danny sekali lagi dari ruang tamu.













Huh! Kali ni aku buat scene Danny&Andrea je. Aku tak ada idea. So kalau rasa story aku ni okay, please tekan bintang yang dibawah tu ya! Thanks♥️🥰🥰

Tanpa anda semua, siapalah saya kan?😄

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top