DAJ 24
Danny dikejarkan ke ICU. Doktor kata tikaman itu terkena pada hempedu Danny. Jadi peluang untuk berjaya dengan pembedahan itu amatlah tipis. Andrea meraup mukanya. Serabut.
Dirinya juga sangat risaukan Danny yang masih belum mempunyai perkembangan. Tuhanku... Bantulah Danny. Engkau memberikanlah kekuatan kepada Danny untuk menghadapi rintangan ini ya Tuhan. Amen.
Kini dah hampir sepuluh jam Danny berada di bilik pembedahan. Papa dan mama masih belum datang. Kata mereka selepas kerja dah siap semua barulah singgah ke sini.
Bumm!
Kedengaran pintu bilik pembedahan ditutup. Andrea lantas berdiri lalu mendapatkan doktor itu.
"Doktor... How about my brother? Adakah semuanya baik baik saja?" Desak Andrea. Kelihatan doktor itu senyum.
"Alhamdulillah cik. Encik Danny telah melepasi tahap kritikal. Sekarang dia akan dipindahkan ke wad biasa. Tapi cik masih tak boleh masuk jenguk dia. Sebab pesakit masih lemah" Ucap doktor itu sambil senyum.
"Erm... Doktor boleh tak saya tanya?"
"Boleh je Cik Andrea" Doktor itu senyum lagi. Cantiknya gadis yang berada dihadapannya ini. Walaupun seluruh anggota badannya berlumuran darah.
"Er... Bila saya boleh masuk lawat adik saya?" Soal Andrea.
"Hmm... Memang sukar untuk menjangka kestabilan pesakit. Tapi insya-Allah... Saya rasa adik Cik Andrea tu kuat orangnya. Tengok, pembedahan adik Cik Andrea berjalan lancar. Maybe lepas enam jam kemudian barulah Cik Andrea boleh masuk" Ujar doktor itu lagi. Senyumannya tidak lekang dari bibirnya.
Melihat Andrea hanya menarik nafas lega. Doktor itu pergi meninggalkan dirinya.
"Hmm aku tunggu papa mama datang jelah. Lepas tu aku balik. Satu badan bau hanyir. Haih"
Bebel Andrea sambil membetulkan bajunya. Tidak lama kemudian, Andrea melabuhkan punggungnya pada kerusi yang tersedia disitu.
Sesekali matanya merenung pintu wad Danny yang bernombor 275 itu. Hatinya berbisik sayu.
'Aku masih belum cukup kuat untuk maafkan kau Danny. Tapi kau selamatkan aku daripada Mike. Aku terhutang budi dengan kau'
"Ann sayang... Wad Danny kat mana?" Soal seseorang. Suaranya kedengaran cemas. Andrea mendongak. Puan Camella. Kelihatan wajahnya kusut. Ku kerling kearah papa pula. Wajahnya tegang semacam.
Dah kenapa mereka berdua ni?
"Ann..."
"Hah?!! Mama cakap apa tadi?" Andrea menyoal sambil sengih malu kerana ditangkap mengelamun. Puan Camella mendengus. Dia ulang bicara nya sekali lagi. Namun kali ini agak kuat.
"Mama tanya kau ni. Wad Danny nombor apa?"
Andrea tersentak. Mama baru je panggil aku 'kau' ke? Bukan Ann? Aku agak terasa hati.
"Nombor wad Danny 275. Tapi buat masa sekarang Danny masih belum boleh dijenguk siapa siapa. Doktor kata Danny memerlukan rehat yang secukupnya. Mungkin besok lah baru boleh lawat Danny"
Puan Camella diam. Mentafsirkan bait bicara Andrea.
"Wak... Jom balik. Tak guna kita stay di sini lama lama. Masa belum sesuai" Usai sahaja Puan Camella bercakap, Tuan James berdiri dan terus berlalu pergi tanpa menunggu Puan Camella.
Aku memandang mama, mama hanya memandangku sekilas. Dia tak nak tanya aku ke? Tangan aku ni, baju aku, muka aku... Semuanya berlumuran darah yang dah kering.
Aku rasa papa dengan mama mesti merahsiakan aku sesuatu. Mustahil mereka memperlakukan aku begini.
Sebenarnya aku tipu papa mama. Masa lawatan Danny bukannya pada hari esok. Doktor kata selepas enam jam barulah boleh lawat Danny.
Balik rumah mandi dululah. Lepas tu aku datang balik ke hospital.
°°°°°°
Danny susah payah membuka matanya dengan kesakitan. Bahagian perutnya usah katalah. Sakit menusuk ke tulang. Danny berpaling ke sebelah, kosong. Sebelah kanannya juga kosong. Mana papa? Mama? Tak datang ke? Atau mereka dah balik?
Ann? Mana dia pergi? Dia tinggalkan aku? Dia tak temankan aku ke?
Tiba tiba hati aku memberat. Patutlah Ann tak datang jenguk aku. Dia kan benci aku. Jadi agak mustahil lah dia datang.
Crettt... Pintu dikuak dari luar. Siapa pulak ni...
"Danny Adrian" Panggil seseorang. Suara... Macam suara Ann. Aku lantas menoleh. Sah! Dia!
Aku berdehem. Rasa malu mulai menyelubungi diri sendiri. Dan sesekali mataku mengerling kearahnya yang sedang merenung tajam tepat pada mataku.
"You... Ehem... Kau dah berapa lama sedarkan diri?" Soal Andrea. Sudah tidak ada panggilan manja darinya. Aku kecewa. Tapi aku juga tidak boleh menyalahkannya seratus peratus. Aku juga ada salahnya. Iaitu... Ermm aku segan nak cakap.
"Ba... Baru sekejap tadi." Ujarku takut takut. Entahlah. Selepas kejadian hari tu, aku dah insaf sikit. Aku dah tak rosakkan anak dara orang. Aku buat semua tu cuma sayu je. Iaitu Ann tinggalkan aku.
Tapi semuanya hanyalah sejarah aku. Aku maybe ada kisah silam, but aku betul betul dah insaf. Itupun selepas Ryqarl cuci otak aku. Kalau tak, maybe sampai sekarang aku masih buat benda terkutuk tu. But sekarang aku masih mempunyai pesaing. Tahu tak? Korang mesti tahu.
"Hmm baguslah kalau camtu. Ni, kau ada panggil doktor tak?" Soal Ann sambil menarik satu kerusi yang berhampiran dengan katil sebelah lalu membawa kerusi itu berhampiran dengan katil ku. Dan tangannya naik mengusap dahi ku. Aku terpaku seketika. Lembutnya tapak tangan dia... Aku mengambil kesempatan ini untuk melihat wajah dia yang agak sugul itu. Wajah sugul pun still ayu.
"Hei. Kenapa diam ni hmm?" Dia soal lagi. Kali ni agak gelabah. Mungkin melihatku hanya mendiamkan diri. Aku geleng kepala. Terasa kelopak mataku bergenang.
Andrea yang melihat itu hanya diam. Danny menangis? But kenapa? Apa salah dia? Apa yang dia dah buat? Dia tak sudi aku jenguk dia kat sini ke?
"Hei Danny. Kenapa ni hmm? Alaa cakaplah something... Tak best lah macam ni..." Andrea merengek sikit supaya Danny tersenyum. Ya. Dia tahu Danny menyukai sikapnya yang manja itu. Soal dendam enam tahun yang lalu, seolah olah tiada sahaja.
Danny ketawa kecil. Ya. Dia suka Ann yang begini. Ann yang manja, Ann yang manis, Ann yang suka merajuk... Semuanya dia suka.
"Ann... Aku nak cakap boleh?" Andrea menarik nafas seketika sebelum mengangguk. Aku pun menarik nafas sedalam-dalamnya. Kami bertatapan sesama diri.
"Aku tahu aku tak layak untuk minta kemaafan dari kau. Aku lost control dulu. Aku marah. Sebab kau dekat lelaki lain. Aku cemburu. Sebab apa? Sebab aku sayang kau lebih daripada hubungan kakak angkat. Aku tak tahulah kenapa aku begini. Tapi setelah beberapa tahun, aku perasan aku memang sayang kau. Cintakan kau dari dulu. Aku pernah luah, tapi kau tolak aku mentah-mentah"
Aku luahkan segalanya yang terbuku dalam hatiku. Hari ni, aku nak Ann tahu yang aku betul betul tidak boleh melepaskan dirinya. Aku mahu hidup bahagia dengannya.
Kelihatan Andrea terkebil kebil memandangku. Comelnya. Ia membawa tawa kecil dari bibirku. Aku genggam tangannya. Sejuk. Lawak lah dia ni.
"Sebab tu lah aku rog... Rosakkan kau. Aku nak kau terikat dengan aku. Aku memang tak ada niat lain Ann. Aku sayang kau. Aku harap... Kau sudi maafkan aku?" Aku memandangnya dengan pandangan penuh berharap. Dia diam. Beberapa minit kemudian, dia bersuara.
"Aku boleh maafkan kau Danny. Tapi untuk aku lupakan semuanya... Memang susah. Bukan senang tau? But kali ni aku berusaha okay? Sebab kau dah selamatkan aku. Kita boleh jadi macam dulu right?" Ujarnya lembut. Ya Tuhan... Terima kasih sangat!!!
Aku segera anggukkan kepala. Walaupun dia masih tak boleh lupakan perkara itu, tapi dia dah maafkan aku. Itu pun dah memadai rasanya.
Aku senyum. Andrea turut senyum. Serentak itu dia bangun dan menarik kepalaku lalu didakapnya. Aku tersentak. Jantungku buat hal lagi... Andrea belai belai rambut ku dengan lembut. Dia letakkan kepalaku pada dadanya. Manakala tanganku pula naik peluk pinggangnya. Erat.
"Aku sayang kau Ann..." Ujarku dengan suara serak basah dalam dakapannya. Setelah itu aku dapat merasakan dia mencium dahiku bertalu talu. Bahagianya...
Andrea yang sedang mendakap kepala Danny itu hanya senyum. Tetapi dalam otaknya sibuk memikirkan papa dan mama nya. Mereka seperti... Menyembunyikan sesuatu.
Alamak! Aku dah tak ada idea lah!
Kalau korang sudi tu... Vote lah okay? Penat tangan tau menaip!😪😪😪😪
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top